Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehWidyawati Setiabudi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
SISTEM STRUKTUR PEMERINTAHAN / PENTADBIRAN
PROF. MADYA KU HALIM KU ARIFFIN
2
HASIL YANG DIHARAPKAN :
Memahami bentuk sistem dan struktur pemerintahan Mengetahui latar belakang dan kandungan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia Menghuraikan bentuk sistem persekutuan di Malaysia Menjelaskan struktur kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
3
PENGENALAN KEPADA KONSEP DEMOKRASI
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan bercorak demokrasi sejak 1957 dan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada (pembentukan Persekutuan Malaysia) Demokrasi : amalan pemerintahan yang berasaskan suara rakyat atau rakyat yang menentukan corak pemerintahan melalui pemilihan pemimpin-pemimpin bagi membentuk sebuah kerajaan
4
CIRI-CIRI MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA DEMOKRASI BERPARLIMEN
Raja Berperlembagaan Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ditetapkan oleh perlembagaan dan undang- undang Pilihan Raya Rakyat diberi peluang untuk melibatkan diri dalam proses pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih Perlembagaan Menjadi garis panduan cara pemerintahan, sistem politik dan proses pentadbiran CIRI-CIRI NEGARA DEMOKRASI Badan Perundangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara berfungsi untuk menggubal undang- undang di peringkat Persekutuan Parti-parti Politik Memberi peluang kepada rakyat untuk bersuara dan memperjuangkan hak ke arah pemerintahan sebuah negara demokrasi yang makmur dan stabil Badan Pelaksana Kabinet berfungsi sebagai badan penggubal dasar negara yang tertinggi dan melaksanakan kuasa eksekutif Badan Kehakiman Berfungsi untuk mentafsirkan undang-undang dan menjatuhkan hukuman
5
Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan adalah dua konsep penting dalam sistem pemerintahan di Malaysia
6
DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan dengan rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih
7
DEMOKRASI BERPARLIMEN
Rakyat terlibat dalam pemerintahan melalui wakil yang dipilih Raja/Sultan menjadi lambang taat setia rakyat Melahirkan sebuah kerajaan Adil stabil sejahtera
8
RAJA BERPERLEMBAGAAN Raja-raja Melayu tidak lagi berkuasa secara mutlak kerana kuasa baginda dihadkan oleh perlembagaan. Ini bermakna raja menjalankan kuasa pemerintahan mengikut peruntukan dalam perlembagaan dan undang-undang.
9
kuasa itu kepada sekumpulan
Dalam urusan pemerintahan, raja tidak memegang kuasa secara langsung tetapi mewakilkan kuasa itu kepada sekumpulan wakil yang menjadi anggota kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri dan dalam menjalankan kuasa pemerintahan, raja dikehendaki menerima nasihat daripada anggota kabinet.
10
CIRI-CIRI SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
Pembentukan kerajaan berasaskan persetujuan ramai Pemerintahan negara dijalankan secara perwakilan Rakyat mengambil bahagian dalam pemerintahan melalui wakil-wakil yang dipilih dalam pilihan raya Raja Berperlembagaan Raja tidak berkuasa secara langsung Kuasa raja diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri Raja dikehendaki menerima nasihat anggota kabinet dan bertindak menurut nasihat- nasihat itu Raja menjalankan tugas-tugas secara simbolik
11
SOALAN 6 : Dalam konteks demokrasi di Malaysia hari ini, kebebasan bersuara masih lagi terbatas kerana terdapat beberapa bentuk kawalan oleh pemerintah. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan kenyataan ini. Cuba kemukakan hujah anda.
