Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
ISU-ISU KOKURIKULUM
2
1. Pelantikan Guru Penasihat
Pelantikan Guru Penasihat tidak berdasarkan Akta Pendidikan 1996 “Perintah Am” Seseorang Guru yang tidak masuk kelas untuk mengajar atau tidak menghadiri aktiviti kokurikulum sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan di dalam jadual waktu/ takwim adalah dianggap telah melanggar Peraturan Sekolah dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
3
Pengurusan Badan Beruniform/Kelab/Persatuan.
Semua Badan Beruniform yang tidak diluluskan pendaftarannya dikira tidak sah dan segala implikasi undang-undang adalah di bawah tanggungjawab Pengetua/Guru Besar. Penubuhan Persatuan seperti Persatuan Agama Hindu/Buddha/Kristian dan sebagainya mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas 9/2000 (Kelulusan mestilah daripada Pengarah Pelajaran selaku Pendaftar).
4
Istilah yuran tidak boleh digunakan,sebaliknya digantikan dengan istilah derma atau sumbangan.
Semua kutipan mestilah mengikut peraturan Akta 1996 dan di bawah pengawasan Pengetua/Guru Besar. Aktiviti kokurikulum hendaklah dijalankan sepanjang tahun,tiada pengecualian bagi kelas peperiksaan,namun begitu pengisian aktiviti hendaklah menjurus ke arah memantapkan dan mengukuhkan kurikulum.
5
Pemantauan aktiviti kokurikulum hendaklah dilakukan oleh pihak pengurusan kokurikulum untuk memastikan keberkesanan pengurusan sesuatu badan beruniform/kelab/persatuan. Sekolah perlu menyediakan pelaporan,dokumentasi dan penilaian bagi setiap program yang dijalankan di sekolah.
6
2. Takwim Sekolah Sekolah diminta memastikan bahawa aktiviti Merentas Desa,Sukan Tahunan dan Perkhemahan dimasukkan dalam Takwim Sekolah. 3 jenis aktiviti ini wajib dilaksanakan di peringkat sekolah. Pihak sekolah diminta menghantar satu salinan Takwim Sekolah ke PPD pada atau sebelum 31 Januari setiap tahun (U.P : Penyelia Kokurikulum)
7
3. Mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum
Setiap sekolah wajib tubuhkan JK Kokurikulum sekolah berdasarkan SPI / 1985 ( Perlu wujudkan Carta Organisasi Kokurikulum ) Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah juga perlu ditubuhkan. Jawatankuasa ini mesti di pengerusikan oleh Guru Besar/Pengetua. Setiap mesyuarat mesti mempunyai minit.
8
4. Kelab Seni Mempertahankan Diri.
Semua Kelab Seni Mempertahankan Diri/Bela Diri dimasukkan dalam Badan Beruniform. Perlantikan personel atau jurulatih luar mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Unit Pendaftaran JPNJ. Rujuk SPUP Bil 2/1997 JPS 7780 – Panduan Penubuhan Dan Pengurusan Kelab TaekwonDo/Seni Mempertahankan Diri. Kebenaran Jurulatih Luar hendaklah diperbaharui setiap tahun.
9
4. Kelab Seni Mempertahankan Diri.
Murid tidak dibenarkan menyertai sebarang pertandingan melainkan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.Bila menyertai mana-mana pertandingan /aktiviti yang dianjurkan oleh pihak luar,hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Pengetua/Guru Besar dan PPD. Jurulatih yang dijemput oleh pihak sekolah dan diluluskan oleh PPD/JPN sahaja yang boleh menjalankan aktiviti di sekolah.
10
4. Kelab Seni Mempertahankan Diri.
Jurulatih dilarang mewakilkan kepada orang lain untuk melatih murid sekolah berkenaan. Setiap sesi latihan mestilah dihadiri dan diawasi oleh guru penasihat persatuan/kelab supaya tidak berlaku unsur-unsur pencabulan kehormatan murid dalam apa bentuk pun,secara langsung atau tidak langsung.Pastikan keselamatan pelajar terjamin. Semua sesi latihan hendaklah diadakan di premis sekolah berkenaan sahaja,melainkan mendapat kebenaran bertulis daripada PPD.
