Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

JUAL BELI YANG SAH Sebelum kita mempelajari dasar ini perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: Tiada suatu perintah mahupun larangan Allah S.W.T.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "JUAL BELI YANG SAH Sebelum kita mempelajari dasar ini perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: Tiada suatu perintah mahupun larangan Allah S.W.T."— Transcript presentasi:

1 JUAL BELI YANG SAH Sebelum kita mempelajari dasar ini perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: Tiada suatu perintah mahupun larangan Allah S.W.T. yang diperintah atau dilarangNya melainkan adalah untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan kemaslahatan serta kemanfaatan manusia itu sendiri bagi agama mereka dan dunia mereka begitu juga untuk untuk menghindarkan mereka dari setiap yang buruk dan yang memudharatkan mereka bagi agama dan dunia mereka.

2 JUAL BELI YANG SAH Sambungan pada dasar perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: Setiap perintah Syara’ dan perkara yang diharuskan oleh Syara’ adalah kebaikan, keadilan,kemanfaatan berbeza pula dengan pengharamannya. يأمرهم بالمعروف و ينهاهم عن المنكر و يحل لهم الطيبات و يحرم عليهم الخبائث

3 JUAL BELI YANG SAH {و أحل الله البيع} سورة البقرة 257
Sambungan pada dasar perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: Setiap mu’amalat dan jenis-jenis perniagaan maka asal/dasar kesemuanya adalah diharuskan dan halal maka tidak dilarang dan diharamkan melainkan apa yang telah datang Syara’ melarang dan mengharamkan sebagaimana Allah S.W.T berfirman: {و أحل الله البيع} سورة البقرة 257

4 JUAL BELI YANG SAH Sambungan pada dasar perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: Maka apabila bergabung dalam sesuatu perniagaan dan mu’amalah keredhoan yang muktabar dan kejujuran serta keadilan maka Allah S.W.T. memubahkannya/mengharuskannya kerana terkandung didalamnya syarat-syarat, bukti-bukti, berdikari, dan perkongsian maka ini adalah dasar agung yang merangkumi semua jenis mu’amalat. {يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن ترض منكم} سورة النساء 29

5 KAEDAH JUAL BELI YANG SAH
7 Kaedah kembali kepada jual beli yang sah: Kaedah Riba Kaedah ada didalamnya penipuan dan bahaya risiko Jual beli menipu dan penipuan Lahir mu’amalah yang datang dari keredhoan syar’ie dari yang bermu’amalah. Akad yang dilakukan daripada pemilik atau yang mengambil tempat pemilik. Sekiranya terkandung didalam akad meninggalkan kewajipan. Mencerobohi yang diharamkan maka ianya haram tidak sah

6 JUAL BELI URBUN Jual beli Urbun: Memiliki 2 bentuk contohnya:
Seorang beli jam lalu penjual memberi kepada pembeli sebahagian daripada harga barang sekiranya sempurna jual beli dikira nilainya sekiranya tidak jadi jual beli dia harus pulangkan apa yang dia dapat dari pembeli. Seorang membeli barangan lalu diberikan kepada pemilik barang sebahagian daripada harganya sekiranya sempurna jual beli dikira sebagai harganya dan sekiranya tidak jadi tidak dipulangkan kepada pembeli.

7 JUAL BELI URBUN Jual beli Urbun: Memiliki 2 bentuk contohnya:
Disepakati: Sesungguhnya jual beli tidak sempurna maka penjual mengembalikan Urbun. Dikhilafi: Sekiranya tidak jadi jual beli adakah Urbun itu hak penjual atau hak pembeli. Dibenarkan Tidak dibenarkan.

8 JUAL BELI AMANAH Ianya mempunyai gelaran banyak; Al wafaa
Tsaniya oleh sebahagian Malikiyah Al Uhdah oleh Syafi’iyah Toah Amanah oleh Hanabilah Jaiz Mu’amalah oleh sebahagian Hanafiyah

9 JUAL BELI AMANAH Dari sudut bahasa: akhlak yang mulia dan tinggi, menyempurnakannya dan memberikannya. Dari sudut istilah: jual beli dengan syarat bahawa Penjual bila memulangkan harga jualan, pembeli akan mengembalikan barang yang dibeli.

