Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Pengurusan Kemudahan Sukan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Pengurusan Kemudahan Sukan"— Transcript presentasi:

1 Pengurusan Kemudahan Sukan
Ahli Kumpulan: Lim Jia Sheng Tan Sew Lim Chua Li Hui Lee Hoei Yee Lim Mei Yuan

2 Pengenalan Pengurusan kemudahan sukan adalah satu bidang pengkhususan pengurusan sukan. Ia semakin popular dan diberi perhatian kerana sektor ini menjadi penyumbang utama kepada industri sukan, hiburan, dan penyelenggaraan acara. Ia turut menyumbang kepada industri pelancongan dan menjana pertukaran mata wang asing. Kemudahan-kemudahan yang diuruskan dengan baik akan memberi peluang-peluang pekerjaan komuniti sukan dan penduduk sekitar kemudahan tersebut.

3 Stadium Nasional Bukit Jalil, Malaysia
Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton. Stadium ialah kemudahan sukan yang utama yang menjadi mercu tanda sesebuah negara.

4 Pengurusan Kemudahan Ia melibatkan pelbagai jenis dan peringkat organisasi termasuk badan korporat, institusi pendidikan, bank, syarikat multinasional, institusi perubatan, majlis-majlis daerah dan perbandaran, kerajaan tempatan, negeri dan negara. Dilihat dari perspektif yang lebih besar, contoh-contoh kemudahan melibatkan lapangan terbang, dewan, dan bangunan awam. Pengurusan kemudahan adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengurus kemudahan dan khidmat ini haruslah dapat memuaskan permintaan dan keperluan mereka yang bergantung kepada kemudahan tersebut untuk menjayakan apa-apa acara atau tujuan yang dihajatkan.

5 Contoh: Litar F1 Sepang, Selangor
Litar Antarabangsa Sepang ialah sebuah litar yang digunakan untuk perlumbaan Formula Satu, Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain. Litar ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat, iaitu Tun Doktor Mahathir Bin Mohamad pada 7 Mac 1999. Beliau kemudiannya merasmikan perlumbaan Moto GP yang pertama di Malaysia pada 20 April 1999, dan juga perlumbaan Formula Satu pertama di Malaysia.

6 Peluang dan Tanggungjawab Seorang Pengurus Kemudahan Sukan
Berpeluang untuk terlibat sama dalam membuat keputusan dan amalan-amalan yang dapat membantu sesebuah organisasi mengurus kos operasi di samping menyediakan perkhidmatan di dalam persekitaran yang selamat, sihat dan memuaskan. Dapat menyesuaikan program pengurusan kemudahan supaya memenuhi segala keperluan dan tanggungjawab. Dapat mengklasifikasikan dengan betul perbelanjaan penyelenggaraan dengan pembinaan. Dapat memahami perbezaan dalam peranan semua yang terlibat dengan pengurusan kemudahan sukan. Dapat menyediakan perkhidmatan berkualiti menyeluruh (total quality service).

7 Aspek-aspek operasi amat penting diambil kira dalam setiap rancangan pembinaan kemudahan sukan. Aspek utama yang perlu difahami ialah keperluan peserta dan penonton seperti di bawah: Ruang permainan Kapasiti tempat duduk Keperluan pencahayaan Keselesaan Keperluan permukaan lantai Keselamatan dan kesihatan Keperluan padang rumput Keperluan kolam renang Keperluan trek olahraga Keperluan kemudahan lain

8 Gelanggang Badminton

9 Gelanggang Tennis

10 Gelanggang Bola Tampar

11 Padang

12 Trek Larian

13 Stadium

14 Kolam Renang

15 Konsep Pengurusan Kemudahan Sukan
Seorang pengurus yang baik haruslah memahami semua aspek pengurusan kemudahan sukan dan memiliki pengalaman peribadi mengendalikan tugas-tugas yang khusus. Pengalaman bekerja dari peringkat bawahan seperti mencuci lantai hinggalah kepada mengadakan perjumpaan dengan ahli lembaga pengarah adalah sangat berharga. Pengetahuan, pengalaman dan latihan dalam kerja (on-the-job) adalah saling berkait dan menghasilkan seseorang pengurus kemudahan sukan yang berwibawa.

16 (i) Objektif Pengurusan Kemudahan Sukan
Antara objektif pengurusan kemudahan sukan adalah: Memberi perkhidmatan berkualiti menyeluruh Mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan peralatan Menguruskan risiko kemudahan sukan Memaksimakan faedah penggunaan kemudahan

17 (ii) Kemahiran pengurus kemudahan sukan
Pada amnya, kemahiran yang diperlukan oleh seorang pengurus kemudahan sukan untuk membolehkan dia melaksanakan tugas-tugas dengan sempurna terbahagi kepada tiga iaitu: Kemahiran Keras Kemahiran Teknikal Kemahiran Lembut

