Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia"— Transcript presentasi:

1 Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia
PENUTUP Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia

2 Objektif Pengajaran

3 Liputan Kuliah

4 PENGENALAN Di Malaysia, proses ke arah pemupukan perpaduan dan hubungan etnik yang mantap di kalangan rakyat, kebanyakan bersifat top down iaitu usaha ini dipelopori oleh pihak kerajaan untuk memastikan kestabilan politik dan sosio-ekonomi serta keamanan. Walaupun negara lain berusaha ke arah memupuk perpaduan di kalangan pelbagai etnik, tetapi masih gagal mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara yang sering bergolak dan terjadi pergaduhan antara etnik. Malaysia dalam hubungan etnik sering menjadi contoh kepada negara lain kerana berjaya mewujudkan keharmonian di kalangan pelbagai etnik. Kejayaan ini dilakukan melalui usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan khususnya dan disokong oleh pelbagai pihak sama ada sektor swasta, NGO mahupun rakyat itu sendiri. Justeru, BAB ini akan membincangkan peranan yang telah dan akan dimainkan oleh kerajaan, rakyat dan NGO dalam mempereratkan lagi hubungan etnik di Malaysia.

5 PERANAN KERAJAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

6 Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara ini pada waktu itu (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional 2006). Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan di antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah Jabatan Perpaduan Negara. Di antara 1990 – 2004, Jabatan Perpaduan Negara telah diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat sebelum diletakkan semula di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan nama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

7 Bermula dari kemerdekaan sehinggalah dewasa ini, kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosio-ekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta integrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan ‘Rukun Negara’ sebagai ideologi kebangsaan dan usaha-usaha bagi mengurangkan tindak-tanduk politik boleh memecahbelahkan rakyat menerusi pembentukan ‘Barisan Nasional’. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuhkan usaha pembentukan Bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara.

8 Pendirian Kerajaan telah ditegaskan lagi dalam pernyataan Wawasan 2020 seperti berikut:
“Malaysia tidaklah harus menjadi negara yang maju dari segi ekonomi semata-mata tetapi perlu merangkumi semua aspek. Kita hendaklah mencapai kemajuan sepenuhnya dari segi perpaduan negara dan kesepaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai-nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan akan bangsa sendiri.”

9 JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional , telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional iaitu: i. Strategi Politik: Persefahaman/ ‘Consensus’ ii. Strategi Ekonomi iii. Strategi Pendidikan iv. Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan v. Strategi Agama vi. Strategi Kebudayaan vii. Strategi Integrasi Wilayah ix. Strategi Keselamatan x. Strategi Pembangunan Kawasan ix. Strategi Penggunaan Tenaga Manusia xii. Strategi Media Massa xii. Strategi Kesukanan xiv. Strategi Pemasyarakatan Perpaduan

10 JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional , telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional iaitu: i. Strategi Politik: Persefahaman/ ‘Consensus’ Persetujuan yang termaktub di dalam Perlembagaan mengenai bentuk dan lambang-lambang negara, hak setiap kaum, serta kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, adalah menjadi asas dan kerangka (framework) bagi segala usaha dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan keturunan, serta integrasi antara wilayah. Dengan itu langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan dalam bidang politik untuk memajukan perpaduan negara hendaklah berlandaskan, dan tidak boleh melanggar atau terkeluar daripada peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan mengenai sistem Kerajaan Persekutuan, Demokrasi Berparlimen, Raja Berpelembagaan, Kedududkan Raja-Raja Melayu, Bahasa Kebangsaan dan kedudukan agama-agama lain, hak asasi rakyat Malaysia dan kedudukan istimewa kaum bumiputra dan pribumi dan pembahagian kuasa dan tanggungjawab di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri. Apabila kesedaran kewujudan satu bangsa Malaysia menjadi semakin mantap, dan semangat perkauman dan kewilayahan menjadi semakin cair, maka dengan sendirinya pertubuhan-pertubuhan kebangsaan yang mempunyai keahlian merentasi batasan-batasan kaum dan wilayah akan muncul. Perkembangan sedemikian akan membawa kesan yang positif dan mempercepatkan lagi proses pembentukan bangsa Malaysia yang bersatupadu. Langkah-langkah keselamatan dan undang-undang adalah memainkan peranan penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan menggugat kestabilan negara. Opsyen lain untuk mengawal keadaan seperti kod etika antara parti politik dan seruan supaya bersikap dan bertindak sederhana kurang berkesan dalam kancah politik.

