Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

undang-undang dan sukan dengan liabiliti perundangan dalam sukan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "undang-undang dan sukan dengan liabiliti perundangan dalam sukan"— Transcript presentasi:

1 undang-undang dan sukan dengan liabiliti perundangan dalam sukan
Kaitan undang-undang dan sukan dengan liabiliti perundangan dalam sukan Disediakan oleh: Chiam Shiun Tian Chong Gah Sin Oh Ye San Soon Shi Ching Teuh She Ling

2 KAITAN UNDANG-UNDANG DAN SUKAN
Pengenalan Undang-undang adalah sesuatu yang penting dalam sesuatu kejohanan. Undang-undang berfungsi untuk mengawal dan berfungsi untuk menjadikan kejohanan atau pesta permainan dikendalikan dengan adil dan tersusun.

3 2 JENIS undang-undang 1. Undang-undang permainan
Piawai dan diguna pakai dalam setiap kejohanan naungan badan dan persatuan sukan antarabangsa. 2. Peraturan am kejohanan Dicipta oleh penganjur kejohanan bagi melicinkan lagi kejohan dari segi pentadbiran.

4 Penganjuran sesuatu kejohanan mempunyai set peraturan untuk menjadikan kejohanan lebih tersusun dari segi penganjuran. Set peraturan ini akan menjadi rujukan utama sekiranya terdapat masalah dalam sesuatu kejohanan.

5 Undang-undang permainan
Peraturan am Mengawal perjalanan perlawanan atau pertandingan, juga dijadikan panduan untuk keseluruhan pengelolaan dan pertandingan sesuatu kejohanan.

6 A. Undang-undang Permainan
Piawai atau standard yang diguna pakai dalam setiap permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa. Contoh: Federation International de Football (FIFA) telah menetapkan undang-undang bola sepak. Oleh itu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menganggotai FIFA kena ikut peraturan FIFA.

7 Undang-undang Permainan
Siapa yang bina? Lembaga teknikal bagi setiap persatuan-persatuan sukan antarabangsa. Faktor-faktor Pembentukan - Keselamatan - Keadilan - Keseronokan - Etika pertandingan

8 Tujuan Undang-undang Permainan
Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang telah ditetapkan di mana-mana sahaja. Menjadi bahan rujukan semua pihak sekiranya berlaku masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan. Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan undang-undang permainan. Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif. Mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika permainan dijalankan.

9 Perkara yang biasa terdapat dalam undang-undang permainan
Cara menentukan gol atau mata Ukuran padang atau gelanggang Bola Alatan permainan Pengawai kejohanan Kesalahan-kesalahan Jangka masa pertandingan Permulaan Denda yang dikenakan Kawasan permainan Bilangan pemain Perkara-perkara lain

10 B. Peraturan Am Undang-undang yang dibina oleh pihak penganjur bagi mengawal sistem pertandingan sesuatu kejohanan. Menekankan pengelolaan sesuatu kejohanan. Sekiranya terdapat percanggahan antara peraturan am dan undang-undang permainan tentang perkara teknikal– undang-undang permainan diambil pakai.

11 Pengecualian boleh diterima sekiranya terdapat perubahan dari segi jumlah pemain dan gantian atau lain-lain perkara yang telah mendapat persetujuan pengurus-pengurus sukan. Bergantung kepada pihak penganjur dan tiada pegawai tetap.

12 Ciri-ciri Peraturan Am
Berbeza mengikut tempat. Peraturan yang dirangka jelas dan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Bertujuan untuk mengawal perjalanan kejohanan dari segi pentadbiran. Faktor persekitaran merupakan faktor utama dalam merangka peraturan am.

13 Membolehkan kejohanan diuruskan dengan licin dan lancar.
Panduan kepada semua yang terlibat mengenai perjalanan sesuatu kejohanan; Sumber rujukan utama sekiranya timbul sesuatu masalah dalam mengendali sesuaatu kejohanan; Tujuan Peraturan Am Rujukan utama sekiranya terdapat bantahan terhadap mana pihak tertentu dalam mengendalikan kejohanan; Membolehkan kejohanan diuruskan dengan licin dan lancar.

