Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF"— Transcript presentasi:

1 BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF
PROF. MADYA DR HAJAH SAMSINA HJ. ABD. RAHMAN & DR HAJAH KAMARIAH KAMARUDIN JBM,FBMK,UPM

2 TUGASAN(100%) SILA RUJUK LAMPIRAN YANG DIEDARKAN(4 TUGASAN)-2 DARIPADA PM DR SAR DAN 2 DARIPADA DR KK. 50 %+50% TIADA MID-SEM DAN FINAL EXAM

3 SILA BERIKAN KERJASAMA KEPADA SETIAP TUGASAN (PUISI DAN CERPEN)YANG TELAH DIBERIKAN DALAM KUMPULAN MASING-MASING. SILA HANTAR PADA MASA YANG TELAH DITETAPKAN.

4 CONTOH-CONTOH PUISI MODEN(SAJAK) DAN CERPEN BOLEH DI RUJUK: MAJALAH DEWAN SASTERA, DEWAN BAHASA, DEWAN SISWA DAN TUNAS CIPTA, KUMPULAN PUISI ANISMAS AR TERIMA KASIH YAA RABBI(2011-UPM) & TEROWONG EMAS ITU(2013) SERTA K.P MANA-MANA PENYAIR TANAHAIR.

5 Bahan-Bahan Rujukan tambahan
Azizi Hj. Abdullah. Kuras-Kuras Kreatif. KL:DBP, 2007 2. Hizairi Othman. Kreativiti dalam Penciptaan Karya Sastera. KL:DBP,1996 3. Othman Puteh. Landas Kreativiti Penulisan Cerpen. KL:DBP, 1997 4. Shahnon Ahmad. Weltanschauung: Satu Perjalanan Kreatif.KL:DBP, 2008.

6 5. Faisal Tehrani. Karya Nan Indah untuk Semua
5. Faisal Tehrani. Karya Nan Indah untuk Semua. KL: Penerbit al-Ameen, 2008 6. Mawar Shafie dan Nisah Haron(pngr.) Bagaimana saya menulis: Proses Penciptaan Cerpen. KL: DBP, 2011

7 Kuliah pertama Pengenalan konsep penglahiran bakat -Bakat dan minat
-Bakat, minat dan kecenderungan -Bakat dan latihan -Latihan membina kemahiran

8 Apa itu bakat ? Bakat adalah suatu kebolehan Kebolehan ini semulajadi Kebolehan anugerah Allah/Tuhan Kebolehan boleh dibentuk & dipupuk Kebolehan perlu dijana dan dibina

9 Bakat dibina, dipupuk & dijana melalui:
-Pengalaman diri(kembara dan kehidupan dari kanak2 hgga akhir hayat -Pembacaan(ilmu -multidisiplin) -Pemerhatian terhadap alam sekitar -Interaksi dengan manusia dan dgn alam -ilham, inspirasi

10 Bakat kreatif-siapa yang pernah menghasilkan karya kreatif sama ada puisi, prosa atau drama?
Bagaimana bakat seseorang bermula-daya kreativiti + daya sensitiviti+ daya renung +Daya fikir + daya usaha dan kegigihan +Kesungguhan + latihan membina kemahiran= puisi, cerpen, novel, skrip drama.

11 Bakat menurut Shahnon Ahmad
adalah natural powers atau kebolehan semulajadi untuk mencipta sesuatu dengan baik. Dengan bakat dan daya sensitiviti(kepekaan) menerusi pancaindera yang 5, seseorang akan mendapat pengalaman dan ilham dan dari sini terhasillah karya asli yang bermutu iaitu berkualiti.

12 Menurut Hizairi Othman
Kreativiti bagai intan yang terbenam dalam lumpur. Ia perlu digilap. Anda memilikinya dan apa yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti kelebihan sendiri. Dengannya anda boleh menuju ke puncak asalkan anda tak jemu berusaha.

13 Secara Umum maksud kreativiti
Adalah penjanaan idea baru yang mempunyai nilai. Melalui daya kreativiti akan wujud kepelbagaian, tidak ada yang salah, penghasilan yang tak terhingga dan wujudnya keterbukaan-bebas sesiapa boleh mencipta atau menghasilkan sesuatu yang baru. Cuma apa yang berlaku ialah ada yang lebih baik daripada yang lain.

