Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 6 ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 6 ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN"— Transcript presentasi:

1 BAB 6 ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN
Setelah mengikut kuliah ini, pelajar dapat: Menjelaskan cabaran daripada tamadun Barat dari segi politik, ekonomi dan budaya Menghuraikan justifikasi kepentingan dialog antara tamadun Menjelaskan bagaimana dialog antara tamadun harus dijalankan

2 Pengenalan Kesemua tamadun mengajar tentang moral dan kemanusiaan serta keperluan memelihara alam daripada bencana akibat perbuatan manusia.

3 Dunia Berbilang Tamadun
Masyarakat timur memiliki pengalaman beratus tahun hidup bersama dgn harmoni dan toleransi walaupun berlatarbelakangkan tamadun tamadun yang berbeza. Tamadun Barat perlu memahami perkara ini yang selama ini bersikap mendominasi.

4 Cabaran Tamadun Abad ke 21
Hegemoni Barat Penguasaan kepimpinan kumpulan ke atas lain Imperialisme Baru Kebangkitan semula keinginan kuasa Barat meluaskan semula pengaruh hegemoni ke atas masyarakat dunia Globalisasi Fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan teknologi maklumat

5 CABARAN GLOBALISASI Dampak Budaya Kebendaan Barat
Cabaran tamadun Islam dan tamadun Asia masa kini ialah arus globalisasi kebudayaan kebendaan tamadun Barat moden. Dampak dunia Barat hampir menghilangkan ciri-ciri jatidiri seseorang Islam atau Asia sama ada peringkat individu, budaya dan tamadun Dunia kini seolah-olah sebuah dunia Barat yang besar yang bersifat hegemoni yang memperlihatkan identiti tamadun Barat. Pengaruh Barat ke atas dunia berpunca daripada sejarah penjajahan yg memberi kesan kpd masyarakat Islam dan Asia dari aspek ekonomi, institusi politik dan nilai budaya. Kesanya, tamadun Barat dijadikan piawai utk menilai pencapaian ketamadunan manusia. Keadaan ini memperkukuhkan dominasi Barat. Walaupun negara2 Islam dan Asia telah merdeka, tetapi kesan pemerintahan dan dominasi penjajah masih ketara. Ada negara tidak memiliki kebebasan dalam menentukan halatuju negaranya sebaliknya dikongkong oleh Barat dalam bentuk dominasi yang batu.

6 Dominasi Politik Terdapat negara yang dikatakan merdeka tetapi masih terikat dgn telunjuk Barat / negara kuasa besar dalam membuat keputusan politik. Malah PBB turut didominasi oleh kuasa besar spt AS yang mempunyai kuasa veto bersama Rusia, UK, Peranchis dan China. PBB merupakan sebuah badan politik dunia terpenting. Namun keputusan-keputusan yang dibuat dipengaruhi oleh AS yang mempunyai kepentingan. Malah AS adakalanya bertindak sendirian dgn membelakangkan Majlis Keselamatan PBB spt pengeboman ke atas Sudan dan Afghanistan (1998) dan Iraq (2003) Persengketaan wilayah dan negara yg berlaku spt di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Paletin dll, AS telah terlibat secara langsung kerana menganggap selaku ‘polis dunia’. Ini menunjukkan AS mendominasi kuasa politik dunia disebabkan memiliki kekuatan ketenteraan dan tiada negara pesaing setelah Soviet Union berpecah pd 1991.

7 Dominasi Ekonomi Pada zaman penjajahan, penjajah barat mendominasi sumber semulajadi wilayah jajahan. Kini syarikat2 multinasional dari Barat menguasai perdagangan antarabangsa dgn mendominasi sumber alam, perindustrian, sains dan teknologi dan juga sistem kewangan. Pola dominasi ekonomi ini disokong oleh institusi spt International Monetary Fund (IMF), World Bank, Wold Trade Organisation (WTO). Negara-negara membangun dan miskin tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga manusia utk mencapai kepentingan Barat. Inilah kesan perdagangan bebas dan tanpa sempadan (economic globalisation) yg didominasi Barat.

8 Dominasi Media Melalui teknologi komunikasi dan maklumat, Barat mendominasi penyebaran berita antarabangsa. Media cetak dan elektronik kini sememangnya dikuasai syarikat besar dunia spt CNN, BBC, Bloomberg, Reuters dll. Mereka yg menentukan bagaimana suatu berita diolah dan disebarkan kepada masyarakat dunia. Malah sesuatu peristiwa yg berlaku sering dipesongkan atau dimanipulasi atas tujuan atau kepentingan tertentu seperti melebalkan pejuang Islam sebagai pengganas / terrorist bg menjatuhkan maruah orang Islam dan agama Islam.

