Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PROSES KEADILAN DI MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PROSES KEADILAN DI MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK"— Transcript presentasi:

1 PROSES KEADILAN DI MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK
FEM4123

2 MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK
Majistret di MBK mewakili komunitinya sebagai paren patriae. Kanak-kanak yang dihadapkan di MBK bukan defendan. Tiada sabitan dan tiada hukuman. Tiada stigma seumur hidup atau rekod jenayah. Majistret menggunakan prinsip menjaga kepentingan kanak-kanak.

3 Sambungan Juvana yang melakukan kesalahan hendaklah menjalani pemulihan dan bukan dihukum. Pengendalian kes perlu berasingan dari pengendalian kes orang dewasa. S. 11 – 16 AKK 2001 : penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk mengendalikan kes juvana.

4 Sambungan Seksyen 11 : MBK mempunyai bidangkuasa mendengar, memutuskan atau membereskan apa-apa pertuduhan terhadap seorang kanak- kanak. Komposisi MBK : Majistret dibantu oleh dua penasihat (seorang lelaki dan seorang perempuan) Bidangkuasa mahkamah : Mendengar semua kes kecuali yang membawa hukuman mati secara tertutup.

5 Sambungan Fungsi penasihat : memaklum dan menasihati mahkamah mengenai sebarang pertimbangan berkaitan kebajikan kanak-kanak yang perlu dibuat oleh mahkamah sebelum membuat keputusan. Perintah tahanan, pengawasan atau percubaan mesti tidak melampaui usia 18 tahun kanak- kanak terbabit (s. 13 AKK, pengecualian – s. 14 AKK).

6 Sambungan Laporan perbicaraan dalam media tidak boleh mendedahkan nama, gambar, alamat atau butir lengkap perintah. Pelanggaran peruntukan ini – denda RM10,000, penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali (s. 15 AKK 2001).

7 KANAK-KANAK SEBAGAI PESALAH
S. 83(1) - Penangkapan, penahanan dan perbicaraan kanak-kanak mestilah menurut AKK 2001. S. 83(2) - Jika semasa kes sedang berjalan, kanak-kanak mencapai umur 18 tahun, MBK boleh terus dengar pertuduhan dan boleh jalankan kuasa di bawah; S. 76, S. 91(1)(a), (b), (c), (d) atau (g). Kenakan tempoh pemenjaraan seperti M. Sesyen jika kesalahan boleh dihukum penjara.

8 Sambungan S. 83(3) - Jika kanak-kanak yang ditangkap dituduh selepas mencapai umur 18 tahun, kes tidak akan didengar oleh MBK. Mahkamah yang lain akan ikut peruntukan s. 83(2). S. 83(4) – jika kanak-kanak dituduh bersama orang dewasa, kes tidak akan didengar oleh MBK. Mahkamah yang lain akan mempunyai semua bidangkuasa MBK dan akan menimbangkan laporan akhlak sebelum jalankan kuasanya.

9 Sambungan S. 84(1) - Kanak-kanak yang ditangkap akan dihadapkan ke MBK dalam tempoh 24 jam tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan. S. 84(2) - Jika tidak mungkin dibawa ke MBK dalam tempoh tersebut, kanak-kanak itu hendaklah dibawa berjumpa Majistret dan Majistret akan mengarahkan supaya kanak- kanak ditahan di satu tempat tahanan.

10 Sambungan S. 84(3) - Majistret boleh melepaskan kanak- kanak dengan suatu bon yang ditandantangani oleh ibu, bapa atau penjaga jika; Pertuduhan bukan pertuduhan membunuh atau jenayah besar. Tidak perlu asingkan kanak-kanak dari bergaul dengan orang lain. Jika pelepasan tidak akan mengecewakan keadilan.

11 Sambungan S. 86(2) - Kanak-kanak yang ditahan dan tidak dilepaskan sementara menunggu perbicaraan akan ditahan samada di balai polis, bilik kurungan polis atau lokap polis berasingan dari pesalah dewasa atau di hospital mental. S pegawai polis atau orang lain yang menangkap kanak-kanak itu perlu memberitahu ibubapa kanak-kanak dan pegawai akhlak dengan serta merta.

12 PERBICARAAN S. 88(1) - Ibu dan bapa atau penjaga mesti hadir pada semua peringkat prosiding kecuali jika mahkamah berpuas hati tidak munasabah kehadiran itu. S. 88(2) – jika ibu dan bapa atau penjaga enggan hadir – denda RM5000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

13 TATACARA DI MBK S. 90(1) - Kanak-kanak akan diberi penjelasan tentang kesalahan oleh peguam bela atau orang lain yang ditentukan oleh mahkamah. S. 90(3) – Kanak-kanak akan ditanya samada mengaku atau tidak. Jika kanak-kanak mengaku, mahkamah akan pastikan kanak- kanak faham sifat dan akibat akuannya dan seterusnya dapatan bersalah akan direkodkan.

14 Sambungan S. 90(5) – Jika kanak-kanak tidak mengaku salah, keterangan saksi akan didengar. Saksi boleh diperiksa balas oleh peguam bela kanak-kanak. S. 90(9) - Jika kes prima facie dibuktikan kanak-kanak hendaklah dibenarkan memberi keterangan dengan sumpah atau membuat apa-apa kenyataan. Saksi bagi pihaknya juga akan didengar

15 Sambungan S. 90(10) – Jika mahkamah puas hati kanak- kanak tidak bersalah, satu perintah pembebasan akan direkodkan. S. 90(11) – Jika kanak-kanak didapati bersalah, dapatan bersalah akan direkodkan, ibu atau bapa atau penjaga akan diberi peluang untuk buat kenyataan peringanan dll. S. 90(13) - Laporan akhlak akan dipertimbangkan sebelum memutuskan bentuk pemulihan.

