Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSuryadi Indradjaja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARANNYA
1.1 Pengenalan kepada perniagaan 1.2 Persekitaran perniagaan
2
Maksud Perniagaan Aktiviti
Pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan Yang dikehendaki oleh pengguna Bermotif untung
3
Perbezaan antara perniagaan dan bukan perniagaan
Organisasi Perniagaan Organisasi Bukan Perniagaan Tujuan matlamat Keuntungan Kepentingan dan kebajikan sosial Sumber kewangan Modal, simpanan peribadi, pinjaman bank dan keuntungan syarikat yuran ahli, kutipan derma, tajaan dan sumbangan masyarakat Aktiviti utama organisasi penjualan barangan dan perkhidmatan bercorak kemasyarakatan, kempen, kursus dan ceramah.
4
Untung = Jum Hasil – Jum Kos
Maksud untung Untung = Jum Hasil – Jum Kos
5
Kepentingan untung kepada perniagaan
Merupakan ganjaran kepada pengusaha kerana kesanggupan menanggung risiko, contoh dividen. Sumber modal bagi pembesaran dan penerusan / kelangsungan perniagaan (survival) pelaburan semula keuntungan. Tahap keuntungan melambangkan imej / kecemerlangan syarikat. Matlamat dan hala tuju – ukuran kepada prestasi perniagaan. Keyakinan / dorongan kepada pelabur.
6
Peranan perniagaan Kepada pengguna
Menyediakan barangan dan perkhidmatan Mempelbagaikan barangan di pasaran Menyediakan perkhidmatan selepas jualan
7
Peranan perniagaan Kepada masyarakat:
Memenuhi keperluan dengan menyediakan barang dan perkhidmatan. Mewujudkan peluang pekerjaan melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan. Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan peluang untuk menceburi perniagaan melalui sistem bekalan dan jualan.
8
Peranan perniagaan Kepada ekonomi
Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan cukai dari perniagaan yang mencatat keuntungan Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur pengangkutan dan perhubungan Mengurangkan kadar pengangguran Meningkatkan ekonomi negara
9
Peranan perniagaan Kepada negara
Memberi pendapatan kepada negara – melalui sebarang cukai perniagaan Mewujudkan peluang perniagaan kepada penduduk tempatan – mengurangkan kadar pengangguran / meningkatkan kadar guna tenaga negara Membangunkan peluang perniagaan – meningkatkan kegiatan perusahaan huluan / mewujudkan perusahaan lain yang menyokong perusahaan asas
10
Faktor Pengeluaran Faktor pengeluar merujuk kepada sumber- sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
11
Unsur-unsur yang terdapat dalam faktor pengeluaran
1. Bahan mentah Merujuk kepada input-input yang akan digunakan dalam proses pengeluaran bagi menghasilkan sesuatu produk Contoh bijih timah, kayu balak, kelapa sawit dan koko 2. Modal insan Keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti perusahaan atau perniagaan Terdiri dari buruh mahir dan kurang mahir Mendapat gaji / upah 3. Modal Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat. Terdiri dari bentuk wang atau aset Contoh kenderaan, rumah, mesin dan peralatan 4. Keusahawanan Orang yang membentuk perniagaan / orang yang menggabungkan faktor- faktor pengeluaran dan menjadikan sebagai output dalam pengeluaran Sanggup mengambil risiko mendapat keuntungan 5. Teknologi Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan Membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran , meningkatkan kecekapan,meningkatkan daya saing dan meningkatkan operasi perniagaan
12
Proses Perniagaan INPUT PROSES TRANSFORMASI UNTUNG/RUGI
OUTPUT PROSES PEMASARAN UNTUNG/RUGI
13
Cabaran Aktiviti Perniagaan Kini dan Masa hadapan
Globalisasi / dunia tanpa sempadan – persaingan sengit (kualiti, harga, penyampaian) mobiliti pekerja / modal , celaru budaya Peningkatan kemajuan teknologi – perubahan produk, tempoh ke pasaran semakin pendek, perlu kemahiran teknologi, perlu modal tinggi Peningkatan tanggungjawab sosial – batasan aktiviti komersial, desakan / tekanan pihak NGO, kerajaan , pihak berkepentingan; buruh kanak-kanak; prihatin terhadap OKU Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam) – pematuhan syariah Kewujudan blok-blok perdagangan – ketepuan pasaran, persaingan sengit, batasan perdagangan Sumber semakin berkurangan – batasan pengeluaran, perlukan inovasi dan kreativiti yang tinggi, meningkatkan produktiviti (meningkatkan kecekapan penggunaan sumber) Perubahan struktur demografi – kebanjiran tenaga wanita dalam pasaran memerlukan kemudahan / suasana kerja yang berbeza daripada suasana biasa; hayat semakin panjang – ramai pekerja yang sudah ‘matang’
14
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
UMUM unsur-unsur persekitaran di luar organisasi yang memberikan tekanan dan mempengaruhi persekitaran tugas perniagaan,operasi serta prestasi perniagaan TUGAS unsur-unsur persekitaran yang secara langsung mempengaruhi dan memberi kesan kepada operasi dan prestasi perniagaan.
