Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

NIKMAT SYURGA BAGI MEREKA YANG BERIMAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "NIKMAT SYURGA BAGI MEREKA YANG BERIMAN"— Transcript presentasi:

1 NIKMAT SYURGA BAGI MEREKA YANG BERIMAN
Oleh: KAMARUDIN BIN IBRAHIM Penyelia Kanan Unit Pengurusan Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Segamat

2 Gambaran Syurga Menurut Al-Quran
Para ulama bersepakat syurga itu terletak di atas dari langit yang ketujuh. Dalam surah An-Najm ayat Allah berfirman: 13. Dan Demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, Dalam bentuk rupanya Yang asal) sekali lagi, 14. Di sisi "Sidratul-Muntaha"; 15. Yang di sisiNya terletak syurga "Jannatul-Makwa".

3 Ketika Rasulullah dalam perjalanan Mikraj, Baginda telah berhenti di Sidratul Muntaha.
Menurut baginda, Sidratul Muntaha itu berada jauh di luar alam langit (di luar ruang angkasa). Di situlah Baginda dapati terletaknya syurga.

4 Kemudian dikatakan syurga itu luasnya seluas langit dan bumi sebagaimana difirmankan Allah dalam surah Ali Imran ayat 133: “Kejarlah oleh kamu ampunan Tuhan kamu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.”

5 Di syurga juga udaranya nyaman tidak panas membakar dan tidak pula sejuk mengigit. Allah berfirman: “Mereka berehat didalam syurga dengan berteleku di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang bersangatan sejuknya.” (Al-Insan: 13)

6 Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi." (Hadis riwayat Al-Bazzar).

7 Dalam sebuah hadis lain diceritakan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tanah syurga itu licin putih, kasturi murni." (Hadis riwayat Muslim). Harumnya bau syurga ini dapat dicium dari jarak perjalanan 100 tahun.

8 Sungai-Sungai di Syurga Sungai-sungai syurga pula memancar dari bawah-bawah bukit. Di dalam al-Quran, firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 15: Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa (ialah seperti berikut): Ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredhaan yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dan air yang menggeledak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (sudah tentu tidak sama!)

9 Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s. a. w
Sewaktu Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w. pernah melihat sungai yang dinamakan Al-Kausar. Sungai ini dilingkari oleh bukit-bukit yang terdiri dari permata-permata dan tanahnya dari wangian yang paling wangi. Tepian sungai ini terdiri dari emas sedangkan anak-anak batunya dari mutiara. Barangsiapa meminum air dari Al-Kausar ini walau hanya satu kali sahaja, dia tidak merasa haus untuk selama-lamanya.

10 Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi bersabda: Bahawasanya di syurga terdapat suatu sungai yang disebut sungai rajab, airnya lebih putih daripada air susu dan rasanya lebih manis daripada madu. Sesiapa yang puasa satu hari dari bulan Rajab, maka Allah memberikan minuman dari sungai itu.

11 Tentang Al-Kausar, Anas r. a. ada bercerita bahawa Rasulullah s. a. w
Tentang Al-Kausar, Anas r.a. ada bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. tidur di atas tikar jerami, tiba-tiba sambil mengangkat kepalanya Baginda tersenyum. Anas bertanya: "Mengapa engkau tertawa ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Ayat yang diturunkan kepadaku tadi (yang bermaksud):

12 “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak (Al-Kausar), maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.” (Al-Kausar: 1-2-3).

13 Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar
Kemudian Baginda bertanya: "Adakah engkau tahu apa itu Al-Kausar?" Anas menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih tahu." Lalu Rasul menerangkan: "Al-Kausar itu satu sungai yang dijanjikan kepadaku oleh Allah, pada sungai itu banyak kebajikan. Di atasnya sebuah kolam (Al-Haudi) yang akan datang umatku kepadanya. Bejananya banyak sebanyak bintang-bintang di langit." (Riwayat Muslim).

14 Seterusnya Imam At-Termizi meriwayatkan, Nabi bersabda: "Bahawa masing-masing nabi itu mempunyai kolam. Mereka ini bangga membanggakan manakah yang lebih banyak orang datang. Dan aku mengharap, bahawa adalah aku yang terbanyak orang datang."

