Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
SESI 3 : 1.3 HAK ASASI KANAK-KANAK
2
KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK
3
PENGENALAN Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentang Dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 44 pada 20 Nov dan diterimapakai. Merupakan satu dokumen perundangan Kini hampir 191 buah negara telah menandatangi Konvensyen ini. Konvensyen ini telah digunapakai pada 2 Disember 1990 Konvensyen ini merupakan satu dokumen penting bagi membincangkan hak kanak-kanak. Sebelum ini terdapat suratcara - suratcara antarabangsa yang membincangkan tentang kanak-kanak tetapi secara sebahagian daripada dokumen induk yang membincangkan hal -hal berkaitan dengan keluarga, wanita dan lain-lain. Oleh yang demikian CRC ini telah menunjukkan bahawa kanak-kanak telah diperakukan sebagai satu entiti yang berasingan dan perlukan satu dokumen yang berasingan. SEJARAH KONVENSYEN Kempen Menyelamatkan Kanak-Kanak dimulakan oleh Eglantine Jebb Deklarasi Mengenai Hak Kanak-Kanak diterima oleh League of Nations (Negara-Negara Liga) di Geneva. Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan penerimaan Deklarasi Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Manusia. Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu menerima Deklarasi Mengenai Hak Kanak-Kanak. Tahun Antarabangsa Untuk Kanak-Kanak. 10 Perkara dalam Deklarasi tersebut telah disebarkan secara meluas. Kerajaan draf Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak telah selesai Konvensyen ini telah diterima oleh Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 Nov Konvensyen ini telah berkuatkuasa mulai 2 Sept 1990 sebagai Undang-Undang antarabangsa
4
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) TETAPKAN HAK-HAK ASASI MANUSIA
5
PENGENALAN Pada Feb. 1995, Malaysia telah menerima Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dengan beberapa reservasi Konvensyen ini telah ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Disember 1994
6
APAKAH KONVENSYEN HAK KANAK-KANAK ?
Satu dokumen – Memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada : Pengabaian Penderaan Eksploitasi Menjamin kanak-kanak mendapat haknya.
7
Melalui Konvensyen ini, buat kali pertamanya kanak-kanak di akui sebagai individu dengan hak membesar secara fizikal, mental dan sosial dengan potensi yang ada pada mereka dan mengeluarkan pandangan mereka secara bebas.
8
KENAPA CRC DIPERLUKAN Banyak negara tiada struktur perundangan bagi
kanak-kanak. Perkembangan sihat kanak-kanak amat penting Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa Kanak-kanak mudah terjejas oleh apa yang dilakukan atau tidak dilakukan Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi 1. Di dalam kebanyakan masyarakat, tidak terdapat struktur berupa perundangan atau sosial terutamanya yang tertumpu kepada hak kanak-kanak. 2. Perkembangan sihat kanak-kanak adalah amat penting bagi masa depan mana-mana masyarakat. 3. Kanak-kanak adalah lebih lemah berbandinng orang dewasa di dalam menghadapi keadaan-keadaan dimana mereka menjalani kehidupan. 4. Kanak-kanak adalah lebih terjejas oleh apa yang dilakukan atau tidak dilakukan oleh kerajaan berbanding kumpulan-kumpulan umur yang lain. 5. Kanak-kanak tidak boleh mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik serta kuasa ekonomi. Kerap kalinya suara mereka tidak akan diberi perhatian.
9
CRC adalah unik kerana:-
COMPREHENSIVE UNIVERSAL UNCONDITIONAL HOLISTIC Konvensyen ini unik kerana:- Konprehensif - Merupakan satu dokumen merangkumi hak sivil, politik, ekonomi dan kebudayaan bagi kanak-kanak. Univesal Terpakai kepada semua kanak-kanak seluruh dunia Tanpa syarat / Unconditional - Menghendaki kerajaan mengambil tindakan dengan apa cara melindungi kanak-kanak Holistik / Menyeluruh Menegaskan bahawa semua hak adalah penting, tak boleh di bahagi-bahagikan, saling bersandaran dan sama rata
10
PRINSIP-PRINSIP KONVENSYEN
Kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan. Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan. Kepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberi keutamaan. Kanak-kanak harus diberi peluang melibat diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberi kebebasan menyuarakan pendapat mereka. Perkara 1 Umur di bawah18 tahun ini tertakluk kepada negara mana kanak-kanak itu berada. Sekiranya negara tersebut iktiraf umur 19 sebagai kanak-kanak maka umur tersebut digunapakai.
