Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
2
TEORI TINGKAH LAKU (BEHAVIOURISME)
Teori tertua dalam dunia pendidikan Ahli-ahli psikologi yang terlibat: Skinner ( ) Pavlov ( ) Watson (1878 – 1958) Thorndike (1874 – 1949) Asas teori tingkah laku - Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku (tidak tahu kepada tahu)
3
B. F. SKINNER (1904 – 1990) Memperkenalkan KAEDAH PENGAJARAN TERANCANG dalam kerangka Rangsangan – Tindak balas atau Stimulus respons Setiap rangsangan (R) yang diberi ke atas seseorang akan menghasilkan tindak balas (T) ke atas rangsangan tersebut Pembelajaran sebenar dapat berlaku dalam kerangka R-T
4
Samb… Kaedah pengajaran terancang boleh diaplikasikan dalam proses mereka bentuk perisian multimedia Guru boleh menerapkan : strategi pengajaran berbentuk latih tubi Penyampaian isi pelajaran dalam kerangka soalan - jawapan
5
KONSEP PENGAJARAN TERANCANG
Isi pelajaran Soalan Jawapan Rangsangan Maklum balas
6
MOTIVASI Ahli psikologi tingkah laku menitikberatkan pemberian motivasi dalam pengajaran Motivasi dapat mempertingkatkan minat pelajar Motivasi boleh berbentuk kebendaan atau bukan kebendaan
7
MOTIVASI
8
TEORI TINGKAH LAKU DALAM PERISIAN
Motivasi intrinsik lebih diperlukan Digunakan di bahagian latihan Contoh: Syabas! Jawapan anda tepat sekali. Anda sememangnya menumpukan perhatian pada isi pelajaran yang diajar. Teruskan usaha anda. Maaf, jawapan yang diberikan tidak tepat. Jangan putus asa. Cuba lagi.
9
TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT (KOGNITIF)
Mula berkembang pada tahun 1970. Menitikberatkan bagaimana sesuatu kaedah pembelajaran itu berinteraksi dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam mental individu Kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar dan kaedah simulasi perlu dipraktikkan dengan lebih berkesan.
10
PENGELASAN INGATAN
11
Baddeley (1990) Ingatan jangka masa panjang Ingatan jangka masa pendek
Ruang ingatan yang menyimpan semua kenangan atau maklumat yang lama Ingatan jangka masa pendek Ruang yang memproses maklumat sebelum memasuki ruang ingatan jangka masa panjang Ingatan deria atau sensori Bahagian ingatan yang yang berkaitan dengan segala bentuk input atau penerimaan maklumat daripada manusia
12
George Miller (1956) Konsep ‘magical number 7’ - (7 ± 2)
Dalam satu masa ingatan jangka masa pendek manusia dapat mengingati 5 hingga 9 perkara. Ia merujuk kepada nombor, perkataan, langkah-langkah dan objek.
13
TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM PERISIAN
Perisian digalakkan memaparkan maklumat tidak lebih daripada 9 dalam satu masa Kuantiti maklumat yang disampaikan pada suatu masa perlu dikawal supaya tidak melebihi muatan ingatan jangka masa pendek seseorang. Memastikan maklumat yang disampaikan dapat dienkod oleh otak manusia dan seterusnya disimpan di dalam ruang ingatan jangka masa panjang. Contoh: Bilangan konsep yang boleh diajar dalam satu masa pembelajaran tidak lebih daripada 9 konsep.
14
TEORI FAHAM BINAAN (KONSTRUKTIVISME)
Falsafah pembelajaran yang berpegang pada kepercayaan bahawa: “Melalui pengalaman yang ada, pelajar dapat membina kefahaman masing-masing berkaitan perkara yang berlaku dalam kehidupan.”
15
Samb.. Setiap manusia menjana prinsip kefahaman masing-masing di dalam minda yang dikenali sebagai ‘model minda’ mengikut pengalaman sedia ada. Pembelajaran merupakan proses mengubah suai model minda agar dapat disesuaikan dengan pengalaman baru
16
Prinsip Pembelajaran Teori Konstruktivisme
Pembelajaran ialah suatu proses mencari makna. Pembelajaran dimulakan dengan isu-isu persekitaran yang maknanya dicari oleh pelajar secara aktif Mencari makna berkenaan sesuatu perkara memerlukan kefahaman yang menyeluruh dan juga bahagian-bahagian yang tertentu Guru atau bahan pembelajaran yang disediakan perlu mengambil kira model minda yang dipunyai oleh pelajar Tujuan pembelajaran adalah supaya individu dapat membina kefahaman masing-masing-bukan proses menghafal jawapan yang betul daripada konsep-konsep sedia ada.
17
KONSTRUKTIVISME DALAM PERISIAN
3 prinsip yang perlu ada, iaitu: Pengajaran mestilah melibatkan aspek pengalaman dan persekitaran yang dapat menggalakkan pelajar bersedia untuk belajar. Pengajaran mesti distrukturkan supaya ia dapat diterima oleh pelajar. Pengajaran hendaklah direka bagi memudahkan ekstrapolasi dan/atau mengisi ruang kosong (menjangkau maklumat yang diberi) yang sedia ada dalam diri pelajar.
18
TEORI NEUROSAINS Satu bidang kajian sistem saraf yang ada di dalam otak manusia. Mengkaji kesedaran dan kepekaan otak dari segi asas biologi, persepsi, ingatan dan kaitannya dengan pembelajaran Bagi teori ini, sistem saraf dan otak ialah asas fizikal bagi proses pembelajaran manusia Setiap maklumat yang diproses oleh otak akan mengaktifkan kawasan-kawasan tertentu sahaja di dalam otak
19
Penemuan Teori Neurosains
Otak terbahagi kepada 3 struktur, iaitu: Otak reptilia Otak mamalia atau otak limbik Neokorteks atau otak berfikir Otak bukanlah seperti komputer. Otak ialah satu sistem yang tersusun dan berfungsi secara kendiri. Otak sentiasa berubah apabila ia digunakan dan proses ini berlaku sepanjang hidup manusia.
20
NEUROSAINS DALAM PERISIAN
Pereka bentuk perisian pendidikan yang ingin mengaplikasikan teori neurosains perlu: Menyediakan strategi yang memfokuskan kepada pengalaman sebenar yang berlaku dalam kehidupan Mengintegrasikan idea-idea yang menyeluruh Menggunakan kaedah pengajaran yang mampu menggalakkan aktiviti pemikiran yang kompleks dan pembentukan minda di kalangan pelajar
21
sekian
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.