Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Melisa AbdullahHussain Edit by: Nur Syafiqah Binti Abdul Rahman.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Melisa AbdullahHussain Edit by: Nur Syafiqah Binti Abdul Rahman."— Transcript presentasi:

1 Melisa AbdullahHussain Edit by: Nur Syafiqah Binti Abdul Rahman

2 Sinopsis Mellisa yang baru pulang dari pejabat surat khabar berasa tidak tenteram setelah bertemu dengan Syahid. Peristiwa itu telah membuatkan dia teringat akan Hisyam ,iaitu kawannya sewaktu kecil dahulu. Mellisa terkenang akan kemesraannya bersama-sama Hisyam. Mellisa dan Hisyam selalu bermain bersama-sama. Hisyam juga pernah menyatakan hasrat hatinya untuk mengahwini Mellisa apabila mereka sudah dewasa. Malangnya Hisyam terkorban ketika peristiwa 13 MEI. Mellisa memilih tajuk sejarah 13 Mei sebagai latihan ilmiah untuk sarjana muda dalam bidang Sejarah. Segala persoalan yang bermain dalam fikirannya tentang rusuhan kaum itu semakin jelas setelah dia menyiapkan tesis setebal 215 muka surat itu. Daripada kajiannya,Mellisa mendapati bahawa peristiwa 13 Mei itu berpunca daripada tindakan penjajah yang menjalankan dasar pecah dan perintah, iaitu memisahkan kaum mengikut kawasan geografi. Misalnya, orang Melayu dibiarkan hidup di kampung,orang Cina tinggal di bandar dan orang India pula menjadi buruh di ladang getah. Selain itu ,Mellisa menemu bual mangsa- mangsa yang terlibat untuk mengetahui kisah sebenar peristiwa tersebut.

3 Sinopsis Hubungan Mellisa dengan Syahid semakin intim. Walau bagaimanapun Mellisa terpaksa meninggalkan Syahid kerana menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia kerana dia lebih sayang akan negara dan bangsa. Mellisa juga tidak mahu peristiwa 13 Mei itu berulang lagi.

4 Tema Cerpen ini mengutarakan tema tentang cinta suci dan semangat kental seorang gadis yang terpisah daripada kekasihnya yang berlainan bangsa akibat rusuhan kaum.

5 Persoalan Sejarah indah dalam hidup sukar dilupakan dan memberi kesan mendalam pada diri. Pengorbanan demi cinta suci terhadap negara. Perbezaan kelas sosial yang mewujudkan jurang perbezaan antara kaum. Korban persengketaan antara kaum di Malaysia. Tanggungjawab semua pihak dalam usaha mengekalkan keamanan negara.

6 Nilai Nilai kasih sayang. Contohnya, Mellisa sayang akan Hisyam, kawannya semasa kecil. Nilai kesetiaan. Contohnya, Mellisa masih setia terhadap Hisyam walaupun Hisyam telah lama meninggal dunia. Nilai kegigihan. Contohnya, Mellisa gigih berusaha untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan latihan ilmiahnya. Nilai cinta akan negara. Contohnya, Mellisa sanggup berkorban untuk negara dengan meninggalkan kemewahan hidup dan cintanya.

7 Pengajaran Kita haruslah sedar bahawa perbalahan antara kaum hanya mengundang musibah. Contohnya, rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Kita haruslah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, Mellisa gigih mengumpulkan maklumat untuk menyiapkan tesisnya. Kita mesti mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi. Contohnya, Mellisa sanggup meninggalkan Syahid demi cintanya kepada negara.

8 Sekian, Terima Kasih WASSALAM


Download ppt "Melisa AbdullahHussain Edit by: Nur Syafiqah Binti Abdul Rahman."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google