Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kata Majmuk.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kata Majmuk."— Transcript presentasi:

1 Kata Majmuk

2 Definisi Kata majmuk ialah rangkaran dua kata dasar atau lebih. Ia membawa makna-makna tertentu. Kata majmuk pada umunya dieja berpisah. Terdapat 4 jenis Kata Majmuk.

3 Jenis-Jenis Kata Majmuk
Jenis Pertama : Kata majmuk bebas. Perkataan yang dikenali sebagai Kata Majmuk Bebas ialah seperti berikut. 1: Terima Kasih. 2: Luar Biasa. 3: Alat Tulis. Ayat Contoh 1 : Zainal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Sulaiman atas undangan makan tengah hari yang telah diberikan kepadanya di Hotel Angkapuri. Ayat Contoh 2: Setiap Pelajar memerlukan alat tulis yang lengkap agar ia akan memudahkan mereka untuk menduduki peperiksaan dengan tenang tanpa harus menghiraukan kekurangan keperluan mereka.

4 Jenis kedua : Kata majmuk istilah khusus
Jenis kedua : Kata majmuk istilah khusus. Kata majmuk istilah khusus mempunyai erti yang khas dalam bidang ilmu tertentu. Perkataan yang terdiri daripada Kata Majmuk Istilah Khusus ialah seperti berikut. 1: Urus Setia. 2: Mata Pelajaran. 3: Kertas Kerja. Ayat Contoh 1: Ashriq dikenali sebagai seorang pelajar yang cemerlang di sekolahnya kerana dia tidak pernah gagal untuk mendapatkan markah yang tertinggi bagi setiap mata pelajaran yang diambilnya. Ayat Contoh 2: Encik Jamil harus memastikan bahawa setiap karyawannya menyelesaikan kertas kerja yang telah di bahagikan secara adil.

5 Jenis ketiga : Kata Majmuk Isitilah Khusus (gelaran)
Perkataan berikut adalah contoh-contohnya. 1: kencing manis 2: bidang sains dan teknologi. Ayat Contoh 1: Nenek saya yang sudah lama menghidap penyakit kencing manis masih degil dan tidak mahu mendengar nasihat doktor untuk berhenti makan makanan yang mengandungi banyak gula. Ayat Contoh 2: Kegigihan dan sikap tidak mahu menyerah terserlah dalam diri Nadiah yang telah lulus dan mendapatkan segulung ijazah dalam bidang sains dan teknologi setahun yang lalu

6 1: darah daging (anak sendiri)
Jenis keempat: Kata majmuk kiasan mempunyai maksud selain daripada maksud harafiahnya (literal) dan kata majmuk kiasan juga sering dirujuk sebagai simpulan bahasa. Perkataan yang terdiri daripada Kata Majmuk Kiasan ialah seperti berikut. 1: darah daging (anak sendiri) 2: buah mulut (perkara yang menjadi bahan perbualan) 3: mandi keringat (melakukan kerja bersungguh-sungguh) Ayat Contoh 1: Pemodenan dan kemajuan yang sudah menyebar di seluruh dunia ini menyebabkan teknologi menjadi darah daging kita. Ayat Contoh 2: Perbuatan Hakim dan Rozana yang amat menjijikan telah menjadi buah mulot orang kampung sehingga hari ini.

7 Penggandaan Kata Majmuk.
Penggandaan Kata Majmuk terbagi kepada dua bentuk iaitu mantap dan tidak mantap. Ia seperti yang berikut : Melibatkan penggandaan pada perkataan hadapan sajaha bagi kata majmuk yang tidak mantap. ( bebas, istilah khusus, kiasan) ( B ) Melibatkan penggandaan keseluruhan unsur bagi kata majmuk mantap dan beberapa simpulan bahasa.

8 Penggandaan Kata Majmuk yang tidak mantap.
Contoh: Perdana Menteri = Perdana – perdana Menteri. Ayat Contoh 1: Perdana-perdana menteri sedang berbincang tentang masalah pencemaran udara yang berlaku agar ia tidak menjejaskan aktiviti-aktiviti penduduk negara. Contoh: Alat tulis = Alat-alat tulis. Ayat Contoh 2: Alat-alat tulis ialah salah satu keutamaan jika ingin menduduki peperiksaan kerana tanpa adanya perkakas tertentu, kita tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik.

9 Penggandaan Kata Majmuk yang mantap
Contoh: Kakitangan = Kakitangan-kakitangan. Ayat Contoh 1: Syarikat itu memberikan jumlah bonus yang banyak kepada kakitangan-kakitangan yang telah lama bekerja di situ untuk menunjukkan satu sifar penghargaan. Contoh: warganegara-warganegara. Ayat Contoh 2: Pemerintah menganggarkan bahawa pembangunan siasah Singapura akan mengalami beberapa perubahan yang agak ketara dalam tempuh masa 20 tahun memandangkan warganegara-warganegara yang semakin berpendidikan dan berfikiran terbuka.

10 1: antarabangsa 9: matahari 2: sukarela 10: olahraga
Dalam bahasa melayu, ada 15 perkataan yang sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh. 1: antarabangsa 9: matahari 2: sukarela 10: olahraga 3: beritahu 11: tandatangan 4: kakitangan 12: pesuruhjaya 5: bumiputra. 13: barangkali 6: matahari. 14: dukacita 7: suruhanjaya. 15: sukarela 8: kerjasama

11 Kata Majmuk Menerima imbuhan
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam 2 bentuk. Yang pertama ialah apabila menerima imbuhan awalan ataupun akhiran. Ejaan perkataan-perkataan ini akan dieja perpisah. 1: Campur Aduk = Bercampur Aduk. 2: Temu bual = Ditemu Bual. 3: Ambil Alih = Mengambil Alih. Ayat Contoh 1: Saya telah ditemu bual oleh seorang wartawan mengenai acara pelancaran album kumpulan “ The Urban Sensation” minggu lalu. Ayat Contoh 2: Farah mengambil alih posisi Farid sebagai pengurus syarikat kerana Farid telah mengkhianati syarikat itu dengan mendedahkan kesemua rahsia-rahsia yang diperoleh.

12 1: Campur Aduk = mencampuradukkan 2: Satu Padu = menyatupadukan.
Kedua, apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi cantum. Contohnya. 1: Campur Aduk = mencampuradukkan 2: Satu Padu = menyatupadukan. 3: Tunjuk Ajar = menunjukajarkan. Ayat Contoh 1: Fahmi yang dikenali sebagai director filem Melayu kerap mencampuradukkan pelbagai rupa kebudayaan dalam jalan ceritanya. Ayat Contoh 2: Cikgu Siti telah mencuba sedaya upaya untuk menyatupadukan pelajar-pelajarnya yang sering bertengkar tentang perkara-perkara yang tidak penting dan di luar pelajaran sekolah.

13 TAMAT Hasil Kerja : Annisa. 5N1. Lydia. Kristie. 4E4
Saiful Affendy. 5N1.


Download ppt "Kata Majmuk."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google