10 JUAL BELI AMANAH Malikiyah, Hanabilah, terkedahulu daripada Hanafiya dan Syafiiyah jual beli ini fasid/ Sebahagian Hanafiyah dan Syafiiyah yang terkemudian membenarkannya.

11 SIMPANAN (WADI‘AH) Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk dijaga. Menurut syarak: Merujuk kepada sesuatu barang yang disimpan. Ia juga merujuk kepada kontrak penyimpanan. Wadi‘ah bermaksud: Mewakilkan seseorang untuk memelihara sesuatu hak milik atau sesuatu yang dihormati secara khusus (muhtaram makhsus) dengan cara yang tertentu.

12 DALIL PENSYARI‘ATAN WADI‘AH
Al-Quran, Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)” (Al-Nisa: 58) “Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya” (Al-Baqarah: 284)

13 Sunnah: Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Serahkanlah amanah kepada orang yang mengamanahkanmu dan janganlah membalas khianat orang yang mengkhianatimu” (Riwayat Abu Daud no Al-Tirmizi no.1264) Diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w pernah menyimpan barang simpanan milik penduduk Mekah. Sebelum berhijrah Baginda menyerahkannya kepada Ummu Aiman iaitu Barkah al-Habsyiah r.a untuk disimpan. Baginda memerintahkan Ali supaya memulangkan barang simpanan ini kepada pemiliknya.

14 Ijmak: Para ulama Islam sepanjang zaman, semenjak zaman sahabat hingga ke hari ini sependapat bahawa simpanan (wadi‘ah) dibenarkan oleh syarak

15 HIKMAH WADI‘AH Untuk memberi kemudahan kepada umat Islam dan demi menjaga kepentingan serta menjauhkan segala kesulitan mereka. Ini kerana mereka saling perlu memerlukan antara satu sama lain untuk menjaga harta mereka Kebenaran oleh syarak ini juga dapat mewujudkan suasana tolong-menolong sesama manusia di samping mengelakkan perkara yang tidak diingini.

16 HUKUM WADI‘AH SUNAT WAJIB MAKRUH HARAM HARUS
Simpanan (wadi‘ah) membabitkan lima hukum berlainan; SUNAT WAJIB MAKRUH HARAM HARUS

17 Sunat Pada dasarnya simpanan digalakkan dan disunatkan jika penjaga simpanan adalah orang yang berkemampuan untuk menjaga barang yang disimpan dan seorang yang dipercayai. Pada masa yang sama ada juga orang lain yang turut memiliki sifat amanah dan mampu untuk menjaga barang yang disimpan. Ini kerana wadi‘ah mengandungi budaya saling bantu-membantu sesama orang lain. Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Allah akan membantu seorang hamba selagi hamba ini membantu saudaranya” (Riwayat Muslim no.2699)

18 Wajib Penjaga wajib menerima simpanan apabila dia diminta berbuat demikian dalam keadaan hanya dia seorang sahaja yang dipercayai serta yakin bahawa dia akan bersifat amanah dan mampu melakukannya. Dalam masa yang sama, tiada orang lain yang mempunyai sifat sepertinya. Ini kerana jika dia tidak menerimanya, keselamatan simpanan tersebut tidak akan terjamin. Rasulullah s.a.w telah melarang umat Islam mensia-siakan harta (Sila lihat Al-Bukhari no Muslim no.593) Baginda juga telah menjelaskan kepentingan menjaga keselamtan harta-harta orang Islam. Sabda Baginda “Kemulian harta orang mukmin sama seperti mulianya darah mereka” (Sila lihat Musnad Ahmad 1/446)

19 Makruh Menerima sesuatu simpanan mungkin menjadi makruh bagi seseorang jika dia seorang yang amanah tetapi tidak yakin dapat berbuat demikian pada masa akan datang. Oleh itu, makruh baginya untuk menerimanya kerana dikhuatiri akan bersikap tidak amanah dan menyelewengkan simpanan tersebut.

