Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Komunikasi Kumpulan Kecil

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Komunikasi Kumpulan Kecil"— Transcript presentasi:

1 Komunikasi Kumpulan Kecil
KOH3401 Dr. Rosya Izyanie Hj. Shamshudeen

2 OBJEKTIF Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat mengenalpasti dan memahami konsep, prinsip-prinsip, dan teori komunikasi kumpulan kecil, dan dapat berinteraksi secara berkesan dengan individu-individu dalam kumpulan.

3 SINOPSIS Konsep dan prinsip komunikasi kumpulan kecil; proses dan faktor pembentukan kumpulan yang kukuh dan cemerlang; iklim kumpulan dan faktornya; komunikasi bukan verbal; kaedah penyelesaian dalam kumpulan; pengurusan konflik, dan kepimpinan.

4 KANDUNGAN Pengenalan kepada komunikasi kumpulan kecil
Teori komunikasi kumpulan kecil Pembentukan dan penyelenggaraan kumpulan Menyesuaikan diri dalam kumpulan Iklim kumpulan Komunikasi bukan lisan dalam dinamik kumpulan Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kumpulan Pengurusan konflik dalam kumpulan Kepimpinan dan kepengikutan

5 PENILAIAN 1. Tugasan (kumpulan) : 40%
2. Peperiksaan Pertengahan semester: 20% (Topik 1-5) 3. Peperiksaan Akhir : 40% Jumlah : %

6 KUMPULAN KECIL Objektif pembelajaran minggu ini:
Mengetahui konsep dan takrif kumpulan kecil Mengenalpasti elemen-elemen dalam kumpulan kecil Mengetahui konsep dan takrif komunikasi dalam kumpulan kecil Mengenalpasti perkara asas dalam proses komunikasi melalui kumpulan Mengenalpasti keunikan komunikasi kumpulan kecil Mengetahui teori-teori komunikasi kumpulan kecil

7 Pengenalan kepada komunikasi kumpulan kecil
UNIT 1 Pengenalan kepada komunikasi kumpulan kecil

8 KUMPULAN KECIL Kumpulan adalah himpunan individu yang berkongsi matlamat dan berinteraksi antara satu sama lain secara langsung atau tidak Devito (1997): kumpulan adalah himpuan individu yang berstruktur dan berinteraksi bagi mencapai matlamat yang sama

9 ELEMEN-ELEMEN DALAM KUMPULAN
Tujuan atau matlamat kumpulan Komunikasi Struktur Saiz kumpulan

10 Prinsip Saiz Kumpulan Prinsip Saiz Terkecil: siaz kumpulan bergantung kepada 1) bentuk tugasan dan 2) matlamat kumpulan Saiz ideal kumpulan kecil adalah 5-7 orang (Napier & Gershenfeld, 1993) Penambahan dan pengurangan saiz mempengaruhi pencapaian matlamat kumpulan

11 Komunikasi Kumpulan Kecil
Komunikasi: satu proses mewujudkan kesamaan dengan cara berkongsi maklumat secara lisan dan bukan lisan. Prinsip kesamaan dalam komunikasi: Kesamaan perkataan Kesamaan makna Kesamaan kepercayaan/keyakinan

12 Komunikasi Kumpulan Kecil
Takrif 1:proses interaksi bersemuka di kalangan individu yang berkongsi matlamat dan merasakan diri sebagai ahli kumpulan yang saling bergantung dan mempengaruhi antara satu sama lain (Beebe & Masterson, 1994) Takrif 2: proses anggota kumpulan bertukar dan berkongsi maklumat lisan dan bukan lisan untuk mempengaruhi antara satu sama lain sama ada secara bersemuka atau tidak (on-line) (Tubbs,1998)

13 Perkara Asas dalam Proses Komunikasi
Persepsi: Tanggapan terhadap rangsangan yang diterima oleh deria, dipengaruhi oleh kebiasaan dan pengalaman Perhatian: memberi tumpuan terhadap penyampaian dan penerimaan mesej Keyakinan terhadap mesej Kejelasan dan ketepatan mesej

14 Keunikan Komunikasi Kumpulan Kecil
Kesan pemerhati: pengaruh kandungan dan cara berkomunikasi Interaksi: semakin kompleks interaksi apabila saiz kumpulan semakin besar Pengaruh majoriti dan minoriti: pengaruh penentu penyelesaian masalah dan pembuatan keputusan oleh anggota kumpulan

15 MENEGUHKAN KUMPULAN Faktor-faktor yang meneguhkan kumpulan:
Perjuangan dan pegangan Komunikasi Struktur Kepemimpinan Hubungan