14 Bakat suatu kurniaan daripada Allah(Divine gift) Maha Pencipta
Bakat suatu kurniaan daripada Allah(Divine gift) Maha Pencipta. Apa sahaja jenis bakat termasuk bakat kreatif(penglahiran karya seni khususnya seni sastera). Sumber daya kreatif manusia ber punca dari daya kreativiti Allah yang Memiliki sifat-sifat Al-Khaliq, al-Mubdi Dan al-Musawwir.

15 Bukti-Bukti daripada al-Quran
Surah al-hijr ayat 28 Surah al-baqarah ayat 22 Surah an-nisa’ ayat 1

16 Surah Al-Baqarah ayat 22 Dialah yang menjadikan bumi ini untuk Kamu sebagai hamparan, dan langit(serta segala isinya) sebagai bangunan(yang di bina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya Air hujan dari langit, lalu dikeluarkannya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezki bagi kamu, maka jangan Lah kamu mengadakan bagi Allah sebarang Sekutu pada hal kamu semua mengetahui.

17 Surah An-Nisa’ ayat 1 Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kpd Tuhan yg telah menjadikan kamu(bermula) daripada diri yang satu(ADAM) dan yang menjadikan daripada(ADAM) itu pasangannya (Isterinya-HAWA) dan yang membiakkan dari Keduanya zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai.

18 Contoh Puisi “Langit” bukti Maha kreatifnya Allah
Di manakah kakimu? Ia ghaib dari pandangan. Penglihatanku terbatas. Dengan mata fikir aku melihat kebesaran Ilahi. Kekuasaan Khaliq tiada bandingan. Langit seakan terhampar dari atas. Sedang Bumi menadah. Hujan bertabur dari atas. Langit legam. Langit cerah. Terhampar dari Atas melengkung ke dasar laut. Melihat dgn Mata fikir tersirat keagungan Ilahi. Keperkasaan Ilahi.

19 Pendapat Siti Zainon Ismail tentang daya sensitiviti
iaitu kepekaan mentafsir alam sekitar yang dikaitkan dengan pancaindera manusia iaitu mata, telinga, hidung,lidah, kaki dan tangan.

20 Konsep Kreatif Kamus Dewan Edisi keempat(2005:
828) mendefinisikan kreatif sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli(original)

21 Kreativiti mengikut Hizairi Othman
ialah tenaga yang tidak wujud pada mata kasar tetapi diketahui ada. Ia adalah suatu “divine gift” yang subjektif sifatnya seperti men cari tempat di mana roh berada. Ia tidak boleh diukur secara empiris.

22 Kerja menulis karya kreatif(puisi,
Cerpen, novel dan drama) memerlukan stamina(kekuatan) akal dan tubuh yang sihat, minat dan kecintaan yang mendalam dan berterusan, cita-cita yg tinggi, disiplin yang ketat dan lebih beruntung jika ada sedikit bakat iaiatu natural powers atau kebolehan s/jadi Untuk mencipta sesuatu dengan baik.

23 Rumusan konsep-konsep
Bakat/daya kreatif- sesuatu yang semulajadi Kurniaan Allah(Tuhan). Minat-Kecenderungan Latihan-Usaha yang gigih dan bersungguh2 Kemahiran tercipta hasil latihan yang ber Sungguh2 yang akhirnya berjaya menghasil Kan karya kreatif(puisi, cerpen, novel & drama.

24 Peribadi Kreatif menurut A. Samad Said.
Biasanya insan seni amat berhati-hati, Sentiasa menghalusi, sentiasa menilai, rajin Berwaras dan bersabar mengeram sesuatu Sebelum mencernanya menjadi karya seni. Seniman adalah petani seni yang berfikir, di samping cepat tersentuh oleh sesuatu angin peristiwa atau ribut pengalaman.