11 ii. Strategi Ekonomi Salah satu faktor utama yang menimbulkan permusuhan antara kaum, sentimen etnosentrisme, prejudis, tanggapan negatif antara kaum dan sebagainya ialah kedudukan taraf sosio-ekonomi yang tidak seimbang di antara kaum. Masalah ini dirumitkan lagi apabila kaum-kaum dikenali dengan aktiviti-aktiviti ekonomi tertentu. Oleh yang demikian, di antara objektif utama ke arah mencapai perpaduan negara ialah untuk mengimbangkan kedudukan taraf sosio-ekonomi antara kaum dan antara wilayah dan mengurangkan pengenalan kaum dengan kegiatan ekonomi tertentu. Beberapa perkara penting seperti berikut perlu diambilkira: a. Pengimbangan taraf sosio-ekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Langkah dan program yang dilancarkan dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosio-ekonomi antara kaum dan wilayah mungkin menimbulkan pelbagai salah tanggapan dan perasaan tidak puashati di kalangan golongan yang tertentu. Penjelasan yang sewajarnya hendaklah diberi oleh semua pihak supaya sebarang salah tanggapan dapat diperbetulkan dan apa-apa perasaan tidak puashati dapat dibendung. b. Program untuk mengurang dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum. c. Sektor swasta akan terus digalakkan memainkan peranan yang lebih aktif di dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosio-ekonomi antara kaum dan usaha mengurangkan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi tertentu.

12 iii. Strategi Pendidikan
Sistem pendidikan merupakan alah satu alat terpenting dan berkesan bagi membantu identiti nasional, semangat kebangsaan serta cinta kepada negara, dan perpaduan negara. Peranan sistem pendidikan dalam hal ini meliputi beberapa aspek, di antaranya menyediakan persekitaran serta kemudahan bagi sosialisasi di kalangan sebilangan besar rakyat negara yang masih berusia muda; dan menyediakan saluran penyebaran, penerapan dan pendidikan pengetahuan, sikap dan nilai-nilai yang akan membangunkan kesedaran nasional, semangat cinta dan bangga kepada negara dan perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan keturunan dengan menitikberatkan perkara-perkara berikut: a. Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat Universiti (sama ada Awam ataupun Swasta) yang menggunakan satu bahasa perantaraan (Bahasa Malaysia); kurikulum dan ko-kurikulum yang seragam dan satu jenis peperiksaan serta satu jenis pensijilan yang mempunyai pengiktirafan yang sama; b. Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-kaum utama di negara ini di peringkat sekolah rendah dan menengah, sebagai satu mata pelajaran pilihan oleh semua pelajar; c. Di mana wujudnya sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan yang pelajarnya terdiri umumnya dari satu kaum sahaja (sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, sekolah agama, atau sekolah kebangsaan di kawasan yang penduduknya satu kaum sahaja), langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk membolehkan penuntut-penuntut sekolah dan institusi berkenaan berinteraksi dan bergaul dengan penuntut-penuntut sekolah serta institusi-institusi lain yang berlainan kaum, setakat yang praktikal. Ia boleh dilakukan melalui penyertaan dalam acara-acara sukan, acara-acara sosial, khemah kerja dan sebagainya. d. Kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah memberi tumpuan yang sewajarnya kepada mata pelajaran dan pembelajaran sejarah negara (termasuk persetujuan antara kaum dan negeri mengenai asas-asas negara dalam Perlembagaan), budaya dan adat resam kaum-kaum di Malaysia, dan unsur-unsur penting agama dan kepercayaan utama di negara ini. e. Pendidikan dan aktiviti ko-kurikulum yang menerapkan sikap dan nilai-nilai yang mendokong kepada pencapaian perpaduan negara. Sikap dan nilai-nilai ini termasuk sikap kesejahteraan, toleransi dan saling hormat menghormati antara kaum dan agama, taat setia dan cinta kepada negara. f. Pendidikan Sepanjang Hayat, iaitu program pendididkan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar sistem pendidikan formal, juga boleh memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional. Bagi mencapai tujuan ini, usaha akan dilakukan untuk memastikan supaya unsur-unsur perpaduan diserapkan ke dalam kurikulum dan ko-kurikulum program-program pendidikan tidak formal yang dijalankan oleh agensi-agensi Kerajaan, pihak swasta dan badan-badan sukarela.

