Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PRASANGKA DAN DISKRIMINASI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PRASANGKA DAN DISKRIMINASI"— Transcript presentasi:

1 PRASANGKA DAN DISKRIMINASI
PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

2 PENGENALAN Adakah anda membenci seseorang kerana orang tersebut tergolongan dalam kumpulan tertentu, seperti kerana ia wanita, kerana ia kumpulan kaum tertentu dan seumpamanya? Hubungan antara manusia yang berbeza latar belakang (gender, kaum, agama etc.) telah menyebabkan pelbagai masalah. Cuba analisis hubungan manusia di negara-negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, ras. Apa yang berlaku di negara tersebut. Kesan daripada sikap negatif (prasangka) dan tindakan negatif (diskriminasi) ini telah menimbulkan kesengsaraan kepada orang lain.

3

4 KONSEP PRASANGKA Sikap yang biasanya negatif yang ditujukan kepada ahli sesuatu kumpulan manusia (ras, agama, gender etc). Menilai orang lain secara negatif hanya kerana orang lain itu menjadi ahli kumpulan tersebut – dan bukan kerana ciri-ciri orang tersebut. Ia merupakan sikap prapenghakiman, yang tidak erlebih dahulu disemak fakta-fakta sebenar mengenai sasaran sikap. Sikap prasangka ini sukar diubah walaupun fakta baru menafikan faktor yang menyebabkan prasangka itu.

5 KONSEP DISKRIMINASI Diskriminasi pula adalah tindakan seseorang yang memberikan layanan berbeza kepada orang lain yang berhak diberi layanan yang sama, dan yang tidak mahu dirinya dilayan secara berbeza. Ia merupakan tindakan atau tingkah laku yang dibezakan daripada prasangka (yang merupakan unsur perasaan). Ia berkait rapat dengan prasangka.

6 TIGA KOMPONEN SIKAP KOMPONEN KOGNITIF: kepercayaan/pengetahuan tentang objek sikap. Dalam bidang ini ia dirujuk sebagai stereotaip. Ia merupakan kepercayaan yang berkaitan dengan tret seseorang/kumpulan orang. KOMPONEN AFEKTIF: perasaan menyukai atau tidak menyukai seseorang/kumpulan orang. Dalam bidang ini ia merupakan komponen prasangka. KOMPONEN PSIKOMOTOR: tingkah laku akibat daripada kognitif dan afektif. Orang Melayu malas (sterotaip), saya tidak suka dengan orang Melayu (prasangka), dan saya tidak akan ambil pekerja daripada orang Melayu (diskriminasi)

7

8 HUBUNGAN PRASANGKA DENGAN DISKRIMINASI
Boleh terdapat prasangka tanpa diskrminasi. Boleh terdapat diskriminasi tanpa prasangka. Kedua-dua prasangka dan diskriminasi saling memperkukuh.

9

10 BENTUK DISKRIMINASI HALUS
Tidak semua bentuk diskriminasi dilakukan dengan jelas. Ianya boleh dilakukan secara tidak disedari. Misalnya, rasisme simbolek. Menahan pemberian bantuan: contoh, dalam memberikan bantuan ketika dalam kesusahan. Tokenisme: beri bantuan tetapi dalam bentuk yang remeh-temeh.

11

12 FAKTOR PRASANGKA Mengapa manusia mempunyai prasangka?
Prasangka membawa implikasi yang besar dalam hidup manusia. Dengan demikian penting untuk mengetahui sumber prasangka.

13 Faktor situasi Faktor situasi merujuk kepada faktor yang di luar daripada diri individu yang berprasangka. Di antara faktor-faktornya: Sejarah Konflik antara kelompok ekonomi

14

15 Sejarah Sejarah kumpulan-kumpulan manusia pernah bermushan adalah mempengaruhi wujudnya prasangka di kalangan ahli-ahli kelompok. Contoh sistem perhambaan: untuk mewajarkan sistem perhambaan, prasangka buruk terhadap kulit hitam ditanamkan pada diri kelompok kujlit putih. Contoh sistem apartheid di Afrika Selatan: prasangka terhadap kulit hitam dirasional, di mana mereka dianggap sebagai manusia yang kurang bertamadun – tujuan untuk memudahkan penindasan Contoh prasangka di antara kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia: kemungkinanya wujud akibat daripada sejarah zaman Perang D2, Perisitiwa 13 Mei etc.