11
PELAKSANAAN KONVENSYEN
Kerajaan-kerajaan negara, setelah menyokong Konvensyen, bertanggungjawab memastikan hak-hak asasi kanak-kanak direalisasikan. Perkembangan akan dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu. Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi khusus, seperti UNICEF telah diundang untuk mengemukakan pemerhatian dan pandangan mereka.
12
SIAPA KANAK-KANAK ? UMUR BAWAH 18 TAHUN
13
PRINSIP AM Hendaklah menhormati dan menjamin hak-hak kanak-kanak
dari apa-apa jenis diskriminasi tanpa mengira warna kulit, jantina, bahasa, agama, pendapat politik atau lain-lain pendapat, asal-usul kebangsaan, kaum atau sosial, hartabenda, kecatatan, kelahiran atau lain-lain status kanak- kanak itu atau ibubapa atau penjaga sahnya. PENGECUALIAN (Artikel 2(1) Dalam kontek Malaysia, negara ini terikat dengan Perlembagaan yang digunapakai yang melibatkan Dasar Bumiputra, keistimewaan kepada orang-orang Melayu/penduduk native di Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Islam sebagai Agama rasmi dan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.
14
STRUKTUR Konvensyen ini mengandungi mukadimah dan 54 perkara
41 perkara merangkumi hal yang berkaitan dengan hak kanak-kanak 4 perkara merangkumi hal penguatkuasaan 9 perkara meliputi pengesahan dan penguatkuasaan
15
Mukadimah dalam CRC Memperakui setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik, kenegaraan, kedudukan sosial, kecacatan dan lain-lain status.
16
Memberi penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan mengesyorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan yang perlu untuk mereka mampu menjalankan tanggungjawab mereka
17
Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah dibangunkan sepenuhnya. Ianya handaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman
18
Mengingati bahawa kanak-kanak itu belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan pelindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya
19
Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan pertimbangan khas
20
Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi dan kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak
21
Mengiktiraf pentingnya kerjasama antarabangsa bagi memperbaiki keadaan hidup kanak-kanak dalam tiap-tiap negara, khususnya negara membangun
22
TIGA PRINSIP UTAMA KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK
Kanak-kanak ialah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kecualian dan tiada diskriminasi Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan kepada prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child )
23
HAK-HAK KANAK-KANAK Hak Kehidupan Hak Perlindungan Hak Perkembangan
Hak Penyertaan
24
Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
Hak Kehidupan Hak kehidupan didefinisikan dalam skop yang terhad untuk memastikan keperluan asas dalam peruntukan CRC ini merangkumi makanan, tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan. Ini merangkumi hak untuk hidup dan hak untuk mendapat standard kesihatan dan perubatan yang tinggi. (Perkara 6 dan 12)
25
Hak Kehidupan Memastikan keperluan asas :- makanan tempat tinggal
air minuman bersih jagaan kesihatan
26
Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
Hak Perlindungan Perkara ini termasuk perlindungan dari diskriminasi, penderaan dan pengabaian, perlindungan untuk kanak tanpa keluarga dan perlindungan kepada kanak-kanak pelarian. (Perkara 16, 19, 20, 22, 32, 34, 35 dan 36)
27
Hak Perlindungan Perlindungan daripada :-
penderitaan seksual , fizikal dan exsploitasi pengabaian penyalah gunaan Dadah diskriminasi
28
Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
Hak Perkembangan Ini termasuk semua jenis pendidikan (formal dan non-formal) dan hak kepada ‘standard of living’ yang mana meliputi fizikal, mental, kerohanian, moral dan sosial melalui pendidikan formal, penjagaan kesihatan yang baik, peluang untuk turut serta (opportunity to participate) dalam aktiviti sosial, ekonomi, keagamaan dan politik dan bebas dari diskriminasi (Perkara 6, 7, 12, 13, 14, 17, 24, 28 dan 29)
29
Hak Perkembangan persekitaran yang selamat pendidikan
constructive play kemudahan kebebasan daripada diskriminasi
30
Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
Hak Penyertaan Ini merangkumi hak kanak-kanak kepada maklumat, mengemukakan pandangan dalam semua hal yang melibatkan / memberi kesan kepada mereka, bertemu dengan kawan-kawan dan menyertai atau menubuhkan pertubuhan (Perkara 12, 13, 15, 17 dan 18)
31
Hak Penyertaan Semua Kanak-kanak berhak :-
berjumpa dengan kanak-kanak lain dan berkawan , menyertai kelab atau persatuan, memberi pandangan mereka , Konvensyen ini mengiktirafkan kanak-kanak sebagai individu dengan hak untuk berkembang secara mental, fizikal dan sosial.
