Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 7: PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 7: PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN"— Transcript presentasi:

1 BAB 7: PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 7: PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN

2 PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN
Hawa nafsu ialah suatu perasaan dalam diri manusia yang sentiasa menginginkan kesenangan dan kebahagian. Hawa nafsu sentiasa mendorong manusia kepada kesenangan dan mengutamakan dunia, tetapi Allah menyeru kita supaya mengawal diri dari keinginan hawa nafsu. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

3 PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN
Sesiapa yang gagal mengawal hawa nafsunya, maka dia akan terjerumus dalam perbuatan-perbuatan yang dapat merosakkan dirinya. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

4 PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN
Jenis-jenis hawa nafsu: Nafsu Ammarah bissu’ Nafsu Lawwamah Nafsu Muthmainnah 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

5 1. NAFSU AMMARAH BISSU’ Iaitu keinginan nafsu yang banyak memerintah atau mengarah manusia kepada keburukan perilaku dan kerosakan akhlak. Nafsu yang paling rendah derajatnya. Sesiapa yang memiliki nafsu ini, akan rasa mudah untuk membuat keburukan serta tidak mempedulikan perintah Allah dan larangan-Nya. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

6 1. NAFSU AMMARAH BISSU’ Jenis nafsu ini sama sekali tidak dirahmati Allah s.w.t. Seperti dinyatakan oleh Nabi Yusuf dalam al-Quran: “…Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:53) 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

7 2. NAFSU LAWWAMAH Iaitu nafsu yang mencela pemiliknya atas segala perbuatannya yang buruk dan mengingatinya pula atas segala perbuatannya yang baik. Bila perbuatan itu buruk, maka nafsu itu akan menyesal dan menghina perlakunya. Nafsu lawwamah akan menganalisa setiap perbuatan yang dikerjakan. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

8 2. NAFSU LAWWAMAH Nafsu lawwamah mempunyai derajat yang lebih tinggi dari nafsu al-ammarah bi al-suu’ kerana selalu menginginkan kebaikan. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

9 3. NAFSU AL-MUTHMAINNAH Iaitu nafsu yang kembali dan tunduk kepada Allah serta yakin bahawa Allah adalah Tuhannya. Sentiasa berasa tenang dengan perintah Allah, dengan mentaatinya dan yakin akan berjumpa dengan-Nya. Nafsu yang mempunyai derajat yang tertinggi. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

10 3. NAFSU AL-MUTHMAINNAH Sentiasa memperolehi kekuatan dalam melaksanakan ibadah kepada Allah atau dalam berbuat baik kepada manusia. Allah mengurniakan pahala bagi orang yang mempunyai nafsu ini. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

11 GODAAN SYAITAN Selain dianjurkan menjaga diri dari kejahatan nafsu, kita juga perlu dianjur untuk menjaga diri dari kejahatan syaitan yang sentiasa menggoda manusia. Tipu daya syaitan menjadi penyebab kejahatan dan kerosakan nafsu manusia. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

12 GODAAN SYAITAN Firman Allah s.w.t:
“Dan katakanlah, “Ya Tuhanku, aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan dan aku berlindung (pula) kepada Engkau, ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku.” (al-Mukmin:97-98) 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

13 GODAAN SYAITAN Syaitan menggoda manusia dengan pelbagai cara. Contohnya, syaitan melalaikan hati manusia dalam melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan berzikir. Syaitan akan menimbulkan rasa was-was dan kekeliruan kepada manusia dalam perkara yang baik. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

14 GODAAN SYAITAN Godaan syaitan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Oleh itu penting untuk kita sentiasa meminta perlindungan kepada Allah s.w.t agar tidak terpengaruh dengan kejahatannya. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7

15 KELEMAHAN KUASA SYAITAN
Syaitan tidak mempunyai kuasa terhadap manusia yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. Manusia hendaklah menjaga hati dari dilalaikan oleh syaitan dengan mengingati Allah s.w.t. beristighfar dan bertaubat. 2008 KBM 3 AKHLAK BAB 7


Download ppt "BAB 7: PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google