Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSudomo Setiabudi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
BAHAGIAN 2 : FUNGSI PENTADBIRAN MBJ
MANUAL PENGGUNA BAHAGIAN 2 : FUNGSI PENTADBIRAN MBJ SUBMODUL PERHUBUHANGAN MAJIKAN – PEKERJA (MER) MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ)
2
OBJEKTIF DOKUMEN Manual Pengguna Bahagian 2 : Fungsi Pentaabiran MBJ disediakan bagi membantu Setiausaha / Urusetia MBJ agensi menggunakan fungsi-fungsi Pentadbiran MBJ di dalam aplikasi HRMIS2.0
3
MENU-MENU PENTADBIRAN MBJ
Berikut adalah menu-menu yang digunakan oleh agensi di bawah fungsi Pentadbiran MBJ : Permohonan Penubuhan MBJ Permohonan Pindaan Perlembagaan Kemaskini Ahli MBJ Kemaskini Kumpulan Pihak Pekerja, Kesatuan dan Persatuan
4
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
5
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Menu : Pentadbiran MBJ >> Penubuhan MBJ >> Permohonan Penubuhan MBJ Fungsi ini membolehkan agensi untuk melakukan permohonan bagi MBJ yang baru ditubuhkan untuk dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam
6
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Lakukan carian permohonan berdasarkan nama MBJ atau Status Permohonan Bagi permohonan yang baru, klik butang Teruskan dan kemudian klik butang Tambah
7
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Bagi permohonan yang sedia ada pula, klik butang Teruskan Kemudian klik pada pada pautan ID Permohonan
8
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Di muka web seterusnya, isikan borang permohonan penubuhan MBJ berdasarkan ruangan yang disediakan Pertama sekali, isikan ruangan Nama MBJ yang telah ditetapkan oleh agensi anda
9
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Untuk mengisikan ruangan Agensi, klik pada butang Cari untuk mencari agensi yang dikehendaki Pilih nama agensi melalui butang radio paparan treeview senarai agensi
10
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Untuk mengisikan ruangan Nama Ketua Jabatan, klik pada butang Cari untuk mencari pemilik kompetensi yang dikehendaki Masukkan nama atau nombor kad pengenalan pemilik kompetensi yang hendak dicari Klik pada butang radio bagi pemilik kompetensi yang ingin dipilih
11
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Untuk mengisikan ruangan Nama Setiausaha Pegawai, klik pada butang Cari untuk ke muka web seterusnya (popup window) Di dalam popup window tersebut, klik pada butang Cari untuk mencari pemilik kompetensi yang dikehendaki
12
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Masukkan nama atau nombor kad pengenalan pemilik kompetensi yang hendak dicari Klik pada butang radio bagi pemilik kompetensi yang ingin dipilih
13
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Setelah carian nama Setiausaha Pegawai telah dilakukan, masukkan maklumat Tarikh Perlantikan kepada jawatan Setiausaha Pegawai MBJ bagi pemilik kompetensi tersebut Klik butang Teruskan untuk ke proses seterusnya
14
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Untuk mengisikan ruangan Nama Setiausaha Pekerja, klik pada butang Cari untuk ke muka web seterusnya (popup window) Di dalam popup window tersebut, klik pada butang Cari untuk mencari pemilik kompetensi yang dikehendaki
15
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Masukkan nama atau nombor kad pengenalan pemilik kompetensi yang hendak dicari Klik pada butang radio bagi pemilik kompetensi yang ingin dipilih
16
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Setelah carian nama Setiausaha Pekerja telah dilakukan, masukkan maklumat Tarikh Perlantikan dan Tarikh Tamat Perlantikan kepada jawatan Setiausaha Pekerja MBJ bagi pemilik kompetensi tersebut Buat pilihan, sekiranya ada (tidak mandatori), bagi Kumpulan / Kesatuan / Persatuan berdasarkan menu drop down Klik butang Teruskan untuk ke proses seterusnya
17
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Setelah maklumat-maklumat asas permohonan dilakukan, muat naik dokumen perlembagaan MBJ agensi dengan mengklik butang Muat Naik di ruangan Deraf Perlembagaan
18
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Klik butang Choose File untuk memilih fail dokumen tersebut di dalam simpanan komputer anda Format fail yang dibenarkan adalah hanya dalam bentuk .PDF Masukkan keterangan berhubung dengan dokumen yang telah dimuat naik dan klik butang Teruskan
19
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Anda juga boleh memuat naik dokumen sokongan berkenaan penubuhan MBJ agensi anda sekiranya ada (tidak mandatori) Klik butang Muat Naik di dalam ruangan Dokumen Sokongan Lain untuk melakukan operasi ini
20
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Klik butang Choose File untuk memilih fail dokumen tersebut di dalam simpanan komputer anda Format fail yang dibenarkan adalah hanya dalam bentuk .PDF Masukkan keterangan berhubung dengan dokumen yang telah dimuat naik
21
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Setelah semua maklumat telah diisikan, klik pada butang Simpan sebelum penghantaran boleh dilakukan
22
PERMOHONAN PENUBUHAN MBJ
Setelah permohonan berjaya disimpan, klik pada butang Hantar untuk melakukan penghantaran permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk proses kelulusan.