14 Perkara biasa yang terdapat dalam peraturan am
Nama Pengelolaan Jenis sukan Penyertaan Bilangan pegawai/peserta Pendaftaran Kawalan perubatan Kawalan kewanitaan Peraturan teknik Jadual perlawanan Penangguhan Perkara am Tambang Kewangan Hadiah-hadiah Disiplin Rayuan/ bantahan Juri rayuan tertinggi Pengurus pertandingan Ganti rugi kemudahan

15 Perbandingan antara Undang-undang Permainan dan Peraturan Am
Aspek Undang-undang permainan Peraturan am Tujuan Mengawal perjalanan permainan Mengawal perjalanan kejohanan Kepiawaian peraturan Merupakan peraturan yang standard dan digunakan pakai di mana-mana saja kejohanan anjuran badan gabungan Beza antara satu kejohanan dengan satu kejohanan dipengaruhi oleh faktor sekitaran Penggubal Persatuan sukan antarabangsa Jawatankuasa teknikal pengelola pertandingan Agen penguat kuasa Pengadil atau referi Jawatankuasa teknikal dan pengadil atau referi

16 Peraturan Am Pertandingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia

17 Peraturan-peraturan am pertandingan
Undang-undang Kelayakan Had umur peserta Pendaftaran Pakaian Bantahan Lembaga tatatertib

18 Undang-undang Peringkat umur 18 tahun ke bawah-
undang-undang permainan antarabangsa (kecuali ada undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM). Peringkat umur 12 tahun ke bawah –undang-undang permainan yang diluluskan oleh jawatankuasa MSSM dan jawatankuasa teknik Permainan MSSM.

19 Kelayakan menyertai MSSM
Pelajar yang menghadiri kursus penuh di sekolah rendah dan menengah yang berdaftar dan menjadi ahli majlis sukan sekolah-sekolah negeri. Pelajar yang menunggu keputusan peperiksaan SPM/ STPM dikecualikan. Mereka yang berdaftar dengan sekolah swasta layak, dengan syarat sekolah swasta berkenaan bergabung dengan Majlis Sukan Sekolah Negeri. Pelajar yang ditempatkan di sekolah sukan kementerian pendidikan Malaysia mewakili negeri asal tempat ia bersekolah di dalam MSSM.

20 Negeri Majlis Sukan Sekolah Negeri layak mengambil bahagian. Setiap negeri hanyak berhak menghantar satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan.

21 Had Umur Peserta 18 tahun dan ke bawah 15 tahun dan ke bawah
Kiraan umur adalah pada 1 jan tahun pertandingan. Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam 1 kumpulan umur sahaja bagi satu jenis pertandingan.

22 4. Pendaftaran Setiap MSS Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai pasukan dan peserta seperti yang ditetapkan. Pasukan yang ada peserta perempuan mesti ditemani oleh seorang penolong pengurus atau jurulatih wanita.

23 Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah disampaikan kepada pihak jawatankuasa pengelola sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan dalam borang pendaftaran tersebut hendaklah ditandatangani oleh Yang di pertua/ setiausaha agung majlis sukan sekolah-sekolah negeri dengan cop rasmi.

24 5. Pakaian Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warnanya, pasukan yang lewat tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukarkan warna bajunya. Bagi permainan yang telah ditetapkan warna khusus jersi MSS Negeri oleh jawatankuasa Teknik MSSM maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi.

25 6. Bantahan Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan berdaftar hendaklah diserahkan kepada setiausaha jawatankuasa pengelola pertandingan atau wakilnya dengan disertakan wang pertaruhan sebanyak RM Wang tersebut akan dikembalikan jika bantahan yang dibuat ditolak. Tempoh penyerahan bantahan rasmi tertakluk kepada peraturan dan undang-undang permainan/ sukan berkenaan.

26 7. Lembaga Tatatertib Lembaga ini terdiri daripada:
Timbalan ketua pengarah jabatan sekolah/ wakilnya sebagai pengerusi Pengerusi jawatankuasa teknik MSSM/ wakilnya Pengarah bahagian sekolah/ wakilnya Setiausaha agung MSSM / wakilnya Pengerusi teknik permainan berkenaan

27 Lembaga Tataterbit bertanggungjawab untuk membuat keputusan untuk mengenakan tindakan selanjutnya, jika perlu.

28 LIABILITI PERUNDANGAN DALAM SUKAN

29 Apa itu liabiliti ? Sesuatu halangan atau meletakkan seseorang atau kumpulan dalam kerugian. Sesuatu yang memerlukan seseorang bertanggungjawab.

