Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
UNIT 13 AYAT MAJMUK
2
HASIL PEMELAJARAN Pelajar dapat mengenal pasti dan menghuraikan: * ayat majmuk gabungan * ayat majmuk pancangan * ayat majmuk campuran
3
A dan B ke Thailand minggu hadapan
AYAT MAJMUK ayat majmuk (compaund sentence) ialah ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua klausa bebas yang digabungkan oleh kata penghubung setara seperti atau, dan, atau tetapi, atau oleh intonasi. Contoh: A dan B ke Thailand minggu hadapan
4
AYAT MAJMUK gabungan: berurutan, bertentangan pancangan: relatif, komplemen, keterangan campuran: pelbagai ayat pasif: gabungan, relatif, komplemen, keterangan
5
AYAT MAJMUK GABUNGAN Subjek dan predikat lebih daripada satu Penggabungan dua atau beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, dan tetapi atau tanpa kata hubung dengan nada suara sebagai penanda * Hang Tuah memegang keris, dan Hang Jebat memegang lembing * Tun Teja menangis lalu turun ke taman * Sultan itu amat berdaulat lagi besar kerajaannya * Yang manis A atau B
6
JENIS AYAT GABUNGAN susunan fakta berturutan: dan, lagi, lalu, serta, sambil, maka maksud pertentangan: tetapi, sebaliknya, melainkan, padahal > Dia menjeling sambil tersenyum > Hang Tuah melompat lalu menikam > Anak itu lapar maka ia menangis > Orang ini miskin tetapi ia bahagia > Bukan orang yang malas berjaya, melainkan orang yang rajin > Dia membeli barang yang mahal, padahal ada barang yang murah
7
AYAT MAJMUK PANCANGAN: RELATIF
Satu ayat induk dan beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan pada ayat induk sehingga menjadi sebahagian ayat induk itu Ayat majmuk pancangan relatif yang digunakan juga sebagai kata ganti nama untuk nama yang digugurkan dalam FN + yang Ayat kecil dipancangkan pada predikat: Dia memukul ular yang berwarna hijau Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek: Orang yang sedang menjahit baju itu isteri saya Ayat kecil yang dipancangkan pada subjek dalam bentuk pasif: Kuda yang ditunggangnya itu kuda padi > Pemuda yang tampan itu pensyarah baharu > Yang tampan itu pensyarah baharu
8
AYAT MAJMUK PANCANGAN KOMPLEMEN
komplemen FN: subjek dan objek tepat * Menteri Pertanian sudah mengetahui bahawa beliau akan kalah dalam pertandingan itu (objek tepat) * Untuk mencapai kebahagiaan memanglah sukar (subjek) * Tentulah tidak munasabah untuk mereka mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat ini (songsang) komplemen FKJ (KKTT + Pelengkap) * Arahan ini bermakna bahawa pelajar tiada hak untuk bersuara * Perdana Menteri beranggapan bahawa pemilihan pemimpin pada tahun ini adil komplemen FAdj * Dia terlalu yakin bahawa anaknya akan berjaya dalam pertandingan itu * Kita perlu insaf bahawa kita termasuk dalam golongan musafir
9
AYAT MAJMUK PANCANGAN KETERANGAN
Keterangan: satu ayat induk dan satu ayat kecil atau lebih, dan ayat kecil ini bertindak sebagai keterangan frasa predikat Kewujudan ayat induk dan ayat kecil yang tidak dapat berdiri sendiri Kewujudan kata hubung yang merangkaikan ayat induk dengan ayat kecil (ayat keterangan) Kehadiran ayat kecil boleh di hadapan atau di belakang ayat induk ayat induk + kata hubung + ayat keterangan kata hubung: ketika, semasa, kerana. sewaktu, sekiranya…
10
JENIS AYAT KETERANGAN keterangan musabab/penyebaban keterangan akibat keterangan syarat keterangan waktu: permulaan, bersamaan, berurutan, batas akhir keterangan pertentangan keterangan harapan keterangan cara keterangan tujuan keterangan perbandingan keterangan sangkalan keterangan kenyataan
11