20 HARAM Haram seseorang menerima simpanan apabila diminta berbuat demikian sekiranya dia merasakan idak mampu menjaganya. Dalam keadaan ini, menerima simpanan bererti mendedahkannya kepada ancaman dan kerosakan. Ini dilarang kerana termasuk dalam perkara yang mensia-siakan harta.

21 HARUS Seseorang itu boleh menerima atau menolak apabila diminta untuk menyimpan sesuatu. Kedua-dua keadaan tersebut, ia adalah sama baginya. Contohnya, dia sendiri tidak yakin mampu bersifat amanah pada masa akan datang atauoun dia tidak mampu untuk menjaga simpanan tersebut. Manakala penyimpan (pemilik) sendiri mengetahui keadaannya tetapi masih bersedia menyimpan padanya.

22 RUKUN & SYARAT WADI‘AH Dua pihak yang berkontrak Lafaz kontrak
Simpanan (wadi‘ah) mengandungi tiga rukun; Dua pihak yang berkontrak Lafaz kontrak Barang simpanan

23 Dua Pihak yang Berkontrak; penyimpan yang merupakan pemilik barang yang disimpan dan penjaga simpanan Kedua-dua mereka disyaratkan mestilah berkelayakan melantik wakil kerana kontrak simpanan bermaksud mewakilkan sesuatu untuk disimpan; berakal dan baligh. Bukan orang yang ditahan daripada membelanjakan harta kerana bodoh (safih)

24 Orang Islam tidak dibenarkan meminta orang kafir menyimpan mashaf al-Quran.
Ini kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan membawa dan menyentuhnya. Sesiapa yang meminta orang-orang di atas menyimpan sesuatu kemudian simpanan tersebut musnah, mereka tidak perlu membayar ganti rugi walaupun ia disebabkan oleh kecuaian mereka. Ini kerana penyimpan didapati cuai dengan membenarkan orang-orang ini menyimpan barang mereka.

25 Lafaz (sighah) Contoh penyimpan berkata “Saya simpan baju ini pada anda”. Penjaga pula berkata “Saya terima” Lafaz ini tidak semestinya diucapkan oleh kedua-dua pihak. Lafaz yang digunakan juga tidak semestinya secara langsung (sorih). Lafaz yang tidak langsung (kinayah) tetapi disertakan niat dan petunjuk sudah memadai. Contohnya, penyimpan berkata “Letakkan barang ini pada anda” “Ambillah barang ini untuk dijaga” “Saya serahkan pada anda untuk dijaga”

26 Barang Simpanan  Mestilah sesuatu yang dihormati iaitu dimiliki atau dipelihara walaupun tidak diiktiraf oleh syarak sebagai harta seperti bijiran gandum yang sedikit dan najis seperti baja.    Bagi barang yang tidak dihormati menurut syarak seperti khinzir atau alat-alat hiburan yang melalaikan, barang seperti ini tidak boleh disimpan atau diminta untuk disimpan. Ia juga tidak tertakluk kepada hukum wadi‘ah.

27 IMPLIKASI KONTRAK WADI‘AH
Jika penyimpanan telah dilakukan dan kontrak tersebut adalah sah, ia kemudiannya tertakluk kepada beberapa hukum seperti berikut: Kewajipan Penjaga Menjaga Barang Simpanan Penjaga wajib menjaga barang simpanan yang telah diserahkan oleh penyimpan kerana ia menjadi syarat yang perlu dilaksanakan. Sebuah hadis menyebut “Umat Islam wajib berpegang dengan syarat-syarat yang mereka persetujui” (Riwayat al-Tirmizi no.1352)

28 Penjaga bertanggungjawab menjaga simpanan di tempat yang sesuai dengannya, iaitu ditempat yang selamat dan biasa digunakan untuk menyimpan. Dia juga bertanggungjawab menjaga sendiri simpanan tersebut. Dia tidak boleh menyerahkannya untuk dijaga orang lain. Namun jika dibenarkan oleh penyimpan, ia dibolehkan.

