Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BUDAYA KERJA CEMERLANG

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BUDAYA KERJA CEMERLANG"— Transcript presentasi:

1 BUDAYA KERJA CEMERLANG

2 KECEMERLANGAN Kecemerlangan merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh individu tertentu tetapi juga oleh sesuatu organisasi yang berwawasan. Kecemerlangan memerlukan pengorbanan, dedikasi, kesungguhan, kesabaran, iltizam, kepimpinan, dan pelbagai lagi sikap dan sahsiah yang positif. Amalan budaya kerja cemerlang mampu menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

3 KECEMERLANGAN Biasa dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti. Merupakan satu matlamat yang diimpikan bukan sahaja oleh individu tetapi juga oleh organisasi. Kecemerlangan membawa implikasi maju kehadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi “role model” kepada masyarakat. Budaya kerja cemerlang yang hendak dibentuk hendaklah menggambarkan komitmen pengurusan meningkatkan kualiti dan produktiviti.

4 KECEMERLANGAN YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir b. Mohamad ada menegaskan bahawa: “…Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar.” Kenyataan Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1995): “Perlumbaan kepada peningkatan kualiti sebenarnya adalah dua perlumbaan.Satu untuk kehadapan; dan satu lagi sentiasa dihadapan”.

5 (HEALTHY ORGANISATION) HUBUNGAN INTERPERSONAL
NILAI & ETIKA DALAM TUGAS BUDAYA KERJA TINGGI (HEALTHY ORGANISATION) KETRAMPILAN DIRI MEMAHAMI RAKAN & TINGKAHLAKU KECEMERLANGAN INDIVIDU & ORGANISASI BELAJAR DARI MAKLUMBALAS KOMUNIKASI YANG BERKESAN MENANGANI KONFLIK KEPIMPINAN YANG BERKESAN PASUKAN (TORI) T - TRUST O - OPENESS R - REALIZATION I - INDEPENDENCE HUBUNGAN INTERPERSONAL YANG BAIK

6 ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
NILAI MAKSUD: Tanggapan dan penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing. Melaksanakan sesuatu keputusan perlu berdasarkan pemuafakatan secara: Pr- Problem (Kenalpasti masalah) O- Objective (Menetapkan objektif) A- Alternatives (Menyenaraikan pilihan) C- Consequences (Mengenalpasti kesan dan natijah satu-satu pilihan) T- Trade-Off (Mengenalpasti kos melepas berdasarkan satu-satu pilihan)

7 ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
NORMA MAKSUD: Nilai-nilai atau peraturan-peraturan hidup dan amalan yang diterima dalam sesebuah masyarakat. SIKAP MAKSUD: Kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu. Merupakan peranan penting sebagai pendorong dalam tindakan manusia samada untuk menerima atau menolak sesuatu.

8 ELEMEN ASAS KECEMERLANGAN
ETIKA MAKSUD: Prinsip-prinsip yang terbentuk daripada gabungan unsur nilai, norma dan sikap yang dikongsi bersama dalam kumpulan. Juga disebut sebagai falsafah moral, disiplin yang memberi penekanan kepada apakah yang baik atau buruk, benar atau salah dari segi moral. Istilah yang juga digunakan kepada sebarang sistem atau teori prinsip atau nilai moral Ensiklopedia Britannica,(2001)

9 UNSUR KECEMERLANGAN Menghayati matlamat (ada misi dan visi)
Terfokus dan spesifik Dapat diukur pencapaiannya Boleh dicapai Realistik Sabar (masa) Perancangan yang rapi Penilaian terhadap kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan dari pelbagai aspek (material, jasmani, sosial, emosi, rohani dan intelek)

10 UNSUR KECEMERLANGAN Ketrampilan (intangible) Pemantauan Berfikir
Komunikasi Pengurusan masa Pemantauan Pentadbiran(governan) Polisi Matlamat Tatacara dan prosedur Kaedah

11 UNSUR KECEMERLANGAN Adab dan akhlak (etika) yang terpuji yang membangun jati diri, sahsiah dan peribadi. Adab: ‘Perlakuan yang betul yang dilakukan sesuai dengan masa, ketika dan suasana’ Akhlak terpuji: ‘ Mengamalkan segala sifat mahmudah dan menjauhi segala sifat mazmumah’

12 BUDAYA KERJA CEMERLANG
PRA-SYARAT: Mewujudkan ‘mind-set’ yang berorientasikan kecemerlangan. Supaya kakitangan lebih komited kepada pencapaian matlamat dan mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap dasar kualiti organisasi. Agar kakitangan bersedia untuk berubah dan menyesuaikan keadaan dalam menghadapi perubahan di sekitarnya melalui anjakan paradigma demi mencapai kecemerlangan.

13 BUDAYA KERJA CEMERLANG
PRA-SYARAT: Penerimaan hakikat bahawa usaha mewujudkan kecemerlangan dalam organisasi bukan pelaksanaan yang mudah dan boleh diperolehi dengan sekelip mata. Usaha untuk mencapai kecemerlangan adalah suatu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang ditetapkan. Pihak pengurusan perlu peka tentang ruang-ruang yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa bagi menampung kelemahan-kelemahan yang masih ada.

14 “Jangan masukkan sampah sarap dalam otak kita
“Jangan masukkan sampah sarap dalam otak kita. Kalau kita sangka kita malas maka Malaslah kita. Kalau kita sangka kita lembab, maka lembab lah kita.Kalau kita fikir kita mangkuk maka mangkuklah kita tetapi Kalau kita fikir kecemerlangan itu mudah, maka mudahlah untuk kita jadi cemerlang “ “Orang yang cemerlang menunjukkan hasil. Orang yang gagal memberikan alasan.”

