Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERINTAH AM BAB C CUTI.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERINTAH AM BAB C CUTI."— Transcript presentasi:

1 PERINTAH AM BAB C CUTI

2 CUTI bermakna sebarang tempoh seseorang staf itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau berhenti kerja. Perintah Am 1 (i) Bab ‘C’ Cuti bukan hak, satu keistimewaan.

3 CUTI REHAT bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan di dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember. CUTI SAKIT bermakna cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan mengemukakan sijil sakit daripada doktor Universiti, panel doktor atau doktor hospital Kerajaan dan diberi cuti sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh. PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN bermakna perkhidmatan yang diambil kira bagi mengira kelayakkan mendapat cuti seseorang staf dan terdiri masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit, tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah serta cuti belajar.

4 SANAK SAUDARA bermakna suami atau isteri, anak-anak, ibu bapa dan lain-lain saudara mara yang rapat kepada staf. SIJIL SAKIT bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seseorang doktor Universiti, panel doktor (seperti yang tertera di dalam Kad Rawatan Staf), doktor hospital Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan.

5 CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN:
Cuti Rehat Cuti Separuh Gaji Cuti Tanpa Gaji

6 CUTI YANG DIBERI KERANA PERKHIDMATAN
Cuti Rehat Boleh diambil bila-bila masa Mingguan tak masuk kira Boleh dibawa ke hadapan baki cuti atas sebab kepentingan perkhidmatan

7 Kurang 10 Tahun Perkhidmatan Genap 10 Tahun Perkhidmatan Dan Lebih
KELAYAKAN CUTI REHAT Kadar kiraan : X 365 * Kelayakan Hari Kerja 12 Bulan Kerja atau GRED KADAR Kurang 10 Tahun Perkhidmatan Genap 10 Tahun Perkhidmatan Dan Lebih Pengurusan Tertinggi 30 hari Gred 31-54 Gred 21-30 25 hari Gred 1-20 20 hari Berkuatkuasa : 1 September 2005 (PP Bil 20/2005)

8 DASAR CUTI REHAT Cuti rehat seboleh-bolehnya diambil pada tiap-tiap tahun oleh staf untuk tujuan kecekapan dan juga untuk kepentingan staf itu sendiri. Ketua Jabatan hendaklah menyediakan seberapa yang boleh, jadual giliran bercuti bagi staf di bawah jagaannya. Seseorang staf yang hendak menggunakan semua atau sebahagian daripada cuti rehatnya di luar Malaysia hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Naib Canselor.

9 DASAR CUTI REHAT samb c) Bagi cuti rehat ke luar negara (ke negara-negara terhad) staf dikehendaki mengemukakan permohonan cuti rehat bersama-sama Borang ‘A’ & ‘B’. Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum bercuti. d) Kelulusan Kementerian Pengajian Tinggi

10 KAKITANGAN KONTRAK Staf kontrak akan berkelayakkan mendapat cuti mengikut syarat- syarat di dalam kontrak mereka. Sekiranya tidak dinyatakan tentang perbekalan cuti di dalam kontrak mereka, staf boleh diberi cuti di atas kadar yang sama dengan staf yang setaraf mengikut gred/kategori yang berkenaan.

11 LANTIK / NAIK PANGKAT / LEBIH
10 TAHUN PERKHIDMATAN Apabila seseorang staf dilantik atau dinaikkan pangkat ke jawatan yang mengubah kategorinya, maka kelayakkan cutinya juga akan berubah. Semua tempoh ia telah bermula di atas kategori terdahulu di dalam tahun itu, akan dianggap sebagai perkhidmatan di dalam kategori baru. Perkiraan yang sama hendaklah juga dibuat bagi tahun seseorang itu genap sepuluh (10) tahun perkhidmatan tahun pertama. Untuk menentukan kelayakkan cuti rehat tambahan, seseorang staf itu perlu mempunyai perkhidmatan 10 tahun perkhidmatan di satu-satu organisasi sahaja tidak kira sama ada beliau berkhidmat di Universiti ini atau di jabatan Kerajaan lain (tempoh perkhidmatan yang boleh diambil kira sahaja).