16 PERINTAH MAHKAMAH JIKA KESALAHAN DIBUKTIKAN Seksyen 91 AKK 2001
Memberi amaran dan melepaskan juvana terlibat. Melepaskan juvana setelah satu bon berkelakuan baik disempurnakan. Memerintahkan juvana diletakkan di bawah pemeliharaan seorang saudara atau orang lain yang layak dalam satu tempoh dan syarat yang ditetapkan oleh mahkamah.

17 Sambungan Memerintahkan juvana membayar denda atau pampasan atau kos.
Membuat perintah percubaan di bawah s. 98 jika kesalahan berat (mencederakan, rogol dll.) atau kesalahan luar tabii (seksyen 377 Kanun Keseksaan).

18 Sambungan Memerintahkan juvana dihantar ke sekolah yang diluluskan atau Sekolah Henry Gurney jika berumur 10 tahun ke atas. Memerintahkan juvana jika seorang lelaki disebat tidak lebih 10 kali dengan sebatan rotan ringan. Menjatuhkan perintah pemenjaraan menurut tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, jika juvana berumur lebih 14 tahun dan kesalahannya boleh dihukum dengan pemenjaraan

19 Sambungan Tertakluk kepada S.96(2) : kanak-kanak berumur 14 tahun ke atas tidak boleh dipenjara jika dia boleh diperlakukan dengan cara lain yang lebih sesuai. Jika dipenjara – asingkan daripada pesalah dewasa - S. 96 (3). Pesalah kanak-kanak tidak boleh dihukum mati. Kes PP lwn KK – Remaja 12 tahun 9 bulan membunuh anak guru tuisyennya.

20 RAYUAN Pendakwa raya atau kanak-kanak atau ibu atau bapa atau penjaga, jika terkilan dengan dapatan atau perintah MBK boleh merayu ke Mahkamah Tinggi - mengikut tatacara rayuan jenayah dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi. Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan dalam masa 12 bulan selepas notis rayuan difailkan.

21 KANAK-KANAK SEBAGAI SAKSI
Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007. Definisi kanak-kanak: bawah 16 tahun. Fasal 3: cara kanak-kanak memberi keterangan. Adakan penghadang di antara kanak-kanak dengan tertuduh atau kanak-kanak tertuduh atas mana-mana kesalahan; Melalui rangkaian secara langsung; Melaui rakaman video.

22 Sambungan Fasal 10: Pakaian rasmi bagi saksi boleh dikecualikan.
Fasal 12: Saksi kanak-kanak OKU – diketegorikan sebagai keterangan lisan di mana kanak-kanak boleh memberi keterangan mengikut apa-apa jua cara asalkan difahami. Fasal 14: Identiti saksi tidak boleh didedahkan dalam media. Kesalahan: denda <RM10,000, penjara <lima tahun atau kedua-duanya sekali.

23 PROGRAM PERLINDUNGAN SAKSI
Usaha mewujudkan sejak tahun 2000. Ketua Polis Negara kemukakan cadangan draf Akta kepada Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Dalam Negeri. Rang Undang-undang Perlindungan Saksi 2008: Dibentang pada 16 Disember Kini dikuatkuasakan sbg Akta Perlindungan Saksi 2009. Unit Perlindungan Saksi, Jab. Perdana Menteri. Fasal 3: jika saksi di bawah umur 18 tahun, ibui/bapa/penjaga boleh memohon bagi pihaknya untuk dimasukkan ke dalam program perlindungan.

24 Sambungan Fasal 13: menteri hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan munasabah untuk tujuan melindungi keselamatan dan kebajikan peserta Program Perlindungan iaitu: Menyediakan tempat tinggal untuk peserta Menempatkan semula peserta Memohon bagi apa-apa dokumen yang perlu untuk membolehkan peserta itu mewujudkan suatu identiti baru. Menyediakan pengangkutan bagi memindahkan harta peserta.

25 Sambungan Memberikan pembayaran yang bersamaan dengan saran yang diterima oleh peserta itu sebelum dimasukkan ke dalam Program termasuk apa-apa kenaikan kepada saran itu yang peserta itu sepatutnya berhak menerima jika dia tidak dimasukkan ke dalam Program. Jika peserta tidak bekerja sebelum masuk ke Program, memberikan pembayaran kepada peserta bagi maksud memenuhi perbelanjaan sara hidup yang munasabah termasuk jika sesuai, perbelanjaan sara hidup keluarga peserta itu dan memberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung bantuan kewangan lain yang munasabah.

26 Sambungan Memberikan pembayaran kepada peserta bagi maksud memenuhi kos yang berkaitan dengan penempatan semula. Memberikan bantuan kepada peserta dalam mendapatkan pekerjaan dan akses kepada pendidikan. Memberikan bantuan lain kepada peserta dengan tujuan untuk memastikan peserta dapat menyara diri. Apa-apa tindakan lain sebagaimana yang didapati perlu oleh Ketua Pengarah.

27 Rumusan Proses keadilan untuk kanak-kanak adalah tertakluk di dlm Akta Kanak-kanak 2001. Melalui Akta tersebut kes kanak-kanak yg terlibat dgn jenayah dibicarakan di dlm MBK. Penghakiman adalah berdasarkan prinsip menjaga kebajikan kanak-kanak serta untuk tujuan pemulihan, bukan menghukum. Kanak-kanak juga akan dilindungi oleh undang- undang jika mereka menjadi saksi untuk sesuatu kes.


Download ppt "PROSES KEADILAN DI MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google