Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PEMBAKUAN BAHASA MINGGU 4
2
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
Sistem ejaan bahasa Melayu telah engalami pembakuan sejak beratus-ratus tahun jika mengambil kira tulisan Jawi sebagai tulisan tradisi bahasa Melayu. Sistem ejaan Rumi dirumuskan sistem penulisannya sejak awal abad ke-20. R. J. Wilkinson (1904) telah berhasil menyusun Asas sistem ejaan Rumi bahasa Melayu.
3
Za’ba kemudiannya telah memperkemasnya sehingga
menjadi satu sistem ejaan yang digunakan di sekolah selama 30 tahun. Pada tahun 1972, satu ejaan terhasil melalui kerjasama dengan Indonesia. Di Malaysia, sistem ejaan itu dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu manakala di Indonesia, dikenali sebagai Sistem Ejaan Yang Telah Disempurnakan.
4
SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU
Sistem pengejaan baharu bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada dua sistem, iaitu Sistem Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata jati bahasa Melayu) dan Sistem Kekecualian Keselarasan Huruf Vokal (untuk pengejaan kata pinjaman). Sistem Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan huruf vokal bererti keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara dua huruf
5
vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
Prinsip keselarasan huruf vokal ini berlaku berasaskan syarat yang berikut: Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan imbuhan. Kata dasar hendaklah berakhirkan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.
6
Rajah Segitiga Vokal Melayu
e o i e u
7
Pengertian Rajah Garis penghubung menunjukkan vokal-vokal yang boleh dipasangkan dalam kata yang terdiri daripada dua suku kata. Dengan demikian, terbentuklah pola a-i, i-a, a-u, u-a, i-u, u-i, o- e taling , dan e taling – o ( 8 pola ). Bulatan dan separuh bulatan menunjukkan masing-masing vokal yang boleh dipasangkan dengan vokal yang sama dengannya. Maka terbentuklah pola a – a, i – i, u – u, e taling – e taling, dan o – o ( 5 pola ). Separuh bulatan juga menunjukkan bahawa vokal e taling dan o dilampaui oleh garis penghubung a – i atau i – a dan oleh garis a – u atau u – a. Pola yang wujud ialah e taling – a dan o – a ( 2 pola ).
8
4. Vokal e pepet diletakkan dalam segi empat dengan tiga anak panah mengarah ke vokal a, i, dan u. Pola yang wujud ialah e pepet – i, e pepet – u, dan e pepet – a ( 3 pola). Keadaan ini menunjukkan bahawa vokal e pepet hanya boleh hadir pada suku kata praakhir tetapi tidak boleh hadir pada suku kata akhir tertutup.
9
POLA KESELARASAN HURUF VOKAL
Bil. Suku Kata Suku Kata Contoh Praakhir Akhir Tertutup a a parah, asak a i alih, balik a u basuh, halus e pepet a telan, kelam e pepet i petik, betik e pepet u telus, keruh i a silang, bilah i i sirih, risik i u sibuk, tiruk u a usap, sukat u I pulih, surih u u tunduk, luhur
10
13. e taling a serat, dewan 14. e taling e taling heret, leceh 15. e taling o besok, elok 16. o a borang, sorak 17. o e taling boleh, korek 18. o o borong, sorok Daripada 18 pola keselarasan huruf vokal, ada 8 pola yang berubah daripada sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972). Dasar tentang perubahan ini menetapkan huruf vokal I atau u yang terdapat pada suku kata akhir tertutup digunakan sekiranya huruf vokal a, e pepet, i atau u terdapat suku kata pra- akhir. Suku kata praakhir Suku kata akhir tertutup Vokal a, e pepet, i atau u i, u
11
Ejaan Lama Ejaan Kini Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh
a – e taling aleh a – i alih a – o batok a – u batuk e pepet – e taling lebeh e pepet – i lebih e pepet – o tempoh e pepet – u tempuh i – e taling pileh i – i pilih i – o tidor i – u tidur u – e taling usek u – i usik u – o untong u – u untung
12
Tentang pola keselarasan vokal yang tidak berubah daripada sistem ejaan lama, dasar keselarasan huruf vokal menetapkan supaya digunakan huruf vokal e taling atau o pada suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan vokal e taling atau o juga pada suku kata praakhir. Suku Kata Praakhir Suku Kata Akhir Tertutup Vokal e taling atau o vokal e taling atau o
13
Pola Ejaan Contoh 1. e taling – e taling leceh, gelek, selekeh 2. e taling - o tempoh, belok, selekoh 3. o – e taling boleh, ponteng, celoteh 4. o – o obor, corong, borong
14
POLA KEKECUALIAN KESELARASAN HURUF VOKAL