12 LANTIK / NAIK PANGKAT / LEBIH 10 TAHUN PERKHIDMATAN samb
Bagi staf yang mempunyai perkhidmatan lepas (kurang dari 10 tahun) di jabatan lain sebelum berkhidmat dengan Universiti ini (dan kemudiannya perkhidmatan tersebut telah diambil kira) tempoh perkhidmatan di jabatan hakiki itu tidak boleh diambilkira untuk tujuan untuk menentukan kelayakkan cuti rehat tambahan selepas 10 tahun perkhidmatan. Tempoh tersebut hanya diambilkira untuk tujuan perkiraan pencen sahaja.

13 GANTIAN CUTI REHAT Pemberian hadiah pada tarikh persaraan atau mati dalam perkhidmatan Award Wang Tunai Award perkhidmatan yang berpencen Untuk menambah faedah persaraan

14 AWARD WANG TUNAI AWARD WANG TUNAI adalah gantian cuti rehat sebagai pemberian hadiah kepada kepada staf yang bersara dari perkhidmatan Universiti (wajib atau pilihan sendiri) pada hari persaraanya atau kepada staf yang meninggal dunia di dalam perkhidmatan. Kaedah pengiraan adalah seperti berikut: FORMULA : 1/30 x gaji akhir Takrifan ‘gaji akhir’ bermaksud gaji akhir yang diterima meliputi Gaji Pokok Hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan dan gred gaji hakiki staf berkenaan.

15 SYARAT-SYARAT PENGUMPULAN Jumlah Hari Yang Boleh Dikumpulkan
Jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan Award Wang Tunai adalah dihadkan kepada maksimum 15 hari atau tidak melebihi separuh daripada kelayakan (cuti) semasa bagi setahun. b) Walau bagaimanapun, jumlah yang boleh dikumpulkan adalah tertakluk kepada had maksimum 150 hari sahaja di sepanjang perkhidmatan seseorang itu. Kadar Kelayakkan Cuti Rehat 35 hari 30 hari 25 hari 20 hari Jumlah Hari Yang Boleh Dikumpulkan 15 hari 12 hari 10 hari

16 PENGUMPULAN CUTI REHAT KE TAHUN HADAPAN & AWARD WANG TUNAI
Sekiranya seseorang staf ingin membuat pengumpulan cuti rehat ke tahun berikutnya dan juga pengumpulan ke Award Wang Tunai, kedudukan rekod pengumpulan cutinya adalah seperti berikut:

17 PENGUMPULAN CUTI REHAT KE TAHUN HADAPAN & AWARD WANG TUNAI samb
CONTOH : Kadar Kelayakan Tahun 2007 =35 hari Jumlah Cuti Yang Dikumpulkan =70 hari (dari tahun 2006) Jumlah Keseluruhan Bagi =105 hari Tahun 2007 Jumlah Cuti Yang Telah Dihabiskan =20 hari (sehingga akhir tahun 2007) Baki Cuti Yang Tidak Dapat =85 hari Dihabiskan (sehingga akhir tahun 2007)

18 PENGUMPULAN CUTI REHAT KE TAHUN HADAPAN & AWARD WANG TUNAI samb
Di dalam hal ini, jumlah cuti yang boleh dikumpulkan ke tahun berikutnya (2008) adalah sebanyak 70 hari sahaja, manakala baki selebihnya sebanyak 15 hari lagi adalah luput secara automatik. Berdasarkan kelayakkan cuti rehat staf ini, beliau hanya boleh mengumpulkan cuti rehat ke Award Wang Tunai sebanyak 15 hari sahaja. Ini bermakna, jumlah cuti yang boleh dikumpulkan ke tahun berikutnya adalah sebanyak 55 hari sahaja dan juga Award Wang Tunai sebanyak 15 hari.

