Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
At-Takathur, Al-Zalzalah
Surah Al-Humazah, At-Takathur, Al-Zalzalah
2
TAFSIR Al-MUNIR Surah Al-Humazah
3
Al-Humazah: Kaitan dan kadungan Surah ms: 401
الهمزة = Mengumpat / Mencaci Surah Makiyyah ini sebenarnya mengatasi masalah sosial Kaitan dengan surah sebelumnya iaitu Surah ‘Asr yang menyatakan tentang kerugian manusia Surah Humazah yang mulai dengan azab yang pedih Larangan menghina dan mencaci orang lain
4
Sebab turun Ayat ms: 402 Abu Hayyan berkata : “Ayat ini diturunkan kepada al-Akhnas bin Shurayq atau al-’As bin Wa’il atau Jamil bin Ma’mar atau al-Walid bin al-Mughirah atau Umayyah bin al-Khalf, namun ada beberapa pendapat mengenainya dan kemungkinan ia diturunkan kepada mereka semua. Namun begitu, ayat ini bersifat umum dan sesuai kepada mereka yang memiliki sifat-sifat tersebut.” Ternyata lafaz itu adalah lafaz umum, walaupun asalnya bagi orang-orang tertentu
5
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ الَّذِي جَمَعَ مَالاً وَعَدَّدَهُ
Surah al-Humazah سورة الهمزة وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ الَّذِي جَمَعَ مَالاً وَعَدَّدَهُ يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ كَلاَّ لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأَفْئِدَةِ إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُوصَدَةٌ فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ
6
Tafsir al-Humazah Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pencela
Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya. Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya di dunia ini. Tidak, sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam neraka al-Hutamah Dan sudahkan engkau tahu apa dia al-Hutamah? Api Allah yang dinyalakan. Yang naik menjulang ke hati. Sesungguhnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka. Sedang mereka diikat pada tiang yang panjang.
7
Tafsir & Ulasan Ayat 1: Kerugian dan azab yang pedih kepada pengumpat, mencaci dan mencela seseorang di khalayak ramai Ayat 1: Mengumpat dari belakang Ayat 1: Mencaci secara langsung Ayat 1: Ibnu Abbas berkata : pencaci pencela Ayat 2: Sifat orang yang suka mengumpul harta dan mengulang ulang hitung kekayaan Ayat 2: Pencaci yang suka meng’aibkan dan mempersendakan kerana sifat ego
8
Tafsir & Ulasan Ayat 3: Terlalu cintakan harta maka tidak terfikir persediaan mati Ayat 4: Larangan dan tegahan keras bagi yang “Pengumpul Harta” dan akan dicampakkan ke dalam neraka Ayat 5: Ugutan dari Allah swt dan keadaan api neraka sesuai bagi orang ego dan angkuh
9
Pedoman Hidup dan Hukum Hakam ms: 405 - 406
1) Celaka bagi pengumpat: “Makhluk Allah yg paling hina ialah orang-orang yang membuat fitnah dan yang merosakkan hubungan di antara orang-orang baik dan mencari-cari kesalahan atau ‘aib orang yang tidak bersalah. 2) Mengumpul harta ada kaitan dengan “HATI” = ego, bangga diri, takabbur, hawa nafsu, kemewahan, kerana ia melahirkan angan-angan yang panjang sehingga lalai.
10
Pedoman Hidup dan Hukum Hakam ms: 405 - 406
3) Harta tidak dapat mengangkat martabat seseorang dan tidak harus mencela orang lain sebab harta tidak dapat kekal melainkan ilmu. 4) Allah swt penentu azab bagi pengumpat.