13 iv. Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Usaha memajukan penggunaan satu bahasa yang sama atau ‘common language’ merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat yang serba berbeza dari segi bahasa ibunda, etnik, kebudayaan, agama, kedudukan ekonomi dan sebagainya. Ia membolehkan semua kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna, memberi mereka satu bahasa rujukan yang sama untuk mengintepretasi alam dan realiti dan juga mewujudkan satu ciri persamaan di antara mereka yang juga merupakan salah satu unsur utama kebudayaan kebangsaan. Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa, Bahasa Kebangsaan negara ialah Bahasa Melayu dan segala usaha akan terus dilaksanakan bagi memaju dan mengembangkan penggunaannya dalam segala bidang.

14 v. Strategi Agama Semua rakyat Malaysia bebas untuk menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara dan agama Islam juga adalah agama Persekutuan. Untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum, agama dan kepercayaan, sikap toleransi, hormat-menghormati dan kepekaan terhadap kepercayaan, pantang larang dan sensitiviti agama kaum lain hendaklah sentiasa diamalkan. Pengembangan sesuatu agama di kalangan penganut agama-agama lain adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan mengenainya di dalam Perlembagaan dan undang-undang dan hendaklah dilakukan secara berhati-hati.

15 vi. Strategi Kebudayaan
Lahirnya satu kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah adalah asas pembentukan bangsa, identiti nasional dan perpaduan negara. Kebudayaan nasional akan dibentuk berpandukan kepada tiga prinsip yang ditentukan di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu, kebudayaan kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dan kebudayaan Islam merupakan unsur yang penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Pembentukan apa yang diiktiraf sebagai kebudayaan nasional, tidak bermakna kebudayaan kesukuan tidak boleh diamalkan. Malah, kebudayaan kesukuan yang tidak menjadi sebahagian dari kebudayaan kebangsaan sama ada yang terdiri dari ciri-ciri tertentu dalam kebudayaan Melayu, Iban, Kadazandusun, Cina, India dan sebagainya dan kebudayaan barat, akan terus wujud dan bebas diamalkan sebagai kebudayaan kesukuan dan kebudayaan asing asalkan sesuai dengan matlamat dasar kebudayaan kebangsaan serta tidak menjejas nilai-nilai kesopanan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, nilai-nilai masyarakat juga merupakan aspek penting dalam kebudayaan nasional memandangkan nilai-nilai sejagat dan nilai-nilai bersama di kalangan berbilang kaum dan keturunan Malaysia akan diketengahkan sebagai nilai-nilai bersama rakyat Malaysia.

16 vii. Strategi Integrasi Wilayah
Kedudukan geografi serta banyak faktor persamaan dalam sejarah telah melahirkan integrasi yang kukuh relatif antara negeri-negeri dan rakuat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Berbagai langkah telah diambil semenjak penubuhan Malaysia untuk mengintegrasikan kedua-dua wilayah ini dan kemajuan yang disignifikan telah pun dicapai. Di antara langkah-langkah yang telah dan sedang diambil pembaikan sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan, perluasan sistem radio dan televisyen nasional kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, penubuhan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di kedua-dua negeri itu dan program lawatan pemimpin-pemimpin masyarakat. Walaupun berbagai langkah seperti yang dinyatakan di atas telah diambil, masih terdapat berbagai permasalahan dan salah tanggapan dalam usaha ke arah integrasi kewilayahan dan dalam perhubungan ‘centre-periphery’. Oleh itu, tumpuan khusus akan terus diberi kepada usaha integrasi wilayah dan perhubungan ‘centre-periphery’ sehingga tahap perpaduan yang lebih memuaskan dicapai. Di antara aspek yang akan diberi penekanan ialah interaksi dan pergaulan yang lebih luas antara rakyat kedua-dua wilayah, pengetahuan yang lebih mendalam mengenai adat resam dan kebudayaan masing-masing, penjelasan terhadap salah tanggapan dan masalah yang timbul dalam bidang sosio-ekonomi dan sebagainya. Selain daripada integrasi antara negeri, penumpuan juga perlu diberikan kepada pengintegrasian antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar. Ini adalah penting agar kemajuan ekonomi dan prasarana yang diadakan dapat dikongsi secara adil dan saksama.

