Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PANDUAN PENGAWASAN BAGI PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
2
PANDUAN PENGAWASAN PEPERIKSAAN UiTM
3
Arahan dan Makluman Am Pembantu Pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh rasa tanggungjawab dan menjaga kerahsiaan urusan peperiksaan UiTM. Pembantu Pengawas mesti mengetahui fakulti / kampus di mana beliau dilantik untuk bertugas dan lokasi fakulti / kampus berkenaan. Pembantu Pengawas hendaklah sentiasa memakai tag nama semasa bertugas dan berada di dalam Fakulti / Kampus. Tag nama akan disediakan oleh pihak Fakulti /kampus masing-masing.
4
Arahan dan Makluman Am Jadual bertugas Pembantu Pengawas akan disediakan oleh pihak Fakulti / Kampus masing-masing. Pembantu Pengawas hendaklah mengetahui dan menyimpan nombor telefon Bilik Gerakan Peperiksaan Fakulti / Kampus untuk tujuan perhubungan apabila perlu. Pembantu Pengawas tidak dibenarkan membuat panggilan atau menerima panggilan peribadi semasa bertugas mengawasi peperiksaan. Telefon bimbit anda hendaklah dimatikan
5
Tempoh Peperiksaan Mengikut Kertas Soalan Peperiksaan Akhir Universiti – 23 Jun hingga 21 Julai 2016 Kecuali cuti Hari Raya Aidilfitri pada 4 – 11 Julai 2016
6
Waktu Peperiksaan Bermula
Hari Sabtu hingga Khamis: Sesi Pagi Jam 9.00 Pagi Sesi Petang Jam 2.15 Petang Hari Jumaat: Sesi Pagi Jam 8.30 Pagi Sesi Petang Jam 2.45 Petang
7
Tempat Lapor Diri Pembantu Pengawas hendaklah melapor diri di Bilik Gerakan Peperiksaan Fakulti / Kampus pada setiap kali sesi bertugas. Pembantu Pengawas hendaklah mengetik kad perakam waktu untuk merakam waktu masuk (waktu mula bertugas) dan waktu keluar (waktu tamat bertugas) di UiTM.
8
Waktu Melapor Diri Pembantu Pengawas hendaklah melapor diri satu (1) jam sebelum peperiksaan bermula bagi tempat peperiksaan yang mempunyai kapasiti melebihi 150 calon. Pembantu Pengawas hendaklah melapor diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan bermula bagi tempat peperiksaan yang mempunyai kapasiti tidak melebihi 150 calon.
9
Tugas Dan Tanggungjawab
Pembantu Pengawas hendaklah membantu Ketua Pengawas/Pengawas dalam pengendalian peperiksaan. Pembantu Pengawas tidak dibenarkan menjalankan tugas seorang diri tanpa kehadiran Ketua Pengawas/ Pengawas. Pembantu Pengawas hendaklah sentiasa PATUH KEPADA ARAHAN yang diberikan oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Ketua Pengawas/Pengawas.
10
Senarai Tugas Pembantu Pengawas
Melapor diri kepada Ketua Pengawas di Bilik Gerakan Peperiksaan. Jika Ketua Pengawas belum tiba di Bilik Gerakan Peperiksaan, Pembantu Pengawas hendaklah menunggu sehingga Ketua Pengawas tiba. Pembantu Pengawas hendaklah bertugas di Bilik Peperiksaan, bukannya di Bilik Gerakan Peperiksaan. Sila dapatkan arahan daripada Ketua Pengawas/Pengawas sebelum menjalankan tugas. Membantu Ketua Pengawas/Pengawas mengambil Buku Jawapan Peperiksaan, keperluan peperiksaan serta jam dinding (jika perlu) di Bilik Gerakan Peperiksaan untuk dibawa ke dewan/bilik peperiksaan.
11
Senarai Tugas Pembantu Pengawas
Ketua Pengawas hendaklah membuka sampul kertas soalan di hadapan Pengawas Peperiksaan atau Pembantu Pengawas. Mengedar kertas soalan, Buku Jawapan Peperiksaan dan keperluan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula di tempat peperiksaan. Calon hanya dibenarkan masuk ke tempat peperiksaan setelah keperluan peperiksaan diedarkan di atas meja serta dengan arahan Ketua Pengawas
12
Senarai Tugas Pembantu Pengawas
Pastikan setiap calon membawa Kad Pelajar UiTM dan Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan. Calon tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam tempat peperiksaan apa-apa buku/nota, kertas, dokumen, gambar, kotak pensil atau tastangan tanpa kebenaran Pengawas. Calon tidak dibenarkan sama sekali membawa sebarang peralatan elektronik ke tempat peperiksaan kecuali ia adalah keperluan peperiksaan. Calon hanya dibenarkan membawa telefon bimbit dan ia hendaklah dimatikan serta diletak di bawah meja di atas lantai.
13
Senarai Tugas Pembantu Pengawas
Apabila calon telah mengambil tempat, Ketua Pengawas akan membaca PERATURAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR. Pastikan calon tidak menulis atau bercakap. Setelah arahan diberikan oleh Ketua Pengawas untuk memulakan peperiksaan, Pembantu Pengawas akan menyemak Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan serta Kad Pelajar. Pastikan kedua-duanya mempunyai nama yang sama. Jika keadaan mencurigakan, maklumkan kepada Ketua Pengawas/Pengawas. Kutip slip kedatangan calon dan pastikan ianya lengkap dan ditandatangani. Pastikan jumlah slip kedatangan sama dengan bilangan calon sebelum menyerahkan kepada Ketua Pengawas.