25 Ciri-Ciri Peribadi Kreatif
Ada kelainan Ada keanehan Ada keunikan tersendiri Berfikir secara kreatif mengikut Ainon dan Abdullah Hassan(1997) ber matlamat untuk menerbitkan:

26 Pelbagai persepsi Pelbagai konsep
Pelbagai idea Pelbagai cara penyelesaian masalah Pelbagai cara meleraikan konflik(seperti dlm Cerpen dan novel) Pelbagai strategi dan taktik Pelbagai teori Pelbagai hipotesis Pelbagai hasil perundingan

27 Ciri utama orang yg kreatif ialah mereka memiliki autonomi intelektual yang tinggi. Mereka membuat
keputusan berdasarkan pendapat peribadi sendiri. Oleh itu golongan ini tidak suka terikut-ikut pendapat orang ramai dan mereka tak mahu mengalah pada tekanan masyarakat. Dalam erti kata lain mereka tidak memiliki mentaliti “apa orang lain kata” (Ainon dan Abdullah,1997:112)

28 George F Kneller telah menggariskan 11 sifat dominan individu kreatif iaitu
Kecerdikan Kewaspadaan, kesedaran atau sensitif Lancar dari segi berfikir dan berkomunikasi Mudah dilentur atau mudah berubah Asli dari segi idea, memancarkan sikap dan kaedah bertindak balas.

29 6. Mempunyai daya menambahkan sesuatu supaya menjadi lebih baik dan pelbagai guna.
7. Gemar mempersoalkan sesuatu atau tetap meragui selagi belum pasti akan kebenaran sesuatu. 8. Tabah, tekun dan ‘berkeras’ dan masa yg lama dan berterusan 9. Mempunyai kebolehan memberi reaksi secara spontan. 10. Tidak mahu sama dengan orang lain 11. Mempunyai keyakinan diri.

30 14 ciri individu kreatif mengikut Ainon dan Abdullah
Mempunyai jiwa merdeka, tidak suka di kongkong, tidak suka terikut-ikut dan tdk peduli pada kritikan orang. 2. Tidak dahaga pengiktirafan, pujian atau Ganjaran orang lain. Mereka mampu memuji Dan mengkritik diri sendiri. 3. Berani membuat keputusan dan sedia ber Tanggungjawab atas risiko keputusannya.

31 4. Mereka bersikap terbuka dan sedia menerima kenyataan ada kalanya mereka tidak rasional.
5. Memiliki peribadi yang stabil. Tidak terikut-ikut. 6. Meminati seni dan berjiwa halus 7. Berperangai dominan dan kecewa apabila orang tidak mengikut pemikirannya. 8. Jiwanya lebih kompleks dan sukar difahami oleh orang lain.

32 9. Mudah menerima hakikat akan kelemahan dan kekurangan diri
9. Mudah menerima hakikat akan kelemahan dan kekurangan diri. Justeru mudah mengaku apabila berbuat kesilapan. 10. Lebih panjang akal, tidak mahu menerima jawapan “tidak” dan akan terus berusaha. Jika tidak karya tak mungkin ter hasil. 11. Berani dan suka mencuba perkara baru Yang tinggi risikonya.

33 12. Berjiwa radikal, berani mencabar perkara2 pokok & tidak takut menongkah arus
13. Dapat mengawal diri sendiri 14. Kemungkinan besar mereka dari jenis introvert, banyak bercakap dengan diri sendiri. “Lihatlah dan renungkan ke dalam diri, adakah anda memiliki ciri-ciri peribadi kreatif ini.?”

34 Kata-kata A. Samad Said “Penulis tidak lahir dari bancuhan pena dan mesin taip/komputer saja. Pengamatannya terhadap dunia, penglibatan dalam kehidupan yang menggugat dan sikapnya yang ditapis dari segala gelora kehidupan di sekelilingnya, adalah tangga-tangga terpenting yang perlu dinaiki dulu”(1980)

35 Mengenali Cerpen dan Novel
Definisi Cerpen Menurut Othman Puteh(1988:11), cerpen atau cerita pendek adalah cerita rekaan berbentuk prosa yang relatif pendek. Kependekannya masih tidak jelas ukuran, masih tidak tetap jumlah perkataannya.

36 Ciri-Ciri Cerpen Dari segi jumlah perkataan dikatakan antara 500 hingga patah perkataan. Lazimnya antara 2000 hingga 5000 patah perkataan atau 10 hingga 12 hlm. Ada dua jenis cerpen. 1. cerpen yang pendek(500 hingga 2000 patah perkataan) dan 2. cerpen yang panjang dengan jumlah lebih 10 ribu perkataan. Cerpen dibaca dalam waktu yang singkat i.e tidak melebihi setengah dlm tempoh sekali duduk.

