Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSusanti Iskandar Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) b) Kata Nama Khas c) Kata Ganti Nama d) Kata Nama Terbitan e) Kata bilangan
2
Nama Betul Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. Nama Am Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.
3
Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll
4
Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama
yang: konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai ‑ buaian tua ‑ ketua raja ‑ kerajaan tahu ‑ pengetahuan
5
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah. Pada akhir ayat Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat
6
* Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. * Benda‑benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda‑benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
7
Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut
sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
8
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis
dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana (kereta), Pilot(pen), Seiko (jam)
9
Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas
Kegunaan Kata Nama Am Kata Nama Khas Benda bangunan kereta buku sekolah Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau Orang doktor kerani guru budak lelaki Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi Binatang kucing lembu katak ayam burung Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai Tempat negeri bandar kampung tasek Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana Tumbuhan pisang cili jambu limau Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi
10
* Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.
* Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan : di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan )
11
Sila teliti contoh-contoh imbuhan :
di awal kata pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke- di akhir kata -ita, -man, -wati, -an, dan -wan di awal dan di akhir kata per- … -an, penge-…-an, peng-….-an, pen-…-an, pem-….-an, pe-….-an, dan ke-…-an
12
Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :- kelas kata kata dasar kata terbitan kata kerja peraga latih bawa lawan peragawati latihan pembawaan perlawanan kata sendi oleh untuk perolehan peruntukan kata nama lombong rumah guru perlonbongan perumahan perguruan kata adjektif cantik besar tinggi kecantikan pembesar ketinggian
13
Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA
* Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. * Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang 2. Kata ganti diri terdiri daripada: (a) kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b) kata ganti diri singkat; (c) kata ganti tanya; (d) kata ganti tempat; dan (e) kata ganti tak tentu.
14
Kata Ganti Diri Pertama
Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak.
15
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua
16
contoh kata nama diri pertama
Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak Bentuk contoh kata nama diri pertama tunggal beta, patik, aku, saya jamak kita, kami, kita orang
17
Penggunaannya Kata Ganti Diri Kedua anda (tunggal)
anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga. tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja. kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap. kamu (tunggal dan jamak) hubungannya dengan kita.
18
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua
1. Awak pekerja yang patuh 2. Kamu semua adalah murid yang baik 3. Guru mencari engkau. 4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti 5. Tunku akan bersiram sekejab lagi.
19
Kata Ganti diri ketiga Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya
* Kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan. Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk iaitu tunggal dan jamak. Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan beliau (tunggal digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya ibu bapa, guru, dan pemimpin dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang
20
Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga.
1. Dia pegawai pendidikan. 2. Mereka itu orang India. 3. Beliau banyak membantu penduduk di situ. 4. Ia diburu oleh pihak polis. 5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana. 6. “Dia menolong bapanya”, kata Sang Murba kepada Sang Samba. 7 "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara. 8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu. 9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu. jam lagi. 10 " Tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut‑pengikutnya.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.