15 Syurga itu Bertingkat-Tingkat Syurga itu bertingkat-tingkat dan setiap tingkat berbeza-beza pula. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain ialah seperti jarak antara bumi dan langit. Adapun tingkatan syurga yang paling tinggi darjatnya dinamakan "Al-Firdaus". Di atas Al-Firdaus inilah terletak "Arsy Rahman (Mahligai Tuhan).

16 Selain itu, keistimewaan syurga Al-Firdaus ialah para penghuninya akan dapat melihat wajah Allah dua kali dalam sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Sedangkan nikmat yang tertinggi di dalam syurga ialah apabila manusia dapat menatap wajah Allah.

17 Firman Allah dalam surah Al-Qiyaamah ayat yang bermaksud: “Wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat.”

18 Rasulullah pernah bertanya kepada Jibril: "Hai Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril pernahkah kau melihat Allah?" jawab Jibril: "Bahawa di antara saya dan Tuhan ada 79 tutup yang terdiri dari lapisan-lapisan cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, maka akan terbakarlah aku memandangNya. Sedangkan antara engkau dan Tuhan ada 71 lapisan tutup dari cahaya. Bila terbuka tutup yang paling luar, engkau akan terbakar pula memandangnya."

19 Kemudian dalam satu riwayat lain digambarkan syurga itu sebagai berikut : = Tingkatan syurga pertama yang dibuat dari bahan perak baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya. = Tingkatan syurga kedua yang dibuat dari bahan emas baik kampung,rumah, pintu dan kuncinya. = Tingkatan syurga ketiga yang kampung, rumah, pintu dan kuncinya dibuat dari bahan yakut dan lukluk (mutiara).

20 Taman-Taman Di Syurga Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

21 Ada dua bentuk taman di syurga:
Taman yang dicipta Allah dari perak dengan segala apa yang ada padanya. (2) Taman yang dicipta Allah dari emas dengan segala apa yang ada padanya. (Riwayat Bukhari Muslim).

22 Pada taman-taman ini terdapat bermacam-macam buah-buahan sama ada kurma ataupun delima, air mata air dan sungai yang terus-menerus mengalir airnya dengan tenang.

23 At-Tabrani meriwayatkan bahawa di taman-taman tersebut ada pohon-pohon yang rendang, besar, tinggi dan luas. Bila bidadari-bidadari bernyanyi di bawahnya, daun-daun dan ranting-ranting pohon-pohon itu bergerak-gerak sambil mengeluarkan bunyi-bunyian yang amat merdu pula.

24 Apabila angin berhembus lalu menyentuh daun dan ranting, maka akan terdengar desiran yang amat merdu pula. Sehingga tidak dapat dibanding manakah yang lebih merdu antara suara bidadari-bidadari atau bunyi desiran pohon-pohon tersebut.

25 Pintu-Pintu Syurga Sebelum masuk ke syurga, penghuni-penghuninya akan melalui pintu-pintu syurga terlebih dahulu. Pintu-pintu ini ada bermacam-macam pula jenisnya.

26 Hal ini disebutkan di dalam al-Quran Surah Sod ayat yang bermaksud: “Ini adalah kehormatan bagi mereka dan sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik, (iaitu) syurga dan yang pintu-pintunya terbuka bagi mereka.”

27 Abu Hurairah meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s. a. w
Abu Hurairah meriwayatkan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dan bagi syurga itu lapan pintu. Maka siapa yang termasuk dari orang yang menegakkan ibadah sembahyang, dia akan dipanggil dari pintu sembahyang. Bagi orang berpuasa ia akan dipanggil dari pintu puasa. Orang yang brsedekah akan dipanggil dari pintu sedekah. Dan yang berjihad akan dipanggil dari pintu jihad. “(Riwayat Bukhari dan Muslim)

28 Adapun pintu syurga bagi orang yang melakukan ibadah puasa dinamakan Ar-Rayyan.
Sedangkan setiap Muslim yang pernah kematian tiga orang anak-anaknya yang masih kecil diberi kebebasan untuk masuk ke syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.

29 Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri
Penghuni-penghuni syurga setiap orang mempunyai pintu-pintu tersendiri. Satu pintu untuk tempat masuknya sendiri. Satu untuk isterinya. Satu untuk tamu-tamu (malaikat dan kawan-kawannya). Satu menuju ke neraka untuk rasa nikmat Allah atas dirinya, dan satu pintu ke Arsy (Mahligai Allah untuk melihat wajah Allah).