KETERANGAN MUSABAB Unsur yang menerangkan sebab terjadinya sesuatu peristiwa seperti yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung yang digunakan ialah kerana, lantaran, oleh sebab, dan akibat Contoh: * Dia tidak hadir kuliah kerana dia sakit * Pemimpin itu mendiamkan diri lantaran tewas dalam pengundian * Oleh sebab malam semakin larut, mereka meninggalkan tempat itu * Akibat gagal dan percintaan, mahasiswa itu membunuh diri
12
KETERANGAN AKIBAT Unsur yang menerangkan kesan sesuatu perbuatan daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung yang digunakan ialah hingga, sehingga, sampai, maka, dan makanya Contoh: * Orang itu jatuh terlalu tinggi hingga patah kakinya * Ujian diberikan setiap minggu sehingga mahasiswa menjadi sasau * Orang itu suka akan judi sampai barang isterinya tergadai habis * Saya tidak bersetuju dengan ideanya, maka saya protes * Lantai itu licin amat, makanya ia jatuh
13
KETERANGAN SYARAT Unsur yang menerangkan kehendak yang perlu dipenuhi untuk melaksanakan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung yang digunakan ialah sekiranya, andaikata, jikalau, jika, kalau, seandainya, asalkan, apabila, bilamana… Contoh: * Sekiranya/andaikata engkau pergi dahulu, akan kutunggu di pintu syurga * Jika/Jikalau ada jodoh, kita pasti akan bersama * Perasaanku gundah gulana apabila/bilamana aku teringat akan dirimu * Buatlah sesuka hati, asalkan anda bahagia
14
KETERANGAN WAKTU Unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung digunakan mengikut waktu, iaitu permulaan (sejak, semenjak, sedari), bersamaan (sewaktu, tatkala, serta, selagi, sementara, selama, sambil, ketika, seraya), berurutan (sebelum, setelah, sesudah, sesuai, begitu, sehabis), akhir (hingga, sampai) Contoh: * Dia lebih ceria sejak dia berkahwin * Selagi peluru masih ada, mereka tidak akan menyerah diri * Orang itu kembali setelah tamat pengajiannya * Mahasiswa itu terlena hingga kuliah berakhir
15
KETERANGAN PERTENTANGAN
Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang bertentangan tetapi tidak mengubah apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung yang digunakan ialah walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, sedangkan, sungguhpun, betapapun… Contoh: * Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri * Walaupun sedih, dia tidak pernah menangis * Dia melepaskan kekasihnya, betapapun besar cintanya * Meskipun miskin harta, dia tetap kaya budi bahasa * Beliau tetap akan datang sekalipun hujan lebat
16
KETERANGAN CARA Unsur yang menerangkan tatacara sesuatu perbuatan yang terjadi daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung yang digunakan ialah dengan Contoh: * Dengan keyakinan yang luar biasa, dia terjun ke laut * Dia memukul isterinya dengan penyapu lidi * Dengan keris pusaka itu, ditikamnya musuh * Dinding rumah cuba ditahan dengan kedua-dua tangannya * Dengan doa dan harapan, dilepaskan kekasihnya pergi
17
KETERANGAN HARAPAN Unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan yang dihajati daripada apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung yang digunakan ialah supaya, agar, semoga, moga-moga, kalau-kalau, biar… Contoh: * Orang itu kerja keras supaya kehidupannya lebih bahagia * Kita mesti menghormati orang, agar orang juga menghormati kita * Semoga anda memberi perhatian tentang apa-apa yang telah saya katakan * Biar kita berputih tulang daripada kita berputih mata
18
KETERANGAN TUJUAN Unsur yang menerangkan maksud sesuatu perbuatan seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung yang digunakan ialah untuk, demi, dan bagi Contoh: * Demi bangsanya, dia sanggup berkorban apa-apa sahaja * Kerajaan menambahkan dana untuk membantu golongan miskin * Tuah dan Jebat bergabung untuk mempertahankan Melaka * Bagi Sukarno, cita-cita mesti setinggi awan, biarpun yang dapat digapai hanya setinggi pohon kelapa
