Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL (Plural Society Formation)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL (Plural Society Formation)"— Transcript presentasi:

1 PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL (Plural Society Formation)
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA’ZIM FAKULTI SAINS, SASTERA DAN WARISAN PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL (Plural Society Formation) Latarbelakang Alam Melayu Pluraliti Alam Melayu Pluralistik Zaman Penjajahan Pluralistik Pasca Penjajah

2 Pengenalan (Introduction)

3 Definsi Pluraliti Istilah yang digunakan untuk merujuk kpd masyarakat pelbagai bangsa di Alam Melayu sebelum kehadiran penjajah yang terbentuk melalui proses semulajadi tanpa sebarang pemaksaan.

4 Definsi Pluralistik Istilah yang digunakan untuk merujuk kpd masyarakat pelbagai bangsa di Tanah Melayu selepas kehadiran penjajah yang membawa masuk pendatang dari China dan India untuk kepentingan ekonomi.

5 (Sebelum Penjajahan) Pluraliti
Penjajahan menjadi titik pemisah di antara pluraliti dan pluralistik Pluralistik (Semasa & Selepas Penjajahan)

6 Latarbelakang Alam Melayu (Background of Alam Melayu)

7 i) Geografi: Semenanjung Tanah Melayu, Pulau
Borneo, Selatan Filipina, Gugusan Kepulauan Maluku, Jawa dan Sumatera.

8 Suku Asli: Jakun, Sakai, Senoi, Semelai, Seletar, Kuala dll.
ii) Rumpun Bangsa Suku Asli: Jakun, Sakai, Senoi, Semelai, Seletar, Kuala dll.

9 Melayu: Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, Patani dll.

10 iii) Bahasa Bahasa Melayu: berasal drp bahasa Austronesia. Dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. BM berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut suku di Kepulauan Melayu. Kedatangan Hindu memberi pengaruh bahasa Sanskrit dalam BM.

11 iv) Kerajaan Tradisi Melayu
Sebelum kehadiran Islam Hindu-Buddha: pemerintahan beraja. Kerajaan Kedah Tua, Tun Sun, Chih Tu, Langkasuka, Srivijaya dan Majapahit.

12 (Alam Melayu’s Plurality)
Pluraliti Alam Melayu (Alam Melayu’s Plurality)

13 Pluraliti Awal Pluraliti semulajadi tanpa paksaan.
Tiada method perwilayahan negara. Penekanan: Kehidupan sosial merupakan fenomena sejagat dan tanpa sempadan. Contoh: Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Pertugis, Sepanyol, Belanda, British). Implikasi: Kebudayaan pelbagai.

14 Contoh 1 Di Jawa, seorang raja Hindu telah menggunakan nama Arab yang melayani pedagang Eropah. Contoh 2 Di Champa, raja Melayu dan rakyatnya beragama Hindu yang melayani pedagang India, China dan Kepulauan Melayu.

15 Hubungan dengan China dan India
Faktor perdagangan: Alam Melayu menjadi tempat persinggahan para pedagang dari China dan India. Abad 7M: kewujudan institusi pengajian agama pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya menjadikan Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.

16 Penerimaan Hinduisme dan Buddhisme
Hinduisme dan Buddhisme diterima baik dalam kalangan pemerintah Alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Hinduisme mengukuhkan institusi raja di Alam Melayu – raja berkuasa mutlak, pegawai 4,8,16,32,konsep negeri/negara-bhs sanskrit, - kuil borobudor,angkor wat tunjukkan kebesaran raja. Namun, Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yang besar berbeza dengan pengaruh Islam (Islam ada membincangkan idea-idea besar seperti falsafah dan ketuhanan).

17 Penjelmaan Material dan Non-Material.
Sebelum kedatangan British, ilmu pengetahuan di Alam Melayu banyak berasaskan metafizik atau alam ghaib (perdukunan dan perbomohan). Kedatangan British mengubah kepada epistemologi fizikal yang bersifat rasional saintifik (pembuktian material menerusi panca indera / kaedah saintifik).

18 Kemuncak Pluraliti: Kesultanan Melaka
i) Pemerintahan Institusi kesultanan: Hindu dan Islam mengukuhkan kedudukan raja. Pegawai istana: terdiri daripada campuran Melayu tempatan dengan bangsa asing. Perkahwinan campur: sultan Melaka dengan anak pemerintah China (Puteri Hang Li Po).

19 ii) Perdagangan Pusat perdagangan dunia: China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu. Sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap. BM menjadi Lingua-franca perdagangan.