19 * Perlu dicatatkan dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan Staf
CUTI SEPARUH GAJI Diluluskan oleh Naib Canselor atas sebab-sebab berikut sahaja: Kesihatan sanak saudara yang rapat. Tidak boleh atas sebab bersalin. Naib Canselor boleh meluluskan cuti separuh gaji tidak melebihi 14 hari dalam satu-satu tahun atas sebab kesihatan saudara yang rapat. * Perlu dicatatkan dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan Staf

20 * Perlu dicatatkan dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan Staf
CUTI TANPA GAJI Hal Peribadi Mustahak Naib Canselor boleh meluluskan cuti tanpa gaji kepada staf atas sebab-sebab peribadi persendirian yang mustahak bagi staf yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) bulan perkhidmatan yang melayakkan. Pada masa permohonan dibuat untuk mendapat cuti tanpa gaji itu kesemua kelayakkan cuti bergaji penuh hendaklah dihabiskan terlebih dahulu. Tidak melebihi tiga (3) bulan pada sesuatu masa dan 360 hari disepanjang tempoh perkhidmatan. * Perlu dicatatkan dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan Staf

21 CUTI TANPA GAJI MENGIKUT PASANGAN
BERKURSUS/BERKHIDMAT DI DALAM/LUAR NEGARA Naib Canselor boleh meluluskan cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga tahun atau selama tempoh pasangan pegawai berkursus/berkhidmat. * Perlu dicatatkan dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan Staf

22 * Perlu dicatatkan dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan Staf
TIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI Tiada gaji bagi tempoh tidak hadir bekerja tanpa cuti Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu; Suatu perakuan oleh Ketua Jabatan memperakui tempoh pegawai itu tidak hadir bekerja tanpa cuti adalah satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu. * Perlu dicatatkan dalam Buku Kenyataan Perkhidmatan Staf

23 CUTI GANTIAN / CUTI PAMPASAN
(PA 40 BAB ‘C’) Seseorang staf yang tidak berkelayakan mendapat bayaran kerana bekerja lebih masa atau sebarang bayaran khas lain, boleh diberi cuti gantian oleh Ketua Jabatan kerana dipanggil bertugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari cuti am atau hari kelepasan mingguan. Cuti gantian, hendaklah sama banyak dengan masa yang dipanggil bertugas lebih masa itu.

24 CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN
Cuti Sakit Cuti Sakit Lanjutan Cuti Pemulihan Cuti Kerantina Cuti Isteri Bersalin Cuti Kecederaan Cuti Tibi, Kusta Dan Barah

25 CUTI SAKIT Kelulusan oleh Ketua Jabatan.
Tidak melebihi 90 hari pada satu-satu masa diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari ke atas dalam satu-satu masa oleh kuasa tertentu. Jika masih tidak sihat Ketua Jabatan boleh memberi baki Cuti Rehat yang masih ada. Pegawai bercuti sakit ; 45 hari atau lebih tiap-tiap tahun bagi 3 tahun berturut- turut 180 hari dalam satu tahun kalendar boleh dikehendaki oleh Ketua Jabatan diperiksa oleh Lembaga Perubatan.

26 SYARAT-SYARAT PEMBERIAN CUTI SAKIT
Permohonan disokong oleh sijil dari Pegawai Perubatan Sakit semasa Cuti Rehat di Malaysia layak cuti sakit. Sakit semasa Cuti Rehat di luar Malaysia. Tidak layak mendapat Cuti Sakit kecuali :- Ia sakit pada tarikh ia patut balik ke Malaysia Sakitnya berlanjutan hingga ke tarikh ia patut balik ke Malaysia.

