Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

SYAIR LI- ATTAR GHIB Nurul Syahirah Bt Azzal

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "SYAIR LI- ATTAR GHIB Nurul Syahirah Bt Azzal"— Transcript presentasi:

1 SYAIR LI- ATTAR GHIB Nurul Syahirah Bt Azzal
Zarra Zatierra Bt Ghazalie Nurvarna a/p Sankar Shavita a/p Padmanathan Shanjievan a/l Arivazhagan

2 SYAIR Wahai sayangnya akan saudara, sebab bersama- sama mengembara, Tiada pernah muafakatnya cedera, Segala pekerjaan segala perkara. Dengan kehendak tuhan yang mulia, Dua orang saudara meninggalkan dunia, Hendak disusahkan tiada berdaya, Kerana perbuatan tuhan yang sedia. Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah Wahid Al- Khabar, Ialah tuhan bersifat Jabbar, Akan hambanya kecil dan besar. Kita pun kelak demikian itu, Meninggalkan dunia juga yang tentu, Tidak memilih raja dan ratu, Semuanya itu pergi ke situ. Hendaklah kita tunduk tengadah, Lihat kepada datuk nenek yang sudah- sudah, Adil dan insaf jua berfaedah, Menaikkan kita pangkat saadah. Rakyat seluruhnya hendaklah dipelihara, Kesenangan hidupnya dikira- kira, Istimewa pula sanak- saudara, Jangan sekali diberi cedera. Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ilmu mulia anbia, Tuntut ilmu jangan sia- sia, Yang lain itu tinggal di dunia. Aduhai tuan- tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat- amatkan, Kematian datuk nenek teladankan, Kita sepertinya akan didatangkan.

3 MAKSUD SETIAP RANGKAP Rangkap 1 : Kasih sayang antara adik- beradik yang utuh. Mereka sentiasa mengembara bersama dan berpakat dalam melakukan semua pekerjaan dan semua perkara. Rangkap 2 : Atas kehendak tuhan, dua orang adik- beradik itu telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa- pun yang dapat dilakukan kerana hal tersebut merupakan kehendak tuhan yang Esa. Rangkap 3: Setiap hamba perlu bersabar ketika menerima ketentuan atau takdir tuhan walaupun hakikatnya sukar untuk dihadapi. Rangkap 4 : Setiap insan di muka bumi, biar apa pun pangkat atau darjatnya pasti akan menghadapi kematian. Rangkap 5 : Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan. Rangkap 6 : Kebajikan rakyat jelata haruslah diambil kira atau diambil berat sementara keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan. Rangkap 7 : Manusia hendaklah memuliakan ilmu yang benar kerana ilmu memangkatkan kedudukan para nabi. Ilmu yang dituntut itu pula pelru diamalkan agar tidak menjadi sia- sia. Rangkap 8 : Pensyair mengingatkan semua orang supaya mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapi kematian kelak.

4 TEMA Tema syair ini ialah iktibar daripada kematian. Hal ini demikian kerana setiap insan di dunia ini pasti akan mengadapi.

5 PERSOALAN Kematian yang tidak dapat dielakkan.
Pentinagan menunutut ilmu kerana menunutut ilmu merupakan tutntutan ilmu. Keinsafan dalam mengadapi kematian.

6 BENTUK Bentuknya terikat. Terdiri daripada lapan rangkap.
Mempunyai empat baris serangkap. Semua baris merupakan maksud. Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris. Terdiri daripada Sembilan hingga empat belas suku kata sebaris. Rima akhirnya aaaa.

7 UNSUR -UNSUR BUNYI Asonansi (perulangan vocal a) contohnya: sebab bersama sama mengembara dua orang saudara meninggal dunia. (perulangan vokal e) contohnya: segala pekerjaan segala perkara,jangan sekali diberi cedera. (perulangan vokal u ) contohnya: meninggalkan dunia juga tentu, tuntut ilmu jangan sia- sia. Aliterasi (perulangan konsonan t) contohnya: hendakalah kita tunduk tengadah. (perulangan konsonan s) contohnya: istimewa pula sanak saudara.

8 GAYA BAHASA Repetisi (perulanga kata dalam baris ayat yang sama). Contohnya: segala pekerjaan segala perkara. Inversi (ayat songsang). Contohnya: kita sepertinya akan didatangkan. Diksi (penggunaan Bahasa arab). Contohnya: Wahid Al- Khabar, anbia, Jabbar, saadah. Kata ganda. Contohnya: bersama- sama, dikira- kira, sudah- sudah, sia- sia, tuan- tuan.

9 NILAI Keinsafan. Contohnya, perkara yang berlaku terhadap generasi terdahulu wajar dijadikan pengajaran agar memberi keinsafan kepada diri kita. Kerajinan. Contohnya, sikap rajin akan memberikan keuntungan yang lumayan. Kesabaran. Contohya, dugaan yang datang dalam hidup perlu ditempuhi dengan penuh kesabaran.

10 PENGAJARAN Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian. Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu demi kepentingan hidup didunia dan diakhirat. Kita perlulah bersabar menerima segala dugaan dan ujian daripada tuhan.


Download ppt "SYAIR LI- ATTAR GHIB Nurul Syahirah Bt Azzal"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google