Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142)"— Transcript presentasi:

1 PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142)
BAB 8 : ALAT PENGARANGAN MULTIMEDIA

2 Pengenalan Alat pengarangan merupakan alat yang bertanggungjawap untuk menggabungkan data supaya ia dapat dipersembahkan untuk pembelajaran, latihan mahupun untuk hiburan. Pengarangan (authoring) merujuk kepada pengaturcaraan yang dibuat oleh bukan pengaturcara (programming by non-programmers). Alat pengarangan merujuk kepada perisian yang akan digunakan.

3 4 perspektif alat pengarangan
Alatan (tools) Pakej perisian yang mengarang produk multimedia. Termasuk pengaturcaraan (C++) dan perisian grafik (Photoshop). Produk (atau aplikasi) Hasil dari gabungan kandungan/prosidur dengan menggunakan alat pengarangan.

4 Pembangun Pengaturcara (programmer), pengarang (author) multimedia dan pereka (designer) produk multimedia. Pengguna Pelanggan yang menggunakan produk multimedia.

5 Pemilihan Alatan Multimedia
Alat pengarangan bagi multimedia adalah berbeza-beza dari aplikasi pemproses kata yang mudah sehinggalah ke persekitaran multimedia yang kompleks. Pemilihan alat untuk membangunkan produk multimedia bergantung kepada bilangan keperluan yang dikehendaki oleh pengguna.

6 Kriteria pemilihan alatan
Fungsi Pemahaman yang lengkap bagaimana produk akan terhasil, selalunya bergantung kepada padangan dari pengguna. Kandungan Format, bilangan atau jenis data yang akan digunakan di dalam produk tersebut.

7 Perkakasan Platform perkakasan yang dijangka untuk ‘run’ produk. Ia juga meliputi keperluan paparan dan juga kemudahan audio dan video. Perisian Keperluan perisian seperti system pengendalian (operating system) ataupun antaramuka dengan perisian lain seperti pangkalan data.

8 Persembahan Kelajuan dan keberkesanan yang dijangka semasa menggunakan produk. Selalunya memerlukan ruang storan yang besar kerana menyimpan data yang terdiri dari pelbagai media.

9 Antaramuka pengguna ‘screen layout’, persembahan data, kedudukan kawalan dan visual kepada pengguna. Anataramuka pengguna bergantung kepada kebolehan pengguna itu sendiri. Jadi, pembangun perlu tahu setakat mana pengetahuan atau kemahiran pengguna. Jika pengguna kurang mempunyai pengetahuna komputer, antaramuka mestilah mudah dan ringkas.

10 ‘Maintenance and update’
Pangkalan data Pembangun perlu tentukan samada produk memerlukan pangkalan data atau tidak. Ini selalu bergantung kepada bilangan data yang perlu disimpan di dalam produk.  ‘Maintenance and update’ Kebanyakan produk multimedia sentiasa berubah dan dikemaskini kandunganya. Maka ia memerlukan sokongan sepanjang masa supaya pengguna tidak bertukar ke produk yang lain.

11 Ciri Alatan Multimedia
Muka (page) Muka disini mempunyai istilah yang berbeza bergantung kepada produk yang digunakan. Antara istilah lain yang biasa digunakan ialah bingkai (frame), pentas (stage), template ataupun tertingkap (window). Muka berperanan sebagai bekas (container) untuk objek lain seperti teks, grafik atau kawalan (eg : buttons). Selalunya ia berupaya menyediakan kesan (effects) pada paparan seperti ‘fade in/out’ pada skrin.

12 Kawalan Kawalan membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan produk.
Kawalan juga digunakan untuk menguruskan aliran data, mengumpul data ataupun menguruskan objek seperti ‘zooming’ dan kawalan video

13 Data Data bergantung kepada alat pengarangan yang digunakan.
Data akan disimpan sebagai sebahagian daripada aplikasi atau sebagai fail luar yang akan dicapai apabila program dilarikan. Data yang disimpan di dalm apliaksi dapat dicapai dengan lebih pantas berbanding dengan yang disimpan di luar aplikasi. Tetapi data yang disimpan di luar memerlukan masa yang singkat untuk memulakan program.

14 Jenis-jenis data termasuklah :
Lagi kebaikan penggunaan data luaran ialah jika pengemaskinian dilakukan, ia tidak akan melibatkan laat pengarangan langsung. Jenis-jenis data termasuklah : Teks Grafik Audio Video Pangkalan data

15 Larian (execution) Larian merupakan proses yang mengawal persembahan dan jujukan aplikasi.

16 2 aspek penting : perkakasan dan perisian.
Perkakasan memerlukan ingatan yang besar dan kelajuan pemproses yang tinggi. Manakala perisian pula sering bertukar versi dan cepat berkembang. Selalunya ia merupakan aturcara komputer aras tinggi.