27 Sakit Semasa Cuti Separuh Gaji/Tanpa Gaji
Tidak berkelayakan Cuti Sakit. Kelonggaran Bercuti di luar Malaysia dan tidak dapat balik kerana sakit pada tarikh ia patut balik Boleh diberi Cuti Separuh Gaji atau tanpa gaji

28 CUTI SAKIT LANJUTAN – PA 22 BAB ‘C’ DAN PP 9/91
TUJUAN a) Tidak sihat untuk bertugas dan perlu rehat yang panjang setelah habis cuti sakit bergaji penuh – 180 hari dan ada harapan untuk sembuh SYARAT DAN KELAYAKAN 90 CSG + Lembaga Perubatan 90 CTG + Lembaga Perubatan + Elaun Bantuan Belum sembuh, boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan–PP 10-95

29 CUTI PEMULIHAN a. Pegawai tidak sihat tetapi pada pandangan Lembaga Perubatan perlu berehat. b. Tempoh: Satu jangka waktu yang diperakukan. c. Kuasa tertentu meluluskan Cuti Separuh Gaji atau Tanpa Gaji.

30 CUTI KERANTINA – PA 24 BAB ‘C’
TUJUAN Kawalan wabak penyakit SYARAT DAN KELAYAKAN Sepanjang tempoh penahanan Bergaji penuh Jika sakit – cuti sakit

31 CUTI BERSALIN – PA 25 - 26 BAB ‘C’ DAN PP 2/98
TUJUAN Pulih dari bersalin SYARAT DAN KELAYAKAN 60 hari setiap kali bersalin Lima (5) kali sepanjang perkhidmatan Perakuan bersalin dan permohonan cuti

32 YANG TELAH MENGGUNAKAN LIMA (5) KALI KEMUDAHAN CUTI BERSALIN
Cuti rehat Cuti tanpa gaji Tidak melebihi 60 hari dari tarikh bersalin

33 CUTI KECEDERAAN – PA 27 - 28 BAB ‘C’
TUJUAN Kecederaan semasa bertugas Tempoh pemulihan yang panjang SYARAT DAN KELAYAKAN Tempoh sehingga pulih atau ke tarikh akan disarakan Tercedera semasa bertugas Perakuan Lembaga Perubatan

34 CUTI TIBI, KUSTA DAN BARAH – PA 30 - 33 BAB ‘C’ DAN PP 9/91
TUJUAN Tempoh rawatan penyakit yang panjang SYARAT DAN KELAYAKAN Bergaji penuh – 24 bulan (Barah/Kusta) - 12 bulan (Tibi) Selepas bergaji penuh – cuti rehat - cuti separuh gaji -12 bulan Cuti tambahan dengan perakuan Lembaga Perubatan

35 CUTI TANPA REKOD

36 CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA –
PA 41 BAB ‘C’ TUJUAN Menghadiri latihan atau khemah tahunan Pasukan sukarela yang disenaraikan sahaja SYARAT DAN KELAYAKAN PASUKAN SUKARELA 30 hari + 2 hari perjalanan Askar wataniah pergi/balik Simpanan Sukarela Tentera Laut Budibicara + kepentingan Simpanan Sukarela Tentera Udara perkhidmatan Pertahanan Awam RELA

37 CUTI KHEMAH TAHUNAN PERTUBUHAN – PA 42 (a) BAB ‘C’ DAN PP 9/91
TUJUAN Latihan / khemah tahunan Mesyuarat Agung Tahunan Mesyuarat Luar Biasa Seminar Sukan SYARAT DAN KELAYAKAN 14 hari + 2 hari pergi/balik Aktiviti di Malaysia sahaja Budibicara + kepentingan perkhidmatan

38 CUTI LAIN-LAIN KURSUS – PA 42 (b) BAB ‘C’
TUJUAN Menghadiri kursus latihan semangat dan kepimpinan belia – KBS Kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh KSM – luar negara SYARAT DAN KELAYAKAN 14 hari + 2 hari perjalanan pergi/balik Budibicara + kepentingan perkhidmatan

39 CUTI LATIHAN SYARIKAT KERJASAMA – PA 43 BAB ‘C’
TUJUAN, SYARAT DAN KELAYAKAN Menghadiri kursus Kerjasama Di Maktab Kerjasama- Ahli Syarikat Kerjasama 2 bulan CTR. Menghadiri kursus latihan, seminar, mesyuarat-dalam/luarnegeri-ahli Syarikat Kerjasama yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kemajuan Kerjasama - tempoh sebenar menghadiri kursus. Budibicara + kepentingan perkhidmatan.

