Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR"— Transcript presentasi:

1 DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR
PELAKSANAAN DAN PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN DAN PERINTAH DI MAHKAMAH SYARIAH DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR 2007

2 PENGENALAN Pemiutang Penghakiman (PMP) boleh mengambil beberapa cara penguatkuasaan untuk melaksanakan sesuatu penghakiman atau perintah Cara pelaksanaan perintah pula bergantung kepada jenis penghakiman yang dibuat dan harta yang hendak ditahan

3 CARA-CARA PENGUATKUASAAN
Writ Pelaksanaan : Writ Penyitaan dan Penjualan Writ Penghantarserahan Writ Pemilikan Writ distress Prosiding Garnisee Saman Penghutang Penghakiman (PHP) Perintah Larangan Prosiding Pengkomitan

4 HAD MASA Sebarang penghakiman tidak boleh dikuatkuasakan selepas tempoh enam (6) tahun Sesuatu writ pelaksanaan bagi menguatkuasakan penghakiman/perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah selepas tempoh enam (6) tahun sejak tarikh penghakiman/perintah dikeluarkan

5 WRIT PELAKSANAAN Writ Penyitaan dan Penjualan
Sesuatu penghakiman /perintah bagi pembayaran wang yang bukan pembayaran wang ke dalam Mahkamah, boleh dikuatkuasakan, antara lain, melalui writ penyitaan dan penjualan di bawah s.160

6 Writ Penghantarserahan
sesuatu penghakiman/perintah bagi menghantar serah apa-apa harta alih yang tidak memberi alternatif kepada seseorang yang terhadapnya penghakiman itu diberi atau perintah itu dibuat bagi membayar nilai tertaksir harta itu ATAU sesuatu penghakiman/perintah bagi menghantar serah apa-apa harta alih atau pembayaran nilai tertaksir harta itu

7 Writ Pemilikan Sesuatu penghakiman /perintah bagi pemberian pemilikan mana-mana harta tak alih bolehlah dikuatkuasakan, antara lain, melalui writ pemilikan.

8 WRIT DISTRESS Common Law – hak yang diberi kepada tuan tanah untuk menyita harta alih bagi mendapatkan tunggakan sewa daripada penyewa Prosiding terkandung di bawah Akta Distress 1951 Kaedah-kaedah diperuntukkan di bawah Hanya untuk menuntut sewaan yang telah terakru tidak melebihi 12 bulan dan/atau Mengambil alih premis yang terbiar/ tidak dipelihara oleh penyewa

9 PROSIDING GARNISEE PMP mendapatkan kembali apa-apa hutang yang kena dibayar atau terakru daripada pihak ketiga (muhal ‘alaih) yang berhutang kepada PHP Cth : bank (muhal ‘alaih) - akaun simpanan PHP ditahan. Tidak terpakai terhadap Kerajaan

10 SAMAN PHP Sesiapa yang berhak menguatkuasakan penghakiman atau perintah untuk pembayaran wang, sama ada secara ansuran atau selainnya, boleh memohon suatu Saman PHP Hanya terpakai di mana penghakiman Mahkamah adalah untuk pembayaran wang Saman PHP bertujuan untuk memanggil PHP ke Mahkamah untuk diperiksa mengenai kebolehan dan keupayaan PHP untuk menjelaskan hutang penghakiman

11 PERINTAH LARANGAN Suatu perintah Mahkamah di bawah peruntukan khas berhubung dengan tanah dan kepentingan mengenainya yang melarang PHP daripada memindahmilik, menggadaikan atau memajakkan tanah atau kepentingan mengenainya atau mewujudkan apa-apa lien atau gadaian ekuiti ke atasnya melalui penyimpanan dokumen hakmilik keluaran.

12 PENGKOMITAN Jika seseorang yang dikehendaki oleh sesuatu penghakiman / perintah supaya melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman/ perintah itu enggan atau abai melakukannya dalam masa itu atau seseorang mengingkari sesuatu penghakiman/ perintah yang menghendakinya supaya menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan, maka penghakiman/ perintah itu bolehlah dikuatkuasakan melalui Perintah Pengkomitan.

13 WRIT PENYITAAN & PENJUALAN
Writ untuk menguatkuasakan sesuatu penghakiman/ perintah bagi pembayaran wang. Prosiding pelaksanaan: menyita harta alih dan/atau tidak alih kepunyaan PHP dan kemudiannya melelong dan menjual harta-harta tersebut untuk menjelaskan jumlah terhutang.