16

17

18

19

20

21 Konflik antara kelompok
Prasangka wujud akibat persaingan/konflik antara kelompok manusia. Persaingan dari segi pekerjaan, perumahan, dan sumber-sumber lain yang terbatas. Idea ini berdasarkan kepada teori konflik kelompok realistik. Konflik berlaku apabila kelompok yang menguasai sumber cuba mempertahankan kuasaannya. Kajian penting oleh Sherif dan rakan-rakan.

22

23

24

25 Ekonomi Mengikut teori penindasan ekonomi: prasangka dan diskriminasi wujud bagi membolehkan sesautu kelompok menguasai ekonomi dan kuasa. Perasaan di tanamkan pada diri manusia yang menindas kerana dengan demikian dapat merasionalkan penindasan. Kelompok yang berprasangka itu akhirnya dapat menguasai ekonomi. Contoh: dasar apartheid di Afrika Selatan. Prasangka dirasionalkan melalui kaedah-kaedah tertentu seperti teori Darwin, khutubah gereja. Cuba analisis tentang penindasan ekonomi British ke atas orang Melayu melalui pendekatan ini. Fahaman lazy native Fahaman white man’s burden Tindakan / diskriminasi melalui divide and rule. Teori keselarasan kognitif: prasangka digunakan untuk menyelaraskan di antara tingkah laku dengan kognitif.

26

27

28 Sokongan Terhadap Prasangka
Norma sosial: Dalam sesetengah masyarakat prasangka memang digalakkan di mana adanya norma sosial yang memerlukan seseorang untuk berprasangka dan mendiskriminasi. Adakah terdapat norma yang menggalakkan perasaan prasangka di negara ini? Bagaimana dengan negara lain? Peranan media massa: media massa berperanan penting dalam menyalur dan menanam perasaan prasangka. Gambaran yang diberikan oleh media massa mengenai sesuatu kumpulan manusia boleh menanamkan prasangka. Bagaimana media massa di negara kita boleh menyumbangkan kepada prasangka terhadap kumpulan lain (jantina dan etnik)?

29

30 Faktor Psikologi Faktor yang berasal daripada diri manusia – psikologi. Manusia yang kecewa, marah, membenci orang lain, cenderung menanamkan perasaan prasangka.

31 Pertahanan Ego Kajian: manusia yang diancam harga kendirinya cenderung bertindak mendiskriminasi, akibat daripada rasa kecewa. Mereka menolak dan menentang orang lain untuk mempertahankan superiority complexnya. Mereka yang kedudukannya (ekonomi, kuasa, etc) tercabar cenderung untuk berpasangka dan mendiskriminasi. Tujuannya ialah agar kendirinya dalam keadaan tetap tinggi. Manusia yang tidak mampu melawan cabaran/ ancaman merupakan manusia yang rendah harga kendirinya (inferiority complex)

32 Lempar Salah Teori lempar salah: manusia cenderung menyalah/mencederakan orang lain yang lemah dengan tujuan mengalihkan marah/kecewanya daripada sumber sebenar. Teori pindahgantian dalam mekanisme bela diri: mereka yang dilempar salah (kambing hitam) adalah sasaran prasangka dan diskriminasi. Golongan/kumpulan yang lemah sering menjadi sasaran lempar salah (lihat scapegoat theory).

33 Personalti dan Prasangka
Personaliti dikaitkan dengan prasangka Personaliti autoritarian: Hasil kajian Ardono et al. ada satu jenis personaliti yang dikaitkan dengan prasangka. Ciri personaliti: kepatuhan submisif kepada autoriti, menolak kelompok lain selain daripada kelompok sendiri Konvensionalisme: patuh mutlak kepada nilai-nilai dan norma tingkah laku; tidak akan melannggar peraturan kelompok. Submisi penuh hormat: penerimaan autoriti tanpa kritik; bergantung/taat setia tidak berbelah bagi kepada ketua. Langsangan autoritatian: perasaan permusuhan terhadap orang lain; penentang terhadap mereka yang melanggar norma konvensional. Faktor: cara pemeliharaan yang bersifat autoritarian (garang, langsang, menggunakan hukuman fizikal, kuasa mutlak)

34

35

36 Faktor Kognitif dalam Prasangka
Cara manusia berfikir tentang manusia lain boleh mewujudkan perasaan prasangka. Manusia berfikir tentang orang lain berdasarkan kepada kategori-kategori manusia yang dibina dalam pemikiran . Misalnya: dalam pemikiran manusia telah terbina kategori-kategori manusia, dan setiap kategori telah ditentukan apakah ciri-cirinya. Manusia negro, telah ditentukan apa ciri-cirinya; begitu juga dengan manusia orang putih. Daripada ciri-ciri tersebut maka terjelma sikap terhadap orang tersebut.

