Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2013

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2013"— Transcript presentasi:

1 Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2013

2 Latar Belakang Objektif
* Kerajaan akan meneruskan Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun melibatkan peruntukan sebanyak RM540 juta dalam pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012. Objektif * Utuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid

3 Kriteria Kelayakan Murid warganegara Malaysia
Murid tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan tahun 2013 Bersekolah di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan kerajaan

4 Tempoh Pelaksanaan & Kadar
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan tahun 2013 sahaja Kadar bantuan adalah sebanyak RM100 bagi setiap orang murid

5 Agihan Bantuan Akan disalurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) terus ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) atau ke akaun Khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK secara berperingkat mulai 15 Januari 2013

6 Tanggungjawab kementerian / Jabatan
1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) - Mengeluarkan surat siaran dan Garis Panduan Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Pesekolahan RM100 - Menyalurkan bantuan ke Akaun Kumpulan Wang Kerajaan(KWK)sekolah - Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK bantuan akan disalurkan ke Akaun Khas PPD - Dan membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

7 2. Jabatan Pelajaran Negeri /Pejabat Pelajaran Daerah
Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai pelaksanaan ini Membuat pemantauan Membuat rumusan agihan bantuan kepada KPM selewat-lewatnya pada 28 Februari 2013 seperti format di Lampiran A (Surat 05 Disember JPN) Memaklum dan memohon secara rasmi perkhidmatan eskot polis kepada Ketua Polis Negeri dalam urusan pengeluaran wang melebihi RM10,000 Merekod dan mengagihkan peruntukan ke sekolah-sekolah yang tiada akaun KWK.

8 Mengenalpasti murid yang layak Menyemak dan merekod peruntukan
3. Sekolah Mengenalpasti murid yang layak Menyemak dan merekod peruntukan Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat Mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan agihkan secara tunai sahaja dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima Bagi sekolah tiada akaun KWK peruntukan disalurkan ke sekolah melalui Akaun Khas PPD Sebarang pemotongan TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI Ibubapa/penjaga/murid menandatangani Senarai Akuan Penerima/Penolakan Bantuan seperti Lampiran B dengan saksi 2 orang guru sebagai saksi Menghantar Lampiran B (sekolah) kepada JPN/PPD selewat-lewatnya 15 Februari 2013.

9 Tatacara Pengeluaran Wang Tunai
Memastikan keselamatan dan mematuhi peraturan kewangan semasa seperti berikut : Pengeluaran wang sehingga RM10,000 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua orang guru ; atau Pengeluaran wang melebihi RM10,000,Pengetua/Guru Besar dinasihatkan mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti eskot polis jika difikirkan perlu berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.

10 Murid Berpindah Sekolah
Cop “TELAH BAYAR BANTUAN KHAS RM100” pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan sekiranya telah membuat agihan untuk mengelakkan berlakunya pertindihan agihan ini di sekolah baharu nanti; atau Murid yang telah bepindah sekolah dan belum menerima bantuan ini hendaklah menuntutnya di sekolah baharu.

11 Kekurangan dan Kelebihan Peruntukan
Kekurangan Peruntukan Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan ini,pihak sekolah diminta mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah seperti wang SUWA dan lain-lain peruntukan sekiranya peruntukan asal tidak mencukupi:dan Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan peruntukan tambahan Bahagian Kewangan KPM melalui JPN/PPD bersama Senarai Akaun Penerimaan/Penolakan Bantuan selewat-lewatnya 15 Februari 2013 dan JPN ke KPM pada 28 Februari 2013.

12 Lebihan Peruntukan Sekiranya berlaku lebihan peruntukan,Pengetua/Guru Besar hendaklah mengembalikan lebihan tesebut kepada Bahagian Kewangan,KPM melalui cek atas nama”Ketua Akautan,Kementerian Pelajaran Malaysia” selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013.

13 PENUTUP Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Bahagian Kewangan,KPM di talian (En.Ibrahim b.Mamat) (En.Mohd Adyirwan b.Arshad)

14 RUMUSAN Tarikh Penyerahan Bantuan Kriteria murid
Peruntukan tidak mencukupi Borang penerimaan dan penolakan(Lampiran B): - Persediaan sekolah - Permohonan peruntukan tambahan * ke JPN sebelum 15 Februari 2013(asal sekolah simpan) Borang Lampiran 1(Jadual majlis) - Tuntutan jamuan ke Bahagian Kewangan ,KPM mulai 01 Februari 2013

15 SEKIAN , TERIMA KASIH.


Download ppt "Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2013"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google