9 Dominasi Budaya Barat khususnya AS sememangnya telah mendominasi budaya dunia terutama dalam dunia hiburan. Gaya hidup Barat berteraskan hedonisme melalui filem, muzik, nyayian, kartun telah tersebar luas ke seluruh dunia. Rancangan-rancangan televisyen spt American Idol telah ditiru oleh kebanyakan stesen tv. Jenama2 Barat spt McDonalds, Levi’s, Pepsi dll menjadi sebahagian gaya hidup global. Kesemua ini telah mencorakkan jatidiri / identiti masyarakat Islam dan Asia.

10 Impak Globalisasi kepada masyarakat Islam dan Asia
Meluasnya gejala sosial Pengaruh barat dalam semua aspek Budaya asal semakin lenyap Krisis identity

11 Manfaat globalisasi kepada Barat
Pengukuhan nilai budaya Barat Budaya makan Budaya fesyen Budaya muzik Prestej Bahasa Inggeris Keuntungan ekonomi Pasaran produk barat Filem2 barat ditonton dan menjadi kegemaran Bahasa Inggeris menjadi Bahasa utama Institusi pendidikan Barat menjadi tumpuan Negara2 Barat menjadi tumpuan pelancong Media Barat diminati Karya2 Barat mendapat sambutan

12 Langkah Mengatasi Pengaruh Budaya dan Hegemoni Barat
Memperkasa jatidiri masyarakat Islam dan Asia Pengembangan ilmu pengetahuan Penguasaan teknologi terkini Menguasai bidang-bidang strategic Memperkukuhkan kerjasama – aspek ekonomi dan budaya Memantapkan pertubuhan antarabangsa spt. OIC Mewujudkan pakatan pertahanan serantau

13 DIALOG TAMADUN SEBAGAI MEKANISME MENGHADAPI CABARAN
Tahun 2001 tlh diisytiharkan sebagai Tahun Dialog oleh PBB spt dicadangkan oleh Mohammad Khatami (Presiden Iran) Konflik dan permasalahan yg berlaku di peringkat antarabangsa kini menjuruskan ke arah hubungan antara dunia Islam dan barat semakin renggang, manakala peringkat negara spt di Malaysia misalnya wujud rasa curiga antara kaum disebabkan perbezaan tertentu tidak boleh diabaikan dan tentunya perlu ditangani bukan dgn cara keganasan tetapi menerusi dialog. Manusia perlu sedar setiap agama, budaya dan tamadun mengandungi nilai dan pandangan semesta mengiktiraf kesatuan, keamanan dan kebebasan. Melalui dialog pastinya dapat menentang dominasi oleh pihak tertentu terutama kuasa Barat. Melalui dialog segala kemelut dalam kalangan manusia dapat diatasi spt isu perpaduan, peperangan, alam sekitar, pergolakan politik dsb.

14 Dialog Tamadun / Peradaban di Malaysia
Dialog peradaban penting diadakan kerana Malaysia negara pelbagai etnik. Antara kepentingan dialog Memupuk semangat perpaduan Elakkan perselisihan Mencari titik persamaan Menghargai budaya yang berbeza Bersatu menentang budaya negative asing mengena;l pasti kekuatan dan kelemahan diri

15 Langkah Memperkembangkan Dialog
Peranan media massa Peranan institusi pendidikan Kursus kenegaraan Pengajian ilmu peradaban Wujudkan sekolah wawasan Peranan badan-badan bukan kerajaan Wujudkan rukun negara, persatuan penduduk, program muhibah Peranan pemimpin agama dan masyarakat Mengadakan ceramah kesedaran Penekanan melalui khutbah Aktiviti gotong royong

16 ISU-ISU DALAM DIALOG TAMADUN
Keganasan dan ketidakadilan Perebutan kuasa politik dan ekonomi Kejahilan tentang tamadun lain Layanan buruk

17 DIALOG TAMADUNl DIMENSI DALAMAN DAN DIMENSI LUARAN
Dialog antara tamadun di Malaysia Melibatkan golongan etnik yg berlainan budaya. Perkara yg perlu diberi perhatian: Persefahaman antara kaum yg berasaskan nilai budaya dan tamadun sepunya Rukun Negara sebagai asas tamadun Malaysia Mengambilkira kepercayaan dan amalan setiap budaya dan tamadun Melalui dialog akan menyuburkan rasa penghargaan, pemahaman dan penerimaan akan hakikat kepelbagaian tamadun, budaya dan agama. Dialog antara Tamadun Barat dgn Tamadun Islam dan Asia Perkara berikut perlu diambilkira: Nilai-nilai sepunya Menghormati realiti dunia berbilang tamadun Saling kebergantungan Memahami isu-isu yang memisahkan Memahami isu keganasan dari semua perspektif

18 Apakah yang dimaksudkan dengan dialog?
Apakah kepentingan dialog antara tamadun?


Download ppt "BAB 6 ISU-ISU SEMASA DAN MASA DEPAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google