29 Jika berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti penjaga terpaksa bermusafir atau berlaku kebakaran dan dia tidak dapat mengembalikannya kepada penyimpan, wakilnya atau hakim. Dalam keadaan ini, penjaga boleh menyerahkannya kepada jagaan orang lain.

30 Kontrak Simpanan Adalah Kontrak Yang Jaiz
Maksudnya, kedua-dua pihak boleh membatalkannya pada bila-bila masa tanpa persetujuan pihak kedua. Dengan ini, penyimpan boleh mengambil semula simpanannya pada bila-bila masa. Sementara penjaga pula boleh memulangkannya juga pada bila-bila masa.

31 Apabila diminta oleh penyimpan, penjaga perlu memulangkannya segera mengikut kemampuannya.
Ini berdasarkan firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya” (Al-Nisa: 58)

32 Status Penjaga Penjaga adalah orang yang diberikan amanah. Oleh itu, dia tidak perlu membayar ganti rugi jika simpanan tersebut rosak ketika berada dalam jagaannya. Kecualilah jika ia disebabkan oleh kecuaian atau tindakan yang sengaja. Dalilnya: Sepertimana sabda Nabi s.a.w “Orang yang diminta untuk menjaga simpanan dan tidak melampaui had tidak perlu bertanggungjawab” (Riwayat al-Daruqutni no.167)

33 Begitu juga, sekiranya penjaga perlu membayar ganti rugi sudah tentu tiada siapa yang akan bersedia menerima simpanan . Ini sudah tentu membebankan semua pihak. Dari segi yang lain, penjaga sebenarnya menerima untuk menjaga simpanan tersebut secara sukarela. Selain itu, penjaga tersebut sebenarnya adalah bagi pihak pemilik. Oleh itu, secara tidak langsung, kerosakan yang berlaku seolah-olah disebabkan oleh pemilik sendiri.

34 BILAKAH SIMPANAN PERLU DIJAMIN ?
Ada beberapa keadaan penjaga perlu menjamin keselamatan barang simpanan: Jika penjaga menyimpan simpanan tersebut pada orang lain tanpa izin penyimpan dan tanpa sebab munasabah. Dalam keadaan ini, penjaga perlu bertanggungjawab.

35 Dalam keadaan ini, jika penjaga menyerahkan simpanan tersebut kepada orang yang tidak dibenarkan menyimpannya dan kemudian ia rosak, pemilik berhak meminta mana-mana antara mereka untuk membayar ganti rugi. Jika pemilik memilih penjaga kedua dan didapati dia tidak tahu kedudukan sebenar, dia berhak meminta ganti rugi tersebut dipindahkan kepada penjaga pertama. Ini kerana penjaga kedua mengambil barang tersebut bukan dengan niat jahat. Oleh itu, dia tidak perlu bertanggungjawab.

36 Jika penjaga kedua mengetahui orang yang menyerahkan simpanan tersebut bukan pemilik asal dan dia turut mengetahui barang tersebut adalah milik orang lain dan disimpan tanpa kebenaran pemilik asal. Dalam keadaan ini, dia perlu membayar ganti rugi kerana dianggap sebagai perampas dan bukan penjaga.

37 Mengabaikan aspek penjagaan.
Jika simpanan ini tidak dijaga sehingga menyebabkan ia rosak, penjaga perlu membayar ganti rugi. Pengabaian ini boleh berlaku seperti berikut: Memindahkan simpanan ke tempat lain yang kurang selamat kerana perpindahan tersebut mendedahkan simpanan kepada kerosakan. Jika tahap keselamatan tempat baru sama baik atau lebih baik, penjaga tidak perlu membayar ganti rugi.

38 Ini kerana jika penyimpan bersetuju dengan keselamatan yang lama, tentu dia bersetuju dengan tahap keselamatan yang sama. Kecualilah jika penyimpan tidak bersetuju dengan perpindahan tersebut atau proses perpindahan tersebut kerana ia perlu melalui jalan yang tidak selamat. Jika perpindahan dilakukan juga tanpa persetujuan penyimpan sebarang kerosakan akan ditanggung oleh penjaga. Ini kerana, ia berlaku disebabkan oleh perbuatan sengaja dan cuai.