32
HAK KANAK-KANAK BERDASARKAN PANDANGAN ISLAM
33
”كل مولود يولد على الفطرة، فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه“
HADIS NABI S.A.W. ”كل مولود يولد على الفطرة، فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه“ “Setiap orang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih), maka kedua ibubapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”. 33 uao edited by ibn ibrahim 33
34
Kesuburan aqal yang pantas Berkembangnya paru-paru dengan meluas
PERINGKAT UMUR 2 – 6 TAHUN Kesuburan aqal yang pantas Berkembangnya paru-paru dengan meluas Potensi menerima latihan amat tinggi Kanak-kanak cepat terpengaruh dengan apa yang dilihat Muncul naluri ingin tahu, sekiranya dia tidak menemui sesuatu yang boleh memuaskannya, maka naluri ini akan pudar dan padam yang akhirnya menjadi punca kepada sikap liar. uao edited by ibn ibrahim 34
35
CARA-CARA UNTUK MENERAPKAN AQIDAH
Memahami dan mempercayai Menimbulkan minat dan kecenderungan Melatih dan membiasakan diri 35 uao edited by ibn ibrahim 35
36
HADIS NABI SAW. ”مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع واضربوهم عليها وهم أبناء عشر، وفرقوا بينهم في المضاجع“ “Suruhlah anak-anak kamu sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun, pukullah mereka kerananya dalam usia sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”. 36 uao edited by ibn ibrahim 36
37
HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK - PANDANGAN ISLAM
1- “Pilihlah tempat meletak benih kamu kerana keturunan itu berjangkit” , ‘Elakkan perempuan cantik yang dibesarkan di tempat kotor” (Hadis) 2- Menyampaikan kepada kanak-kanak suara iman ketika dia dilahirkan. 3- Mengkhatan dan menyembelih aqiqah untuknya pada hari ketujuh dia dilahirkan. 4- Memilih nama untuknya kerana nama ditujukan kepada tuannya. uao edited by ibn ibrahim 37
38
HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK - PANDANGAN ISLAM
5- Penyusuan penting kerana ia mampu mengubah perangai si anak. 6- Memberi didikan akhlak dan membekalkannya dengan adat kebiasaan yang baik. 7- Tidak membebankannya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung olenya. 8- Berlaku adil dengan anak-anak. 9- Melatih anak dengan kebersihan dan kesihatan tubuh badan. uao edited by ibn ibrahim 38
39
HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK - PANDANGAN ISLAM
10- Berbelanja dengan murah hati terhadap mereka. 11- Memilih guru-guru dari kalangan orang yang baik-baik. 12- Percayakan kanak-kanak dan menghormatinya. 13- Menyediakn keperluan hidup seberapa yang mampu. 14- Memberi pelajaran yang benar kepada mereka. 15- Memberi perhatian terhadap kesihatan anak-anak dan merawat mereka. uao edited by ibn ibrahim 39
40
HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK - PANDANGAN ISLAM
16- Bergembira mendapat anak perempuan dan jangan bersedih dengan kelahirannya. 17- Membenarkan anak-anak bermain dan mewujudkan tempat-tempat yang sesuai untuk mereka. 18- Mendorong kanak-kanak melakukan kebaikan. 19- Mendidik anak-anak bercakap benar. 20- Mengajar anak-anak apa yang boleh mendatangkan faedah untuknya. uao edited by ibn ibrahim 40
41
Aktiviti : Analisis Video Tugasan :
Berdasarkan video yang ditayangkan, kenal pasti dan bincangkan Hak Asasi Kanak-kanak yang diabaikan. Video “Hak Asasi Kanak-kanak” (pilihan klip 1 atau klip 2) 41
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.