11
Khalid Bin Abi ‘Umran meriwayatkan daripada Nabi s.a.w :
أن النار تأكل أهلها حتى إذا اطلعت على أفئدتهم - أي تعلوها وتغلبها – انتهت ثم إذا صدروا تعود فذلك قوله تعالى : نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأَفْئِدَةِ “Sesungguhnya api neraka membakar penghuninya sehinggalah sampai ke hati mereka sehinggalah habis semuanya. Kemudian apabila mereka dicipta semula api neraka kembali membakarnya” Itulah maksud firman Allah : “Api Allah yang dinyalakan. Yang naik menjulang ke hati.”
12
مات خزان المال وهم أحياء والعلماء باقون مابقي الدهر
Saydina ‘Ali r.a. berkata : مات خزان المال وهم أحياء والعلماء باقون مابقي الدهر Maksudnya : “Penimbun (pengumpul) harta mati dalam keadaan (masih) hidup. Manakala ulama’ kekal (hidup) sepanjang zaman.”
13
TAFSIR Al-MUNIR Surah At-Takathur
14
At-Takathur: Kaitan dan kandungan Surah ms: 401
التكاثر = Bangga diri dengan harta Surah Makiyyah, 8 ayat ini sebenarnya mengatasi masalah sosial juga Kaitan dengan surah sebelumnya iaitu Surah al-Qariah yang menyatakan tentang dahsyatnya hari kiamat dan balasan bagi orang yang untung dan rugi Surah At-Takathur menegur manusia yang sibuk dengan mengejar urusan dunia dan meninggalkan urusan akhirat Segala amal dunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat Peringatan agar manusia tidak leka
15
Surah menyentuh 3 objektif:
1. Menerangkan perihal kesibukan manusia meraih kelazatan dan pesona dunia serta lalai sehingga kematian menjemput tiba. “Kamu dilekakan dan selalu terpesona dengan sikap serba mahu banyak sehinggalah sampai kamu masuk ke dalam kubur” (al-Takathur 102:1-2)
16
Surah menyentuh 3 objektif:
2. Mengingatkan tentang semua perbuatan manusia di dunia akan dituntut dan dipertanggungjawabkan di akhirat. Firman Allah (bermaksud) : “Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui(akibat perbuatanmu itu)! Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.” (al-Takathur 102:3-4)
17
Surah menyentuh 3 objektif:
3. Ancaman akan melihat sendiri seksa neraka lahim secara pasti, menghadapi gejolak dasyat api neraka, di samping soal-siasat mengenai penggunaan nikmat Allah di dunia : “Janganlah begitu, jika kamu akan mengetahui dengan pengetahuan yang yakin...” (al-Takathur 102:5)
18
أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ
Surah at-Takathur سورة التكاثر أَلْهَاكُمُ التَّكَاثُرُ حَتَّى زُرْتُمُ الْمَقَابِرَ كَلاَّ سَوْفَ تَعْلَمُونَ ثُمَّ كَلاَّ سَوْفَ تَعْلَمُونَ كَلاَّ لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ ثُمَّ لَتُسْأَلُنَّ يَوْمَئِذٍ عَنِ النَّعِيمِ
19
Tafsir at-Takathur Bermegah-megah (menunjukkan kelebihan) sering melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur. Jangnlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu)! Dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin. Nescaya kamu benar-benar melihat neraka jahim. Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihat dengan ‘ainul yaqin. Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang nikmat (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
20
نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس : الصحة والفراغ
Dalam sahih Bukhari, Sunan Tarmizi dan Ibn Majah, terdapat sebuah hadith riwayat daripada ‘Ibn Abbas katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : نعمتان مغبون فيهما كثير من الناس : الصحة والفراغ “Dua nikmat yang didalamnya ramai manusia tertipu : Kesihatan & masa lapang .”
21
Imam Bukhari di dalam bab Adab, Tarmizi dan Ibn Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ubaidah Bin Muhsin bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : من أصبح منكم أمنا في سربة معافي جده عنده قوت يومه فكأنما حيزت له الدنيا بحذافيرها “Barangsiapa di antara kamu memulakan kehidupan pada waktu paginya dalam keadaan aman sejahtera di dalam kelompoknya, sihat tubuh badannya, cukup keperluan hariannya, maka seolah-olah ia telah dikurniakan dunia dan segala penjurunya.”