17 ix. Strategi Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan untuk memelihara dan menegakkan perpaduan negara akan memainkan peranan penting dalam strategi perpaduan negara selagi perpaduan negara belum mencapai tahap yang benar-benar mantap, stabil dan berkekalan. Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi dua aspek iaitu pencegahan dan pemulihan. Pencegahan melibatkan usaha-usaha mencegah daripada berlakunya ancaman kepada keselamatan negara ataupun ketenteraman awam yang terbit daripada ketegangan ataupun konflik antara kaum, agama dan perhubungan antara persekutuan dan negeri, manakala pemulihan keadaan keamanan setelah berlakunya sesuatu konflik. Penekanan adalah diberi kepada aspek pertama, iaitu pencegahan supaya nyawa dan harta benda awam dan pembangunan negara dipelihara dan tidak terancam. Aspek pencegahan meliputi, di antara lain, penguatkuasaan sekatan-sekatan di sisi undang-undang ke atas kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan, tahanan preventif, penguatkuasaan peruntukan-peruntukan Akta Hasutan; kawalan ke atas akhbar, buku dan penerbitan melalui undang-undang yang berkaitan dan sebagainya. Aspek pemulihan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam melibatkan tindakan-tindakan terutamanya dari pihak polis, dibantu oleh pihak-pihak lain seperti Angkatan Tentera, RELA, Rukun Tetangga dan di dalam keadaan ekstrim, pengisytiharan darurat.

18 x. Strategi Pembangunan Kawasan
Pemaju-pemaju perumahan serta Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengambilkira aspek perpaduan di dalam memajukan sesuatu kawasan. Sesuatu kawasan kejiranan seharusnya mempunyai latar penduduk yang terdiri dari pelbagai kaum agar batasan sentiman perkauman dapat dicairkan. Ia dapat dilakukan melalui Jawatankuasa Penduduk seperti Rukun Tetangga yang ditubuhkan dan penganjuran aktiviti yang melibatkan semua penduduk tanpa mengira kaum dan agama. Prasarana yang disediakan, seperti dewan serbaguna, dewan komuniti dan sebagainya turut membantu di dalam memudahkan program dan aktiviti yang dapat menyemaikan semangat perpaduan dan interaksi antara kaum. Sesuatu kawasan perumahan juga perlulah mengandungi pembangunan bercampur (mixed development) seperti fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah. Ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan jurang sosial yang wujud di kalangan masyarakat melalui pergaulan dan interaksi. Kemudahan-kemudahan yang disediakan haruslah boleh dinikmati oleh penduduk dan tidak dibatasi oleh taraf sosio-ekonomi mereka.

19 Majikan sama ada dari pihak kerajaan atau swasta perlulah memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan kepada faktor kaum,agama dan budaya. Pemilihan perlulah dibuat berdasarkan keadilan dan kelayakan. Menyedari hakikat bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama, sesuatu organisasi perlulah mengambilkira sensitiviti pekerja-pekerjanya dalam pendekatan menguruskan organisasi. Majikan juga perlu memainkan peranan mereka di dalam menerapkan unsur-unsur perpaduan di kalangan pekerja melalui pelaksanaan dasar syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan. Di samping itu, mereka juga bertanggungjawab melaksanakan setiap dasar yang telah digubal oleh kerajaan seperti penggunaan Bahasa Kebangsaan dan sebagainya. Interaksi antara pekerja pelbagai kaum perlu digalakkan kerana ini dapat mengurangkan perasaan prejudis dan salah tanggapan antara mereka. Pemupukan nilai-nilai murni yang menyumbang kepada perpaduan negara seperti semangat patriotisme dan kekitaan perlulah sentiasa dipupuk.

20 xii. Strategi Media Massa
Perkembangan media elektronik, khususnya radio dan televisyen dan media cetak, khususnya akhbar dan majalah telah mampu menghubungkan hampir semua rakyat di negara ini termasuk masyarakat terpencil di pedalaman. Dengan itu, media massa boleh memainkan peranan yang sangat penting lagi berkesan untuk membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat dan penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Di samping itu, medium internet juga perlu digunakan sebaik mungkin bagi menyebarkan maklumat berhubung perpaduan. Syarikat-syarikat swasta yang mengendalikan stesen televisyen di negara ini juga boleh turut memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk perpaduan negara dan integrasi nasional. Ini merupakan satu tanggungjawab sosial di samping sumbangan yang bermakna dari sektor swasta kepada bangsa dan negara. Akhbar dan juga majalah akan digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara. Peranan mereka dalam hal ini termasuklah pengamalan etika kewartawanan, sikap bertanggungjawab dan peka apabila menyentuh dan melapor perkara-perkara yang boleh menjejas perpaduan dan perhubungan antara kaum dan agama, melahirkan semangat patriotisme dan perpaduan di kalangan pembaca menerusi ruangan meja pengarang, tulisan-tulisan rencana dan sebagainya. Bagi memastikan bahawa kegiatan dan laporan media cetak termasuk media cetak asing dan laporan melalui internet tidak menjejas atau menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara, undang-undang kawalan yang sedia ada seperti Akta Cetak dan Mesin Cetak dan Akta Hasutan akan terus dipakai.