39 Termasuk dalam ertikata pengabaian ialah tidak melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara yang boleh membahayakan atau menyebabkan kerosakan barang yang disimpan. Ini kerana melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara tersebut adalah wajib kerana ia termasuk dalam makna penjagaan.

40 Jika penyimpan melarang penjaga melakukan sesuatu untuk menjaga barang simpanan dan dengan sebab itu penjaga mengabaikannya sehingga menyebabkan kerosakan, menurut pendapat yang sahih (asoh), penjaga tidak perlu membayar ganti rugi. Ini kerana penyimpan sendiri yang membenarkan kerosakan tersebut berlaku. Sekiranya perkara yang disimpan tersebut adalah haiwan, penjaga dianggap bersalah kerana membiarkan kerosakan tersebut walaupun disuruh oleh penyimpan kerana nyawa perlu dipelihara. Walau bagaimanapun, penjaga tidak perlu membayar ganti rugi.

41 Penggunaan Barang Simpanan Walau Dengan Apa Cara Sekalipun.
Dengan ini, penjaga perlu membayar ganti rugi jika berlaku kerosakan, walaupun ia berlaku selepas penggunaan. Ini kerana perbuatan penjaga menggunakan barang simpanan tanpa keizinan adalah suatu kesalahan.

42 Membawa Simpanan Dalam Perjalanan.
Apabila penjaga terpaksa melakukan perjalanan jauh dan keluar daripada kawasannya, dia tidak boleh membawa barang simpanan bersamanya. Ini kerana, dia bertanggungjawab menyimpannya di tempat yang selamat sedangkan perjalanan jauh bukan tempat yang selamat.

43 Dalam keadaan ini, penjaga wajib memulangkannya kepada penyimpan atau kepada wakilnya, jika penyimpan tidak dapat ditemui. Jika kedua-dua pihak tadi tidak dapat ditemui, penjaga perlu menyerahkannya kepada hakim jika boleh dipercayai. Jika tidak, dia boleh menyerahkannya kepada seseorang yang dipercayai.

44 Penjaga Menafikan Kewujudan Simpanan Tanpa Sebab
Apabila penyimpan menuntut semula simpanannya, lalu penjaga menafikan bahawa penyimpan ada menyimpan sesuatu padanya, kemudian simpanan tersebut rosak, penjaga perlu membayar ganti rugi.

45 Ini kerana penafiannya tadi telah menyebabkan dia menjadi perampas
Ini kerana penafiannya tadi telah menyebabkan dia menjadi perampas. Oleh itu, orang yang merampas perlu bertanggungjawab. Kontrak simpanan tadi terbatal melalui penafian tadi dan hanya boleh diteruskan apabila ia diperbaharui Jika ada sebab tertentu dia menafikannya, kontrak tadi tidak terbatal dan simpanan tadi kekal menjadi amanah di tangannya. Jika simpanan rosak, dia tidak perlu membayar ganti rugi.

46 Keengganan Memulangkan Simpanan Apabila Diminta
Jika penjaga enggan memulangkannya atau melewat-lewatkannya tanpa sebab, dia perlu bertanggungjawab. Ini kerana dia telah melakukan kesalahan apabila menyimpan barang milik orang lain tanpa sebab dan tanpa kebenaran. Jika kelewatan berlaku dengan sebab munasabah, dia tidak perlu bertanggungjawab.

47 Barang Simpanan Dicampuradukkan Dengan Yang Lain.
Penjaga perlu menyimpan simpanan di tempat yang sesuai dengannya dan tidak mencampuradukkannya dengan harta atau miliknya sendiri sehinggakan ia tidak boleh dibezakan lagi apabila bercampur. Sekiranya simpanan ini dicampurkan atau bercampur tanpa disengajakan, penjaga perlu bertanggungjawab kerana percampuran ini adalah kesalahannya. Sedangkan penyimpan tidak bersetuju ia dicampurkan dengan orang lain.