Bil. Pola Ejaan Contoh Kata Bahasa Contoh Kata Bahasa Nusantara Inggeris a – e taling aneh, awet kabaret, jaket a – o barong, calon atom, kontraktor e pepet – e taling gembleng setem e pepet – o bendok, jempol gabenor, interkom i – e taling imlek tiket, kriket i – o ijon, pilon diftong, transistor u – e taling tulen, ulet subjek u – o buron, bunglon kupon, konduktor a – e pepet pakem teater, plaster e taling – i - hipotesis, objektif
15
11 e taling – u - petroleum, spektrum
12 e pepet – e pepet demdem - 13 i – e pepet iseng artikel, filem, dividen 14 o – i fosil, polis 15 o – u bonus, forum 16 e taling – e pepet meter 17 o – e pepet Oktober, broker
16
Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah
Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Contoh Penggunaan a a abstrak ae ae aerial ai ai aileron, aising au au audit, automatik b, bb b lobi, hobi
17
Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu carbon jadi karbon bukan kaban cartoon kartun katun conductor konduktor kondakter dialogue dialog dailog institute institut institiut structure struktur strakcer
18
Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah
yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu atom tetap atom bukan atum bonus bonus bonos, bunus fossil fosil fosel, fusil pistol pistol pestol, pistul
19
Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan
bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuk- nya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dikekalkan. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bl block jadi bl - blok br brake br- brek chl- chlorophyll kl- klorofil chr- chronology kr- kronologi cl- clinic kl- klinik cr- credit kr- kredit
20
fr- franc jadi fr- franc
gl- glocose gl- glukosa gr- gravity gr- graviti kn- knot kn- knot kr- krone kr- krone pl- plumbum pl- plumbum pr- practical pr- praktikal ps- psychology ps- psikologi pt- ptomaine pt- ptomain sc- scandal sk- skandal scr- script skr- skrip sk- ski sk- ski sn- snooker sn- snuker sp- spectrum sp- spektrum sph- sphere sf- sfera
21
spr- spring jadi spr- spring
sq- squadron sk- skuadron st- stable st- stabil str- structure str- struktur tr- tragedy tr- tragedi tz- tzar tz- tzar
22
Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan, beberapa
kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu class jadi kelas bukan klas club kelab klab, klub glass gelas glas grant geran gran plan pelan plan stamp setem stem
23
Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir
suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -lf golf jadi -lf golf -lt cobalt -lt kobalt -nce science -ns sains -nk bank -nk bank -ps forceps -ps forseps -rd standard -rd standard -rm chloroform -rm kloroform -rt consert --rt konsert
24
-x complex jadi -ks kompleks
-xt text -ks teks Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -ct fact jadi -kta fakta -gm paradigm -gma paradigma -ism materialism -isme materialisme
25
Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang
sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau jadi biro bukan bureau custom kastam kustom driver drebar driber, driver modern moden modern pension pencen pension station stesen station, stasion, stesyen
26
Semua huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ dalam bahasa Inggeris tetap
Diterima sebagai huruf ‘g’ juga dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda tetap agenda bukan ajenda gymnasium gimnasium jimnasium technology teknologi teknoloji tragedy tragedi trajedi
27
Huruf ‘g’ yang diucapkan ‘j’ mengikut sebutan dalam bahasa
Inggeris, disesuaikan menjadi huruf ‘j’ dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent jadi ejen, agen college kolej contingent kontinjen engine enjin
28
Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab
Terdapat dua cara untuk mengeja kata setapan daripada bahasa Arab dalam bahasa Melayu, iaitu: Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap atau sebati dalam bahasa Melayu dieja dalam tulisan Rumi seperti mengeja kata jati bahasa Melayu, sebagai contoh: sahabat darurat hakim izin kubur zat sabar zalim
29
Istilah daripada bahasa Arab boleh ditulis menggunakan kaedah
transliterasi huruf Arab ke tulisan Rumi, sebagai contoh: hadith kidhib isti’mal qunut riya’
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.