Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHamdani Sanjaya Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
BBM 3104 Kuliah 14 HIKAYAT HANG TUAH
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM
2
Pengenalan Hang Tuah, mewakili bangsa itu sendiri mengenai cita-citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya pada suatu zaman Hikayat Hang Tuah juga tercakup segala pesanan dan gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh bangsa Melayu khususnya seperti ungkapan semangat Melayu “Takkan Melayu hilang di dunia”.
3
Hikayat Hang Tuah sebuah epik Melayu.
Di dalamnya lahir cita-cita dan kebesaran bangsa Melayu. Ia telah mencatatkan riwayat hidup bangsa ini sejak awal melewati zaman pembangunannya ke zaman kebesarannya hingga nahasnya pada 24 Ogos tokoh utamanya Hang Tuah, mewakili bangsa itu sendiri, cita-citanya, kebolehannya dan sikap hidupnya pada suatu zaman.
4
Terdapat beberapa edisi Hikayat Hang Tuah iaitu:
Edisi dalam tulisan Jawi dan rumi oleh W.G. Shellabear[1908] Edisi Balai Pustaka [1966]-pertama kali dikeluarkan pada tahun 1924 Edisi DBP oleh Kassim Ahmad 1964-Cetakan kedua 1966.
5
ANALISIS KANDUNGAN KARYA HIKAYAT HAN G TUAH
Aspek Ketatanegaraan a Ketatanegaraan Konsep Negeri Beraja Hikayat Hang Tuah, lebih menitik-beratkan konsep raja dan kerajaan; sistem pemerintahan; kecemerlangan dan kejatuhan kuasa politik. Gullick[1970] menyifatkan peristiwa itu sebagai tanda bermulanya sebuah sistem politik bumiputera.
6
Pengaruh Hindu mendesak pengarang Hikayat Hang Tuah menghubungkan raja dengan kayangan, iaitu satu lapisan alam yang difahami secara amat samara-samar dan tidak pernah dicakup secara konkrit tetapi amat bermakna untuk memberi ciri-ciri ketuhanan atau kesucian kepada raja. Mitos-mitos ini dipinjam untuk memberi satu kedudukan yang tinggi kepada raja.
7
Dalam Hikayat Hang Tuah, konsep negeri beraja merujuk kepada satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dengan dibantu oleh pembesar-pembesar dan menjalankan pemerintahan ke atas golongan rakyat sesebuah negeri atau jajahan takluknya.
8
Konsep Kepimpinan dan Keperwiraan
Konsep kepimpinan dan keperwiraan boleh dilihat pada watak Hang Tuah yang mewakili pahlawan Melayu yang agung. Hang Tuah merupakan tunggak keagungan kerajaan Melaka selain daripada mahkota Siguntang. Dengan kata lain, Hang Tuah merupakan ‘ayam tambatan’ kepada Raja Melaka.
9
Politik Kerajaan Melaka Tua Dalam Hikayat Hang Tuah.
Sistem politik Melaka menjadi model yang ideal untuk kerajaan-kerajaan Melayu Semenanjung yang muncul kemudian.
10
Fungsi Politik Dan Pentadbiran.
Raja yang memerintah dalam Hikayat Hang Tuah disebut sebagai sumber dan pusat kuasa secara sekular. Dengan kedudukan raja yang istimewa dalam sistem berkerajaan, sumber kuasa yang dimiliki oleh raja tadi, disalurkan pula bagi menggerakkan jentera serta teraju pemerintahan dan pentadbiran. Daulat yang dikonsepsikan di sini mungkin berbeza dengan daulat yang di fahamkan pada hari ini. Daulat pada hari ini merujuk kepada kerajaan yang memerintah serta negara yang diperintah.
11
Aspek Budaya dan Kemasyarakatan
Hikayat Hang Tuah banyak menceritakan kebudayaan dan sosial masyarakat Melayu yang membawa satu pengertian yang luas merangkumi segala hal berkaitan dengan masyarakat termasuk sistem sosial, struktur sosial, bentuk kepercayaan, perhubungan antara anggota masyarakat dan strategi fikasi sosial, kepercayaan dan agama juga merupakan dua aspek sosial yang menjadi pegangan masyarakat. Masyarakat pada masa itu menganuti agama Islam dan mengamalkan dua bentuk kepercayaan [bukan agama] iaitu berunsurkan animisme dan Hindu-Buddha.
