Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman ‘Abbasiyyah)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman ‘Abbasiyyah)"— Transcript presentasi:

1 Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman ‘Abbasiyyah)
Program Berterusan Jarak Jauh FPI UKM PY1262 SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM (Kuliah 2/Bab 9) Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman ‘Abbasiyyah)

2 OBJEKTIF Bab 9 Mengenali dan mengetahui sistem pendidikan ‘Abbasi.
Mengenal pasti sejarah perkembangan pendidikan Kerajaan ‘Abbasiyyah Mendalami contoh institusi pendidikan pada zaman Kerajaan ‘Abbasiyyah. Bab 9 / 2

3 PENDIDIKAN ZAMAN ‘ABBASIYYAH
Perkembangan pendidikan ‘Abbasi ialah kesinambungan era Umawi. Masjid dan kuttab menjadi institusi pendidikan yang utama. Kurikulum turut ditambah dan mengalami perubahan dari satu zaman dengan zaman yang lain. Kuttab: Tempat mengajar menulis, membaca dan pembelajaran asas ilmu bahasa. Masjid: Dianggap sebagai institusi pengajian tinggi; ajar Tafsir, Hadith, Fiqh, Falak, Sastera, Usul dan Tawhid. Bab 9 / 3

4 PENDIDIKAN ZAMAN ‘ABBASIYYAH
Para pelajar perlu mengukur kelayakan mereka untuk mengikut pengajian di masjid. Pengajian di masjid dikenali sebagai halaqah. Halaqah ini dikenali pula Madrasah sesuatu ilmu seperti Madrasah al-Qur’an. Tidak semua masjid dianggap sebagai IPT; hanya masjid tertentu sahaja. Para pensyarah dilantik oleh kerajaan. Kurikulum dipantau oleh satu badan yang dikenali sebagai Naqib al-Hashimiyyin. Bidang paling aktif ialah perundangan. Bab 9 / 4

5 PENDIDIKAN ZAMAN ‘ABBASIYYAH
Aspek perundangan juga turut diminati oleh Khalifah bagi memudahkan urusan atau permasalahan rakyat yang muncul. Perbincangan atau perdebatan giat berlaku di masjid dengan tujuan untuk mendapat penyelesaian masalah. Halaqah ini turut berperanan sebagai majlis fatwa. Ia bertanggungjawab untuk mencari penyelesaian undang-undang bagi membantu Khalifah. Khalifah terlibat secara langsung dlm halaqah. Bab 9 / 5

6 INSTITUSI AL-AZHAR Ia diasaskan oleh Kerajaan Fatimiyyah (zaman ‘Abbasiyyah juga) yang bermazhab Syiah. Al-Azhar sebenarnya merupakan sebuah masjid yang dibina khas untuk tentera Fatimiyyah yang bermazhab Syiah Isma’iliyyah. Masjid ini dibina pada tahun 361H dan dikenali sebagai Jami’ al-Azhar. Ia menjadi simbol kehebatan kerajaan Syiah Fatimiyyah. Perkembangan ini tidak disenangi ‘Abbasi. Bab 9 / 6

7 INSTITUSI AL-AZHAR Antara yang diajar di al-Azhar ialah pengajaran tafsir al-Qur’an menurut pandangan Syiah. Turut diajar ialah kelas fiqh Syiah. Al-Azhar menjadi pusat pendidikan Syiah yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Fatimiyyah di Kaherah. Asram turut dibina; dari masjid menjadi sebuah institusi pendidikan masyhur. Selain al-Qur’an dan fiqh, dakwah Syiah turut diberi perhatian. Ilmu bukan agama turut diajar. Bab 9 / 7

8 INSTITUSI AL-AZHAR Contoh ilmu: sastera, mantiq dan hisab.
Forum perbincangan hanya dikhaskan untuk ulama Syiah sahaja. Al-Azhar menjadi pusat pengajian Syiah selama hampir 2 abad. Namun ia gagal mensyiahkan penduduk Kaherah yang berfahaman Sunni. Fatimiyyah berjaya ditewaskan oleh Salah al-Din al-Ayyubi pada 1171M. Al-Azhar tukar jadi pusat pengajian Sunni. Ayyubiyyah tunduk patuh kepada Kerajaan ‘Abbasiyyah di Baghdad. Bab 9 / 8

9 INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH
Penubuhan institusi ini dianggap sebagai kemuncak aspek pendidikan di Baghdad. Ia ditubuhkan oleh Perdana Menteri Nizam al-Mulk pada tahun 1065M. Wilayah lain turut mencontohi penubuhan institusi ini. Institusi pendidikan muncul di Naysapur, Isfahan, Herat, Marw dan Mawsil. Penubuhan institusi ini menjadi trend. Al-Nizamiyyah dibina pada zaman Banu Saljuq mentadbir ‘Abbasiyyah. Khalifah hanya simbol pemerintahan sahaja. Bab 9 / 9

