Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan oleh시아 국 Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
PERMOHONAN KE SEKOLAH KAWALAN DAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) TAHUN 2014
2
Pengguna Guru Besar, PK HEM, Admin APDM, Guru Kelas. Login di atau Ibu bapa/penjaga Login di Permohonan secara ONLINE Tarikh permohonan 1 September hingga 15 Oktober 2013. Sila keluarkan surat makluman kepada ibu bapa/penjaga. Permohonan boleh dibuat di semua jenis sekolah kawalan. Sekolah Kawalan daerah Johor Bahru i. SMK Sultan Ismail ii. SMK Mohd Khalid iii. SMK Dato’ Jaafar
3
iv. SMK Tasek Utara vi. SMK IJ Convent vii. SMK (P) Sultan Ibrahim viii. Maktab Sultan Abu Bakar Ibu bapa wajib mencetak dan menghantar permohonan yang lengkap (berserta dokumen sokongan yang disahkan) kepada Guru Kelas. Guru Kelas perlu menyemak maklumat yang diisi, dokumen yang disertakan. Maklumat perlu dipastikan benar sebelum permohonan secara online diserahkan.
4
3. Pengesahan Permohonan
Tanggungjawab Guru Besar dan dibantu oleh Guru PK HEM. Guru Kelas perlu menghantar borang permohonan (bersama dengan salinan dokumen) yang telah diserahkan secara online kepada Guru Besar/PK HEM untuk tujuan pengesahan. Guru Besar/PK HEM perlu menyemak dan mengesahkan permohonan secara online dan menandatangani borang permohonan yang diberikan. Sekolah perlu menyimpan borang permohonan dan tidak perlu menghantar ke PPD atau ke sekolah-sekolah yang dipohon. Sila rujuk manual Guru Besar/PK HEM untuk membuat pengesahan.
5
DASAR, SYARAT & KRITERIA PENGAMBILAN MURID TINGKATAN SATU (1) SEKOLAH BERASRAMA PENUH TAHUN 2014
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia
6
Dasar Pengambilan 70 : 30 Murid Miskin Cemerlang Murid Cemerlang Sukan
Keutamaan murid sekolah luar bandar berbanding murid sekolah bandar Murid Miskin Cemerlang Keutamaan murid cemerlang akademik dari keluarga miskin terutama di bawah PGK (Paras Garis Kemiskinan) Murid Cemerlang Sukan Keutamaan murid cemerlang sukan memenuhi hasrat SBP sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan (1M1S)
7
2013 Bilangan calon memperoleh 5A : 46,012
Bilangan permohonan : 105,357 Bilangan penawaran tempat di 66 buah SBP: 7710 SBP baharu untuk 2013: i. SM Sains Jeli Negeri Selangor mencatat bilangan permohonan terbanyak dengan 13,510 permohonan. Negeri Johor menduduki tempat kedua dengan 11,083 permohonan
8
Dasar Pemilihan T1 Pengetua SBP diberikan kuasa autonomi untuk memilih 20% murid mengikut bidang kebitaraan Sekolah Berasrama Penuh masing-masing; Peruntukan 10 tempat khas untuk anak alumni masing-masing di tujuh Sekolah Berasrama Penuh Premier sahaja MCKK (Malay College Kuala Kangsar), TKC (Tengku Kurshiah College), STAR (Sekolah Tunku Abdul Rahman), SDAR (Sekolah Datuk Abdul Razak), SSAS (Sekolah Sultan Ahmad Shah), SSP (Sekolah Seri Puteri) dan STF); Peruntukan 10 tempat khas untuk anak-anak bekas atlet negara di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) di Sekolah Berasrama Penuh di seluruh Malaysia; Murid Bukan Bumiputera dipertimbangkan 10% tempat di Sekolah Menengah Sains (kecuali Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Mersing) Ini sejajar dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2009 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 November 2008 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8 KPM telah bersetuju memberi kuasa autonomi untuk pengambilan murid sebanyak 20 peratus (20%) kepada Pengetua SBP
9
Murid tajaan Yayasan Sabah dan Yayasan Sarawak di bawah Program Integrasi Nasional diperuntukan tempat khas di Sekolah Berasrama Penuh terpilih ; Anak Orang Asli dan kaum Pribumi diberi keutamaan untuk ditempatkan di Sekolah Berasrama Penuh; Anak-anak pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkhidmat di luar negara dipertimbangkan tempat khas di Sekolah Berasrama Penuh terpilih sebagai obligasi kerajaan. Permohonan mesti dibuat melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra); Ini sejajar dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2009 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 November 2008 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8 KPM telah bersetuju memberi kuasa autonomi untuk pengambilan murid sebanyak 20 peratus (20%) kepada Pengetua SBP
10
Syarat Pemilihan T1 Murid mestilah warganegara Malaysia;