37 Tema dalam cerpen Tema adalah persoalan utama sesebuah karya(cerpen). Tema juga boleh ditafsir sebagai idea pusat atau idea dasar sesebuah karya(Rahman Shaari, 1987:89)

38 2. Tema atau persoalan dlm cerpen
Cerita hanya satu sahaja dan tidak ber cabang atau meranting seperti novel. Ini bererti satu tema cerita menjadi tumpuan sejak permulaan cerita berkembang sehingga menemukan titik akhir atau penyelesaian.

39 3. Memiliki hanya satu plot(jalan cerita yang dikenali sebagai plot utama dan tidak mungkin ada
plot sampingan 4. Jumlah watak yang terhad, sedikit dan tidak perlu ramai. Memadai satu hingga tiga watak yang dominan yang menghidupkan cerita.

40 5. Latar atau setting yang singkat dan terhad. Masa yang
diambil untuk sesuatu perjalanan ataupun garapan cerita tidak lama mungkin dalam tempoh beberapa jam atau sehari sahaja.

41 6. Meninggalkan kesan kesatuan
Ciri cerpen yang bersifat tunggal daripada segi tema, plot, watak yang terhad dan latar yang singkat perlu berhasil digarap secara satu dan bersepadu demi membina kesan yang utuh dan padat.

42 Contoh-contoh cerpen 1.Kumpulan Cerpen Di Antara Safa Dengan Marwah karya Muhammad Isa al-Jambuli Antara cerpennya berjudul “Al-Taubah”, “Anak-Anak Pendakwah”, “Di Antara Safa dan Marwah” dan “Biji-Bijian Berwarna Ungu”. 2. Antologi cerpen Kasih Itu Kesabaran(2005) Himpunan cerpen yang menang HSDT.

43 Cerpenis Mawar Shafei dengan k.cerpen Montaj II dan Masyitah
Contoh-contoh cerpen juga boleh dibaca Daripada majalah Dewan Sastera setiap Bulan sejak tahun 1970-an hingga Cerpenis lelaki misalnya Zean Kasturi(Zainal Palit) (kumpulan cerpen Yuda(1992) dan S.M Zakir dengan k. cerpen berjudul Merengkuh Langit.(1995)

44 Definisi Novel Novel adalah karya prosa dan karya fiksyen yang panjang serta kompleks sifatnya.

45 Unsur-Unsur dalam novel
Tema(persoalan utama) dan persoalan sampingan Plot(jalan cerita) dan sub-sub plot Watak dan perwatakan Latar tempat, masa dan masyarakat Sudut Pandangan(orang pertama dan ketiga) Gaya Bahasa

46 Ciri-Ciri Novel Mengandungi lebih daripada satu tema dan ada persoalan-persoalan sampingan. Kandungannya terbahagi kepada beberapa bab. 2. Dari segi plot atau jalan cerita, ada anak plot atau sub-sub plot. Jalan cerita dalam novel berkembang melalui peringkat eksposisi, konflik, klimaks dan perleraian.

47 3. Watak-wataknya ramai dan pelbagai.Watak-watak rekaan
dalam novel mewakili kehidupan manusia pada dunia realiti iaitu pada masa kini dan pada masa lepas. Walaupun novel dikatakan fiksyen(rekaan), namun ada contoh-contoh watak dan peristiwa dalam novel adalah ber dasarkan fakta, nama dan peristiwa yang benar-benar pernah terjadi dan wujud.

48 4. Novel adalah gabungan antara fakta dgn imaginasi.
5. Masa yang diambil untuk membaca novel adalah lebih lama berbanding cerpen, bergantung kepada seseorang pembaca. Juga bergantung kepada ketebalan(hlm) sesebuah novel. 6. Novel juga mengandungi sudut pandangan dan gaya bahasa yang pelbagai.

49 Jenis-jenis novel Novel Satira-tujuan penciptaannya adalah
untuk menyindir dan mengkritik segolongan masyarakat atau manusia dengan menggunakan watak manusia, binatang atau objek lain. Novel biografi-menceritakan tentang tokoh tokoh yang menjadi kebanggaan negara. Contoh novel Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari.