16 MENEGUHKAN KUMPULAN (samb)
6. Perancangan, perlaksanaan dan penilaian 7. Saling kenal mengenali, saling memahami, saling memberi dan menerima, saling mempercayai 8. Semangat setiakawan 9. Penglibatan ahli secara iltizam 10. Ahli bertindak rasional dan berlaku adil

17 Konsep dalam meneguhkan kumpulan
Konsep rasional: Berfikir secara kritikal dalam sebarang perbincangan, terbuka dan mendengar secara aktif terhadap hujah dan bukti, berani dan boleh menerima perbezaan pendapat, dan berlapang dada dengan kritikan, teguran dan sanggahan Konsep Adil: Memenuhi dan menunaikan hak anggota

18 Konsep dalam meneguhkan kumpulan
Konsep Kenal: Merangkumi tahu tentang kepakaran, kemahiran, sikap, minat, kepercayaan, kebencian, kelebihan dan kelemahan Bentuk direktori/inventori untuk tujuan: Mengenali anggota kumpulan Menyesuaikan pembahagian tugas dengan keupayaan anggota Memperkukuhkan kumpulan

19 Teori komunikasi kumpulan kecil
UNIT 2 Teori komunikasi kumpulan kecil

20 PERANAN TEORI KOMUNIKASI KUMPULAN KECIL
Teori komunikasi kumpulan kecil adalah penjelasan mengenai sesuatu fenomena komunikasi dlm kumpulan. Teori menerangkan aspek yg khusus dan terpilih mengenai sesuatu fenomena kumpulan, misalnya teori kepemimpinan, teori penyelesaian masalah, teori pengukuhan kumpulan, teori pengurusan konflik, dan teori tarikan antara perseorangan dalam kumpulan. Di samping teori khusus, ada juga teori yg merupakan teori umum. E.g.: teori pertukaran sosial dan teori keadilan.

21 PERSPEKTIF SISTEM DLM PENGAJIAN KOMUNIKASI KUMP KECIL
Sistem bermaksud suatu entiti yang terdiri drp komponen- komponen yg saling mempengaruhi antara satu dgn yg lain. Perspektif sistem memfokus kpd perkaitan antara unsur2 yg mempengaruhi proses & hasil komunikasi dlm kump. Tubbs (1998) mengemukakan satu model komunikasi kump kecil yg mengandungi angkubah-angkubah yg dikategorikan kpd: Faktor latar belakang (sifat-sifat individu:personaliti, umur, jantina, kesihatan, sikap dan nilai) Faktor pengaruh dalaman (suasana persekitaran, bilangan anggota kump, jenis kump, status dan kuasa, kepemimpinan, norma kump, pengurusan konflik dll) Faktor konsekuen (hasil yg diperolehi oleh kump:penyelesaian kpd masalah, kemajuan pd organisasi, dll).

22 PERSPEKTIF SISTEM DLM PENGAJIAN KOMUNIKASI KUMP KECIL (cont…)
Beebe & Masterson (1994) mengemukakan model deskriptif berdasarkan perspektif sistem. Model ini mengandungi sekumpulan angkubah yg saling mempengaruhi antara satu dengan lain: Komunikasi Kepemimpinan Matlamat Norma Peranan Kesepaduan Situasi/konteks

23 PERSPEKTIF SISTEM DLM PENGAJIAN KOMUNIKASI KUMP KECIL (cont…)
Teori ‘sintaliti kumpulan’ menekankan pertalian unsur-unsur dlm kump. Kump blh dibezakan berdasarkan 3 unsur: Ciri-ciri populasi (umur, taraf pendidikan, sikap & nilai anggota-anggota kumpulan) Struktur dalaman (saiz, peranan anggota, gaya kepemimpinan dan pola interaksi) Sintaliti (bil anggota, sikap anggota, kebolehan anggota, sumber2 yg ada pd kump, tujuan anggota menyertai kump)

24 PERSPEKTIF SISTEM DLM PENGAJIAN KOMUNIKASI KUMP KECIL (cont…)
Teori “task-contigency” oleh Randy Y. Hirokawa menerangkan perkaitan antara bentuk tugasan dan komunikasi. Teori ini dihasilkan bagi menerangkan ketidakselarasan dlm penemuan kajian mengenai komunikasi dan pencapaian kump. Hirokawa menyatakan bhw corak komunikasi dlm pembuatan keputusan bergantung pd situasi tugasan (kesukaran tugas, syarat kerjasama, dan pilihan penyelesaian).