11
4. Kelab Seni Mempertahankan Diri.
Pihak sekolah diingatkan bahawa latihan yang dibuat di hari-hari cuti umum adalah dilarang lebih-lebih lagi sekiranya guru penasihat/bertugas tidak dapat hadir bersama untuk tugas penyeliaan dan pengawasan.
12
5. Penilaian Aktiviti Kokurikulum.
Penilaian aktiviti sekolah Rendah dan Menengah adalah Wajib berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah wajib membuat penilaian setiap tahun.Tahap pencapaian hendaklah direkodkan.Skala A - E digunakan. Setiap sekolah dikehendaki mengemukakan laporan keputusan penilaian kokurikulum apabila diminta oleh pihak Kementerian, Jabatan, PPD ataupun Nazir.
13
6. Gagal dan Enggan menghadiri Kokurikulum.
Semua pelajar dan guru wajib menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan 1996 Garis Panduan / Peraturan Tetap mengenai perkara ini mestilah dimasukkan dalam Peraturan Sekolah. Penjaga/Ibu Bapa dimaklumkan secara bertulis mengenai wajibnya menyertai aktiviti kokurikulum berdasarkan Akta Pendidikan yang sedia ada.
14
6. Gagal dan Enggan menghadiri Kokurikulum.
Sekiranya pihak ibu bapa masih enggan menghantar anak untuk aktiviti kokurikulum pihak sekolah berhak memberikan pangkat E atau gagal dalam Sijil Penilaian Kokurikulum dan akan direkodkan dalam Sijil Berhenti Sekolah. (Rujuk peraturan 4 dalam peraturan-peraturan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai warta kerajaan jilid 42/No 11 (Tambahan No 41). Perundangan
15
7. Cuti Umum dan Hari Sabtu
Pihak sekolah hendaklah menghormati keputusan kerajaan yang telah menetapkan 5 hari bekerja. Seboleh-bolehnya tidak diadakan sebarang aktiviti sekolah melebihi 2 sabtu yang diberikan kelonggaran. Jika aktiviti yang dirancang tidak dapat dielakkan pelaksanaannya pada hari Sabtu berkenaan, hendaklah mendapat persetujuan bertulis daripada murid,guru dan ibu bapa.
16
8. Majlis Rasmi Sekolah/Pengendalian Majlis Rasmi
Pihak sekolah diminta menubuhkan jawatankuasa protokol sekolah yang dipengerusikan oleh pengetua/guru besar. Pihak sekolah diminta melengkapkan keperluan protokol. Dalam mengendalikan majlis rasmi yang melibatkan tetamu kehormat,sila dapatkan khidmat nasihat dari PPD/JPN.
17
9. Garis Panduan / Peraturan Dalam Aktiviti Kokurikulum
Semua sekolah diminta menyediakan garis panduan/peraturan keselamatan secara bertulis melibatkan aktiviti-aktiviti berikut : a. Perkhemahan. b. Lawatan sambil belajar/pelancongan. c. Penggunaan alatan sukan yang berisiko tinggi. d. Aktiviti-aktiviti lasak. e. Aktitiviti yang melibatkan air.
18
10. Akta Pelancongan 1957. Pihak sekolah yang ingin membuat lawatan/melancong mesti mematuhi prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan keselamatan dan langkah-langkah keselamatan secara bertulis hendaklah diberi kepada pelajar-pelajar sebelum sesuatu lawatan dilaksanakan.
19
10. Akta Pelancongan 1957. Sebarang lawatan rasmi anjuran sekolah perlu mendapatkan kelulusan pihak JPN/PPD dan memaklumkan dan mendapat kebenaran pihak ibu bapa/penjaga murid. ( rujuk pekeliling berkaitan lawatan /lawatan di hari persekolahan )
20
11. Borang Kebenaran Penjaga/Ibu Bapa
Frasa yang menyatakan ‘pihak sekolah tidak bertanggungjawab’ tidak boleh digunakan lagi.Sila Rujuk surat pekeliling. Walau bagaimanapun,borang berkenaan tidak dianggap sebagai dokumen yang sah dari sudut undang-undang.
21
11. Borang Kebenaran Penjaga/Ibu Bapa
Sekolah dinasihatkan untuk mendaftarkan borang kebenaran ibubapa/penjaga yang membenarkan anaknya menyertai aktiviti kokurikulum dalam tempoh tahun berkenaan. Semua pelajar mestilah menyertai Skim Insuran Takaful.
22
TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.