20 iii) Agama Islam Pusat pengajian dan penyebaran Islam: tumpuan pendakwah Islam Kepulauan Melayu. Undang-undang Melaka berasaskan Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka). Undang-undang Melaka menjamin keselamatan masyarakat dan pedagang.

21 iv) Kebudayaan Kota multi-budaya: setiap budaya mempunyai tempat masing-masing. Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi / berinteraksi aktif dengan penduduk tempatan. Wujud kategori masyarakat baru: - Cina Melayu = Baba Nyonya - Pertugis Melayu = Serani - Arab Melayu = Syed / Syarifah - India Melayu = Mamak

22 Pluralistik Zaman Imperialisme (Pluralistic in Imperialism Era)

23 Kehadiran Penjajah Penjajahan British membawa bersama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologi yang besar ialah pemisahan di antara negara dan agama. Kesan: pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan.

24 Masyarakat Pluralistik
Perkembangan ekonomi kapitalis mendorong kewujudan masyarakat plural. Penjajah membawa bangsa asing (China dan India) untuk pengeksploitasian ekonomi.

25 Imigran Cina Asal: China Selatan (Fukien, Kwangtung dan Kwangsi).
Kelompok utama: Hokien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kemasukan: Sistem Kontrak ( ) dan Persendirian (selepas 1914). Aktif sebagai pekerja lombong (Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Ampang, Seremban dll) dan membuka kedai runcit.

26 Imigran India Asal: India Selatan (Tamil Nadu).
Kelompok utama: Tamil, Malayani, Telugu dan Sikh. Kemasukan: Sistem Kontrak, (1880an-1910) dan Kangany. Aktif sebagai buruh ladang getah serta pekerja kemudahan asas seperti membina jalanraya dan keretapi.

27 Migrasi penduduk Melayu dari Jawa dan Sumatera: bekerja dalam sektor pertanian (luar bandar).
Di Sarawak, orang Cina bertumpu di Sibu, Miri dan Bintulu (bandar). Di Sabah, buruh asing dibawa masuk seperti orang Cina, Filipina, Jawa dan Jepun; bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan dan pemeliharaan tiram (mutiara).

28 Implikasi Penjajahan Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan masyarakat tempatan. Wujud kelompok masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di tempat yang sama. Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

29 Imigran membentuk satu masyarakat yang tetap dan mengasaskan organisasi sosial masing-masing.
Dualisme ekonomi: Perkembangan sistem ekonomi moden dan tradisional tidak seimbang. Etnik Kawasan Pekerjaan Melayu Kampung Petani, Pesawah, Nelayan, Pertukangan dll Cina Bandar Lombong, Peruncitan dll India Estet Penoreh, Membina jalanraya dan keretapi dll

30 Pluralistik Pasca Penjajahan (Pluralistic After Imperialism Era)

31 Metod : Semenanjung + Sabah + Sarawak
Kerap tertumpu kepada kaum Melayu, Cina dan India. Tidak menafikan kewujudan dan kepentingan kaum lain.

32 Semenanjung Semenanjung
Melayu (Islam), Cina (Buddha/Kristian/Islam) dan India (Hindu/Kristian/Islam).

33 Lebih 32 suku etnik: Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk (masyarakat
Sabah Bajau Brunei Suluk Bisaya Lebih 32 suku etnik: Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk (masyarakat bumiputera Islam).

34 Kadazandusun & Murut: masyarakat bumiputera bukan Islam
(fahaman animisme atau Kristian tetapi ada juga yang Islam).

35 Sarawak Lebih 20 suku etnik: Melayu, Melanau, Kedayan
(masyarakat bumiputera Islam).

36 Iban, Murut, Kelabit, Kenyah & Kayan: masyarakat bumiputera
bukan Islam (fahaman animisme atau Kristian tetapi ada juga yang Islam).

37 Rumusan (Conclusion)

38 Masyarakat majmuk (pluraliti) diasaskan secara semulajadi dan tanpa paksaan. Ia berlaku kerana tiada method perwilayahan negara. Masyarakat majmuk (pluralistik) wujud rentetan dasar penjajahan oleh kuasa imperialisme.

39 BIBLIOGRAFI Nazaruddin Mohd Jali, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Mohd Rashid (2005). “Pengajian Malaysia”. Selangor: Prentice Hall. Shamsul Amri Baharuddin (2007). “Modul Hubungan Etnik”. Shah Alam: Universiti Teknologi MARA. Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, Sarjit Sing Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku Arifin, Lee Yok Fee, Nazri Muslim dan Ruslan Zainuddin (2006). “Hubungan Etnik di Malaysia.” Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

40 Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
SEKIAN TERIMA KASIH Sebarang pertanyaan, sila hubungi :


Download ppt "PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURAL (Plural Society Formation)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google