15 PENGURUSAN PERUBAHAN BUDAYA KUALITI GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
Peningkatan Produktiviti Penerapan dan pengamalan proses penambahbaikan secara berterusan Kuantiti, Kualiti, Masa, Kos Pengetahuan, Sikap, Kemahiran,Kesihatan,Rohani Kerajianan,Displin,Kegigihan,Daya Cipta, Semangat Bekerjasama/Berpasukan,Mementingkan Kualiti GERAKAN BUDAYA KERJA CEMERLANG

16 NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
Benar Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab Bercakap benar dan menepati janji Cermat dan berhemah dalam membuat keputusan Bertindak berasaskan profesionalisme Memberikan arahan yang jelas dan tepat Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas Sanggup menerima teguran dan nasihat

17 NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
Amanah Berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima tugas dan tanggungjawab Komited dan tekun melaksanakan tugas ke tahap yang terbaik Berusaha meningkatkan kualiti dan hasil kerja Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang masa Bertanggungjawab ke atas hasil kerja, tindakan dan keputusan yang dibuat

18 NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
Bijaksana Berilmu dan berkemahiran Minda yang sentiasa aktif dan badan yang sihat Terbuka dan responsif kepada perubahan, idea, pengetahuan Pertimbangan teliti sebelum bertindak atau keputusan Bertindak atau membuat keputusan dengan segera dan cekap Tertib dalam bertindak dan membuat keputusan Menegakkan kebenaran dan menegur kesilapan Melaksanakan keputusan muktamad Kreatif, inovatif dan proaktif, bersabar menangani tekanan

19 NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
Telus Mengamalkan kaedah syura dalam apa tindakan dan keputusan yang hendak dibuat Bersikap terbukan dalam memberi buah fikiran dan pendapat serta yakin dalam menegakkan kebenaran Memaklumkan tindakan dan keputusan kepada pihak-pihak yang berhak mengetahuinya, samada pihak-pihak dalam organisasi atau di luar organisasi Menepati piawai kualiti perkhidmatan.

20 NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
Besyukur Menghargai dan berkongsi kejayaan bersama Menghargai kejayaan orang lain dan memberi pengiktirafan kepada yang layak Sabar dan tenang menghadapi masalah Bersederhana dalam meraikan kejayaan Berterima kasih atas bantuan Bersyukur, bersungguh-sungguh, bersedia menabut bakti ke tahap optimum

21 NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KERJA CEMERLANG
Adil Membuat penilaian secara objektif dan profesional Menerima pandangan dan bersedia membuat pertimbangan semula apabila mendapat maklumat dan fakta yang lebih lengkap dan tepat Kritikal dalam membuat pertimbangan menggunakan kaedah yang betul Menghargai hak dan keperluan setiap invidividu dan kumpulan serta bertindak dengan penuh bertimbang rasa Memberi peluang yang saksama kepada pembangunan diri dan kemajuan kerjaya Seimbang pembawaan dan adil kepada diri sendiri serta adil terhadap ketua, orang bawahan dan rakan sekerja

22 NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
Bertanggungjawab Tanggungjawab bererti sesuatu kerja, tugas atau janji yang mesti ditunaikan dan seseorang yang diberi tanggungjawab handaklah melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan bersungguh-sungguh. Berdedikasi Berdedikasi bermaksud kesungguhan seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempurna dan sanggup melaksanakan kerja lebih daripada yang diharapkan.

23 NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
Berdisiplin Merupakan satu sifat yang mengawal diri seseorang untuk sentiasa berperilaku berlandaskan undang-undang, peraturan, prinsip dan nilai mulia. Berkerjasama Saling tolong-menolong untuk kebaikan dalam menjadikan kerja yang berat menjadi lebih ringan dan dapat disiapkan dalam masa yang singkat. Merupakan elemen yang penting kepada peningkatan kualiti dan produktiviti.

24 NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
Bersih Adalah nilai yang melambangkan sifat suci daripada kekotoran rohani dan jasmani di dalam menjalani kehidupan. Seseorang yang bersih akan terjelma pada perawakan dan pembawaannya yang bersih dan kemas dari segala sudut (pemakaian,tempat kerja dan tempat tinggal) Berbudi Mulia Merupakan satu nilai yang ada pada seseorang yang mudah memberi kesenangan atau menolong orang lain tanpa disuruh dan tanpa mengharap apa-apa balasan.

25 NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
Ikhlas Bermaksud hati yang bersih dan suci dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh keredhaan dan berusaha membuat yang terbaik secara berterusan. Tekun Bermaksud bersungguh-sungguh, komited, sabar dan teliti dalam melaksanakan sesuatu tugas. Ketekunan akan menghasilkan output yang berkualiti dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

26 NILAI-NILAI KEMBANGAN BUDAYA KERJA CEMERLANG
Sederhana Merupakan sifat yang menolak keterlaluan atau berlebihan melalui kebijaksanaan dalam membuat pertimbangan. Sabar Adalah sifat kekuatan dan ketahanan diri dalam menerima kesusahan atau halangan dengan menganggap tekanan dan kesukaran tugas adalah dugaan dari Tuhan.

27 “Manusia tidak merancang untuk gagal, tapi mereka gagal untuk merancang”
“Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali” “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik”


Download ppt "BUDAYA KERJA CEMERLANG"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google