Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
TINGKATAN 5 BAB DUA INSURANS
2
PENGENALAN KEPADA INSURANS Satu skim untuk memberi perlindungan kepada insured atau keluarga jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan kerugian, kecacatan atau kehilangan nyawa
3
KONSEP INSURANS Merupakan satu rancangan pembahagian risiko yang menyediakan pembayaran ganti rugi kepada insured sekiranya berlaku risiko yang diinsuranskan Polisi insurans merupakan surat ikatan perjanjian atau kontrak antara insured (peserta) dan insurer (pihak insurans) Premium yang dibayar oleh insured merupakan sumbangan ke dalam dana insurans
4
Jumlah premium yang dikenakan ke atas insured bergantung pada:-
Jumlah premium boleh dibayar setiap bulan, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan atau setiap tahun Jumlah premium yang dikenakan ke atas insured bergantung pada:- Nilai yang diinsuranskan Keadaan risiko yang diinsuranskan Luas perlindungan yang dijanjikan oleh insurer Tempoh kuatkuasa risiko / tempoh perlindungan Pembayaran premium biasanya lebih tinggi jika dibayar secara bulanan daripada secara tahunan.
5
JENIS RISIKO Risiko boleh dibahagi kepada 2 jenis iaitu risiko boleh insurans dan risiko tidak boleh insurans Risiko boleh insurans adalah risiko yang boleh diramalkan secara statistik berdasarkan kejadian lampau. Contoh; kemalangan, kebakaran, kematian dll. Risiko tidak boleh insurans adalah risiko yang tidak boleh ditentukan secara perangkaan. Contoh; bencana alam, keadaan politik, pasaran harga barang dll.
6
PERANAN INSURANS Peranan insurans kepada individu
-Individu dapat menjalani hidup seperti biasa walaupun ditimpa kecelakaan sebelum ini. -Membantu individu merancang masa depan. -Cara menyimpan atau menabung yang baik. Peranan insurans kepada peniaga -Peniaga tidak perlu risau terhadap risiko yang bakal dihadapi kerana insurans berperanan membayar gantirugi atau pampasan
7
3.Peranan insurans kepada negara Dana yang dikumpulkan melalui premium boleh dilaburkan pelbagai sektor Menyediakan peluang pekerjaan, taraf hidup yang lebih baik dan pembangunan negara.
8
PRINSIP INSURANS Kepentingan boleh insurans
-Pembeli insurans mestilah mempunyai kepentingan ke atas nyawa atau harta yang diinsuranskan. -Contohnya, pemilik rumah berhak menginsuranskan rumahnya dari sebarang kecelakaan tetapi penyewa rumah tidak boleh. 2. Penuh percaya mutlak -Prinsip penuh percaya perlu wujud antara insured dengan insured. -Kegagalan memberitahu maklumat penuh boleh menyebabkan polisi insurans dibatalkan.
9
3. Indemniti Dikenali juga sebagai ganti rugi yang dibayar oleh insurer kepada insured yang ditimpa kemalangan Ganti rugi boleh diberikan samaada dalam bentuk tunai, barangan atau kos untuk membina semula bangunan yang telah rosak Prinsip indemniti berasaskan 3 perkara iaitu: a) Sumbangan – setiap insurer yang berhubung dengan insured tersebut berkongsi membayarnya b) Subrogasi – insured tidak boleh menuntut ganti rugi drpd pihak lain setelah dapat ganti rugi insured c) Doktrin sebab hampiran – ganti rugi dibayar untuk risiko yang diinsuranskan sahaja.
10
JENIS INSURANS 1. Insurans terbahagi kepada 2 jenis iaitu insurans am dan insurans hayat. 2. Insurans am merangkumi:- a) Insurans kemalangan b) Insurans kebakaran c) Insurans marin / penerbangan d) Insurans lain 3. Insurans hayat merangkumi:- a) Insurans hayat seumur hidup b) Insurans endowmen c) Insurans hayat sementara
11
INSURANS KEMALANGAN Insurans kemalangan terbahagi kepada:-
i. Insurans motor ii. Insurans kemalangan peribadi iii. Insurans liabiliti majikan iv. Insurans liabiliti am
12
INSURANS MOTOR Semua kenderaan yang bergerak di atas jalan raya mesti diinsuranskan. Terdapat 2 jenis insurans motor iaitu insurans motor komprehensif dan insurans motor pihak ketiga. Insurans motor komprehensif memberi perlindungan kepada pihak pertama (insured) dan pihak ketiga (pengguna jalan raya) Insurans motor pihak ketiga memberi perlindungan kepada pihak ketiga sahaja.
13
INSURANS KEMALANGAN PERIBADI Insurans ini melindungi insured terhadap kecelakaan yang dialaminya seperti dalam perjalanan,serangan,keracunan dll. Ganti rugi atau pampasan akan dibayar apabila insured meninggal dunia atau mengalami kecederaan dlm kemalangan sahaja. Kadar premium yang dikenakan bergantung kepada jumlah yang diinsuranskan, umur insured dan pekerjaannya. Jumlah pampasan yang diberikan bergantung pada jumlah yang diinsuranskan dan tahap kecederaannya.