30 Pintu-pintu lain di Syurga diberi nama : = Pintu para rasul dan nabi = Pintu zakat = Pintu haji = Pintu syahadat dan selawat = Pintu syuhada = Pintu salihin = Pintu siddiqin = Pintu ilmu dan iman = Pintu rahmat = Pintu taubat

31 Dalam hadis riwayat Bukhari-Muslim, Rasulullah bersabda: “Demi Allah, demi antara dua ambang pintu syurga itu bagaikan jarak antara Makkah dan Basrah. “

32 Bilik-Bilik, Rumah dan Istana di Syurga
Untuk lebih menyeronokkan lagi, maka pada penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

33 Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."

34 Sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Umatku! Dengarlah ...sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam. Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa. Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur." (Riwayat Abu Naim dari Jabir).

35 Dalam surah Al-Furqan ayat 10, Allah berfirman: “Maha suci (Allah) yang jika Dia menghendaki, nescaya dijadikanNya bagimu yang lebih baik dari yang demikian, (iaitu) syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, dan dijadikanNya (pula) untukmu istana-istana.”

36 Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali, maka Allah berkenan membangunkan baginya rumah di syurga.” (Riwayat Muslim).

37 Pohon-Pohon dan Buah-Buahan di Syurga Keindahan alam dengan pohon-pohon yang rimbun menghijau serta aneka macam jenis bunga-bunga yang menawan dapat memberikan kedamaian jiwa bagi siapa yang memandangnya.

38 Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba
Di syurga juga ada sejenis pohon yang dinamakan tuba. Abu Hurairah berkata: “Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebatang pohon yang dipanggil "tuba" dan Allah berfirman kepadanya: "Keluarkanlah untuk hambaKu apa-apa yang mereka kehendaki." Maka keluarlah kuda dengan kekang serta pelana dan apa-apa keperluan yang dikehendaki dan dikeluarkan pula untuknya kenderaan dengan tempat duduk serta pengikatnya, apa-apa keperluan yang dikehendaki dan juga pakaian-pakaian.” (Riwayat Ibnu Abid Dunya).

39 Ibnu Hibban meriwayatkan Hadis daripada Abu Said yang menceritakan seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah tuba itu?" Baginda menjawab: "Ialah sebatang pohon yang sangat rindang. Rindangnya sejauh 100 tahun perjalanan, (manakala) pakaian-pakaian penghuni syurga adalah daripada kelopak-kelopaknya."

40 Keistimewaan pohon-pohon di syurga ini semua umbi-umbinya diciptakan Allah daripada emas. Adapun pohon bidara di syurga itu bercabang-cabang. Setiap cabangnya mengeluarkan sebiji buah, kemudian dari buah ini keluar pula 72 jenis makanan yang berlainan.

41 "Pokok kurma syurga itu batangnya daripada permata Zamrud yang hijau, pangkal-pangkal pelepahnya daripada emas yang merah dan setiap satu pelepahnya menjadi pakaian penghuni syurga, daripadanyalah pakaian dan perhiasan-perhiasan mereka dipotong dan dijahit. Manakala buahnya seperti tempayan, lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu dan lebih lembut daripada buih dan tiada mempunyai benih."

42 KESIMPULANNYA Rasulullah S.A.W. Bersabda, bahawasanya Allah Taala telah berfirman: "kusediakan bagi hamba-hamba-ku yang soleh segala kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, belum pernah didengar oleh telinga, bahkan belum pernah tergambarkan dalam hati sanubari manusia." (Maksud hadis)

43 Pada saat israk mikraj, rasulullah S. A. W. Melihat syurga di sisinya
Pada saat israk mikraj, rasulullah S.A.W. Melihat syurga di sisinya. Dalam hadith sahih dairpada anas R.A. Pada bahagian akhir hadith tersebut terdapat kalimat: "lalu jibril membawaku ke sidratul muntaha. Tampak ia diselimuti bermacam-macam warna yang tak kukenali. Lalu aku masuk ke syurga. Ternyata di sana terdapat butir-butir permata dan ternyata debunya adalah kesturi." (Maksud hadis)

44 “Jika salah seorang dari kamu meninggal dunia maka akan diperlihatkan kepadanya tempatnya pada pagi dan petang. Bila ia termasuk penghuni syurga maka ia akan menjadi penghunihya dan jika ia termasuk penghuni neraka maka ia akan menjadi penghuninya. Dikatakan kepadanya "inilah tempatmu sehingga allah membangkitkannya pada hari kiamat." (Maksud hadis)