25 Pembentukan dan penyelenggaraan kumpulan
UNIT 3 Pembentukan dan penyelenggaraan kumpulan

26 KLASIFIKASI KUMPULAN Devito (1985) mengklasifikasikan kump. kecil
seperti berikut: Sebuah keluarga Kumpulan penyelesaian masalah Kumpulan pencetus idea Kumpulan bertindak Kumpulan terapi/pembangunan diri Kumpulan belajar

27 KLASIFIKASI KUMPULAN (cont…)
Kita terikat secara rasional dengan beberapa kelompok sahaja (Rakhmat, 1989) Kelompok primer: Hubungan dengan keluarga, dan kwn-kwn seperjuangan lebih akrab, lebih personal, dan menyentuh hati kita. Kelompok sekunder: hubungan tidak seakrab, seperibadi, dan menyentuh hati spt kelompok primer.

28 MOTIF MENYERTAI SESUATU KUMPULAN
Tertarik dengan anggota Kumpulan Tertarik dengan aktiviti kumpulan Tertarik dengan matlamat kumpulan Suka atau mahu dikaitkan dengan kumpulan Memenuhi matlamat peribadi Keperluan antara perseorangan

29 Menyesuaikan diri dalam kumpulan
UNIT 4 Menyesuaikan diri dalam kumpulan

30 MENYESUAIKAN DIRI DALAM KUMPULAN
Untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan, terdapat 5 perkara yang perlu difahami oleh setiap ahli kumpulan. Perkara- perkara tersebut adalah: Peranan Norma Status Kuasa Kepercayaan.

31 Peranan Ellis & Fisher (1994) menyatakan peranan timbul lantaran apa yang kita harapkan dari diri kita dan apa yang orang lain harapkan dari kita. Terdapat 3 kategori peranan: Peranan tugas kelompok Peranan pemelihara kelompok Peranan individu.

32 Peranan Peranan boleh diperolehi secara formal atau tidak formal.
Peranan (1) dan (2) adalah peranan yang berkaitan dengan matlamat kumpulan (matlamat pencapaian dan matlamat penjagaan kumpulan) Matlamat pencapaian adalah hasil yang diinginkan (produk- berkaitan dengan keberkesanan kumpulan) Matlamat penjagaan kumpulan adalah merujuk pada usaha mengendali, mengukuh dan mensejahterakan kumpulan (jaga hubungan).

33 Peranan Tugas Kelompok
Contoh peranan tugas kelompok: Membuat keputusan Menyelesaikan masalah Mencetuskan idea-idea baru Peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli dalam melaksanakan tugas ini adalah:

34 Peranan Tugas Kelompok (samb.)
Perintis-penyumbang Pencari informasi Pencari pendapat Pemberi informasi Penerang Penyimpul Penyalaras-penyatu

35 Peranan Tugas Kelompok (samb.)
h. Pengarah i. Pembantah j. Penilai-pengkritik k. Pendorong l. Petugas Teknik m. Pencatat

36 Peranan Pemeliharaan Kelompok
Peranan yang dimainkan oleh ahli untuk memelihara hubungan emosional. Ahli wajar bertindak sebagai: Penggalak Pelerai-pendamai Pengkompromi Pengawal Pengasas Piawai Pengikut

37 Peranan Individu Satu usaha individu dalam kumpulan untuk memenuhi keperluan peribadi yang tidak relevan dengan tugasan kumpulan atau matlamat kumpulan. Individu seperti ini selalunya bertindak sebagai: Penyerang Penghambat Pencari nama

38 Peranan Individu (samb.)
d. Pengungkap diri e. Peleser f. Penindas g. Pencari simpati

39 Norma Kumpulan Peraturan atau piawai yang perlu dipatuhi oleh ahli kumpulan untuk memudahkan proses pencapaian matlamat kumpulan Norma yang menjadi amalan akan membudaya dalam kumpulan Norma menyatakan apa yang elok dan tidak elok, apa yang sesuai/tidak sesuai dan apa yang perlu dan tidak perlu.

40 Norma Kumpulan (samb.) Terdapat 2 kategori norma:
Bertulis: norma yang dibentuk secara formal. Misalnya polisi/undang-undang atau perlembagaan kumpulan Tidak bertulis: norma yang dibentuk secara tidak formal. Misalnya hukum sosial; memerhati perlakuan orang lain

41 Norma Kumpulan (samb.) Keakuran kepada norma berlaku apabila:
Kejelasan penyataan norma serta hukumnya jika dilanggar Bilangan anggota yang telah menerima dan memperakuinya ramai Kualiti hubungan interpersonal yang baik Kekuatan semangat kekitaan Mahu bersama dalam kumpulan dalam jangka masa yang lama

42 Status dalam kumpulan Kedudukan sosial atau kepentingan ahli dalam sesebuah kumpulan Tinggi atau rendah status ahli dalam kumpulan akan mempengaruhi cara bercakap Kajian Beebe & Masterson (1994) mendapati:

43 Status dalam kumpulan (samb.)
Orang berstatus tinggi lebih berkomunikasi daripada orang berstatus rendah Orang berstatus tinggi suka berkomunikasi dengan orang berstatus tinggi Orang berstatus tinggi lebih berpengaruh membuat keputusan Orang berstatus rendah lebih mengarahkan komunikasinya kepada orang berstatus tinggi Ramai ahli tidak menghiraukan komen/pendapat orang berstatus rendah.