12
STRUKTUR PEMERINTAHAN
Pemerintahan Malaysia diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. Di bawah baginda terdapat 3 badan utama dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman
13
STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA
Yang di-Pertuan Agong Perundangan Eksekutif Kehakiman Parlimen Kabinet Mahkamah
14
BIDANG TUGAS YANG DI-PERTUAN AGONG
15
BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG
Kuasa Eksekutif Kuasa Kehakiman Kuasa Perundangan Yang Di-Pertuan Agong Kuasa Budi Bicara Tugas-tugas Lain
16
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
17
PERKEMBANGAN SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA
Persekutuan Tanah Melayu (1 Februari 1948) Malayan Union (1 April 1946) Negeri-negeri Selat (1826) Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896) Persekutuan Tanah Melayu (31 Ogos 1957) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (1909) Persekutuan Malaysia (Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura) (16 September 1963) Persekutuan Malaysia (Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) (9 Ogos 1965)
18
Perlembagaan Persekutuan (183 Perkara & 15 Bahagian) :
Merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan dan undang-undang dasar yg penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara Digubal untuk menjadi garis panduan tentang cara memerintah, sistem politik, pentadbiran sesebuah negara, di samping memberi jaminan perlindungan rakyat dan kewajipan warganegara terhadap negara
19
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
20
UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
UNSUR-UNSUR TRADISI YANG DIWARISI DAN DISERAPKAN MENJADI SEBAHAGIAN KANDUNGAN PENTING PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Pemerintahan Beraja Pemerintahan beraja mutlak ditukar kepada sistem raja berperlembagaan Agama Islam Dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan Kedudukan Istimewa Orang Melayu Dipelihara sebagai tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong Bahasa Melayu Dijadikan sebagai bahasa kebangsaan Persekutuan
21
SOALAN 7 : Mengapakah institusi beraja, bahasa melayu dan agama Islam antara unsur-unsur tradisi yang dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan? Cuba bincangkan.
22
PEMBAHAGIAN KUASA DI BAWAH SISTEM PERSEKUTUAN
23
PEMBAHAGIAN KUASA…. Dilakukan dengan tujuan melicinkan perjalanan sistem persekutuan serta mengelakkan timbulnya sebarang masalah dan pertelingkahan antara kedua- dua peringkat kerajaan
24
PEMBAHAGIAN KUASA DALAM SISTEM PERSEKUTUAN DI MALAYSIA
SENARAI PERSEKUTUAN SENARAI NEGERI SENARAI BERSAMA 1. Hal-Ehwal Luar Negara 2. Keselamatan Dalam Negeri 3. Pertahanan 4. Kewangan 5. Buruh dan Keselamatan Sosial 6. Pelajaran 7. Pengangkutan dan Perkapalan 8. Kerja Raya Persekutuan dan Tenaga 9. Penerbitan dan Penapisan 10. Ukur 11. Undang-undang Jenayah dan Sivil 12. Perdagangan dan Perusahaan. 13. Ubat dan Kesihatan 14. Pilihan Raya Persekutuan 15. Hari Kelepasan Persekutuan 16. Panggung Wayang dan Tempat Hiburan 17. Kebajikan Orang Asli 18. Perumahan Persekutuan 19. Syarikat Kerjasama 1. Hal-Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu 2. Pertanian dan Perhutanan 3. Tanah 4. Kerajaan Tempatan 5. Perkhidmatan Tempatan 6. Kerja Raya Negeri dan Bekalan Air 7. Hari Kelepasan Negeri 8. Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri 9. Penyiasatan untuk Maksud maksud Negeri 10.Penyu dan Penangkapan Ikan di Sungai 1. Biasiswa 2. Kebajikan Masyarakat 3. Kesihatan Awam 4. Perancangan Bandar 5. Perparitan dan Pengairan 6. Pengembaraan 7. Pemulihan Tanah Lombong 8. Kebudayaan dan Sukan 9. Ternakan Haiwan 10. Kutu Rayau dan Penjaja 11. Perlindungan Binatang Negeri dan Burung Liar
25
SOALAN 8 : Mengapakah kuasa ke atas perkara-perkara seperti pertahanan dan keselamatan dalam negeri diletakkan di bawah senarai persekutuan? Bincangkan.
26
SOALAN 9: Mengapakah kuasa ke atas perkara-perkara seperti kewarganegaraan dan kewangan diletakkan di bawah senarai persekutuan? Bincangkan.
27
SOALAN 10 : Mengapakah kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam senarai negeri terhad berbanding senarai persekutuan? Bincangkan.