17 Terdapat pelbagai bidang yang boleh dibangunkan dengan menggunakan alat pengarangan multimedia seperti : Persembahan (presentation) Hiburan Pengiklanan Rujukan Pelajaran Simulasi

18 Terdapat pelbagai aplikasi tambahan di pasaran antaranya :
Untuk membina aplikasi multimedia, aplikasi tambahan diperlukan untuk edit teks, grafik, animasi, bunyi dan video. Terdapat pelbagai aplikasi tambahan di pasaran antaranya : Painting and Drawing – MacDraw Pro Illustrator Image Editing – Photoshop Sound Editing – Sound Edit Video Editing – Premiere

19 Alat Pengarangan Interaktif
Berdasarkan kad/halaman (card/page) Berdasarkan ikon (icon) Berdasarkan masa (time)

20 1. Pengarangan berdasarkan kad
Pengarangan berdasarkan kad merupakan satu metafor ringkas. Elemen disusun sebagai : Halaman spt buku (eg : Toolbook) ‘Stack of cards’ (eg : HyperCard

21 Ia berasaskan objek (object oriented).
Di mana objek boleh terdiri daripada : Grafik Butang Medan teks Halaman dan kad

22 Hypercard adalah satu perisian yang mudah.
Oleh itu bukan pengaturcara juga boleh membangunkan aplikasi tanpa apa-apa pengetahuan pengaturcaraan. HyperCard membina projek yang dipanggil ‘stacks’ yang dibina dari kad. Maklumat disimpan sebagai set kad indeks. Elemen yang digunakan ialah seperti ‘stacks’, kad, medan dan butang.

23 2. Pengarangan berdasarkan ikon
Pengarangan berdasarkan ikon merupakan satu kaedah pengaturcaraan secara visual. Ia dimulakan dengan membina ‘flowchart’ dengan ‘drag & drop’ ikon dari perpustakaan (library) yang telah disediakan.

24 Kemudian aplikasi boleh dihalusi dengan edit ‘flowchart’.
Apabila flowchart dibina, pembangun perlu menambah kandungan dengan teks, grafik, animasi, bunyi dan video. Kemudian aplikasi boleh dihalusi dengan edit ‘flowchart’. Edit dapat dilakukan dengan menukar ikon dan sebagainya.

25 Authorware boleh import fail luar untuk digunakan.
Authorware boleh digunakan pada Macintosh dan juga pada komputer peribadi. Ia mempunyai antaramuka yang hampir sama bagi kedua-dua system pengendalian. Authorware boleh import fail luar untuk digunakan. Ia juga mempunyai Sound Editor tersendiri iaitu SoundWave.

26 Ia amat berguna sebagai alat untuk ‘storyboarding’.
Authorware dapat digunakan untuk membina aplikasi interaktif tanpa ‘scripting’ – tiada aturcara diperlukan. Ia amat berguna sebagai alat untuk ‘storyboarding’. Kebaika : satu perisian yang mudah. ‘drag & drop’ ikon ke flowchart. Ia juga menyediakan kemudahan untuk jejak tindakbalas pengguna dan mengawal laluan input pengguna.

27 3. Pengarangan berdasarkan masa
Pengarangan berdasarkan masa merupakan alat pengarangan multimedia yang paling selalu digunakan. Ia menggunakan ‘timeline’ di mana metafornya seperti ‘reel of film’. Semua elemen dipersembahkan di atas ‘score’ melalui beratus-ratus ‘frames’ individu. Ia lebih popular kerana sesuai untuk membina aplikasi yang terperinci dan terkawal.

28 Terdapat beberapa keburukan :
Agak sukar untuk dipelajari Menggunakan ‘scripting’ – perlu bahasa pengaturcaraan untuk aplikasi yang lebih dinamik Contoh bahasa pengaturcaraan : Lingo

29 Contoh alat mengarangan berdasarkan masa ialah Macromedia Director
Ia merupakan satu alat pengarangan multimedia yang baik. Director sesuai untuk membina aplikasi seperti : Persembahan multimedia Animasi Aplikasi multimedia interaktif

30 Keburukan pembelajaran yang tinggi sukar untuk dipelajari.
pembelajaran bahasa pengaturcaraan iaitu Lingo.

31 Tutorial Bab 8 Terangkan perspektif alat pengarangan?
Bincangkan kriteria pemilihan alatan pengarangan multimedia. Apakah 3 kumpulan aplikasi alat pengarangan interaktif multimedia? Berikan satu contoh bahasa pengarangan yang terdapat di dalam alat pengarangan. Apakah kebaikan dan keburukan alat pengarangan berdasarkan masa.


Download ppt "PENGENALAN KEPADA SISTEM MULTIMEDIA (WXET 3142)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google