Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN) UPSR

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN) UPSR"— Transcript presentasi:

1 BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN) UPSR

2 BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN)
BIL PERKARA FORMAT 1 Jenis Instrument Ujian Subjektif 2 Jenis Item Respons Terhad Respons Terbuka 3 Bilangan Soalan 5 Soalan Bahagian A- 1 soalan (wajib) Bahagian B- 3 soalan(pilih 1) Bahagian C-1 soalan (wajib) 4 Bilangan perkataan Bahagian A – Tiada had Bahagian B – Tidak kurang daripada 60/80 patah perkataan. Bahagian C- Tidak kurang daripada 40/50

3 5 Jumlah Markah 60 markah Bahagian A – 10 markah Bahagian B – 30 markah Bahagian C – 20 markah 6 Tempoh 1 jam 15 minit 7 Konstruk yang ditaksir Memindah maklumat Ujian Penulisan/Kemahiran Menulis/Membuat Ulasan. 8 Cakupan Konteks Mencakupi semua bidang pembelajaran yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1-6 9 Stimulus Bahan grafik

4 BAHAGIAN A (Masa yang dicadangkan : 15 minit) (10 markah )
Perkara Stimulus Bilangan Soalan Jumlah perkataan Bentuk jawapan Memindahkan maklumat dari bahan grafik Gambar/carta/graf/peta/dsb 1 soalan sahaja (tiada pilihan,wajib jawab) Tiada had Ayat lengkap/gramatis (bernombor/point/perenggan)

5 TEKNIK MENJAWAB SOALAN
BAHAGIAN A TEKNIK MENJAWAB SOALAN 1. Baca dan fahami arahan soalan 2. Teliti gambar yang diberi 3. Tulis atau catatkan apa yang dilihat berdasarkan gambar. 4. Membina ayat tunggal/majmuk atau berlapis menepati bahan grafik. 5. Menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

6 Bagaimana ayat gramatis?
Struktur ayat betul, tepat (mempunyai subjek dan predikat) Penggunaan perbendaharaan kata betul, tepat dan meluas. Betul dari segi tanda baca dan ejaan. Penggunaan penanda wacana yang sesuai. Menepati kehendak gambar dan arahan.

7 Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar.

8

9 CONTOH AYAT 1. Emak sedang menghulurkan sepinggan makanan kepada ayah
CONTOH AYAT Emak sedang menghulurkan sepinggan makanan kepada ayah Saya dan adik sedang membina sebuah istana pasir Abang dan rakannya begitu leka bermain bola di tepi pantai Ayah dan emak sedang duduk di atas tikar sambil menikmati makanan yang dibawa Ada juga yang berekreasi dengan perahu layar dan mendayung sampan.

10 Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti berdasarkan gambar di bawah.

11 1 2 5 3 4

12 CONTOH AYAT 1. Munirah memegang pipinya kerana giginya sakit.
2. Pada hari itu, dia tidak hadir ke sekolah bersama rakannya kerana mengalami sakit gigi. 3. Ayahnya bergegas membawa Munirah ke klinik dengan menaiki kereta. 4. Munirah dan ayahnya telah sampai di sebuah klinik gigi yang berhampiran. 5. Doktor sedang memeriksa dan merawat gigi Munirah yang sakit itu.

13 BAHAGIAN B (Cadangan masa : 40 minit ) (Markah : 30 )
PERKARA Menulis karangan STIMULUS Tajuk diberi BILANGAN SOALAN 3 soalan pilih 1 sahaja BILANGAN PERKATAAN Tidak kurang 80 patah perkataan. BENTUK KARANGAN Karangan lengkap

14 BAHAGIAN B Baca dan fahami tajuk-tajuk yang diberi Pilih tajuk karangan yang dikuasai sepenuhnya agar dapat menghuraikan sesuatu tajuk dengan tepat dan padat. Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian dengan kehendak soalan. Sediakan rangka karangan agar isinya tidak berulang. Karangan berformat mestilah mengikut format yang betul.

15 Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat
PENULISAN BAHAGIAN B Karangan Berformat Karangan Tidak Berformat

16 -Surat Kiriman Tidak Rasmi
Karangan Berformat Surat Kiriman Rasmi -Surat Kiriman Tidak Rasmi - Dialog - Laporan -Ucapan - Syarahan - Berita - Catatan - Perbahasan

17 Karangan Tidak Berformat
Cerita Menyambung dan menyudahkan cerita Fakta Gambaran/keperihalan/situasi Peribahasa Rencana Penerangan Perbincangan

18 KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH MEMPUNYAI:
- Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan dengan tajuk. - Isi-isi yang disertai dengan huraian dan contoh, penggunaan penanda wacana, peribahasa dan ungkapan amat digalakkan. - Penutup karangan dengan membuat kesimpulan atau rumusan tentang tajuk karangan dengan memberi pendapat sendiri. Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh atau isi yang tertinggal atau kurang tepat.

19 BAHAGIAN C (Cadangan masa : 20 minit) Markah : 20
PERKARA Membuat ulasan (pengajaran, nilai murni, kebaikan, faedah dll) STIMULUS Petikan (sastera/bukan sastera) BILANGAN SOALAN 1 soalan sahaja (Tiada pilihan) (Soalan wajib dijawab) JUMLAH PERKATAAN Tidak kurang 50 patah perkataan BENTUK JAWAPAN Satu perenggan

20 TEKNIK MENJAWAB SOALAN
BAHAGIAN C TEKNIK MENJAWAB SOALAN 1. Baca dan fahami petikan 2. Garis isi penting/pengajaran/nilai murni /amalan baik 3. Senaraikan pengajaran/nilai murni/ amalan baik 4. Tulis dalam satu perenggan

21 Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat.