18 Kemahiran lembut (soft skills)
kemahiran berkomunikasi kemahiran interpersonal (perseorangan) Kemahiran keras (hard skills) kemahiran pengurusan perniagaan kemahiran perakaunan kemahiran perancangan dan reka bentuk kemahiran pemasaran kemahiran merangka program Kemahiran teknikal (technical skills) Kesihatan dan keselamatan Pengudaraan Penyejukan Pencahayaan Penanaman dan penjagaan rumput Pemasangan dan penjagaan lantai Penyelenggaraan kolam renang Penyelenggaraan trek olahraga

19 Kurikulum Pengurusan Kemudahan Sukan
(i) Sejarah kemudahan Sukan Sejarah kemudahan sukan bermula dari era kegemilangan Greece, Roman, Inggeris. Secara perbandingan, sejarah sukan moden di Tanah Melayu masih baru lagi. Pergerakan Olimpik kuno dan moden begitu ketara sekali mempengaruhi perkembangan kemajuan kemudahan sukan.

20 (ii) Falsafah pengurusan kemudahan sukan
Mengkaji falsafah pengurusan kemudahan sukan bermaksud melihat pendekatan yang digunakan dalam mencapai matlamat-matlamat yang berbeza umpamanya kemudahan percuma dan kemudahan berbayar. Aspek-aspek utama yang diambil kira dalam menentukan falsafah pengurusan kemudahan sukan adalah seperti berikut:

21 Perancangan kemudahan, pemilihan, lokasi dan reka bentuk serta proses pembinaannya
Perancangan sesebuah kemudahan sukan melibatkan beberapa proses asas. Pertama, perlu sekali mengambil kira ciri-ciri yang mempengaruhi pemilihan lokasi. Kedua, apakah aspek-aspek reka bentuk kemudahan yang dapat menentukan keberkesanan penggunaan dan penyelenggaraannya, keperluan ruang dalaman. Ketiga, apakah proses pembinaan dan pilihan bahan binaan serta implikasi kos, masa pembinaan dan sistem operasinya.

22 Sistem, operasi dan penyelenggaraan kemudahan sukan
Adalah penting pengurus mengetahui serba sedikit tentang sistem-sistem yang digunakan dalam kemudahan sukan, contohnya sistem pemanas dan pengudaraan. Melihat secara dekat operasi kemudahan yang ada di negara ini seperti di Kompleks Sukan Negara membolehkan kita memahami konsep dan pendekatan penyelenggaraan yang efektif dan menjimatkan.

23 Pentadbiran, pemasaran, kewangan, sumber manusia dan aspek undang-undang kemudahan sukan
Ini termasuk mengenali selok-belok pentadbiran kemudahan, pengendalian kewangan dan kepentingannya, permintaan dan pembekalan sumber manusia yang berubah-ubah serta pengurusan risiko kemudahan sukan.

24 Perancangan acara, keselamatan dan prosedur-prosedur
Kejayaan program sukan adalah bergantung kepada bagaimana perancangan acara tersebut dilakukan dengan mengambil kira kesediaan sesuatu kemudahan sukan. Umpamanya apakah langkah-langkah keselamatan, prosedur kesihatan dan keadaan persekitaran kemudahan berada dalam keadaan baik dan terkawal.

25 (iii) Contoh aplikasi dalam falsafah dalam
perancangan kemudahan, Olsen (1997) Segala ruang aktiviti perlu direka bentuk berdasarkan prinsip ketahanan, mudah diubahsuaikan, fleksibiliti, dan kepelbagaian penggunaan. Ini bermakna kemudahan harus dibina bagi membolehkan pelbagai acara dilangsungkan secara serentak. Isu pengubahsuaian dan pengalihan diambil kira untuk menghadapi keadaan jadual acara yang ketat. Pelbagai kemudahan sokongan seperti empat letak kereta, tandas, tempat penyediaan makanan, ruang legar, tempat duduk penonton dan peserta, pintu keluar, dan tangga tidak boleh diabaikan.

26 Kemudahan untuk ujuan penyimpanan, sistem kawalan, dan ciri-ciri keselamatan harus diintegrasikan dengan teliti. Dalam perancangan sistem operasi bangunan atau kemudahan sukan, sistem pengaliran udara dan air, sistem komunikasi dalaman dan luaran, penjimatan tenaga, dan isu pemuliharaan jangka panjang perlu dipertimbangkan. Perancangan antara agensi (rekreasi, taman, akademik, dan pegawai olahraga) diadakan bagi memastikan penggunaan ruang atau tempat yang maksimum serta mengelakkan kemudahan bertindan dalam lokasi yang sama.

27 Keperluan khas bagi kumpulan pengguna istimewa seperti yang kurang upaya dari segi fizikal dan kognitif harus diambil kira dalam penyediaan kemudahan sukan. Dalam proses perancangan kemudahan sukan, penggunaan tempat untuk program masyarakat tempatan seperti acara muzik dan teater, jamuan, aktiviti sekolah, dan pertunjukan harus dipertimbangkan. Kajian perlu dilaksanakan untuk memperoleh pengetahuan tentang garis panduan kejuruteraan, seni bina, dan teknolgi terkini dalam pembangunan kemudahan atau infrastruktur sukan.