10 INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH
Banu Saljuq berjaya ketepikan Banu Buwayh yang bermazhab Syiah daripada meneruskan kekuasaan di Baghdad. Penubuhan institusi ini oleh Perdana Menteri menunjukkan kuasa yang dimiliki. Beliau berjaya mengenepikan Khalifah ‘Abbasiyyah dan juga Sultan Saljuq. Institusi ini mengandungi tiga fakulti; syariah, usuluddin dan sains kemanusiaan. Semua pensyarah dilantik oleh kerajaan. Tujuan penubuhan: melatih cendekiawan untuk berhadapan dengan golongan Syiah. Bab 9 / 10

11 INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH
Pendekatan dilakukan secara ilmiah. Saljuq perlu menghadapi kerajaan Syiah Fatimiyyah di Mesir, Idrisiyyah di Maghrib dan sebelum ini Buwayh di Baghdad. Permasalahan yang timbul ialah idea dan pendekatan Syiah yang nyata berbeza dengan Sunni. Al-Nizamiyyah adalah berasaskan mazhab Syafie, meskipun Nizam al-Mulk adalah mazhab Hanafi. Antara tokoh al-Nizamiyyah: Abu Ishaq al-Shirazi, Abu Hamid al-Ghazali, Ibn Shaddad. Bab 9 / 11

12 INSTITUSI AL-NIZAMIYYAH
Sokongan padu Nizam al-Mulk terhadap golongan Shafi’iyyah menyebabkan mazhab lain tidak senang dengan polisi itu. Peranan utama al-Nizamiyyah adalah untuk memerangi pengaruh Syiah. Dua abad selepas al-Nizamiyyah, muncul pula institusi lain yag turut masyhur dalam sejarah pendidikan ‘Abbasiyyah. Nama: al-Mustansiriyyah yang dibina oleh Khalifah al-Mustansir b. al-Zahri pada 625H. Ia dianggap bangunan tercantik dan mempunyai kelengkapan yang lebih baik. Bab 9 / 12

13 INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH
Tujuan penubuhannya adalah untuk menghapuskan kesan-kesan pemerintahan Saljuq. Ini memandangkan muncul pergeseran antara Khalifah dan pemerintah Saljuq selepas kematian Nizam al-Mulk. Segala kelengkapan diberikan secara percuma (pakaian dan biasiswa). Dibuka untuk semua mazhab, bukan satu mazhab sahaja. Syiah dikecualikan. Ini sesuai dengan peranan Khalifah sebagai pelindung semua umat Islam. Bab 9 / 13

14 INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH
Al-Mustansiriyyah dianggap sebagai IPT terbesar dengan dewan kuliah, asrama, masjid, bangunan pentadbiran & hammam. Ia mengandungi 4 iwan (fakulti/dewan) yang dikhaskan untuk 4 mazhab utama Islam. Setiap iwan mempunyai profesor dan muridnya sendiri. Selain ilmu agama, ilmu lain turut diajar seperti adabiyyah, riyadiyyah, ‘aqliyyah dan tabi’iyyah. Mempunyai Dar al-Qur’an dan Dar al-Hadith sendiri. Bab 9 / 14

15 INSTITUSI AL-MUSTANSIRIYYAH
Ketua pentadbiran (nazir) ialah Qadi Abu al-Najib ‘Abd al-Rahman al-Tikriti. Beliau dibantu oleh beberapa penyelia dan pegawai rendah. Seramai 29 orang diambil bertugas untuk menguruskan hal-ehwal pentadbiran institusi al-Mustansiriyyah. Ia juga mempunyai musalla dan imam tersendiri bagi setiap mazhab. Selain al-Nizamiyyah dan al-Mustansiriyyah, terdapat hampir 75 IPT lain di seluruh jajahan ‘Abbasiyyah. Bab 9 / 15

16 RUMUSAN Zaman ‘Abbasiyyah menyaksikan pencapaian aspek pendidikan menerusi penubuhan al-Nizamiyyah dan al-Mustansiriyyah. Al-Azhar turut ditubuhkan oleh Kerajaan Fatimiyyah untuk menyebarluaskan pengaruh dan fahaman Syiah. Perkembangan pendidikan ‘Abbasi telah diperkemas dan diperkukuhkan dengan mengambil kira semua mazhab dan rakyat. Kebanyakan IPT zaman ‘Abbasiyyah telah musnah, sama ada oleh musuh atau alam. Al-Mustansiriyyah masih kekal hingga kini. Bab 9 / 15

17

18

19

20

21 ↑ Bendera ‘Abbasiyyah Istana lama zaman Abbaisyyah 

22 Al-Mustansiriyyah (dari luar)

23 Al-Mustansiriyyah (dari dalam)

24 Gerbang al-Mustansiriyyah ↑ Menara Masjid di Samarra’ 

25

26

27 Kota Rusafah (dari luar)

28 Kota Rusafah (dari dalam)


Download ppt "Perkembangan Tamadun Islam (Pendidikan Zaman ‘Abbasiyyah)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google