15
PERSEKITARAN PERNIAGAAN
EKONOMI PERSAINGAN DAN JARINGAN SOSIOBUDAYA POLITIK DAN PERUNDANGAN TEKNOLOGI PRASARANA ANTARABANGSA PERSEKITARAN UMUM PELANGGAN PEMBIAYA PEMODAL PEMBEKAL PERSEKITARAN TUGAS
16
PERSAINGAN DAN JARINGAN
PERSEKITARAN UMUM EKONOMI Risiko dan ketidakpastian pasaran/ perubahan-perubahan pasaran Keadaan-keadaan / pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi Contoh: Penempatan pasar raya hanya sesuai di kawasan penduduk berpendapatan tinggi dan mampu POLITIK DAN PERUNDANGAN Keadaan politik dan polisi awam sesebuah negara Peraturan, kawalan, sokongan dan galakan kerajaan, sistem percukaian Contoh: Pusat hiburan, kedai minuman keras dan pusat mainan video cukai dinaikkan SOSIOBUDAYA Hubung kait nilai budaya sosial amalan sesuatu kaum Perlindungan dan tanggungjawab sosial yang dipegang sesuatu bangsa Contoh: keperluan pakaian orang Melayu berbeza dengan keperluan pakaian orang Cina. Oleh itu tak sesuai jual baju Melayu di Petaling Street. PERSAINGAN DAN JARINGAN Ancaman yang diberikan oleh perniagaan yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti Jenis struktur pasaran seperti monopoli, persaingan oligopolistik dan monopoli Persaingan yang dihadapi / Persaingan harga
17
PERSEKITARAN UMUM TEKNOLOGI
Sebarang perubahan penggunaan sains yang membolehkan manusia melakukan sesuatu yang baru atau membentuk tugas atau prosedur kerja Contoh: Teknologi komputer dalam perniagaan, penggunaan , E-Commerce PRASARANA Kemudahan asas yang di sediakan untuk membantu aktiviti perniagaan Contohnya kemudahan elektrik, jalan raya . ANTARABANGSA Merujuk kepada faktor- faktor seperti dasar perdagangan , undang-undang perniagaan yang melibatkan dua buah negara atau lebih
18
PERSEKITARAN TUGAS Pembeli produk / pengguna produk atau perkhidmatan
PELANGGAN Pembeli produk / pengguna produk atau perkhidmatan Perubahan cita rasa pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga dan kualiti pengeluaran PEMBIAYA Pemberi pinjaman pinjaman tinggi membolehkan pembesaran perniagaan PEMODAL Penyumbang modal Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan kelangsungan perniagaan PEMBEKAL Pihak yang membekalkan input / bahan mentah Bekalan yang berterusan dan cekap menentukan kejayaan sesebuah perniagaan
19
PERSEKITARAN TUGAS PESAING
Firma lain dalam industri yang sama / peniaga yang menjual produk serupa di tempat yang sama Memaksa perniagaan membuat inovasi /persaingan harga dan kualiti produk organisasi menentukan tingkat harga dan kualiti produk / persaingan sihat. KERAJAAN Pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang / peraturan / pelesenan Cukai tinggi mengurangkan keuntungan perniagaan dan jualan Kehendak undang-undang mewujudkan tanggungjawab sosial memberi pengaruh kepada aktiviti perniagaan PEKERJA Tenaga buruh yang menyumbangkan dalam bentuk fizikal atau mental Pekerja yang baik / berkemahiran tinggi meningkatkan produktiviti pengeluaran Semangat kerjasama pekerja membantu perniagaan mencapai matlamat organisasi MASYARAKAT Membeli/menyokong produk yang dikeluarkan oleh peniaga Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial untuk memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat.
20
Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan
Peniaga harus menjaga kebajikan dengan memberi perhatian kepada kehendak dan keperluan pengguna. Pelanggan Hubungan yang baik antara perniagaan dan pembekal adalah bertujuan untuk menjamin bekalan berterusan pada harga yang berpatutan, serta pembayaran hutang kepada pembekal tepat pada masanya. Pembekal Firma perlu membuat bayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan seperti dalam perjanjian Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyukarkan perniagaan mendapatkan pinjaman pada masa akan datang Pembiaya
21
Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan
Perniagaan seharusnya memaksimumkan kekayaan pelabur atau pemodal yang melaburkan wang mereka memberikan bayaran dividen yang tinggi. Kegagalan membayar faedah/dividen yang tinggi akan mengakibatkan pelabur akan menarik diri dari perniagaan. Pemodal/pelabur Firma seharusnya bersaing secara sihat dan tidak memburuk nama baik pesaing. Pesaing Firma seharusnya mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti membayar cukai yang ditetapkan dan sebagainya. Kerajaan
22
Tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan
Perniagaan perlu sensitif kepada kehendak dan keperluan pekerja samada dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Selain daripada pengetahuan dan skil pekerja, perlu juga ditingkatkan dengan memberi latihan-latihan tertentu. Pekerja Merujuk kepada nilai-nilai sosio budaya sesebuah negara yang meliputi cara hidup, kuasa beli yang mempengaruhi aktiviti perniagaan. Perniagaan tidak boleh mencemarkan alam sekitar dan tidak boleh menaikkan harga barangan sewenang-wenangnya. Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial supaya mereka dapat memastikan sokongan yang berterusan dari masyarakat Masyarakat
23
TUTORIAL 2 Jelaskan tiga keadaan bagaimana persekitaran ekonomi sesebuah negara dapat mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan. [6] Jelaskan pengaruh persekitaran politik dan perundangan terhadap sesebuah organisasi perniagaan. [4] Apakah maksud persekitaran sosiobudaya? Jelaskan bagaimana komponen persekitaran ini mempengaruhi perniagaan dengan memberi contoh-contoh yang sesuai. [6]
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.