45 "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua dari tanda (kekuasaan) allah. Gerhana bulan atau matahari bukan merupakan tanda bagi hidup atau matinya seseorang. Jika kamu menyaksikannya, hendaklah berzikir kepada allah s.W.T. Para sahabat ada bertanya, "wahai rasulullah, kami melihat engkau mengambil sesuatu di tempatmu lalu engkau ragu-ragu dan kembali duduk semula." Rasulullah s.A.W menjawab, "aku telah melihat syurga, kuraih tangkainya. Sekiranya aku dapat, nescaya kamu akan memakan buah-buahannya selama dunia masih ada." (Maksud hadis)

46 "Syurga telah didekatkan kepadaku sehingga sekiranya aku petik buahnya, nescaya akan kubawa kepadamu. Dan neraka dihadirkan kepadaku. Dan kulihat di sana ada seorang perempuan. Aku mendengar suara, dia (perempuan itu) dicakar olih seekor kucing. Aku bertanya, apakah sebabnya? Suara itu menjawab, ia telah mengurung kucing itu dan tidak memberinya makan dan minum atau melepaskannya hingga ia mati kelaparan. “ (Maksud hadis)

47 “Demi allah yang jiwaku di tangan-nya, sekiranya kamu melihat yang aku lihat, nescaya kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis. Para sahabat bertanya, apa yang engkau lihat wahai rasulullah? Nabi menjawab, aku melihat syurga dan neraka." (Maksud hadis)

48 "Pada malam aku diisrakkan, aku bertemu dengan nabi ibrahim
"Pada malam aku diisrakkan, aku bertemu dengan nabi ibrahim. Ia berkata: "hai muhammad, sampaikanlah salamku kepada umatmu dan ceritakanlah bahawa syurga itu baik tanahnya, airnya tawar dan lembahnya subur. Ceritakanlah bahawa tanamannya ialah subhanallah, alhamdulillah, laa ilaaha illallah dan allahu akhbar." (Maksud hadis)

49 "Barangsiapa membaca subhanallah dan wabihamdihi, maka allah akan membangun rumah untuknya di syurga." "Barangsiapa membangun masjid kerana allah, maka allah akan membgangun rumah untuknya di syurga." (Maksud hadis)

50 "Jika kamu berdoa mintalah syurga firdaus
"Jika kamu berdoa mintalah syurga firdaus. Sesungguhnya ia merupakan tingkat syurga yang tertinggi, terletak di atas `arasy allah ar-rahman. Daripadanya terpancar sungai-sungai syurga. “ (Maksud hadis)

51 “Tidakkah kamu bersiap sedia ke syurga
“Tidakkah kamu bersiap sedia ke syurga? Sesungguhnya syurga tidak dapat dilukiskan. Demi allah, rabbul kaabah, ia adalah cahaya yang berkilauan, bau wangi yang menghairahkan, istana yang megah, juga sungai-sungai yang mengalir. Di dalamnya terdapat buah-buahan yang masak, isteri yang cantik rupawan, perhiasan yang bermacam-macam, tempat tinggal abadi, dan tempat tumbuhnya buah-buahan dan sayur-sayuran yang hijau segar. Ia merupakan kebahagiaan dan kenikmatan, tempat suci yang menyenangkan." Para sahabat berkata: "ya, Rasulullah. Kami sudah siap untuk masuk ke syurga?" Jawab nabi: "katakanlah, insyaallah." Mereka pun serentak barkata: "insayaallah." (Maksud hadis)

52 "Sesungguhnya di syurga terdapat tempat-tempat tinggal (istana) yang luarnya terlihat dari dalam dan dalamnya terlihat dari luar. Seorang lelaki arab badwi bertanya: "ya rasulullah, untuk siapakah itu?" Jawab nabi: "untuk orang yang gemar memberi makan kepada orang lain, selalu berkata benar serta membiasakan puasa dan solat malam ketika orang lain sedang tidur." (Maksud hadis)

53 "Orang-orang yang saling mencintai akan melihat bilik-biliknya di syurga sedemikian indahnya laksana bintang yang cemerlang di sebelah timur atau barat." Para sahabat bertanya: "siapakah mereka?" Jawab nabi S.A.W: "orang-orang yang saling mencintai kerana Allah." (Maksud hadis)