44 Kuasa dalam kumpulan Pengaruh di dalam kumpulan yang mampu menimbulkan ketundukan /keakuran Terdapat 5 jenis kuasa: Kuasa koersif: ganjaran/hukuman kpd ahli Kuasa keahlian: ada pengetahuan, kepakaran, pengalaman, ketrampilan atau kemampuan

45 Kuasa dalam kumpulan (samb.)
3. Kuasa bermaklumat: mempunyai maklumat kritikal dan terbaru yang amat diperlukan oleh ahli 4. Kuasa rujukan: idola (kerangka rujukan untuk menilai diri; menjadi teladan) 5. Kuasa undang-undang: kedudukan formal yang diperolehi hasil dari lantikan, atau peraturan telah menetapkan ahli perlu akur kepada arahan.

46 Kepercayaan dalam kumpulan
Kewujudan saling mempercayai antara ahli sehingga dapat menjalinkan kemesraan dalam kumpulan Komunikasi yang dilakukan tidak berkesan bukan kerana mesej tidak difahami dan tidak didengar, sebaliknya kerana tidak mahu percaya kepada apa yang disampaikan. Keraguan terhadap diri komunikator.

47 UNIT 5 Iklim kumpulan

48 MEMBINA IKLIM KUMPULAN
Iklim kumpulan merupakan keadaan/suasana dalam kumpulan yang mempengaruhi perjalanan dan prestasi kumpulan Faktor utama yang mewarnai iklim kumpulan adalah pola-pola komunikasi, iaitu cara berkomunikasi dalam kumpulan sama ada positif atau negatif

49 MEMBINA IKLIM KUMPULAN (samb.)
Iklim positif akan wujud jika perlakuan komunikasi kita adalah perlakuan menyokong, iaitu suasana yang menyemarakkan semangat kerjasama untuk meningkatkan prestasi kumpulan Iklim negatif akan wujud jika perlakuan komunikasi kita adalah defensif, iaitu perlakuan yang memberi kesan tidak baik ketika berkomunikasi.

50 PERILAKU KOMUNIKASI DALAM KUMPULAN
Perlakuan Menyokong Deskriptif Orientasi masalah Spontan/mendada k Empati Persamaan Kesementaraan Perlakuan Mengancam Penilaian Kawalan Strategi Berkecuali Superioriti kepastian

51 RESPONS BERMAKNA Perlakuan yang menunjukkan respons yang memberi mesej bermakna kepada ahli dalam kumpulan. Contoh: Pengakuan langsung Ungkapan perasaan positif Respons meminta keterangan Respons bersetuju Respons menyokong

52 RESPONS TIDAK BERMAKNA
Perlakuan yang tidak memberikan mesej sebenar terhadap apa yang dinyatakan oleh ahli kumpulan Contoh: Respons sekilas Respons impersonal Respons kosong Respons tidak berkaitan Respons mengganggu Respons bercelaru Respons bercanggah

53 MENCERAP DENGAN AKTIF Proses memberi tumpuan kepada apa yang disampaikan oleh ahli kumpulan Kejayaan atau kegagalan pencerapan yang aktif bergantung kepada teknik mendengar dengan baik

54 Faktor Kejayaan Pencerapan
Bersedia untuk mendengar Dengar dengan penuh tumpuan Kawal emosi ketika mendengar Anggapkan apa yang didengar ada kebaikan atau kepentingannya Dengar dengan mata dan hati

55 Faktor Kejayaan Pencerapan (samb.)
6. Tangguhkan pertimbangan 7. Bersabar ketika mendengar 8. Dengar dengan perhatian dan kritikal

56 Faktor Kegagalan Pencerapan
Tandus motivasi Lara/fikiran melayang Mendengar dengan minat yang khusus Mendengar cetek Suka bangkang apa yang didengar

57 Faktor Kegagalan Pencerapan (samb.)
6. Kaki tembak/suka beri pertimbangan spontan/tergesa-gesa 7. Mendengar tanpa melihat 8. Buruk sangka 9. Pendengar palsu 8. Gagal membenteras gangguan (emosi dan persekitaran)

58 Terima kasih & salam mesra


Download ppt "Komunikasi Kumpulan Kecil"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google