28
KONSEP PENGASINGAN KUASA :
KERAJAAN PERSEKUTUAN
29
SISTEM PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
Yang di-Pertuan Agong Majlis Raja-raja Perundangan Eksekutif Kehakiman Ketua Audit Negara Suruhanjaya Parlimen Kabinet Mahkamah Kementerian Dewan Rakyat Dewan Negara Jabatan dan Badan-badan Kerajaan
30
PENGASINGAN KUASA : Badan Perundangan Membuat undang-undang
Badan Eksekutif Menjalankan kuasa pemerintahan dan menguatkuasakan undang-undang Badan Kehakiman Menjalankan penghakiman dan mentafsir undang-undang
31
Kepentingan pengasingan kuasa…
Badan yg membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat undang- undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta tidak boleh mempunyai kuasa lain. Badan yg memerintah dibenarkan menjalankan pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-undang serta tidak boleh menjalankan kuasa kehakiman. Badan kehakiman pula dibenarkan melaksanakan kuasa kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang serta tidak boleh menjalankan kuasa pemerintahan.
32
Pengasingan kuasa.. Pengasingan kuasa ini juga perlu supaya tidak berlaku pemusatan kuasa antara ketiga badan tersebut, di samping membolehkannya memainkan peranan sebagai pemeriksa dan pengimbang (check and balance) dalam sistem pemerintahan negara.
33
PARLIMEN (YDP AGONG + DEWAN NEGARA + DEWAN RAKYAT)
34
JUMLAH KERUSI PARLIMEN DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DALAM PILIHAN RAYA UMUM 2004
Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Terengganu Kelantan Wilayah Persekutuan Sabah Sarawak 3 15 13 24 22 8 6 26 14 25 31 36 40 59 56 28 42 32 45 - 60 62 Jumlah 222 567
35
Keahlian Dewan Negara Bentuk Keahlian Cara Pelantikan Bil. Ahli
2 ahli dari 13 negeri Wakil Wilayah Persekutuan Mewakili golongan tertentu DUN YDP Agong 26 3 40 Jumlah 69
36
PROSES PENGGUBALAN RANG UNDANG-UNDANG DI PARLIMEN
PERINGKAT PERTAMA Kabinet mengadakan mesyuarat berhubung rang undang-undang yang akan digubal Jabatan Undang-undang menyusun rang undang-undang itu Kabinet mengadakan perbincangan lanjut tentang rang undang-undang itu PERINGKAT KEDUA Dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama (bacaan tajuk panjang) Rang Undang-undang dicetak untuk edaran kepada ahli-ahli Dewan Dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua dengan membahaskan prinsip-prinsip am rang undang- undang itu Bacaan kali ketiga Undian untuk kali kedua Tajuk panjang dibaca dan diluluskan oleh Dewan Rakyat Perbahasan dan pengundian melalui majoriti mudah atau majoriti dua pertiga Peringkat Jawatankuasa (perbahasan khusus tentang semua fasal, jadual dan pendahuluan rang undang-undang yang dicadangkan) PERINGKAT KETIGA Dewan Negara membincangkan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat Dibawa semula ke Dewan Rakyat (jika memerlukan penelitian semula) Dikuatkuasakan sebagai undang-undang Disiarkan dalam Warta Kerajaan dan dicetak untuk edaran Dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan
37
STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Sultan/Raja/Dipertuan Negeri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sistem Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Pejabat Daerah dan Tanah Jabatan Negeri dan Agensi Negeri Pejabat Penghulu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Ketua Kampung
38
KEAHLIAN DAN BIDANG TUGAS SURUHANJAYA PILIHANRAYA (SPR)
Dilantik oleh Yang di Pertuan Agong Berkhidmat sehingga mencapai umur 65 tahun Dianggotai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli BIDANG TUGAS Mengendalikan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri Mendaftar dan menyemak nama-nama pemilih Menyemak dan mendaftar kawasan pilihan raya Parlimen dan Negeri Membuat peraturan-peraturan tertentu untuk menjalankan tugasnya MATLAMAT Menjamin pilihan raya yang adil dan bebas
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.