21 xii. Strategi Kesukanan
Sukan merupakan bidang yang paling ideal bagi membentuk perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat berbilang kaum, keturunan, umur dan taraf sosio-ekonomi. Kesannya terasa bukan sahaja di kalangan mereka yang menyertai aktiviti sukan, tetapi yang lebih penting juga di kalangan rakyat yang menontonnya terutamanya bagi aktiviti sukan yang popular. Acara sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan dan solidariti tanpa mengira kaum dan keturunan. Acara sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang diwakili oleh pasukan kebangsaan juga membantu menaikkan semangat patriotisme dan mencairkan perasaan etnosentrisme, prejudis dan buruk sangka di kalangan rakyat, lebih-lebih lagi apabila acara itu diadakan di tanahair dan boleh ditonton di televisyen atau diikuti menerusi siaran terus-menerus.

22 xiv. Strategi Pemasyarakatan Perpaduan
Konsep pemasyarakatan perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1998 ialah satu strategi kerajaan ke arah menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan semangat kewarganegaraan yang tinggi melalui proses penerapan nilai-nilai murni mengenai perpaduan di kalangan semua lapisan masyarakat dengan menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada yang sesuai bagi maksud proses penerapam tersebut.

23 xv. Strategi Pertubuhan Sukarela
Jentera kemasyarakatan seperti Rukun Tetangga, Persatuan-persatuan Penduduk, Jawatankuasa Kemajuan dan digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan nilai-nilai murni, perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan yang terancang. xvi. Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan Memperbanyakkan penyelidikan mengenai perpaduan negara dan integrasi nasional adalah sangat perlu di samping mewujudkan perkongsian bijak dengan pihak IPTA/IPTS bagi mengetahui pola hubungan kaum semasa. Hasil kajian akan digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program yang berkesan di samping dapat mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan. Pengesanan ini dapat diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai perpaduan dan integrasi dan adat resam masyarakat Malaysia.

24 xvi. Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan
Memperbanyakkan penyelidikan mengenai perpaduan negara dan integrasi nasional adalah sangat perlu di samping mewujudkan perkongsian bijak dengan pihak IPTA/IPTS bagi mengetahui pola hubungan kaum semasa. Hasil kajian akan digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program yang berkesan di samping dapat mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan. Pengesanan ini dapat diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan-bahan bacaan mengenai perpaduan dan integrasi dan adat resam masyarakat Malaysia.

25 xvii. Strategi Pemantauan Isu-Isu Semasa dan Konflik
Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secara berterusan dan sistematik adalah merupakan langkah pengesanan awal. Pengesahan perhubungan sosial perlu ditingkatkan lagi melalui sistem yang ‘online’ berkesan kerana, bukan sahaja maklumat dapat dikesan/perolehi dengan segera tetapi ia dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk tindakan pencegahan awal (early intervention).

26 xviii. Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN) Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri (JKPPN) untuk membincangkan isu-isu perpaduan dan integrasi nasional hendaklah memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan. Sebagai badan yang membincangkan isu-isu perpaduan dan integrasi nasional, badan ini akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi-agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab untuk menasihat, melapor, menentang dan mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan Parlimen mengenai apa-apa juga isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional.

27 xix. Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan
Program Pemekaan Perpaduan merupakan satu proses untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu termasuk kanak-kanak prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi, pekerja kerajaan dan swasta serta anggota komuniti iaitu belia, wanita, orang kurang upaya serta orang ramai yang akan membawa perubahan perlakuan termasuklah mengenai pengetahuan, sikap dan juga kemahiran berkaitan dengan perpaduan antara kaum. Aktiviti-aktiviti yang tersusun akan dirancang mengikut kumpulan sasar. Di peringkat sekolah aktiviti yang dicadangkan adalah berbentuk pendidikan pelbagai budaya (multicultural education) yang boleh diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan ko-kurikulum. Di tempat kerja pula, aktiviti yang dicadangkan ialah mengenai pengurusan kepelbagaian di kalangan pekerja (managing diversity in the workface), manakala di peringkat komuniti merupakan aktiviti pengembangan (outreach activity) yang boleh membawa perubahan serta pembangunan masyarakat setempat.

28 xxi. Strategi-strategi Lain
Strategi-strategi lain yang dicadangkan dan difikirkan boleh membantu memantapkan proses perpaduan dan integrasi adalah seperti berikut: i. Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya. ii. Mewujudkan pengauditan polisi-polisi dasar kerajaan. iii. Menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan (human rights and responsibilities) untuk rakyat Malaysia. iv. Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia.