54 “Para penghuni syurga akan masuk ke syurga dengan wajah licin
“Para penghuni syurga akan masuk ke syurga dengan wajah licin. Wajah mereka kacak dengan mata bercelak sebagai pemuda berumur 33 tahun." (Dengan itu seluruh penduduk syurga tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.) (Maksud hadis)

55 "Kepadaku telah diperlihatkan sejumlah umat
"Kepadaku telah diperlihatkan sejumlah umat. Kulihat di sana seorang nabi bersama rombongannya dan seorang nabi lain bersama satu atau dua orang pengikut. Juga kulihat seorang nabi yang hanya seorang diri. Aku menyangka mereka adalah umatku, tetapi aku diberitahu bahawa itu adalah umat nabi musa. Kemudian, di ufuk sana tampaklah oleh sebahagian besar manusia. Dikatakan kepadaku: "inilah umatmu." Bersama mereka ada 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab." (Maksud hadis)

56 "Sesungguhnya tuhanku azza wa jalla telah menjanjikan kepadaku akan memasukkan 70,000 orang dari umatku ke syurga tanpa hisab. Lalu setiap 1,000 orang memberikan syafaat kepada 70,000. Mendengar itu, umar bin khattab bertakbir seraya berkata: 'sebanyak 70,000 orang yang pertama akan memberikan syafaat kepada ayah, anak-anak serta kerabat mereka." (Maksud hadis)

57 "Abdullah bin mas'ud r. A. Berkata, Rasulullah S. A. W
"Abdullah bin mas'ud r.A. Berkata, Rasulullah S.A.W. Memberitahukan kepadaku: "engkau melihat seekor burung di syurga, kemudian engkau menginginkannya, maka ia datang kepadamu telah dipnggang." (H.R. Ibnu abi hatim)

58 "Seorang lelaki di syurga akan bertelekan di atas bangkunya selama empat puluh tahun, tidak berpindah tempat dan tidak akan merasa bosan, datanglah apa yang diinginkan oleh hatinya..." (Al-hadis)

59 Daripada abu hurairah r.A. Katanya, bersabda Rasulullah S.A.W.:
"Sesungguhnya di syurga ada pohon yang jika dijalani oleh penunggang kuda pilihan dan cepat, maka selama seratus tahun tidak sampai terjangkau naungannya." (H.R. Bukhari & muslim)

60 "Tiada satu pohon di syurga melainkan batangnya dari emas."
(H.R. At-tirmizi)

61 "Kolamku panjangnya sebulan perjalanan
"Kolamku panjangnya sebulan perjalanan. Airnya lebih putih daripada air susu, baunya lebih harum dari kesturi dan gelasnya sebanyak bintang di langit. Siapa yang minum, nescaya tidak akan dahaga selama-lamanya." (H.R. Bukhari)

62 PERIHAL BIDADARI SYURGA

63 Daripada anas bin malik r. A. , Rasulullah s. A. W
Daripada anas bin malik r.A., Rasulullah s.A.W. Bersabda yang bermaksud: “Kalau sekiranya perempuan ahli syurga datang kepada penduduk bumi, nescaya akan disinarinya dunia antara langit dan bumi dan terpenuhinya dengan bau harum semerbak. Sesungguhnya tutup kepalanya lebih baik dari dunia dan seisinya." (H.R. Bukhari)

64 Daripada Abu Hurairah R. A. , Rasulullah S. A. W
Daripada Abu Hurairah R.A., Rasulullah S.A.W. Bersabda yang bermaksud: “Golongan yang pertama-tama masuk syurga rupanya bagai bulan pada malam purnama. Dan, orang yang masuk selepas itu, bagai bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka seakan-akan bersatu, tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka.