48 Jika simpanan ini boleh dibezakan dengan barang-barang lain, contohnya matawang Singapura dicampurkan dengan matawang lain, penjaga tidak perlu bertanggungjawab kerana ia boleh dipisahkan dengan mudah. Jika pemisahan sukar dilakukan, contohnya gandum yang bercampur dengan barli, penjaga perlu bertanggungjwab kerana ia sukar dipisahkan. Kesukaran ini dikira sama seperti tidak boleh memisahkannya.

49 Jika ganti rugi perlu dibayar, penjaga perlu membayar dengan barangan yang sama jika ada atau dengan nilai yang sama jika tidak ada barang yang sama. Walau bagaimanapun, dia perlu membayar harga yang tinggi bagi nilai barang tersebut sepanjang tempoh penyimpanan sehingga hari kerosakan, sama seperti hukum barang yang dirampas. Barang yang bercampur itu kemudiannya menjadi miliknya.

50 Melanggar Syarat Penyimpan
Contohnya, penyimpan menyuruh penjaga menyimpannya di tempat yang tertentu atau dengan cara yang tertentu, lalu penjaga melanggar syarat ini dan menyimpannya di tempat lain atau dengan cara yang lain sehingga menyebabkan simpanan tersebut rosak. Dengan itu, penjaga perlu membayar ganti rugi kerana kerosakan berpunca daripada kesalahan yang dilakukannya.

51 SIMPANAN PADA DUA ORANG
Jika seseorang menyimpan sesuatu pada dua orang penjaga: Bagi barangan yang boleh dipisahkan seperti wang, mereka boleh membahagikannya dan masing-masing akan menyimpan separuh simpanan tersebut. Jika salah seorang diantara mereka menyerahkan bahagiannya kepada seorang lagi untuk disimpan kesemuanya, dia perlu bertanggungjawab dengan bahagian simpanan tersebut.

52 Jika salah seorang diantara mereka menyerahkan bahagiannya kepada seorang lagi untuk disimpan kesemuanya, dia perlu bertanggungjawab dengan bahagian simpanan tersebut. Ini kerana penyimpan hanya bersetuju simpanannya disimpan oleh mereka berdua dan bukan oleh seorang sahaja. Namun, menurut pendapat lain, dia tidak perlu bertanggungjawab kerana penyimpan bersetuju dengan sifat amanah mereka. Dengan itu mereka boleh menyerahkan semua simpanan tersebut kepada salah seorang diantara mereka.

53 Bagi barang yang tidak boleh dipisahkan
Ulama sebulat suara menyatakan bahawa kedua-dua penjaga boleh menyerahkan kesemuanya kepada salah seorang antara mereka dan dia tidak perlu bertanggungjawab. Ini kerana simpanan seperti ini hanya boleh disimpan di satu tempat sahaja.

54 SIMPANAN DUA ORANG PADA SEORANG
Jika dua orang penyimpan menyimpan satu barang pada seseorang, kemudian salah seorang diantara mereka menuntut simpanan tersebut, atau menuntut bahagiannya sahaja, adakah penjaga perlu memenuhi tuntutan ini ?

55 Oleh itu, mereka juga perlu bersama-sama ketika menuntutnya.
Jawapan: Penjaga tidak perlu menyerahkannya walaupun hanya sebahagian kerana mereka berdua menyimpannya secara bersama. Oleh itu, mereka juga perlu bersama-sama ketika menuntutnya. Jika hanya seorang sahaja yang mahu menuntut bahagian tersebut, penjaga perlu membawa kes tersebut kepada hakim untuk membuat pembahagian pegangan dan menyerahkan pegangan tersebut.

56 PENAMATAN KONTRAK SIMPANAN
Kontrak simpanan dianggap tamat apabila penyimpan menuntut semula simpanannya. Ia juga berakhir apabila penjaga menyerahkannya semula barang yang disimpan kepada penyimpan. Walau bagaimanapun, penjaga diharamkan memulangkannya dalam keadaan dia wajib menerima simpanan tersebut dan penyimpan masih belum mahu menuntutnya.