14 (Sambungan) Permohonan dibuat di bawah seksyen 154 dengan mengemukakan: Satu salinan penghakiman/ perintah yang berdasarkannya writ itu dikeluarkan Permohonan untuk mendapatkan writ pelaksanaan di bawah seksyen 154 (2) tetapi tiada borang khusus Borang MS 35- writ penyitaan dan penjualan Sijil daripada JPJ bagi mengesahkan hakmilik kenderaan

15 (Sambungan) Writ ditandatangani oleh Pendaftar
Temujanji ditetapkan dengan Bailif untuk melaksanakan writ tersebut Deposit kepada Pejabat Pendaftaran Mahkamah bagi membayar kos perbelanjaan itu

16 (Sambungan) Peruntukan lain yang perlu dirujuk bersama:
Bila kebenaran untuk mengeluarkan apa-apa writ pelaksanaan diperlukan Permohonan meminta kebenaran untuk mengeluarkan writ Jangka masa dan pembaharuan writ pelaksanaan Deposit bagi pelaksanaan-Seksyen 164 Prosiding Interplider

17 WRIT PENGHANTAR SERAHAN
Sesuatu penghakiman/ perintah bagi menghantar serah apa-apa harta alih yang tidak memberi alternatif kepada seseorang bagi membayar nilai tertaksir harta itu, bolehlah dikuatkuasakan melalui: Writ penghantar serahan atau Dalam mana seksyen 151 terpakai, suatu perintah pengkomitan

18 (Sambungan) Sesuatu penghakiman/ perintah bagi menghantar serah apa-apa harta alih atau pembayaran nilai terakhir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui: Writ penghantar serahan untuk mendapatkan kembali harta itu atau nilai terakhirnya; Perintah pengkomitan

19 (Sambungan) Permohonan dibuat di bawah seksyen 150 dengan mengemukakan: Satu salinan penghakiman/ perintah yang berdasarkannya writ itu dikeluarkan Borang MS 33 seksyen 151(4) - permintaan untuk mendapatkan writ penghantar serahan Borang MS 35- writ penghantar serahan

20 WRIT PEMILIKAN Hendaklah difailkan sekiranya sesuatu penghakiman/ perintah bagi pemberian pemilikan harta tak alih Tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah Kebenaran boleh dipohon melalui notis disokong dengan afidavit di bawah seksyen 149 dibaca bersama dengan seksyen 154 Boleh dimasukkan peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan- seksyen 149(2)

21 (Sambungan) Permohonan dibuat dengan mengemukakan:
Satu salinan penghakiman/ perintah yang berdasarkannya writ itu dikeluarkan Borang _____ - permintaan untuk mendapatkan writ pemilikan Borang _____- kebenaran Mahkamah untuk mengeluarkan writ pemilikan Borang _____- writ pemilikan Tidak ada seksyen dan borang khusus bagaimana cara di laksanakan- Mengapa? Writ Pemilikan adalah berlainan daripada Writ Distress

22 WRIT DISTRESS Untuk menuntut sewaan yang telah terakru tidak lebih daripada 12 bulan Untuk mengambil alih premis yang telah tidak terpelihara oleh penyewa Dibuat secara ex-parte melalui permohonan pemula yang disokong oleh afidavit: Borang ___ dan diubahsuai Sesuatu permohonan untuk melepaskan atau menggantungkan mana-mana bahagian harta yang telah disita hendaklah dibuat dalam tempoh 7 hari selepas penyitaan

23 (Sambungan) Prosedur penyitaan dan penjualan di bawah distress adalah sama dengan prosedur bagi writ-writ pelaksanaan lain Kos bagi segala prosiding yang diambil di bawah ____ hendaklah menurut budi bicara Mahkamah dan menurut _____

24 PROSIDING GARNISEE Penahanan hutang yang kena dibayar atau terakru daripada mana-mana orang lain berhutang (Garnisi) kepada PHP dan Mahkamah boleh memerintahkan supaya Garnisi itu membayar kepada PMP apa-apa hutang yang kena dibayar atau terakru kepada PHP daripada Garnisi dan kos bagi prosiding garnisee itu.

25 (Sambungan) Borang – permohonan untuk mendapatkan suatu perintah
Borang ___ - permohonan hendaklah disokong dengan afidavit Borang ___ - suatu perintah pada mula-mulanya menjadi suatu perintah utnuk menunjukkan sebab Mahkamah akan menetapkan tarikh untuk pertimbangan lanjut

26 (Sambungan) Borang ___ - sesuatu perintah untuk menunjukkan sebab mestilah sekurang-kurangnya 7 hari sebelum masa yang ditetapkan bagi pertimbangan lanjut perkara itu, disampaikan ke diri Garnisi dan PHP. Perintah yang sedemikian hendaklah mengikat dalam tangan Garnisi mulai daripada tarikh penyampaian perintah itu kepadanya.