22 Atas bantuan dan pertolongan Normah, perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas.

23 Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid membuang sampah melalui tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan pelbagai.

24 NILAI MURNI/ PENGAJARAN
Menghargai masa Tolong-menolong Berdisiplin Prihatin Sopan dan berhemah tinggi

25 Beberapa nilai murni atau pengajaran yang boleh saya dapati daripada petikan ialah kita mestilah menghargai masa.Masa adalah sesuatu yamg amat berharga.Kita boleh membaca buku di mana jua kita berada. Selain itu, kita hendaklah tolong-menolong di antara satu sama lain terutama kepada orang yang memerlukan pertolongan.Dalam kehidupan seharian, kita perlu berdisiplin dan prihatin terutama kepada murid yang lebih kecil. Selain itu, kita hendaklah sentiasa memberi nasihat dan tunjuk ajar secara sopan dan berhemah tinggi demi kesejahteraan dalam kehidupan kita.

26 Tulis beberapa nilai/pengajaran yang boleh kamu dapati daripada puisi di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

27 Kalau mengail di lubuk dangkal,
Dapat ikan penuh seraga; Kalau kail panjang sejengkal, Jangan lautan hendak diduga. Sampan kotak usah dikayuh, Dihempas ombak, tebing dipegang; Patah sayap, bertongkatkan paruh, Pantang menyerah di tengah gelanggang.

28 Puteri jelita sanjungan negeri,
Berdandan dua manis menawan; Demi mempertahankan ibu pertiwi, Badan dan nyawa jadi taruhan. Kapal dagang mudik ke muara, Membawa emas, tembaga, dan gangsa; Berbuat jasa kepada negara, Tentu akan dikenang bangsa.

29 NILAI MURNI /PENGAJARAN
Berfikir dahulu sebelum membuat keputusan Tabah menghadapi cabaran Sanggup berkorban Bertanggungjawab Menabur bakti/ berjasa

30 Nilai murni atau pengajaran yang boleh kita dapati daripada puisi ini ialah sebelum melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah berfikir terlebih dahulu.Kita mestilah fikirkan kebaikan dan keburukanya. Selain itu, kita hendaklah sentiasa tabah dalam menghadapi sesuatu cabaran dan dugaan yang mendatang. Di samping itu, kita mestilah sanggup berkorban demi mempertahankan negara yang tercinta dari sebarang ancaman. Perngorbanan yang kita lakukan adalah sebagai tanggungjawab terhadap negara serta kita dapat menabur bakti demi masa depan negara yang cemerlang.

31 Ceritakan kebaikan ‘Aku’ dalam sajak di bawah
Ceritakan kebaikan ‘Aku’ dalam sajak di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Aku Menolong manusia, Pakaian menjadi bersih, Makanan boleh dimasak, Badan sihat, hilang dahaga.

32 Kehadiran aku dinanti, Aku pembawa rahmat, Bagi petani aku dipuja, Tanah yang kering menjadi subur dan lembab.

33 Sungai yang cetek dipenuhi air, Hidupan air menjadi gembira,
Bumi yang luas menghijau dengan pepohon, Sungai yang cetek dipenuhi air, Hidupan air menjadi gembira, Sumber rezeki kepada manusia

34 Kebaikan aku dalam sajak diatas ialah Aku amat berguna dan dapat menolong manusia seperti mencuci, memasak, menyihatkan badan dan menghilangkan dahaga. Selain itu kehadiran aku sentiasa dinantikan kerana Aku pembawa rahmat kepada petani. Aku menyubur dan melembabkan tanah. Selain itu Aku juga menghijaukan bumi dengan pepohon, sungai yang cetek dipenuhi air dan hidupan air juga gembira dengan kehadiran aku. Aku adalah sumber rezeki kepada manusia.

35 ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA
BAHAGIAN A CEMERLANG, ayat gramatis, menepati stimulus,perbendaharaan kata dan kosa kata meluas, ejaan dan tanda baca yang betul. Keputusan BAIK, ayat jelas dan menepati stimulus, perbendaharaan kata dan kosa kata sederhana MEMUASKAN -mudah, ringkas dan sesuai dengan stimulus. Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat. PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM bila ayat tidak sesuai dengan stimulus, penggunaan perkataan yang terhad dan tidak besesuaian dengan stimulus. Banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

36 ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA
BAHAGIAN B CEMERLANG-persembahan jelas, menarik, pengolahan idea sangat baik, ayat gramatis bertepatan dengan tema, kosa kata dan perbendaharaan kata meluas tiada kesalahan ejaan dan tanda baca. BAIK-persembahan jelas, pengolahan idea baik dengan ayat gramatis sesuai dengan tema. Perbendaharaan dan kosa kata sederhana. Terdapat kesalahan dalam tanda baca tetapi tidak menjejaskan karangan. MEMUASKAN-persembahan ringkas, menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar, perbendaharaan dan kosa kata terhad. Banyat kesalahan tanda baca dan ejaan PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM Persembahan tidak sesuai dengan tema. Isi tidak tepat,tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. Penggunaan perkataan terhad dan banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

37 ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA
BAHAGIAN C CEMERLANG-Ulasan jelas,tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata meluas bersesuaian dengan rangsangan serta betul penggunaan ejaaan dan tanda baca. BAIK-ulasan jelas, tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata yang sederhana serta bersesuaian dengan rangsangan terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak menjejaskan ayat. MEMUASKAN –ulasan tepat ayat mudah dan ringkas. Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai. Terdapat kesalahan dalam tanda baca dan ejaan. PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM Ulasan tidak menepati,penggunaan perkataan terhad dan tidak bersesuaian dengan rangsangan serta banyak kesalahan ejaan dan tanda beca.

38 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032) (PENULISAN) UPSR"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google