12
Aspek Kesusasteraan di dalam Teks Hikayat Hang Tuah
Unsur-unsur Mitos Mitos- suatu unsur dongeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai suatu peristiwa yang benar-benar terjadi. Mitos asal keturunan raja Melaka Mitos yang berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri Mitos keistimewaan Hang Tuah
13
ASPEK BAHASA DAN TULISAN
Jenis Aksara Tulisan atau aksara dalam hikayat ini dipinjam daripada bahasa Arab. Kemudian ditambah dengan huruf-huruf baharu seperti pa[ڤ],nga[ڠ],ga[ڬ] dalam ejaan [pegawai] dan [pentang].
14
Menepati ciri bahasa Melayu klasik
Penggunaan Puisi dan Ungkapan Berirama. Hang Jebat Hang Kasturi Budak2 Raja Melaka Jika hendak jangan dicuri Mari kita bertentang mata
15
Maka Laksamana pun memakai, Berserual kuning,
ungkapan untuk menggambarkan kecantikan pakaian yang dipakai oleh Hang Tuah: Maka Laksamana pun memakai, Berserual kuning, Berkain kesumba murup di-antelas, Bertepi bersirat, Berikat pinggang chindai natar kuning, Berbaju hijau di-gangsa, Berdastar warna pelangi,
16
ungkapan semasa Hang Jebat mengamuk;
Maka segala orang banyak itu pun jatuh bertimpa2; Ada yang jatoh tertiarap, Ada yang jatoh terduduk Ada yang patah kaki-nya, Ada yang patah tangan-nya, Ada yang patah pinggang-nya, Ada yang pehcah muka-nya, Ada yang pehcah hidong-nya, Ada yang pehcah dahi-nya, Ada yang luka, Ada yang mati.
17
ungkapan lucu untuk menggambarkan kelakuan para pegawai istana ketika mabuk
Ada yang mencari sambil melompat2, Ada yang menari sambil tertonggeng2, Ada yang menari sambil terkentot2, Ada yang tidak sempat pulang ka-rumah tertidor, Pada tempat minum itu.
18
Pengaruh Bahasa Asing. Pengaruh Bahasa Arab.
firasat, hatta, mukah, shahadan, al-kesah, kaus,ikrar, wasiat Pengaruh Bahasa Portugis. lanchao yang bermakna sejenis perahu layer yang laju; armada [halaman 85] gebernador[halaman 42] yang bermaksud gabenor; seridadu yang bermaksud soldadu [halaman 429] dan di muka surat 434 terdapat perkataan di-mitar-nya yang bermaksud ditujunya.
19
Pengaruh Bahasa Tamil Maka kata Bendahara pada isteri-nya’
“Ayo adinda, inilah anak tuan, Saudara Tun Mamat.”
20
Pengaruh Bahasa Jawa perajurit [halaman 26] yang membawa maksud pejuang atau askar upahan, pateh [halaman 39], iaitu penasihat utama kepada raja, rama andika, iaitu ayah tuanku, menira bermaksud saya, paman [halaman 45] iaitu bapa saudara sebelah emak atau dibahasakan juga kepada orang-orang lebih tua, kedayaan [halaman 46] bererti ‘pengiring’, lawang [halaman 109] membawa maksud ‘pintu luar’ dan lain-lain lagi.
21
Pengaruh Bahasa Sanskrit, Parsi dan Kawi.
mahkota, singgahsana, pustaka, duta, dirgahayu, dan lain-lain lagi. nobat, akhkar, bius dan lain-lain lagi.
22
Penggunaan Peribahasa
“Enggang sama enggang, pipit sama pipit” [halaman 92]. puteh tulang tiada puteh mata!”
23
Bahasa Perbandingan / Simile.
Maka dilihat Hang jebat itu seperti harimau yang galak tiada membilang akan lawannya ‘maka keris-nya bernyala2 seperti gunong api hendak membaka.’ seperti api itu jika kecil dapat dipadamkan, dengan berbagai-bagai ia padam apabila ia besar sudah sukarlah kita memadamkan dia.” “Pada bicara hati patek, ada anak Betara Majapahit seorang, terlalu amat baik elok rupanya, warna mukanya seperti bulan purnama empat belas haribulan tubohnya seperti emas sepuluh mutu.
24
Bahasa Simbolik. “Wah! Sayangnya mahkota jatoh ka-dalam ayer!”
25
KESIMPULAN Hikayat Hang Tuah adalah sebuah karya mantap yang ingin dipaparkan sebagai satu madah untuk menonjolkan jati diri Melayu. Jati diri Melayu telah disorot melalui watak Hang Tuah lima bersaudara dari segi fizikal, mental dan rohaniah. sesuai dengan falsafah pendidikan yang ingin membentuk individu yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.