65 Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri
Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua orang isteri itu nampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya. Mereka memuji tuhan pagi dan petang, tiada merasa demam, selsema dan tidak berkahak. Bejana mereka dari emas dan perak, sisir mereka dari emas, dan kayu bakar mereka dari ukhuwah (kayu kemenyan).” (H.R. Bukhari & muslim)

66 "Sesungguhnya di syurga ada tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka bernyayi semerdu suara yang belum pernah didengar oleh manusia suara semerdu itu, mereka menyanyikan, "kamilah yang kekal dan tak akan rosak (berubah), kamilah selalu senang tak akan pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya." (H.R. At-tarmizi)

67 "Sesungguhnya para bidadari di syurga bernyanyi-nyanyi mengatakan, "kamilah wanita yang baik dan cantik, yang disediakan untuk suami-suami yang berbudi baik." (H.R. Abu ya'la)

68 Daripada muaz bin jabal r. A. Bahawa rasulullah s. A. W
Daripada muaz bin jabal r.A. Bahawa rasulullah s.A.W. Bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang isteri menggoda suaminya, melainkan bakal isterinya di akhirat (bidadari) berkata, "celaka engkau, jangan mengganggu dia, sebab ia hanya sementara berkumpul padamu, dan hampir meninggalkan engkau untuk kembali kepada kami." (H.R. At-tarmizi)

69 Ada pun sifat-sifat bidadari di dalam hadis-hadis rasulullah s. A. W
Ada pun sifat-sifat bidadari di dalam hadis-hadis rasulullah s.A.W. Adalah sebagai berikut: Dikurniakan Allah S.W.T. Cahaya dan bau harum semerbak yang dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedang tutup kepalanya lebih baik dari dunia berserta isinya. Dikurniakan allah s.W.T. Betis yang tembus pandangan sehingga terlihat jantung betisnya.

70 Mempunyai rasa cemburu
terhadap suami mereka sebagai calon penghuni syurga. 4. Mempunyai suara yang sangat merdu dan tidak pernah terdengar oleh manusia sebelumnya. (Al-hadis)

71 Diriwayatkan bahawa ummu salamah r.A. Pernah bertanya kepada nabi s.A.W., "Ya Rasulullah, jelaskan kepadaku huurun 'iin?" Jawab nabi S.A.W, "huur sangat jelas putih dan hitam serta bulat matanya. Bahkan bulu matanya bagaikan sayap burung. Sedangkan 'iin adalah mata yang besar dan berwarna putih kemerah-merahan." Lalu aku (ummu salamah) bertanya lagi: "ceritakan kepadaku tentang ayat, "di dalam syurga itu ada bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik?" (Ar-rahman: 70). Nabi s.A.W menjawab: "yakni baik akhlak dan cantik rupa."

72 Aku bertanya lagi: "bagaimanakah tentang ayat, "seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik." (Ash-saffat: 49). Nabi s.A.W. Menjawab: "iaitu kelembutan mereka seperti lembutnya selaput di dalam telur yang melekat di kulit luarnya."

73 Aku berkata lagi: "jelaskanlah kepadaku tentang ayat
Aku berkata lagi: "jelaskanlah kepadaku tentang ayat. "Penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Al-waqi'ah: 37). Nabi S.A.W. Menjawab: "mereka yang meninggal dalam usia tua akan kembali terang penglihatannya, Allah S.W.T. Menjadikan mereka sebagai dara-dara jelita y ang penuh rasa cinta dengan umur yang sebaya." (Al-hadis)

74 Abu hurairah r. A. Berkata, "ketika nabi s. A. W
Abu hurairah r.A. Berkata, "ketika nabi s.A.W. Ditanya, "ya rasulullah apakah kelak di syurga kami dapat berkumpul (jimak) dengan isteri-isteri kami?" Jawab nabi s.A.W, "sesungguhnya seorang laki-laki dapat mencapai seratus gadis dalam sehari." Dalam hadis juga ada diterangkan bahawa seorang suami di syurga jika telah jimak dengan isterinya, maka di dapati isterinya kembali menjadi gadis. Meskipun setiap kali suami mereka mendatanginya (jimak). (Al-hadis)

75 Daripada anas bin malik r. A. Katanya, sesungguhnya rasulullah s. A. W
Daripada anas bin malik r.A. Katanya, sesungguhnya rasulullah s.A.W. Bersabda yang bermaksud: "di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari jumaat. Angin bertiup dari arah sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakainannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah, didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, "engkau sunguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku." Jawab isterinya, "engkau demi allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu." (Al-hadis)

76 "Jika seseorang wanita itu solat lima waktu berpuasa di bulan ramadhan, taatkan suami dan menjaga maruahnya, pilihlah mana-mana syurga yang ia mahu." (H.R. Bazzar)

77 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "NIKMAT SYURGA BAGI MEREKA YANG BERIMAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google