22
Pedoman hidup dan hukum hakam ms: 392 - 392
Allah swt memberi amaran agar mengingati hari akhirat dengan beramal soleh. Celaan umum terhadap bangga diri : harta, anak2, kabilah, kerabat, kekuasaan, kemegahan, kesihatan, kecantikan dll… Menziarahi kubur merupakan salah satu ubat yg mujarab utk mengigati mati / hati yg keras Hati hendaklah dirawat dgn 3 perkara: Mengingati Allah swt, kematian dan menziarahi kubur Pengulangan ancaman agar memantapkan keyakinan tentang benarnya azab kubur dan akhirat Allah swt bersumpah bahawa manusia akan melihat neraka jahim dgn mata kepalanya sendiri Manusia akan disoal- siasat oleh Allah swt di Akhirat
23
TAFSIR Al-MUNIR Surah Al-Zalzalah
24
Al-Zalzalah: Kaitan dan kandungan Surah ms: 401
الزلزلة = gempa bumi Surah Madaniyah tapi Ibnu kathir kata Surah Makkiyah Kaitan dengan surah sebelumnya iaitu Surah Al-Bayyinah yang menyatakan tentang ancaman kepada orang kafir dan janji baik kepada orang mukmin Menjelaskan tentang malapetaka dan kiamat Di hari kiamat manusia akan menghadapi perhitungan Allah swt.
25
Sebab turun Surah Orang-orang kafir kerap bertanya tentang hari kiamat dan hari perhitungan. Mereka bertanya : “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (al-Qiyamah 75:6) “Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?” (al-Mulk 67:25) “Bilakah datangnya hari pembukaan (acara pengadilan) yang dikatakan itu…?” (al-Sajadah 32:28)
26
Kelebihan Surah al-Zalzalah : ms 355
Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada salah seorang lelaki dari kalangan para sahabatnya : “Adakah kamu sudah berkahwin?” Beliau menjawab : “Belum lagi, wahai Rasulullah. Aku tidak mempunyai apa-apa untuk berkahwin.” Sabda baginda: “Bukankah kamu memiliki (boleh membaca) قل هو الله أحد ? “Ya” jawab lelaki tersebut. Sabda Baginda : “Itu sepertiga al-Quran” Sabda baginda lagi: “Bukankah kamu memiliki إذا جاء نصر الله والفتح ? Katanya “Ya.” Sabda Baginda : “Itu seperempat al-Quran” Sabda baginda lagi: “Bukankah kamu ada قل ياأيها الكافرون ? “Benar” jawab lelaki tersebut. Sabda Baginda : “Itu seperempat al-Quran” Sabda baginda lagi: “Bukankah kamu ada إذا زلزلت الأرض ? Jawabnya “Ya.” Sabda Baginda : “Itu pula seperempat al-Quran, (jadi pergilah) berkahwin”
27
إِذَا زُلْزِلَتِ الأَرْضُ زِلْزَالَهَا
Surah al-Zalzalah سورة الزلزلة إِذَا زُلْزِلَتِ الأَرْضُ زِلْزَالَهَا وَأَخْرَجَتِ الأَرْضُ أَثْقَالَهَا وَقَالَ الإِنسَانُ مَا لَهَا يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَه وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَه
28
Surah al-Zalzalah Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang amat dasyat. Dan bumi menghamburkan segala muatannya Dan (ketika itu) manusia tertanya-tanya : Gerangan apakah yang menimpa bumi?” Pada hari itu bumi menampilkan citra beritanya: Bahawa Tuhanmu telah mentaqdirkan (malapetaka) ini baginya. Pada hari berkenaan manusia bangun, keluar berbondong-bondong dari kubur mereka untuk diperlihatkan balasan amal masing-masing Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan (walau) seberat zarah, nescaya ia akan melihat (balasan)nya. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan (walau) seberat zarah, nescaya ia akan melihat (balasan)nya.
