Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TUGASAN BMM 1064 NAMA PENSYARAH : CIK NOR ASIAH BINTI ISMAIL

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TUGASAN BMM 1064 NAMA PENSYARAH : CIK NOR ASIAH BINTI ISMAIL"— Transcript presentasi:

1 TUGASAN BMM 1064 NAMA PENSYARAH : CIK NOR ASIAH BINTI ISMAIL TAJUK TUGASAN : KLAUSA BEBAS DISEDIAKAN OLEH : VEKNESWARY KRISHNAN PAVITRA SUBRAMANIAM SUGGANNYA SUPERMANY {PPISMP SEM 2}

2 KLAUSA Ayat yang mengandungi lebih daripada dua klausa pula dipanggil ayat majmuk. Klausa ialah ayat dalam ayat. Klausa serupa ayat. Perbezaan antara klausa dengan ayat ialah jika klausa tidak diucapkan dengan intonasi {suara} yang sempurna, iaitu intonasi berdasarkan maksud ayat, maka klausa itu belum menjai ayat. Ayat terbentuk apabila klausa dilafazkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebagai konstituen dalam pembentukan ayat, klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

3 KLAUSA BEBAS

4 Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Antara contoh klausa adalah seperti yang berikut : 1) kamu pandai 2) saya akan hadir 3) mereka mogok 4) dia sedang bekerja 5) kami sudah makan Dalam ayat 1, klausa kamu pandai mengandungi subjek kamu dan predikat pandai, dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat lengkap : Kamu pandai.

5 Klausa bebas dengan sifatnya sebagai ayat yang sempurna boleh juga menjadi sebahagian daripada ayat yang lebih luas dan kompleks, seperti contoh yang berikut : 1) Kamu pandai kerana kamu rajin belajar. 2) Saya akan hadir kalau waktu mengizinkan. 3) Mereka mogok kerana mereka membantah sikap majikan. 4) Janganlah ganggu orang itu kerana dia sedang bekerja. 5) Katakan kepada ibu bahawa kami sudah makan.

6 Contoh klausa bebas : 1) saya berenang 2) dia pelajar terpandai 3) ibu membeli sayur-sayuran 4) adik suka bermain komputer 5) saya membuat kerja sekolah Jika klausa-klausa bebas diucapkan dengan suara naik turun yang sesuai berdasarkan makna dalam ayat, maka timbullah ayat. Klausa bebas yang berubah kepada ayat : 1) Saya berenang. 2) Dia pelajar terpandai. 3) Ibu membeli sayur-sayuran. 4) Adik suka bermain komputer. 5) Saya membuat kerja sekolah.

7


Download ppt "TUGASAN BMM 1064 NAMA PENSYARAH : CIK NOR ASIAH BINTI ISMAIL"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google