57 Begitu juga, penjaga dimakruhkan memulangkannya dalam keadaan dia disunatkan menerimanya dan penyimpan masih belum mahu menuntutnya. Simpanan ini juga tamat apabila penyimpan atau penjaga meninggal dunia kerana kontrak ini hanya berlangsung antara mereka. Demikian juga jika salah satu pihak didapati gila atau pengsan.

58 Ia juga berakhir jika penyimpan dihalang daripada mengurus harta kerana bodoh (safih) atau penjaga dihalang daripada mengurus harta kerana muflis. Begitu juga jika penyimpan memindahkan hak milik simpanannya kepada orang lain sama ada melalui jual beli, hadiah atau sebagainya.

59 JUAL BELI SALAM Definisi
Menurut bahasa: Salam atau salaf ialah mendahulukan. Menurut istilah syarak: Jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf. Jual beli salam adalah salah satu jenis kontrak jual beli yang dibenarkan disebabkan ia dikecualikan daripada kategori menjual barangan yang tidak wujud.

60 DALIL PENSYARIA’TAN JUAL BELI SALAM
Diriwayatkan bahawa ketika Nabi s.a.w tiba di Madinah, peduduk Madinah mengamalkan jual beli salam dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda: “Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam), hendaklah dia berjual beli salaf (salam) dengan sukatan, timbangan dan tempoh yang dimaklumi” (Riwayat al-Bukhari no. 2125, Muslim daripada Abdullah bin Abbas no. 1604)

61 Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abza r. a
Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abza r.a. dan Abdullah bin Abu Aufa r.a. mereka berkata: “Ketika suatu peperangan bersama Rasulullah s.a.w kami beroleh bahagian daripada harta perolehan perang. Ketika itu kaum Anbat dari Sham datang menemui kami. Kami berjual salaf (salam) dengan mereka untuk mendapatkan gandum, barli dan minyak dalam tempoh tertentu. Mereka berdua ditanya: Adakah mereka menanamnya atau tidak? Mereka berdua menjawab: Kami tidak pula bertanya mereka tentang perkara itu” (Riwayat al-Bukhari no. 2128)

62 HIKMAH DIBENARKAN JUAL BELI SALAM
 Mengambil kira keperluan manusia.  Memberi pelbagai manfaat kepada manusia.  Memudahkan satu pihak memperolehi modal dan satu pihak lagi memperolehi barangan yang dikehendaki.  Membuka jalan supaya dapat dimanfaatkan yang menjadi landasan kehidupan manusia.

63 RUKUN JUAL BELI SALAM Pihak yang Modal mengikat Kontrak Barangan
yang ditempah Sighah Kontrak

64 PIHAK YANG MENGIKAT KONTRAK
Waras; iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.

65 Orang buta boleh melakukan jual beli salam kerana dalam jual beli salam barangan tersebut hanya dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dan ini boleh diketahui dengan cara mendengar.  Ketika menerima, orang buta boleh mewakilkannya kepada sesiapa sahaja bagi memastikan sifat-sifat yang dinyatakan itu wujud.

66 SIGHAH KONTRAK Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh menggambarkan pada adatnya penerimaan tersebut tidak diterima. Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut.

67 Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh tertentu. Sighah tersebut mesti menyatakan lafaz salam atau salaf dan tidak sah jika ia menggunakan lafaz lain. Kontrak ini tidak mengandungi sebarang khiyar syarat.

68 MODAL Modal ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual. Syarat-syarat yang ditetapkan ialah: Jumlah dan bentuk pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua pihak.

69 Penyerahan modal oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual perlu dalam masa kontrak iaitu sebelum mereka berpisah secara fizikal kerana penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual beli salam.  Penerimaan tersebut disyaratkan mestilah penerimaan yang hakiki.

70 BARANGAN YANG DITEMPAH
Barangan yang ditempah ialah barangan yang dijual dalam kontrak dan penjual berjanji menyerahkannya kepada pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran yang didahulukan.