29
Sebab turun ayat 7 & 8 “Firman Allah s.w.t. (maksudnya) : “Barangsiapa yang mengerjakan …” (al-Zalzalah 99:7) Ibn Abi Hatim menerbitkan satu periwayatan dari Sa’id Ibn Jubayr katanya : Apabila turun ayat (maksudnya) : “Mereka menjamu makan (orang-orang miskin) dengan rela hati.” (al-Insan 76:8)
30
Sebab turun ayat 7 & 8 Orang-orang Islam mengandaikan bahawa mereka tidak akan diberi ganjaran terhadap pemberian mereka yang sedikit. Segolongan lain pula menyangka bahawa mereka tidak akan dicela terhadap dosa kecil seperti berdusta, melihat perkara haram, ghibah dan seumpamanya.
31
Sebab turun ayat 7 & 8 Mereka berpendapat : “Allah hanya mengerjakan neraka untuk dosa-dosa besar.” Lalu Allah s.w.t. turunkan ayat ini, firman Allah (bermasksud): “Barangsiapa mengerjakan kebajikan (walau) seberat zarah, nescaya ia akan melihat (balasan)nya! Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan (walau) seberta zarah, nescaya ia akan melihat (balasan)nya!”
32
اتقوا النار ولو بشق تمرة فمن لم يجد فبكلمة طيبة
Sebab turun ayat 7 & 8 Sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari ‘Adi ibn Abi Hatim اتقوا النار ولو بشق تمرة فمن لم يجد فبكلمة طيبة “Jauhilah dari api neraka walau dengan (menyedekahkan) secebis tamar. Sesiapa yang tidak memiliki apa-apa, maka ia (bersedekah dengan) mengucapkan kata-kata yang baik.”
33
Tafsir dan Ulasan ms: gegaran yang dahsyat semua akan runtuh dan berkecai (Al-Haj 22: 1) - bumi akan memuntahkan apa yang di dalam perutnya Muslim dan al-Tarmizi meriwayatkan dari Abu Hurairah katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda : تقيء الأرض أفلاذ كبدها أمثال الأسطوان من الذهب والفضة فيجيء القاتل فيقول : في هذا قتلت ويجيء القاطع فيقول : في هذا قطعت رحمي ويجيء السارق. فيقول : في هذا قطعت يدي ثم يدعونه فلا يأخذون منه شيئا Bumi akan memuntahkan seluruh khazanahnya yang mahal seperti bongkahan emas dan perak. Lalu tampillah orang yang membunuh dan dia berkata : “Aku membunuh disebabkan (barang) ini.” Kemudian tampil pula orang yang memutuskan silaturahim dan dia berkata : “Aku memutuskan silaturahim dan dia berkata : “Aku memutuskan silaturahim kerana (barang) ini.” Kemudian tampil pula orang yang mencuri dan dia berkata : “Tanganku dipotong kerana (mencuri barang) ini. Akhirnya semua meninggalkan bongkahan tersebut tanpa mengambilnya sedikitpun.”
34
Tafsir dan ulasan ms: 359 = - manusia akan tertanya tentang perihal dunia - bumi berkata-kata dan menjadi saksi Imam Ahmad, al-Tarmizi dan al-Nasa’i (lafaz hadith menurut periwayatan al-Tarmizi) dari Abu Hurairah katanya : “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. membaca ayat : يومئذ تحدث أخبارها Kemudian Baginda bersabda : “Adakah kamu tahu apakah citra berita bumi?” Mereka berkata : “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Sabda Baginda : “Citra beritanya ialah kesaksiannya ke atas setiap orang lelaki dan perempuan terhadap segala perbuatan yang dilakukan di atas permukaaannya. Ia berkata : “Si fulan telah melakukan sekian sekian, pada hari sekian sekian, itulah (maksud) akhbarnya.”