40 CUTI MENDUDUKI PEPERIKSAAN – PA 44 BAB ‘C’ DAN PP 9/91
TUJUAN Mengambil peperiksaan yang boleh memperbaiki peluang hidup SYARAT DAN KELAYAKAN Hari-hari peperiksaan Budibicara Ketua Jabatan

41 CUTI MESYUARAT PERSATUAN IKHTISAS
– PA 45 BAB ‘C’ TUJUAN Menghadiri mesyuarat agung tahunan atau mesyuarat agung luar biasa SYARAT DAN KELAYAKAN Ahli persatuan Persatuan yang diistiharkan oleh KPPA Tempoh sebenar mesyuarat + 2 hari perjalanan pergi/balik

42 CUTI OLAHRAGA/SUKAN – PA 46 BAB ‘C’ DAN SPP 11/80
TUJUAN a. Mengambil bahagian dalam sukan perwakilan b. Atlit, pegawai sukan, jurulatih, ahli Majlis atau Jawatankuasa Pertandingan SYARAT DAN KELAYAKAN a. 30 hari setahun b. Tambahan –kelulusan KSU c. Kepentingan perkhidmatan

43 CUTI TUGAS KHAS PERUBATAN – PA 47 BAB ‘C’
TUJUAN Peluang berehat akibat terdedah kepada tugas tertentu SYARAT DAN KELAYAKAN 14 hari setahun, tidak boleh dikumpul, ikut PYM Menjalan tugas : i) terdedah kepada X-Ray ii) merbahaya dan tidak digemari

44 CUTI ROMBONGAN KEBUDAYAAN – PP 1/64 DAN PP 16/66
TUJUAN Menyertai rombongan persembahan kebudayaan SYARAT DAN KELAYAKAN Sebagai peserta rombongan Anjuran Kem. Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Anjuran Kem. Penerangan

45 CUTI ISTERI BERSALIN – PP 9/02
TUJUAN Membantu urusan semasa isteri bersalin SYARAT DAN KELAYAKAN Pegawai lelaki 7 hari setiap kali isteri bersalin Lima (5) kali sepanjang perkhidmatan Mulai tarikh isteri bersalin + hari kelepasan am + cuti mingguan

46 CUTI MESYUARAT MBK/MBJ – PP 21/73
TUJUAN Menghadiri mesyuarat MBK/MBJ SYARAT DAN KELAYAKAN Tempoh mesyuarat

47 CUTI TANPA REKOD KURSUS INTENSIF PROGRAM PJJ – Surat JPA (L)S. 4
CUTI TANPA REKOD KURSUS INTENSIF PROGRAM PJJ – Surat JPA (L)S.4.06/3 Klt.3(14)bertarikh 17 September 1997 TUJUAN Menghadiri kursus Intensif sepenuh masa di bawah program PJJ SYARAT DAN KELAYAKAN 30 hari setahun Kebenaran Ketua Jabatan IPTA

48 CUTI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT – PP 10/02
TUJUAN Menziarahi dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat SYARAT DAN KELAYAKAN Ahli keluarga terdekat – suami/isteri, anak-anak dan ibu bapa kandung Tiga (3) hari CTR + cuti mingguan + cuti am Salinan pengesahan kematian

49 CUTI BENCANA ALAM Ketua Jabatan boleh membenarkan staf di bawah kawalannya tidak hadir untuk menjalankan tugas akibat sesuatu kejadian kecemasan/bencana alam yang berlaku di kawasan kediaman staf berkenaan yang menyebabkan keadaan yang memaksa staf itu tidak hadir kerja, tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan oleh Universiti. Tempohnya ialah selama tempoh berlakunya keadaan kecemasan atau bencana alam tersebut dan mestilah munasabah. Kebenaran tidak hadir bekerja kerana sebab di atas tidak menjejaskan kelayakan cuti rehat staf.