29 Memperkasa Sekolah Kebangsaan
Walau bagaimanapun, sistem satu aliran pendidikan sudah wujud melalui sekolah kebangsaan. Cumanya, setiap ibu bapa diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka tidak ada siapa yang boleh menghalang mereka. Namun begitu, sekolah kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki identiti nasional. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan di kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Bagi memupuk semangat perpaduan dan keyakinan terhadap sistem sekolah satu aliran, sekolah kebangsaan perlu dijadikan lebih menarik untuk menarik minat orang bukan Melayu. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan 100% guru di sekolah menengah dan 25% guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun Semangat perpaduan di kalangan pelajar bukan sahaja perlu dilakukan oleh pihak sekolah tetapi juga institut pendidikan tinggi.

30 Memperkasa Sekolah Kebangsaan
Antara langkah yang boleh dijalankan adalah seperti : Tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan melatih lebih ramai guru bagi mengajar bahasa ibunda pelajar Cina dan Tamil di sekolah-sekolah kebangsaan. Ini telah dilakukan dengan kerajaan memperkenalkan pengajaran Bahasa Mandrin dan Tamil. Memberi kesedaran kepada pelajar kepentingan interaksi antara etnik. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara etnik. Mengadakan program interaksi antara sekolah di samping mengelakkan perkara-perkara berunsur perkauman berlaku dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik ke dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan etnik lain.

31 Memperkasa Sekolah Kebangsaan
Sistem pendidikan pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih aliran mengikut kaum masing-masing. Bagi memupuk perpaduan, ia haruslah dimulakan sejak awal lagi membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Dengan itu, satu sistem pendidikan perlu diwujudkan dengan menerapkan semangat perpaduan di kalangan pelajar dengan mewujudkan sekolah kebangsaan satu aliran. Malaysia sepatutnya mencontohi Hawaii yang hanya memperkenalkan satu aliran sekolah untuk semua penduduknya daripada pelbagai kaum seperti orang Jepun, Afrika, India, Cina, Amerika dan pelbagai etnik lain. Maka, Malaysia perlu mewujudkan satu aliran persekolahan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini.

32 SEKOLAH WAWASAN Sekolah Wawasan merupakan satu konsep sekolah rendah yang boleh mewujudkan persekitaran yang memberi peluang secara langsung kepada murid-murid dari pelbagai kaum bergaul dan berinteraksi dengan lebih bebas. Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan  oleh kabinet pada tahun 1997 adalah gabungan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil dalam satu kawasan yang sama. Para pelajar berkongsi menggunakan kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan  mereka berinteraksi serta berkomunikasi antara satu sama lain.

33 Langkah Mengintegrasikan Kaum
Kebimbangan disuarakan oleh masyarakat Cina bahawa SRJK akan terhapus dan hilang segala ciri-ciri serta identitinya sebenarnya tidak berasas kerana setiap aliran yang bergabung di dalam Sekolah Wawasan  ini masih lagi mengekalkan sistem pembelajaran serta kurikulum sedia ada di mana SRJK Cina, Tamil, dan Kebangsaan akan terus berada  seperti keadaan asal. Penempatan ketiga-tiga aliran ini di dalam satu kawasan yang sama merupakan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaum dan asimilasi budaya pada peringkat primer. Proses integrasi dan asimilasi  seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semulajadi.

34 Strategi Perlaksanaan Sekolah Wawasan
membina sekolah baru di kawasan yang ramai penduduk berbilang kaum memindah atau mencantumkan dua atau tiga buah sekolah dalam satu kawasan menambah aliran di sekolah-sekolah yang sedia ada.

35 Ciri Istimewa Sekolah Wawasan
Dua atau tiga aliran sekolah yang mempunyai pentadbiran sendiri yang diketuai oleh guru besar masing-masing. Seorang daripada tiga guru besar ini akan dikenalpasti untuk melaksanakan tugas-tugas penyelarasan antara tiga sekolah aliran tersebut. Hanya dilaksanakan dalam satu sesi dengan bilangan murid maksimum ialah 2520 orang atau 840 orang murid bagi setiap aliran. Perlu ada kemudahan tambahan istimewa.