30 LIABILITI DALAM SUKAN Penyalahgunaan dadah Judi Menerima rasuah

31 Penyalahgunaan Dadah Dadah menguatkan prestasi atau dikenali dalam bahasa Inggeris Performance-Enhancing Drugs. Ia digunakan oleh atlet semata-mata untuk memberi kelebihan ketika bertanding dalam sesuatu acara sukan. Dadah-dadah ini memberi kesan pada tubuh badan dengan cara berbeza seperti dapat membesarkan otot-otot atau meningkatkan kapasiti aliran oksigen darah. Walau apa pun anggapan kelebihan mengambil dadah, penggunaan dadah terlarang dianggap tidak beretika dan berbahaya dari segi perubatan.

32 Jenis perjudian dalam sukan
Menentukan dan mengatur perlawanan. - sebelum pertandingan,keputusan pertandingan telah ditentukan. - sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan. Bertaruh keputusan pertandingan. - peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan .

33 Menerima Rasuah Kewujudan kegiatan rasuah berpunca daripada beberapa sebab seperti ketamakan, kelemahan pengurusan dalaman, penyalahgunaan kuasa dan kewujudan peluang. Pemain yang tamak dan kadang-kadang imbuhan pasukan yang tidak setimpal juga mendorong pemain-pemain menerima rasuah. Kelemahan pengurusan dalaman juga salah satu punca menularnya gejala rasuah, persatuan yang gagal menguruskan kebajikan pemainnya, di mana dibayar gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi “survival” mereka.

34 KESAN Kesan daripada itu Malaysia telah kehilangan ramai pemain-pemain yang berbakat dan seterusnya menyebabkan pasukan Malaysia semakin merosot prestasi mereka di peringkat antarabangsa.

35 UNDANG- UNDANG TORT Undang-undang yangg membolehkan tuntutan dibuat ke atas kesalahan sivil. Tuntuhan hanya boleh dibuat apabila sabit 3 prinsip kecuaian: Pihak yang dituntut mempunyai tanggungjawab keselamatan yang sepenuhnya terhadap pihak yang membuat tuntutan. kemungkaran pihak yang dituntut dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan dan menetapkan penjagaan keselamatan yang sempurna. Kerosakan dan kerugian yang ditanggung oleh pihak yang menuntut adalah akibat kegagalan menjalankan tugas penjagaan keselamatan oleh pihak yang dituntut.

36 Liabiliti dalam sukan juga melibatkan perundangan insurans.
Dalam perundangan insurans, seseorang dianggap mempunyai hak perlindungan insurans apabila menyertai sesuatu skim insurans berdasarkan polisi tertentu. Sekiranya berlaku kemalangan/ kecederaan, pemegang polisi sesuatu insurans berhak untuk mendapat pampasan/ ganti rugi.

37 HAK PAMPASAN Hak mendapat bayaran ganti rugi terhadap kerugian yang ditanggung akibat kemalangan. Bayaran bertujuan untuk membiayai kos perubatan akibat kecederaan, ganti rugi terhadap hilang keupayaan atau ganti rugi terhadap kehilangan nyawa. Boleh dituntut oleh individu atau kumpulan dan ahli keluarga/ penama/ pewaris terdekat sekiranya mangsa meninggal dunia.

38 PUSAT MAKLUMAT & BANTUAN GUAMAN
Biro Bantuan Guaman Tidak mengenakan bayaran yang mahal. Boleh memberi maklumat dan bantuan dari segi perundangan kepada orang ramai yang kurang berkemampuan. Peguam persendirian yang bertauliah juga boleh mengendalikan sesuatu kes

39 KATEGORI TORT Dikatagorikan oleh dua faktor:-
Tahap kesengajaan yang mesti dikira dengan melihat kelakuan pembuat kesalahan. Kepentingan yang terganggu oleh perbuatan tort.