71 Beberapa syarat yang ditetapkan iaitu:
Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya. Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Aufa’ r.a katanya: “Dahulu kami melaksanakan jual beli salam iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Umar untuk mendapatkan gandum, barli, kismis dan tamar” (Riwayat al-Bukhari no. 2128)

72 Barangan tersebut mestilah dikenalpasti jenis, kualiti, jumlah dan sifat oleh kedua-dua pihak.
Sabda Rasulullah s.a.w “Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam) hendaklah dia berjual beli salaf dengan ukuran yang dimaklumi, timbangan yang dimaklumi dan sehingga tempoh yang dimaklumi” Barangan tersebut tidak bercampur-aduk dengan pelbagai barangan yang berlainan jenis.

73 Barang tersebut mestilah diperhutangkan, iaitu barangan dalam tanggungan yang hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk kepada barangan tertentu. Barangan tersebut mampu diserahkan. Tempoh penyerahan perlu ditetapkan. Tempat penyerahan perlu ditetapkan.

74 KONTRAK JUAL BELI TEMPAHAN
Amalan ini merujuk kepada tindakan meminta seseorang yang berkemahiran supaya membuat sesuatu berdasarkan ciri-ciri tertentu berkaitan dengan kemahirannya, manakala bahan yang digunakan disediakan oleh pembuat.

75 Contoh: Seorang penempah meminta pembuat kasut membuatkan sepasang atau beberapa pasang kasut untuknya. Manakala kulit dan segala bahan yang diperlukan disediakan oleh pembuat, bukannya penempah. Contoh lain ialah perkakas rumah seperti perabot dan sebagainya. Penempah bersetuju dengan pembuat untuk membuat set bilik tidur atau kerusi. Segala bahan yang digunakan untuk perabot tersebut akan disediakan oleh pembuat mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh penempah.

76 Kontrak seperti ini menjadi perdebatan di kalangan fuqaha:
Jika kontrak tersebut memenuhi syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam jual beli salam, iaitu spesifikasi barangan dinyatakan dengan jelas, bahan yang digunakan juga dinyatakan dengan jelas, tempoh penyerahan dinyatakan, bayaran diserahkan pada ketika kontrak dimeterai di samping syarat-syarat lain.

77 Jika semua syarat ini dipenuhi, kita boleh sahkan kontrak tersebut sebagai kontrak jual beli salam walaupun kontrak tersebut menggunakan lafaz jual beli. Sebabnya, dalam soal kontrak, perkara yang diambil kira ialah niat dan apa yang tersirat, dan bukan bergantung kepada lafaz dan apa yang kelihatan.

78 Kontrak yang tidak memenuhi syarat jual beli salam dan inilah yang biasa berlaku dalam kontrak jual beli hari ini, terutamanya dalam masalah penyerahan modal iaitu harga barangan yang ditempah ketika memeterai kontrak. Kebanyakan penempah akan hanya membayar sebahagian daripada harga yang ditetapkan kepada pembuat ketika membuat tempahan.

79 Adakalanya mereka tidak membuat sebarang bayaran sama sekali.
Setelah itu, penempah akan membayar secara ansuran atau sekaligus selepas barangan yang ditempah siap. Inilah yang biasa dilakukan oleh orang ramai. Amalan seperti ini tidak dikira sebagai jual beli salam. Dengan itu jual beli ini tidak sah menurut ulama mazhab al-Shafie rh.a

80 Walau bagaimanapun para ulama mazhab Hanafi membenarkan kontrak ini sepertimana yang diamalkan oleh orang ramai kerana mengambil kira keperluan orang ramai. Namun dengan syarat kontrak tersebut dengan jelas menyatakan segala perkara berkenaan barang yang ditempah yang jika tidak dinyatakan dengan jelas mungkin boleh menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak. Dengan ini, tidak salah kita menerima pandangan ulama mazhab Hanafi. Kita menerima amalan ini sebagai sah untuk memudahkan orang ramai. Apatah lagi amalan seperti ini amat diperlukan.


Download ppt "JUAL BELI YANG SAH Sebelum kita mempelajari dasar ini perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: Tiada suatu perintah mahupun larangan Allah S.W.T."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google