36 Ciri Istimewa Sekolah Wawasan
Kemudahan seperti padang permainan, kantin, pusat sumber, perpustakaan, dewan dan gimnasium diguna dan diurus secara usahasama. Kepakaran guru yang ada digunakan secara berkongsi penggunaan tenaga guru secara optimum. Aktiviti luar darjah dijalankan secara bersama untuk menggalakkan interaksi dan kerjasama positif di kalangan murid. Bahasa rasmi yang digunakan di luar darjah ialah Bahasa Melayu.

37 PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)
PLKN dilaksanakan pada 16 Februari 2004. Idea untuk mengadakan ‘Kerahan Tenaga’ dicetuskan di dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 2002. JKMKT telah mendapatkan maklumbalas daripada rakyat dan membuat berbagai perbincangan dengan persatuan dan pertubuhan sebelum membuat keputusan tentang perlaksanaan program ini.

38 Objektif PLKN Menanam semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan generasi muda atau remaja. Mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrasi nasional. Membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni. Menanam semangat kesukarelaan di kalangan remaja.

39 Konsep PLKN Berteraskan Rukun Negara
Penyertaan : lelaki dan wanita dari berbagai kaum. Penyertaan diwajibkan dan tiada pengecualian melainkan atas sebab-sebab kesihatan yang diiktiraf oleh doktor/hospital kerajaan. Umur peserta di antara 16 hingga 35 tahun. Jangkamasa : tidak melebihi enam (6) bulan. Kurikulum mengambil kira kepelbagaian kaum. Melibatkan semua agensi kerajaan, swasta dan NGO. Bukan berbentuk kerahan tenaga atau “Military Conscript”. Mempunyai kurikulum yang berbagai disiplin. Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam.

40 Konsep PLKN Dilaksanakan di kem berterusan tidak lebih 90 hari
Tidak mengandungi hukuman bersifat penderaan . Menyeronokkan ,berfaedah dan jadi kenangan. Menjadi proses pembelajaran yang menarik. Utamakan semangat muhibbah dalam semua aktiviti Bilangan pelatih setiap kem adalah di antara orang. Pastikan pelatih tidak dibebankan denagn subjek yang telah dilalui di sekolah. Mengurangkan kepadatan modul.

41 Implikasi PLKN terhadap Perpaduan Kaum
toleransi dan kerjasama setiap individu dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. mengetahui adat, budaya, serta cara beragama pelbagai kaum. kebanyakan modul yang disediakan dalam PLKN memerlukan persepakatan dan persepaduan antara setiap ahli tanpa membezakan sesuatu kaum.

42 RUKUN TETANGGA Diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan berkuatkuasanya Peraturan-Peraturan Perlu ( RT ) 1975. Jawatankuasa Rukun Tetangga mengawal keselamatan melalui rondaan wajib pemastautin, merupakan satu-satunya kegiatan Rukun Tetangga pada ketika itu. Apabila keadaan keselamatan negara pulih, tumpuan dialihkan daripada konsep keselamatan kepada konsep kejiranan mulai tahun 1983. Konsep kejiranan bertujuan untuk membolehkan penduduk dalam kawasan Rukun Tetangga mengenali jiran mereka agar hidup dalam suasana harmoni, bertoleransi, hormat-menghormati dan saling bantu-membantu. Mulai tahun 2001, Rukun Tetangga berfokuskan aspek pembangunan komuniti.

43 Jenis-Jenis Aktiviti Yang Dijalankan Oleh Rukun Tetangga
Sosial. Pendidikan. Sukan. Rekreasi. Kesihatan dan Alam Sekitar Kebajikan Agama Kesenian dan Kebudayaan. Ekonomi. Keselamatan.

44 Skim Rukun Tetangga yang diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Skim ini kemudiannya diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun Tetangga di perluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan. Sehingga Mei 2006 sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara. Jawatankuasa Rukun Tetangga ini telah menganjurkan berbagai aktiviti di dalam komuniti mereka. Dari bulan Januari hingga Mei 2006 Jawatankuasa Rukun Tetangga di seluruh negara telah melaksanakan sebanyak 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan budaza (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional).

45 PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK

46 Rumah Terbuka Rumah terbuka ini akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap etnik di Malaysia akan sering kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi akan mengungjungi ke rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina. Ini menunjukan etnik Cina begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh di kalangan rakyat dan memahami dan menghormati budaya masing-masing. Amalan ini membuktikan integrasi sosial dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan kebudayaan.

47 Penerimaan Budaya Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian dan makanan. Contohnya, orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju Melayu terutamanya pada hari Jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pelajar-pelajar sekolah bukan Melayu. Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit raya telah menggunakan sampul atau ‘angpau’ yang terkenal di kalangan orang Cina. Dewasa ini juga telah kelihatan di taman-taman perumahan, terdapatnya penempatan yang sama untuk semua etnik yang pastinya keadaan ini akan menggalakkan lagi hubungan etnik di kalangan rakyat melalui aktiviti setempat.