19
KETERANGAN PERBANDINGAN
Unsur yang menerangkan peristiwa yang mempunyai persamaan seperti yang dinyatakan dalam ayat induk Perbandingan ini memperlihatkan dua keadaan, iaitu kemiripan penyataan ayat induk dengan ayat kecil, dan isi ayat induk lebih baik daripada ayat kecil Kata hubung yang digunakan ialah seperti, macam, seolah-olah, seakan-akan, ibarat, bagaikan, bak, laksana, sebagaimana, daripada, alih-alih… Contoh: * Saya akan membantumu sebagaimana ayahmu membantuku * Hamba ini tiada sesiapa, ibarat kiambang di air * Daripada satu, baiklah dua * Mahasiswa itu terpinga-pinga, seakan-akan bingung
20
KETERANGAN SANGKALAN Unsur yang menerangkan kenyataan yang berlawanan dengan keadaan yang sebenarnya seperti apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung yang digunakan ialah seakan-akan dan seolah-olah Contoh: * Keadaan di lubuk itu kelihatan tenang, seolah-olah tiada buaya * Pemimpin yang tewas itu bergegas turun, seakan-akan merajuk
21
KETERANGAN KENYATAAN Unsur yang menyatakan keadaan yang nyata yang berlawanan dengan apa-apa yang dinyatakan dalam ayat induk Kata hubung yang digunakan ialah padahal, dan sedangkan Kata sedangkan juga digunakan untuk menyatakan dua peristiwa yang terjadi serentak Contoh: * Dia pura-pura malu, padahal hatinya mahu * Orang itu kelihatan ceria, padahal hatinya berduka * Undangan sudah datang, sedangkan hidangan belum sedia lagi * Isteri membasuh kain, sedangkan suami menonton TV
22
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandung:
* lebih daripada satu ayat tunggal * campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk * deretan pelbagai ayat majmuk
23
CONTOH AYAT MAJMUK CAMPURAN
Setelah tamat pelajarannya di Universiti Putra Malaysia, Minah segera pulang ke kampung untuk menemui kedua-dua ibu bapa dan saudara maranya, dan mengatakan maksudnya untuk berkahwin dengan Hassan yang sama-sama belajar dengannya di UPM selama tiga tahun Ayat di atas merupakan transformasi daripada ayat berikut: * Minah belajar di Universiti Putra Malaysia * Pelajarannya telah tamat * Minah segera pulang ke kampung * Dia hendak menemui kedua-dua ibu bapanya * Dia hendak menemui saudara maranya * Dia mempunyai maksud * Maksudnya berkahwin * Dia hendak berkahwin dengan Hassan * Hassan sama-sama belajar dengan Minah di UPM * Mereka belajar di UPM selama tiga tahun
24
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG
Pada asasnya, ayat pendek ialah ayat tunggal dan ayat panjang ialah ayat majmuk. Walau bagaimanapun, terdapat juga ayat panjang yang berupa ayat tunggal, dan ayat pendek yang berupa ayat majmuk Contoh: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu telah roboh sepenuhnya petang kelmarin Ayat di atas ialah ayat tunggal kerana mempunyai satu subjek dan satu predikat subjek: Rumah besar tiga tingkat di atas bukit berapit itu predikat: telah roboh sepenuhnya petang kelmarin
25
AYAT PENDEK DAN AYAT PANJANG
Contoh: Motosikal yang telah lama dibeli itu dibuang tayarnya, ditendang, ditolak ke jalan, dan dihumban ke sungai Ayat di atas ialah ayat majmuk kerana mempunyai lima ayat, iaitu: * Motosikal itu telah lama dibeli * Motosikal itu dibuang tayarnya * Motosikal itu ditendang * Motosikal itu ditolak ke jalan * Motosikal itu dihumban ke sungai
26
AYAT MAJMUK PASIF Ayat majmuk pasif berasal daripada ayat majmuk aktif yang mengandung kata kerja transitif Contoh ayat majmuk gabungan: aktif: Suami makan nasi dan isteri minum air pasif: Nasi dimakan (oleh) suami, dan air diminum (oleh) isteri Contoh ayat majmuk relatif: aktif: Mahasiswa menonton teater yang amat menyayat hati pasif: Teater yang amat menyayat hati ditonton (oleh) mahasiswa