35
Tafsir dan ulasan ms: 360 = - manusia berbondong bondong keluar dari kubur mereka - amalan sekecil semut / debu akan dicatat “Firman Allah s.w.t. (maksudnya) : “Barangsiapa yang mengerjakan kebajikan (walau) seberat zarah, nescaya ia akan melihat (balasan)nya. Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan (walau) seberat zarah, nescaya ia akan melihat (balasan)nya!” (al-Zalzalah 99:7-8)
36
Tafsir dan ulasan ms: 361 -jangan pandang remeh dosa kecil & pahala kecil
“Firman Allah s.w.t. (maksudnya) : “Dan (apabila) buku catatan amal dibentangkan, maka engkau melihat orang-orang yang berdosa itu, merasai takut terhadap yang tersurat di dalamnya. Mereka lantas akan berkata : “Aduhai celakanya kami, mengapa buku ini begini keadaannya? Ia tidak meninggalkan (dosa) kecil atau (dosa) yang besar, melainkan semuanya dikira!” Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya) dan (ingatlah) Tuhanmu tidak menganiaya sesiapa.” (al-Kahfi 18:49)
37
Di dalam kitab Sahih yang sama terdapat hadith lain iaitu :
لا تحرقن من المعروف شيئا, ولو أن تفرغ من دلوك في إناء المستسقي ولو أن تلقي أخاك ووجهك إليه منبسط “Janganlah kamu memandang rendah terhadap kebaikan sekalipun (kebaikan tersebut) hanya dengan kamu menuangkan air dari baldi kamu ke dalam bekas orang yang meminta minuman atau sekalipun hanya dengan kamu bertemu kawan kamu dalam keadaan tersenyum kepadanya .”
38
ردوا السائل ولو بظلف محرق
Tafsir dan ulasan ms: 362 = beramal soleh ردوا السائل ولو بظلف محرق “Berilah kepada orang yang meminta walaupun hanya tapak kaki kambing yang telah dibakar (dilayur).” يا عائشة استري من النار ولو بشق تمرة فإنها تسد من الجائع مسدها من الشعبان “Wahai Aisyah berlindunglah dari api neraka walaupun dengan (bersedekah) secebis tamar, kerana ia dapat mengenyangkan orang dari lapar”
39
Al-Zalzalah 7 – 8 Lalu Abu Bakar pun mengangkat tangannya dan berkata : “Wahai Rasulullah, (adakah) daku akan dibalas terhadap kejahatan yang aku lakukan hanya seberat zarah.” Rasulullah s.a.w. bersabda : “Wahai Abu Bakar, tiap kali engkau lihat di dunia ini dari perkara yang engkau benci dari kejahatan walau seberat zarah pula sehinggalah disempurnakan pembalasannya untukmu pada hari kiamat nanti.”
40
Pedoman dan Hukum Hakam ms: Petanda kiamat adalah Gempa Bumi 2- Manusia terpinga-pinga apabila bumi bergegar 3- Seolah-olah bumi ini beritahu kita akan semua perilaku 4- Bumi menjadi saksi dan kejadian gempa adalah janji buruk bagi org kafir dan peringatan utk org mukmin 5- Manusia akan bergerak dari kubur mereka dan menuju ke tempat perhitungan 6- Semua amalan diperlihatkan
41
Ini disokong oleh sabda Baginda s.a.w.
ما من أحد يوم القيامة إلا ويلوم نفسه فإن كان محسنا فيقول : لم لا ازددت إحسانا ؟ وإن كان غير ذلك يقول : لم لا نزعت عن المعاصي “Pada hari kiamat setiap seorang akan menyalahkan diri mereka sendiri. Jika dia seorang yang baik, dia akan berkata : Kenapalah aku tidak menambahkan kebaikanku? Jika dia bukan orang yang baik, dia akan berkata : Kenapakah aku tidak meninggalkan maksiat?
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.