14
INSURANS LIABILITI MAJIKAN
Insurans ini melindungi pihak majikan daripada tuntutan pekerja mereka. Undang-undang telah mewajibkan para majikan untuk menginsuranskan para pekerja supaya dapat pampasan kepada pekerja sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja Di bawah PERKESO terdapat 2 skim insurans pekerja iaitu:- Skim Bencana Pekerjaan Skim Pencen Ilat
15
Skim Bencana Pekerjaan melindungi risiko akibat sesuatu kemalangan di tempat kerja
Skim Pencen Ilat memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab atau tidak berkaitan dengan pekerjaan Majikan membayar sumbangan bulanan bagi Skim Bencana Pekerjaan sementara pekerja membayar sumbangan di bawah Skim Pencen Ilat
16
Terdapat 2 jenis sumbangan iaitu:-
Sumbangan yang dibayar oleh majikan dan pekerja untuk kedua-dua skim di atas Sumbangan oleh majikan untuk perlindungan di bawah Skim Bencana Pekerjaan . Sumbangan ini adalah untuk pekerja yang tidak lagi layak dilindungi di bawah Skim Pencen Ilat kerana telah capai usia 55 tahun ketika membuat permohonan.
17
INSURANS LIABILITI AM Insurans ini melindungi pemilik premis atau perniagaandaripada tuntutan orang awam yang tercedera atau meninggal semasa berada dalam premis mereka Selain itu, terdapat insurans liabiliti am yang lain iaitu:- i) Insurans liabiliti yang melindungi pengeluar terhadap tuntutan pengguna yang cedera atau sakit akibat penggunaan produk tersebut. ii) Insurans liabiliti profesional yang memberi golongan profesional daripada tuntutan pelanggan akibat kecuaian mereka seperti doktor atau peguam.
18
Melindungi kerugian yang diakibatkan oleh kebakaran.
INSURANS KEBAKARAN Melindungi kerugian yang diakibatkan oleh kebakaran. Insurans ini sesuai untuk memberi perlindungan terhadap kerugian ke atas stok, wang tunai, mesin, kenderaan, loji dan premis semasa kebakaran. Insurans kebakaran tidak melindungi kerugian dalam kebakaran akibat peperangan, rusuhan dan kejadian bencana alam.
19
INSURANS HAYAT SEMENTARA
INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP INSURANS ENDOWMEN INSURANS HAYAT SEMENTARA
20
INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP
PERLU MEMBAYAR PREMIUM SEPANJANG TEMPOH HAYAT. MEMILIH UNTUK MEMBAYAR PREMIUM BAGI SUATU JANGKA MASA TERTENTU SEPERTI 20 TAHUN. JUMLAH DIINSURANSKAN BESERTA DENGAN BONUS DIBAYAR KEPADA WARIS INSURED APABILA MENINGGAL DUNIA. INSURANS INI SANGAT SESUAI UNTUK KETUA KELUARGA.
21
INSURANS ENDOWMEN Berikan perlindungan kepada
insured untuk suatu tempoh tertentu, misalnya 10,15 ataupun 20 tahun. Apabila tiba tarikh matang polisi, insured akan dibayar balik jumlah yang diinsuranskan beserta dengan bonus. Sekiranya insured mati sebelum tarikh matang polisi, pampasan akan dibayar kepada waris yang dicalonkan atau waris terdekat. Insurans pelan pendidikan merupakan insurans endowmen yang mendapat perhatian. Ini kerana pelan ini membolehkan ibu bapa menabung untuk pendidikan tinggi anak mereka di samping memberikan perlindungan.
22
INSURANS HAYAT SEMENTARA/PENGGAL
Berikan perlindungan kepada insured untuk suatu tempoh tertentu sahaja, iaitu 10, 15 atau 20 tahun. Jika insured meninggal dunia dalam tempoh perlindungan, pampasan akan dibayar kepada waris terdekat. Jika insured masih hidup selepas tempoh berkenaan, dia tidak akan mendapat apa-apa perlindungan lagi. Kadar premium bagi polisi insurans ini adalah paling rendah.
23
FAKTOR-FAKTOR YANG MENENTUKAN KADAR PREMIUM INSURANS HAYAT
1 UMUR Jika umur insured semakin meningkat, kadar premium yang dikenakan lebih tinggi. 2 JANTINA Wanita dikenakan kadar premium yang lebih rendah daripada lelaki. 3 PEKERJAAN Jenis pekerjaan yang mempunyai risiko kerosakan kesihatan yang tinggi akan dikenakan premium yang tinggi. 4 KESIHATAN Ia bergantung kepada kesihatan pemohon. Pemohon kurang sihat akan diberikan premium tambahan. 5 TEMPOH & LIPUTAN LINDUNGAN Lebih lama tempoh serta liputan lindungan, lebih tinggi premiumnya. 6 JENIS INSURANS Premium yang dikenakan berbeza-beza mengikut jenis polisi.
24
PROSEDUR MEMBELI POLISI INSURANS PROSEDUR MENUNTUT GANTI RUGI
BELIAN POLISI & TUNTUTAN GANTI RUGI PROSEDUR MEMBELI POLISI INSURANS PROSEDUR MENUNTUT GANTI RUGI
25
Isikan borang cadangan mengikut prinsip penuh percaya mutlak
PROSEDUR MEMBELI POLISI INSURANS Hubungi ejen Isikan borang cadangan mengikut prinsip penuh percaya mutlak Serahkan kepada insurer dengan wang premium pertama Jika insurer berpuashati-insurer akan mengeluarkan nota lindungan. Selepas 1 bulan, polisi insurans dikeluarkan oleh insurer.
26
Isikan borang tuntutan
PROSEDUR MENUNTUT GANTI RUGI Hubungi syarikat insurer serta buat laporan kejadian kepada pihak berkuasa. Isikan borang tuntutan Serahkan borang tuntutan kepada insurer bersama-sama dengan beberapa dokumen seperti: Salinan polisi insurans Salinan laporan polis. Dokumen hak milik harta Insurer akan menyiasat. Jika berpuas hati, bayaran tuntutan ganti rugi akan dibuat.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.