27
AYAT MAJMUK PASIF Contoh ayat majmuk pancangan komplemen: aktif: Pensyarah mengatakan bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada minggu hadapan pasif: Bahawa peperiksaan akhir akan diadakan pada minggu hadapan dikatakan (oleh) pensyarah Contoh ayat majmuk keterangan: aktif: Andaikata engkau pergi dahulu, aku akan menantimu di pintu syurga pasif: Andaikata engkau pergi dahulu, di pintu syurga akan kunanti
28
AYAT DAN WACANA Wacana ialah unit bahasa yang melampaui batas ayat, dan membawa tumpuan makna tertentu Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku, dan sebagainya, yang memperlihatkan urutan fikiran yang lengkap dan tuntas Wacana juga mengacu kepada aspek evaluatif, persuasif atau retorik daripada teks yang dipertentangkan dengan aspek yang sekadar menamakan, melokasikan atau mengisahkan Perkaitan antara unit bahasa, sama ada lisan atau tulisan akan menerbitkan kesatuan yang padu dan utuh Perkaitan ini dijelmakan dalam kohesi (kepaduan bentuk/ketenunan/tautan) dan koherensi (kepaduan makna/keteraturan fikiran), yang dapat dianalisis berasaskan penanda wacana
29
PENANDA WACANA Dalam BM terdapat lima jenis penanda wacana, iaitu: > penanda penghubung > penanda rujukan > penanda penggantian > penanda leksikal > penanda elipsis atau pengguguran
30
PENANDA PENGHUBUNG Perkataan atau frasa yang menghubungkan maklumat dengan maklumat lain dalam suatu wacana Penanda penghubung dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu: > penghubung tambahan > penghubung tentangan > penghubung musabab > penghubung tempoh
31
PENGHUBUNG TAMBAHAN Penghubung yang berupaya memberikan maklumat tambahan kepada idea yang diketengahkan sebelumnya Antara penanda tersebut ialah dan, lalu, malahan, tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping itu, selanjutnya… Contoh ayat: > Pengumpulan data, bukan sahaja perlu mengambil kira objektif kajian yang telah ditentukan, malahan juga aspek kesahan dan kebolehpercayaan. > sedangkan bah kapal tak hanyut, tambahan pula kemarau panjang > mahasiswa sepatutnya hadir kuliah tepat pada masanya. Di samping itu, pakaian hendaklah sentiasa kemas dan sopan
32
PENGHUBUNG TENTANGAN Penghubung yang menunjukkan pertentangan maklumat antara yang baru diketengahkan dengan yang sebelumnya dalam wacana yang sama Antara penanda wacana jenis ini ialah tetapi, sebaliknya, namun, namun begitu, walau bagaimanapun… Contoh: > Persiapan sedang disusun untuk membolehkan debat itu berlangsung. Walau bagaimanapun, majlis perdebatan politik di negara ini tidak semuanya berjalan lancar dan mudah menjadi kenyataan > Dia dan keluarganya telah menetap di New Zealand sejak 10 tahun yang lalu. Namun, hatinya masih teringat akan kampung halamannya di Terengganu > Ayat aktif ialah ayat yang mengandung kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur yang diterangkan. Sebaliknya, ayat pasif ialah ayat yang mengandung kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan
33
PENGHUBUNG MUSABAB Penanda wacana yang menunjukkan sebab terjadinya sesuatu. Antara penanda jenis ini ialah kerana, oleh sebab itu, oleh itu, oleh hal demikian, dengan itu, maka itu… Contoh: > Kreativiti ialah situasi yang diciptakan oleh pelbagai bentuk benda, usaha, seni, teknologi, paduan unsur tradisi, dan sebagainya. Oleh hal demikian, kreativiti perlu diambil kira dalam pembentukan kurikulum SMK > Kita perlu prihatin terhadap kegawatan ekonomi yang melanda negara. Dengan itu, kita lebih siaga untuk menghadapinya > Sejak akhir-akhir ini, harga barang naik melambung. Oleh sebab itu, kita perlu berjimat cermat, dan memilih barang yang perlu sahaja