27 (Sambungan) Sekiranya Mahkamah membuat suatu perintah mutlak dalam salah satu bentuk dalam Borang ___ terhadap Garnisi, perintah mutlak itu boleh dikuatkuasakan mengikut cara yang sama seperti penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang Tidak terpakai terhadap Kerajaan

28 SAMAN PHP Permohonan dibuat di bawah ____ dengan mengemukakan:
Borang ___ - permohonan untuk mendapatkan Saman PHP Borang ___ - permohonan melalui notis disokong oleh afidavit, Borang _____, jika Defendan sebuah firma Borang – Saman PHP: Borang ___ - kepada perseorangan Borang ___- kepada pekongsi atau orang yang menjalankan perniagaan atau nama yang selain daripada namanya sendiri Borang ___ - kepada pegawai suatu perbadanan

29 (Sambungan) Permohonan didaftarkan dengan memberikan nombor fail di bawah kod _____ atau __ yang mana berkenaan Tarikh sebutan ditetapkan bagi Saman PHP dan mestilah disampaikan kediri PMP sekurang-kurangnya 7 hari sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengarnya Jika PHP hadir pada tarikh yang ditetapkan,perbicaraan dijalankan dan perintah sewajarnya dibuat Jika PHP tidak hadir, waran tangkap boleh dikeluarkan dan tarikh baru ditetapkan untuk memeriksa keupayaannya Sekiranya sesuatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah di atas saman PHP tidak dipatuhi oleh PHP, maka tindakan selanjutnya di bawah ___ boleh diambil.

30 KESAN KEGAGALAN MEMATUHI SAMAN PHP
Sekiranya sesuatu perintah yang dibuat oleh Mahkamah di atas Saman PHP tidak dipatuhi oleh PHP, maka tindakan selanjutnya di bawah ____ boleh diambil iaitu, si PMP berkenaan boleh dipanggil untuk hadir di hadapan Mahkamah untuk menunjuk sebab mengapa ia tidak patut dipenjarakan atas kegagalan tersebut.

31 PERINTAH LARANGAN Penghakiman/ perintah bagi pembayaran wang yang diperolehi dalam suatu tindakan sivil Borang __- suatu notis disokong dengan afidavit difailkan untuk mendapatkan perintah untuk menyita dan menjual harta tak alih Defendan Suatu ringkasan mengenai hakmilik atau keterangan lain yang mencukupi mengenai hakmilik atau kepentingan PHP hendaklah dikemukakan Borang ___ - Mahkamah secara ex parte boleh mengeluarkan suatu perintah larangan

32 (Sambungan) Melarang PHP daripada memindah milik, menggadaikan atau memajakkan tanah tersebut Ditandatangani oleh pihak Mahkamah Dikemukakan kepada pihak berkuasa (Pegawai Tanah, Pemungut Hasil Tanah dan sebagainya) bersama-sama dengan Writ Penyitaan dan Penjualan Satu salinan hendaklah disampaikan kepada PHP tetapi kegagalan berbuat demikian tidaklah menjejaskan kesahannya

33 (Sambungan) Tempoh kesalahan ialah 6 bulan dan hanya berkuatkuasa apabila didaftarkan di Pejabat Tanah Perlanjutan tempoh kesahan hendaklah dibuat dan dikemukakan kepada Pejabat Tanah sebelum tarikh tamat Selepas tamatnya tempoh sah, perlanjutan tempoh tidak boleh dikeluarkan lagi melainkan jika dengan kebenaran MT Perintah jualan, lain-lain arahan, pengisytiharan jualan, pengesahan jualan dan pindah milik tanah akan diuruskan oleh pihak Mahkamah, bailif dan pelelong berlesen

34 PENGKOMITAN Jika: Seseorang yang dikehendaki oleh sesuatu penghakiman/ perintah supaya melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman/ perintah itu enggan atau abai melakukannya dalam masa itu atau mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam masa yang dilanjutkan atau dipendekkan di bawah ____; atau

35 (Sambungan) (b) seseorang mengingkari sesuatu penghakiman/ perintah yang menghendakinya supaya menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan, maka, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan kaedah-kaedah ini penghakiman/ perintah itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara-cara yang berikut, iaitu: Dengan kebenaran Mahkamah, suatu perintah pengkomitan

36 (Sambungan) Jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, dengan kebenaran Mahkamah, suatu perintah pengkomitan terhadap mana-mana pengarah atau pegawai lain pertubuhan itu; Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Penghutang 1957, suatu perintah pengkomitan terhadap orang itu atau, jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, terhadap mana-mana pegawai sedemikian

37 (Sambungan) Borang ___ - permohonan kepada Mahkamah secara ex parte yang disokong dengan suatu afidavit untuk mendapatkan kebenaran Selepas kebenaran telah diperolehi, permohonan untuk perintah pengkomitan perlu dibuat melalui notis dalam tempoh 14 hari selepas kebenaran telah diberikan. Sekiranya notis tersebut tidak dikeluarkan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kebenaran, maka kebenaran itu hendaklah luput

38 (Sambungan) Notis tersebut bersama-sama dengan satu salinan afidavit yang menyokong permohonan minta kebenaran dan perintah yang memberikan kebenaran hendaklah disampaikan ke diri orang yang diminta dikomitkan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pendengaran Borang ____ - Perintah dan waran pengkomitan Prosiding pengkomitan ini adalah berlainan dari pengkomitan di bawah Akta ____ iaitu, pengkomitan kerana gagal mematuhi perintah di bawah Saman PHP

39 Sekian… …Terima Kasih


Download ppt "DR. HJ. MOHD. NA’IM HJ. MOKHTAR"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google