50 KEMUDAHAN CUTI YANG LAIN

51 CUTI MENJAGA ANAK – PP 2/98 SYARAT DAN KELAYAKAN CTG Pilih SSB
Maksimum 90 hari – mulai hari ke 61 dari tarikh bersalin Had lima (5) kali sepanjang perkhidmatan Kemukakan perakuan bersalin dan permohonan cuti Rekod dalam buku perkhidmatan

52 CUTI HAJI – PA 35 DAN 35 BAB ‘C’, PP 4/84 DAN PP 9/91
TUJUAN Menunaikan fardhu haji di Mekah SYARAT DAN KELAYAKAN Maksimum 40 hari Satu (1) kali sepanjang perkhidmatan Beragama Islam Sah dalam perkhidmatan Berjawatan tetap Berjawatan sementara – 6 tahun berterusan

53 CUTI BERKURSUS – PA 36-38 BAB ‘C’ DAN PP 9/91
TUJUAN Mengikuti kursus latihan, pengajian yang diakui SYARAT DAN KELAYAKAN Bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji Cuti i) tempoh kursus ii) tempoh perjalanan pergi/balik iii)tempoh menunggu yang tidak dapat dielakkan Kursus yang lebih 12 bulan i) Dianggap menghabiskan semua cuti rehat yang berkelayakan ii) Layak cuti rehat 7 hari selepas kursus dengan syarat ada baki cuti

54 CUTI PENYELIDIKAN Seseorang staf akademik yang di peruntukkan satu tempoh untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan (yang memberi faedah kepada dirinya dan Universiti amnya serta pembangunan negara) di dalam atau luar negara, boleh diberi cuti penyelidikan dalam satu-satu tahun tidak melebihi dua (2) bulan atau 60 hari. Kelulusan cuti ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan Sekiranya seseorang staf itu memerlukan cuti yang lebih daripada tempoh itu, mereka bolehlah menggunakan sebahagian daripada kelayakan cuti rehat yang masih ada ataupun memohon cuti tanpa gaji.

55 CUTI SABATIKAL Staf akademik adalah layak mendapat cuti
sabatikal tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut: (i) Tidak lebih daripada lima (5) bulan lamanya, jika ia telah genap perkhidmatan tiga (3) tahun atau (ii) Tidak lebih daripada sembilan (9) bulan lamanya, jika telah genap perkhidmatan lima (5) tahun.

56 CUTI SABATIKAL samb (b) Apa-apa cuti rehat yang mungkin telah dikumpulkan seseorang staf akademik sebelum ia memulakan cuti sabatikal hendaklah disifatkan telah luput bermula dari tarikh ia memulakan cuti sabatikal itu. (c) Walau bagaimanapun, seseorang staf akademik yang diberi cuti sabatikal (tidak lebih dari sembilan (9) bulan lamanya, jika ia telah genap perkhidmatan lima (5) tahun, dan mengikut sesuatu program cuti sabatikal yang diluluskan sepenuhnya di luar Malaysia dan Singapura, boleh dibenarkan mengambil cuti maksimum sebanyak pengumpulan baki cuti rehat selepas Sabatikal empat belas (14) hari daripada cuti rehat yang terkumpul itu sebaik sahaja tamat cuti sabatikalnya.

57 SOAL JAWAB SEKIAN, TERIMA KASIH


Download ppt "PERINTAH AM BAB C CUTI."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google