34
PENGHUBUNG TEMPOH Penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Antara contoh penanda jenis ini ialah pertama, seterusnya, kemudian, selanjutnya, selepas itu, maka, akhirnya… Contoh: > Awalnya, saya dipersilakan duduk, kemudian disoal siasat, dan akhirnya dimasukkan dalam penjara > Pertama, saudara bermalam di Kota Bharu, Kelantan, selepas itu saudara bermalam di Kuala Terengganu
35
PENANDA RUJUKAN kata ganti nama yang digunakan untuk merujuk perkataan dan frasa lain, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga, dan kata ganti nama tunjuk, iaitu ini, itu, sini, sana dan situ Contoh: > Adik, kakak, dan abang ke Arab Saudi jam malam. Mereka bertolak dari lapangan terbang KLIA > Saudara Anwar berkhidmat di Universiti Putra Malaysia. Beliau berkhidmat di situ sejak 32 tahun yang lalu
36
PENANDA PENGGANTIAN Perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama. Penanda wacana jenis ini ialah frasa nama, frasa kerja atau klausa Contoh: > Izam tidak menggalakkan anaknya terlalu kerap menatap internet. Bagi Izam, melakukan perbuatan itu lebih banyak mendatangkan keburukan > Perbuatan rasuah akan menghancurkan negara. SPRM telah mula mengambil tindakan drastik untuk membanteras gejala ini > Kerajaan berpendapat bahawa pembangkang memang segaja mencari kesalahan. Bahawa mereka beranggapan demikian sudah dijangka.
37
PENANDA LEKSIKAL Proses yang melibatkan kohesi atau pertautan antara perkataan atau frasa melalui kata yang diulang Ulangan tersebut ialah ulangan yang sama, ulangan yang sama makna (sinonim), ulangan perkataan yang umum maknanya dengan yang khusus maknanya (hiponim), dan ulangan perkataan yang kehadirannya saling berkaitan Contoh: > Orang itu mengucapkan takziah kepada Halim atas kehilangan kedua-dua orang tuanya. Kami juga turut mengucapkan takziah (ulangan yang sama)
38
PENANDA LEKSIKAL > Sungguh indah pemandangan di kawasan itu, sehingga diberikan jolokan ‘sekeping syurga yang jatuh ke bumi’. Semua orang terkesima dan menganggap bahawa tempat itu memang cantik (ulangan sinonim) > Ustaz Ahmad memelihara pelbagai jenis burung: merbuk, merpati, puyuh dan punai (ulangan hiponim) > Kakak suka menonton televisyen. Rancangan yang paling digemarinya ialah drama Indonesia dan drama Korea
39
PENANDA PENGGUGURAN/ELIPSIS
Elipsis melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan sebelumnya Contoh: > Cuti sekolah minggu hadapan, Annas dan keluarganya akan ke Vietnam. Demikian juga keluarga kami (akan ke Vietnam) > Peagawai Kementerian Pendidikan Malaysia tidak dibenarkan mengambil cuti pada Mei – Julai sebagai persiapan untuk pilihan raya ke-14. Pegawai Kementerian Dalam Negeri juga terlibat sama (tidak dibenarkan mengambil cuti)
40
KESIMPULAN Ayat majmuk gabungan terbahagi dua, iaitu gabungan berurutan dan gabungan bertentangan Ayat majmuk pancangan terbahagi tiga, iaitu ayat majmuk pancangan relatif, pancangan komplemen, dan pancangan keterangan Ayat majmuk campuran mengandung pelbagai jenis ayat, sama ada ayat pendek atau ayat panjang Ayat majmuk juga boleh dijemakan dalam bentuk pasif Penanda wacana melibatkan penanda penghubung, penanda rujukan, penanda penggantian, penanda leksikal dan penanda pengguguran
41
Wahai anakanda peganglah amanah carilah ilmu yang tidak menyalah
MADAH PUJANGGA Sebaik-baiki manusia ialah yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat Wahai anakanda peganglah amanah carilah ilmu yang tidak menyalah serahkan dirimu kepada Allah semoga engkau beroleh berkah
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.