Murid Sekolah Kebangsaan; Murid mencapai 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Boleh juga dipertimbangkan pencapaian berikut : * murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) yang mendapat keputusan UPSR sekurang-kurangnya 3A dan 2B ;dan * murid yang dikategorikan telah mencapai sekurang-kurangnya mewakili peringkat negeri dalam sesuatu jenis sukan atau permainan yang mendapat keputusan UPSR 4A dan 1B. Aktif kokurikulum. Penilaian ini adalah untuk pencapaian kokurikulum semasa murid berada di tahap dua (2) persekolahan (Tahun Empat (4) / Lima (5) / Enam (6)) Ini sejajar dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2009 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 November 2008 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8 KPM telah bersetuju memberi kuasa autonomi untuk pengambilan murid sebanyak 20 peratus (20%) kepada Pengetua SBP
11
Pemilihan & Penempatan T1
penempatan murid di sepuluh (10) buah Sekolah Berasrama Penuh Premier (SBP Terawal), setiap negeri diperuntukkan jumlah tempat tertentu mengikut jantina bagi calon yang memilih aliran Sains penempatan murid di tiga (3) buah Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), setiap negeri diperuntukkan jumlah tempat tertentu mengikut jantina bagi murid yang memilih aliran Agama dan murid mencapai gred “A” dalam Jawi dan Al-Quran penempatan murid pedalaman & luar bandar di SM Sains (SMS), sekurang-kurangnya 70% tempat diperuntukkan bagi calon yang memilih aliran Sains; Ini sejajar dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2009 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 November 2008 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8 KPM telah bersetuju memberi kuasa autonomi untuk pengambilan murid sebanyak 20 peratus (20%) kepada Pengetua SBP
12
penempatan murid bandar di SM Sains (SMS), maksima 30% tempat diperuntukkan bagi calon yang memilih aliran Sains; penempatan murid pedalaman & luar bandar di 12 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), sekurang-kurangnya 70% tempat diperuntukkan. Bagi tujuan pemilihan, senarai merit negeri mengikut jantina bagi murid yang memilih aliran Agama digunakan dan murid mencapai gred “A” dalam Jawi dan Al-Quran; penempatan murid bandar di 12 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), maksima 30% tempat diperuntukkan. Bagi tujuan pemilihan, senarai merit negeri mengikut jantina bagi murid yang memilih aliran Agama digunakan dan murid mencapai gred “A” dalam Jawi dan Al-Quran Ini sejajar dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2009 yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran pada 24 November 2008 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6 Blok E8 KPM telah bersetuju memberi kuasa autonomi untuk pengambilan murid sebanyak 20 peratus (20%) kepada Pengetua SBP
13
Prosedur Permohonan P/GB terima & buat pengesahan Hantar kepada P/GB
Mohon ; lengkapkan maklumat (APDM) . Permohonan ke Tingkatan 1 / 4 SBP : 1/9 – 15/10 P/GB terima & buat pengesahan Hantar kepada P/GB cetak segera
14
Keputusan Pemilihan dan Penempatan
Keputusan pemilihan dan penempatan murid ke SBP selewat-lewatnya 27 hari selepas keputusan UPSR/PMR diumumkan. Semakan keputusan tersebut boleh dibuat melalui ketetapan berikut: Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia Kaunter BPSBPSK Talian hotline BPSBPSK Kaunter JPN / PPD yang berhampiran kiosk
15
e-Tawaran Syarat Tawaran ke SBP
Tawaran yang diberikan adalah tertakluk kepada syarat-syarat tawaran seperti yang dinyatakan dalam Lampiran Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) / Empat (4) SBP Tawaran kepada murid-murid yang berjaya adalah muktamad. Walau bagaimanapun BPSBPSK berhak membuat pindaan atau membatalkan tawaran berdasarkan sebab-sebab yang munasabah Sebarang permohonan bertukar SBP dan aliran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan Tawaran kepada murid yang berjaya akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam tempoh 7 hari dari tarikh pendaftaran Tawaran ke SBP tahun 2014 akan disampaikan melalui e-Tawaran
16
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Urus Setia Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 3 Blok 2251 Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya Tel Faks /2/3
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.