28 Setiap cadangan tersebut mempunyai potensi untuk mempengaruhi:
Jadual dan program yang berlangsung dalam suatu institusi Rancangan belanjawan Prosedur pemilihan pegawai Inisiatif perancangan kemudahan Walaubagaimanapun, seorang pengurus kemudahan sukan wajib membentuk dan melaksanakan falsafah institusi dalam proses operasi harian dengan pegawai atau kakitangannya. Falsafah institusi yang dipraktikkan oleh kakitangan organisasi harus difahami supaya dapat memberikan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pengguna berpandukan falsafah institusi.

29 Pengurusan Kemudahan Sukan yang Strategik
Visi & Misi Organisasi Analisis Dalaman Analisis Luaran M A K L U B S Fasa Perancangan Penentuan matlamat & objektif Mengenal pasti & pemilihan strategi Pelaksanaan strategi Operasi harian Pengurusan acara Fasa Implementasi Fasa Penilaian Kawalan & penilaian berterusan

30 Kaedah Memperbaiki Kemudahan Dan Peralatan Sukan
Kenalpasti dengan jelas keperluan kemudahan dan peralatan yang sebenarnya. Keutamaan dalam menggunakan peralatan itu harus diambil perhatian. Cuba sibarkan secara meluas keperluan sukan itu kepada pegawai-pegawai pendidikan, ahli-ahli politik, pemimpin masyarakat, tentera, ahli-ahli perniagaan dan pegawai-pegawai kerajaan. Perhatikan sekiranya mereka dapat memberi bantuan dan memberikan khidmat nasihat.

31 Dapatkan kerjasama daripada persatuan-persatuan sukan yang lain dan di kalangan masyarakat untuk membuat perancangan dan mengatur strategi untuk memenuhi keperluan persatuan sukan anda. Memperolehi bantuan dan sokongan daripada golongan korporat untuk memberi peralatan dan pakaian sukan. Dapatkan penajaan daripada syarikat, orang-orang kenamaan dan individu yang terpengaruh untuk membayai program latihan. Berjumpa dan berbincang dengan Persekutuan Persatuan Sukan negara untuk menentukan sekiranya mereka dapat memberi bantuan dalam bentuk kemudahan dan peralatan sukan.

32 Dapatkan kemudahan latihan di tempat lain, selain daripada pusat latihan persatuan yang ada sekarang, untuk mempertingkatkan lagi mutu latihan. Tentukan anda mengetahui semua kemudahan dan peralatan sukan yang ada dalam masyarakat. Mungkin boleh diminta kebenaran untuk menggunakan kemudahan dan peralatan mereka untuk tujuan latihan. Dengan mengadakan program pertandingan mungkin mendorongkan kerajaan menyediakan kemudahan dan peralatan sukan.

33 Kesimpulan Kemudahan dan peralatan merupakan salah satu komponen yang amat penting dalam sukan. Kemudahan dianggap berkualiti jika memenuhi keperluan semasa organisasi dan penggunanya. Kemudahan berkualiti harus mempunyai ciri-ciri berikut: Kos efektif dari segi penyelenggaraan Lengkap dan sesuai Mudah dicapai Bersih, selamat, mudah digunakan, dan selesa Selesa dipandang dan digemari oleh pengguna atau pelanggan

34 Rujukan Omardin Ashaari (1998). Pengurusan Sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Salleh Aman (2006). Pengurusan Sukan Aplikasinya di Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Wee Eng Hoe, Ong Tah Fatt, Nadiah Diyana Tan Abdullah (2007). Pengurusan Strategik Sukan. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

35 Sesi Soal Jawab

36 Di bawah manakah merupakan aspek-aspek utama yang diambil kira dalam menentukan falsafah pengurusan kemudahan sukan? Perancangan kemudahan, pemilihan, lokasi dan reka bentuk serta proses pembinaannya Sistem, operasi dan penyelenggaraan kemudahan sukan Pentadbiran, pemasaran, kewangan, sumber manusia dan aspek undang-undang kemudahan sukan Perancangan acara, keselamatan dan prosedur-prosedur I, II, IV II, III, IV I, III, IV Semua di atas D

37 Di bawah merupakan antara objektif pengurusan kemudahan sukan kecuali : -
Memberi perkhidmatan berkualiti menyeluruh Meminimakan faedah penggunaan kemudahan Mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan peralatan Menguruskan risiko kemudahan sukan B

38 Apakah ciri-ciri kemudahan yang berkualiti?
Kos efektif dari segi penyelenggaraan Lengkap dan sesuai Mudah dicapai Bersih, selamat, mudah digunakan, dan selesa 5. Selesa dipandang dan digemari oleh pengguna atau pelanggan

39 Sekian, Terima Kasih!


Download ppt "Pengurusan Kemudahan Sukan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google