23
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
24
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
Menu : Pentadbiran MBJ >> Pindaan Perlembagaan MBJ >> Permohonan Pindaan Perlembagaan MBJ Fungsi ini membolehkan agensi untuk melakukan permohonan pindaan perlembagaan MBJ untuk dipanjangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam
25
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
Lakukan carian permohonan berdasarkan nama MBJ atau Status Permohonan Bagi permohonan yang baru, klik butang Teruskan dan kemudian klik butang Tambah
26
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
Buat pilihan berdasarkan nama MBJ yang ingin dilakukan untuk proses permohonan pindaan perlembagaan Klik pada butang radio nama MBJ yang berkenaan Klik butang Teruskan untuk ke proses yang seterusnya
27
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
Di dalam ruangan permohonan pindaan perlembagaan, anda boleh mengemaskini maklumat Nama MBJ, Nama Ketua Jabatan, Nama-nama Setiausaha MBJ dan muat naik dokumen-dokumen Terdapat pautan untuk anda melihat dokumen-dokumen MBJ lepas yang pernah dimuat naik oleh agensi anda
28
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
Apabila pautan diklik pada muka yang sebelum, muka web (popup window) akan terpapar yang menyenaraikan semua dokumen MBJ yang pernah dimuat naik oleh agensi anda sebelum ini
29
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
Kembali ke muka web yang sebelum, klik pada butang Muat Naik di dalam ruangan Deraf Perlembagaan untuk memuat naik dokumen perlembagaan yang telah dipinda
30
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
Klik butang Choose File untuk memilih fail dokumen tersebut di dalam simpanan komputer anda Format fail yang dibenarkan adalah hanya dalam bentuk .PDF Masukkan keterangan berhubung dengan dokumen yang telah dimuat naik
31
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
Setelah semua maklumat telah diisikan, klik pada butang Simpan sebelum penghantaran boleh dilakukan
32
PERMOHONAN PINDAAN PERLEMBAGAAN MBJ
Setelah permohonan berjaya disimpan, klik pada butang Hantar untuk melakukan penghantaran permohonan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk proses kelulusan
33
KEMASKINI AHLI MBJ
34
KEMASKINI AHLI MBJ Menu : Pentadbiran MBJ >> Kemaskini Ahli MBJ
Fungsi ini membolehkan agensi untuk mengemaskini maklumat ahli-ahli MBJ agensi
35
KEMASKINI AHLI MBJ Lakukan carian senarai ahli MBJ berdasarkan nama MBJ atau Nombor Pendaftaran MBJ Klik pada pautan nombor pendaftaran MBJ untuk ke proses kemaskini ahli MBJ bagi nama MBJ yang telah dipilih
36
KEMASKINI AHLI MBJ Di muka web seterusnya, senarai ahli-ahli MBJ akan terpapar sekiranya maklumat tersebut pernah diisikan sebelum ini Untuk tambah ahli-ahli yang baru, klik pada butang Tambah
37
KEMASKINI AHLI MBJ Satu muka web dalam bentuk popup window akan terpapar Di dalam popup window tersebut, klik pada butang Cari untuk mencari pemilik kompetensi yang dikehendaki
38
KEMASKINI AHLI MBJ Masukkan nama atau nombor kad pengenalan pemilik kompetensi yang hendak dicari Klik pada butang radio bagi pemilik kompetensi yang ingin dipilih
39
KEMASKINI AHLI MBJ Setelah carian nama ahli telah dilakukan, masukkan maklumat-maklumat seperti Jawatan Sebenar, Jawatan MBJ, Kategori Ahli dan Tarikh Mula/Tamat Perlantikan bagi pemilik kompentensi yang telah dipilih Klik butang Teruskan untuk menyimpan maklumat dan untuk ke proses seterusnya
40
KEMASKINI AHLI MBJ Maklumat ahli yang telah diisikan sebentar tadi akan dimasukkan di dalam senarai ahli MBJ agensi anda
41
KEMASKINI KUMPULAN PIHAK PEKERJA, KESATUAN DAN PERSATUAN
42
KEMASKINI KUMPULAN PIHAK PEKERJA, KESATUAN DAN PERSATUAN
Menu : Pentadbiran MBJ >> Kemaskini Kumpulan Pihak Pekerja, Kesatuan dan Persatuan Fungsi ini membolehkan agensi untuk melakukan mengemaskini maklumat Kumpulan Pihak Pekerja, Kesatuan dan Persatuan di agensi
43
KEMASKINI KUMPULAN PIHAK PEKERJA, KESATUAN DAN PERSATUAN
Lakukan carian Kumpulan Pihak Pekerja, Kesatuan dan Persatuan berdasarkan nama MBJ atau Nombor Pendaftaran MBJ Klik pada pautan nombor pendaftaran MBJ untuk ke proses kemaskini Kumpulan Pihak Pekerja, Kesatuan dan Persatuan bagi nama MBJ yang telah dipilih
44
KEMASKINI KUMPULAN PIHAK PEKERJA, KESATUAN DAN PERSATUAN
Di muka web seterusnya, senarai kemaskini Kumpulan Pihak Pekerja, Kesatuan dan Persatuan bagi MBJ agensi akan terpapar Klik pada butang Tambah untuk mewujudkan rekod baru bagi Kumpulan Pihak Pekerja, Kesatuan dan Persatuan
45
KEMASKINI KUMPULAN PIHAK PEKERJA, KESATUAN DAN PERSATUAN
Satu muka web dalam bentuk popup window akan terpapar Isikan maklumat nama Kumpulan Pihak Pekerja, Kesatuan dan Persatuan dan buat pilihan Komposisi Pihak Pekerja serta status keaktifan kumpulan tersebut. Klik butang Teruskan setelah semua maklumat telah diisikan
46
KEMASKINI KUMPULAN PIHAK PEKERJA, KESATUAN DAN PERSATUAN
Maklumat yang telah diwujudkan sebentar tadi akan terpapar di dalam senarai Kumpulan Pihak Pekerja, Kesatuan dan Persatuan MBJ agensi
47
TAMAT - BAHAGIAN 2 : FUNGSI PENTADBIRAN MBJ
* Sila rujuk Manual Pengguna Bahagian 3 : Fungsi Mesyuarat MBJ bagi proses seterusnya
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.