40 Tort Yang Sengaja Dilakukan
Tort sengaja adalah apa-apa perbuatan sengaja yang dikatakan boleh menyebabkan satu kecederaan yang berlaku kepada seseorang individu. Tort sengaja mempunyai beberapa subkatagori, termasuk tort mencederakan orang, tort milikan tanah, tort ekonomi dan tort menjaga air muka.

41 Tort Mencederakan Orang
Mencederakan atau menghalang sifat keseorangan si pedakwa. Tort mencederakan orang termasuk serangan, pukulan penahanan salah dan pengenaan sengaja serta kesusahan emosional. Tort Milikan Tanah - Tort milikan tanah merangkumi semua pencerobohan terhadap hak pendakwa keatas tanah milikannya. Yang paling kerap adalah pencerobohan tanah, pencerobohan keatas barangan dan konversi. Tort ekonomi - Tort ekonomi termasuk common law- penipuan dan gangguan bersifat tort dengan hubungan bisnes atau kontrak.

42 Tort Menjaga Air Muka Adalah tort yang tidak menyebabkan apa- apa implikasi ketara kepada seseorang atau tanahnya, akan tetapi kepada reputasinya. Tort ini merangkumi fitnah secara percakapan atau secara penulisan, penggelapan pengumuman, penzahiran. Adalah perlu difahami tort fitnah adalah terjemahan daripada istilah BI “Defamation”

43 Tort Kecuaian Tort yang paling meluas antara kesemua tort.
Adalah asas kepada kebanyakkan kes kecedaraan peribadi. Dalam semua situasi, ia mestilah adil dan munasabah untuk memerintahkan defenden membayar pampasan kepada si pendakwa. Elemen- elemen ini sering dipermudahkan sebagai formula “standard penjagaan tugas, pelanggaran, penyebab dan ganti rugi.

44 Tort Gangguan Membolehkan seseorang pendakwa untuk menyaman atas kebanyakkan sebab gangguan ke atas haknya menggunakan tanah dengan suka sendirinya. Contoh: bunti bising daripada lapangan terbang biasanya dipampas oleh tuntutan gangguan.

45 Soalan

46 1. Senaraikan dua jenis undang- undang dalam sukan.
undang-undang permainan peraturan am kejohanan

47 2. Sila nyatakan 3 tujuan peraturan am dalam sukan.
Panduan kepada semua yang terlibat mengenai sesuatu kejohanan sukan Rujukan utama sekiranya timbul masalah dalam mengendalikan sesuatu kejohanan Rujukan utama sekiranya terdapat bantahan terhadap mana-mana pihak tertentu dalam mengendalikan kejohanan Membolehkan kejohanan diurus dengan licin dan lancar

48 3. Perkara biasa yang terdapat dalam undang-undang permainan adalah seperti yang berikut, kecuali:
I Alatan permainan II Kewangan III Pendaftaran IV Ukuran padang a) I,II b) II, III c) III,IV d) I,IV

49 3. Andaikan tarikh kelahiran anda ialah 31 Disember 2000, anda ingin menyertai MSSM pada tahun 2013, pada masa itu anda harus berdaftar di bawah golongan? 9 tahun dan ke bawah 12 tahun dan ke bawah 15 tahun dan ke bawah 18 tahun dan ke bawah

50 Undang-undang Permainan
Soalan: Sila nyata perbezaan antara Undang-undang Permainan dan Peraturan Am. Aspek Undang-undang Permainan Peraturan Am Tujuan Mengawal perjalanan permainan Mengawal perjalanan kejohanan Kepiawaian peraturan Merupakan peraturan yang standard dan digunakan di mana-mana sahaja kejohanan anjuran badan gabungan Bera antara satu kejohanan dengan satu kejohanan dipengaruhi okeh faktor sekitaran. Penggubal Persatuan sukan antarabangsa Jawatankuasa teknikal pengelola pertandingan Agen penguatkuasa Pengadil atau referi Jawatankuasa teknik dan pengadil atau referi

51 5. Nyatakan beberapa jenis liabiliti dalam sukan.
Perjudian Menerima rasuah Penyalahgunaan dadah

52 Sekian, terima kasih


Download ppt "undang-undang dan sukan dengan liabiliti perundangan dalam sukan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google