50 3. Novel sejarah- dikarang berlandaskan fakta sejarah.
Temanya berhubungkait dengan tarikh, tempat Dan nama-nama watak yg benar-benar wujud. Contoh Novel Bukit Kepong karya Ismail Johari 4. Novel Pengembaraan menceritakan pengembaraan watak utama dan beberapa watak lain dari satu tempat ke satu tempat. Contoh novel ialah Aku Anak Timur karya Siti Aminah Hj. Yusof.

51 5. Novel Sosial ialah novel yg menyentuh hal-hal masyarakat.
Contohnya Novel Ranjau Sepanjang Jalan(SA) 6. Novel agama ialah novel yang memfokuskan kepada persoalan agama Islam misalnya novel Imam karya AH, novel Muhammad Akhir dan Jalan Pulang karya Anas K Hadimaja. 7. Novel Popular-tentang cinta dan kasih sayang, lebih bersifat hiburan berbanding fakta dan infomasi yang bersifat ilmu.

52 Contoh novelis wanita tanah air
Zaharah Nawawi(Anugerah) Khadijah Hashim(Badai Semalam) Adibah Amin(Seroja Masih di Kolam) Nisah Haron(Lotus Stundi) Kamariah Kamarudin(Kau yg kusayang) Siti Zainon Ismail(Pulau Renik Ungu) Azmah Nordin(Dari Dalam Cermin).

53 Rumusan proses kreatif Abdullah Jus(Dr. Jusang)
1. Cara sendiri itulah kreativiti insan berkreatif 2. Cara mendapatkan bahan/sumber-daripada sesuatu yang paling hampir dengan kita. Misalnya pengalaman, keluarga dan alam sekitar serta teman-teman. 3. Tulis dan catat apa sahaja untuk memulakan sesuatu. Langkah yang satu akan mencipta langkah-langkah seterusnya.

54 4. Bakat adalah ibarat intan di dalam lumpur yang perlu digilap untuk
memperoleh sinarnya-pendapat HO. Ini bererti kita perlu berusaha segigih yang mungkin untuk menghasilkan karya kreatif. Tiada jalan pintas untuk berjaya-banyak onak dan duri yang perlu dilalui. 5. Proses kreatif itu adalah rakaman peristiwa, rakamkan dengan kamera untuk membantu kita membina unsur-unsur dalam Sesebuah karya kreatif.

55 6. Minta pandangan rakan-rakan penulis dan khalayak
pembaca untuk memantapkan Karya kita. 7. Kepuasan tercapai setiap kali terhasilnya karya kreatif yang di usahakan.

56 8. Gajaran hasil karya kreatif
Royalti setiap tahun Hadiah Sastera peringkat negeri dan kebangsaan. c) Anugerah-Anugerah Sastera d) Nama popular sebagai penulis dan mem bantu karya mudah diterbitkan apabila nama sudah established(mantap)

57 Petua-Petua yang dikemukakan oleh penulis Azizi Hj. Abdullah
Memerlukan disiplin diri yang kuat. Maksud disiplin ialah kemahuan menulis dalam waktu yang tidak menentu tanpa disuruh atau didesak oleh pihak lain. Amalan membaca/faktor pembacaan. Amalan ini membantu seseorang yang hendak jadi penulis memperoleh maklumat dan fakta-fakta yang menyumbang kpd.

58 Penghasilan karya kreatif kerana dalam karya kreatif 80% adalah
Imaginasi dan 20% adalah fakta. 3. Pengalaman diri dan orang lain sebagai sumber ilham. Azizi telah menghasilkan sebanyak 27 novel antara tahun 1968 sehingga Antaranya Senja Belum Berakhir(1971) Seorang Tua di Kaki Gunung(1982) & Kasih Sayang(1983)

59 Novel Pencinta Alam(1998) dan Harga Sebuah Maruah(2007)
4. Sumber Unsur Alam seperti laut, sungai, gunung, tumbuhan, angin, hujan, sawah padi, hutan, bukit, ikan dan haiwan. Penggarapannya dalam novel adalah seperti kepingan negatif filem(kamera).

60 5. Faktor Keluarga, ibubapa, adik, abang, kakak, saudara mara.
6. Rangsangan/Dorongan/Galakan a) Rakan-rakan penulis b) Kekasih, teman wanita c) Seks d) Solat istiharah dan solat hajat e) Kritikan dan ulasan


Download ppt "BBK 3410 PENGLAHIRAN BAKAT KREATIF"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google