14
Senarai Tugas Pembantu Pengawas
Buku Jawapan Tambahan hanya diberikan kepada calon apabila diminta oleh calon. Buku Jawapan Tambahan adalah lebih nipis dari Buku Jawapan Utama yang diedarkan. Buku Jawapan Tambahan hendaklah diikat dengan lain-lain keperluan peperiksaan. Pembantu Pengawas hendaklah mengiringi calon yang hendak ke bilik air. Calon terlebih dahulu perlu mengisi Borang Keluar Sementara dari tempat peperiksaan sebelum dan selepas ke bilik air. Pastikan calon tidak berada lama di bilik air. Pembantu Pengawas hendaklah sentiasa mengawasi calon semasa peperiksaan.
15
Senarai Tugas Pembantu Pengawas
Pembantu Pengawas hendaklah memastikan calon tidak meniru semasa peperiksaan. Jika berlaku kes peniruan, Pembantu Pengawas hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengawas/Pengawas dengan segera. Tangkapan dan laporan peniruan calon akan dibuat oleh Ketua Pengawas. Pembantu Pengawas hendaklah bersama-sama menjaga ketenteraman tempat peperiksaan. Apabila peperiksaan telah tamat Pembantu Pengawas hendaklah mengutip buku jawapan peperiksaan dari calon dan pastikan bilangan buku jawapan peperiksaan sama dengan bilangan calon. Calon hanya dibenar meninggalkan tempat peperiksaan setelah mendapat arahan dari Ketua Pengawas.
16
Senarai Tugas Pembantu Pengawas
Pembantu Pengawas hendaklah pastikan calon tidak membawa keluar dari tempat peperiksaan sebarang Buku Jawapan Peperiksaan samada yang masih bersih ataupun yang telah digunakan. Pembantu Pengawas hendaklah membantu Ketua Pengawas/Pengawas membawa Buku Jawapan Peperiksaan lebihan, keperluan peperiksaan serta jam dinding ke Bilik Gerakan. Pembantu Pengawas hendaklah mengiringi Ketua Pengawas/Pengawas kembali ke Bilik Gerakan Peperiksaan.
17
Senarai Tugas Pembantu Pengawas
Pembantu Pengawas hendaklah mendapatkan tandatangan Ketua Pengawas untuk Borang Tuntutan Skim Pembantu Pengawas setiap kali selepas mengawas sebagai bukti pengawasan. Pembantu Pengawas hendaklah mengetik kad perakam waktu sebelum meninggalkan kampus.
18
Ketidakhadiran Pembantu Pengawas hendaklah menghubungi Bilik Gerakan Peperiksaan sekiranya tidak dapat hadirkan diri untuk bertugas sebelum peperiksaan bermula. Jika ketidakhadiran melebihi satu kali, pihak Universiti tidak teragak-agak menamatkan perkhidmatan Pembantu Pengawas.
19
Kadar Bayaran Contoh 1 Bagi pengawasan tiga jam peperiksaan di bilik peperiksaan atau dewan dengan kapasiti tidak melebihi calon, jumlah jam tugasan ialah (½ jam + 3 jam + ½ jam) 4 jam. Maka Pembantu Pengawas akan dibayar RM16.00.
20
Kadar Bayaran Contoh 2 Bagi pengawasan tiga jam peperiksaan di dewan peperiksaan yang kapasitinya melebihi 150 calon, jumlah jam tugasan ialah (1 jam + 3 jam + ½ jam) 4 ½ jam. Maka Pembantu Pengawas akan dibayar RM
21
Waktu Rehat Pembantu Pengawas tidak diperuntukkan waktu rehat. Namun di atas budi bicara Ketua Pengawas, Pembantu Pengawas dibolehkan berehat untuk 15 minit sahaja. Sekiranya Pembantu Pengawas ingin ke bilik air, sila dapatkan kebenaran dari Ketua Pengawas terlebih dahulu.
22
Ketepatan Masa Pembantu Pengawas hendaklah datang tepat pada waktu yang telah dijadualkan dengan berpandukan Waktu Melapor Diri di Para 4.0.
23
Borang Tuntutan Skim Pembantu Pengawas
Borang ini hendaklah disimpan di Bilik Gerakan Peperiksaan dan ianya hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengawas setiap kali selepas Pembantu Pengawas menjalankan tugas pengawasan di tempat peperiksaan.
24
Sahsiah Rupa Diri Pembantu Pengawas hendaklah sentiasa memakai tag nama semasa berada di dalam kampus dan hendaklah berpakaian kemas semasa menjalankan tugas pengawasan. Lelaki Rambut pendek dan kemas. Baju kemeja berlengan pendek atau panjang. Corak bunga tidak dibenarkan. Baju mesti di tuck in ke dalam seluar. Seluar panjang jenis khaki dan jeans tidak dibenarkan. Kasut bertutup dan tidak berbunyi bila berjalan. Selipar tidak dibenarkan.
25
Sahsiah Rupa Diri Wanita: Baju kurung/kebaya longgar
Kasut bertutup dan tidak berbunyi bila berjalan. Selipar tidak dibenarkan.
26
Terima Kasih Di atas perhatian Anda
Diharapkan semua dapat menjalankan tugas/amanah Ini dengan baik dan sentiasa memberikan yang terbaik. Sekian
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.