48 Program Di IPT Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui persatuan-persatuan dan kelab-kelab hendaklah sentiasa menggalakkan aktiviti-aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum di kalangan mahasiswa. Sebagai contoh, melalui aktiviti Pesta Tanglung, ia bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut juga disertai oleh mahasiswa Melayu. Menyentuh kepimpinan pelajar, ternyata ianya tidak didominasikan oleh sesuatu kaum sahaja, tetapi turut sama dianggotai oleh pelbagai kaum seperti dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Sukatan kursus di semua institusi pendidikan harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam subjek kenegaraan dan Tamadun Islam dan Asia serta Hubungan Etnik. Maka, adalah penting kurikulum yang ada menguatkan peribadi moral dan sahsiah para pelajar. Ini kerana keperibadian yang tinggi menjadi asas kepada segala nilai rohani dan budaya yang akan menyatupadukan generasi muda.

49 Program Di IPT Mengalakkan penyertaan Kelab Perpaduan ataupun Kelab Rukun Negara. Saranan diwujudkan Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara di IPT merupakan satu langkah yang amat baik kerana saranan ini merupakan usaha bagi menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum. Justeru, Bahagian Hal Ehwal Pelajar sewajarnya menggalakkan para mahasiswa menganggotai Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara dengan memberi beberapa keistimewaan seperti pengecualian kredit dan sebagainya. Pihak universiti juga perlulah memberi sokongan terhadap aktiviti yang dijalankan baik dari segi material mahupun khidmat nasihat. Mempergiatkan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ko-kurikulum merupakan bidang pembelajaran yang menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan efaktif. Justeru, aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi, haruslah dipergiat dan dipertingkatkan lagi di kalangan mahasiswa pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.

50 Manakala aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat mempunyai peranan yang penting dalam menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum. Oleh itu, galakan kepada aktiviti seperti ini perlu diberikan dengan kerjasama rapat pihak kerajaan dan sektor swasta. Para pelajar juga perlu ditugaskan dalam projek-projek perkhidmatan masyarakat seperti operasi khidmat masyarakat, mahasiswa balik kampung dan sebagainya. Para pensyarah juga perlu diterap dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif. Para pensyarah mestilah diberi pendedahan kepada kursus seperti sosiologi perhubungan kaum atau hubungan etnik untuk menerapkan nilai-nilai yang penting di kalangan pelajar bagi keharmonian kaum. Sesungguhnya para pensyarah mempunyai peranan yang besar sebagai penerang dan penyebar perpaduan dan keharmonian dalam negara pelbagai kaum ini. Mereka adalah merupakan agen integrasi dan perpaduan yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan lebih banyak interaksi melalui tugasan dan projek akademik.

51 PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
Walaupun terdapat pertubuhan yang berasaskan etnik, namun, terdapatnya pertubuhan induk di peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia dan pelbagai lagi. Ini sudah tentulah dapat mempercepatkan lagi proses hubungan etnik melalui perana yang dimainkan oleh NGO. Menyentuh aspek kepimpinan pula, sama ada pada peringkat negara atau persatuan, barisan kepimpinan disertai oleh pemimpin pelbagai kaum. Sebagai contoh, di dalam barisan kepimpinan Majlis Belia Malaysia, ia disertai oleh semua etnik yang ada di Malaysia. Walaupun terdapat pembahagian pertubuhan mengikut kaum seperti Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dewan Perniagaan Cina Malaysia dan Dewan Perniagaan India Malaysia, namun ini sewajarnya digunakan oleh NGO ini untuk mewujudkan pelbagai dialog dan seminar dalam usaha memahami permasalahan yang wujud dan dicari jalan penyelesaiannya. Contohnya, ABIM sentiasa mengadakan seminar bagi menjelaskan kepentingan hubungan etnik dalam konteks Malaysia.

52 KESIMPULAN Merujuk kepada hubungan etnik di Malaysia, setiap etnik itu mempunyai identiti yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing. Kepelbagaian identiti ini merupakan satu keunikan yang tersendiri yang tidak sewajarnya dicerobohi. Usaha-usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia perlu disusun dan difahami demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik. Keharmonian ini akan mantap sekiranya setiap etnik mempunyai sikap menghormati hak-hak yang menjadi identiti etnik lain.


Download ppt "Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google