37 Kelompok-dalam dan Kelompok-luar
Manusia cenderung mengklasifikasi manusia lain sama ada ahli kumpulannya (seagama, separti, seprogram etc) atau ahli kumpulan lain . Kelompok-dalam: mereka yang merupakan ahli kelompoknya; kelompok-luar: mereka yang bukan ahli kelompoknya (yang biasanya ditentang). Manusia cenderung menyebelahi ahli kelompok-dalamnya; sebaliknya membenci/berprasangka terhadap ahli kelompok-luar. Ini dikenali sebagai bias kelompok-dalam. Bagaimana bias ini berlaku?

38

39

40

41

42 Stereotaip Proses pengkategorian sosial: berfikir secara mengkategorikan manusia sama ada manusia itu ahli kelompok kita atau dikategorikan kepada ahli kelompok lain. Ia berlaku melalui proses: asimilasi – ciri-ciri orang yang sekelompok dengan kita itu disesuaikan/disamakan dengan ciri-ciri kelompok kita (diterima). Kontra – ciri-ciri orang yang bukan kelompok kita semakin kita beza-bezakan dengan ciri-ciri kelompok kita. Cenderung melihat ahli-ahli kelompok-luar sebagai serupa berdasarkan stereotaip yang diberkan (pada hakikatnya mereka tidak sama antara satu dengan lain). Penstereotaipan ini membentuk skema dalam pemikiran manusia, dan manusia menggunakan skema untuk menilai orang lain. Menggunakan proses induksi? atau/dan deduksi?

43 Stereotaip dan Ingatan
Kita membuat tafsiran terhadap kelompk manusia berdasarkan kepada stereotaip tentang kelompok itu. Manusia mudah mengingat tentang setreotaip yang diberikan kepada kelompok tertentu. Kita biasanya mudah mengingat ciri-ciri kelompok tertentu sebagaimana yang distereotaipkan. Manusia biasanya lebih cenderung untuk mengingat ciri-ciri negatif sesuatu kelompok daripada ciri positif. Tindakan kita terhadap sesuatu kelompok adalah bergantung kepada stereotaip tersebut.

44

45

46

47 Pengesahan stereotaip
Manusia cenderung mengesahkan stereotaip yang dipunyai walaupun kelompok/orang yang ditemui itu tidak punyai ciri sebagaimana yang distereotaipkan itu. Manusia cenderung mencari bukti untuk mengesahkan, bukan untuk menafikan. Biasnya boleh membawa kepada pengesahan palsu terhadap kepercayaan tersebut. Manusia cuba membuktikan apa yang mereka percayai tentang diri seseorang/kelompok itu betul, lebih-lebih lagi sekiranya stereotaip itu adalah negatif.

48 Stereotaip dan atribusi
Stereotaip berperanan sebagai alat untuk menerangkan tingkah laku orang lain. Contoh: orang Cina distreotaipkan sebagai cekap berniaga berbanding daripada orang Melayu. So, tingkah laku kejayaan orang Melayu/Cina dalam perniagaan biasanya berdasarkan kepada stereotaip ini. So, kalau Cina berjaya berniaga adalah kerana mereka cekap, kalau Melayu berjaya berniaga adalah kerana nasib atau kerana bantuan kerajaan.

49

50 Kesan Penstereotaipan
Stereotaip mempengaruhi manusia berfikir dan bertingkah laku. Dan cara manusia berfikir itu sendiri seterusnya mempengaruhi tingkah laku dan akhirnya menjadi stereotaip itu menjadi realiti. Ini ada kaitan dengan nujuman penyempurnaan kendiri dan kesan pigmalion.

51

52 Nujuman Penyempurnaan Kendiri
Bermaksud: kesan stereotaip boleh mempengaruhi orang yang distereotaipkan berfikir dan bertindak dalam cara yang akhirnya menrealisasikan stereotaip itu. Apa yang kita dan orang lain fikirkan tentang diri kita adalah mempengaruhi tindakan kita, dan akhirnya apa yang kita fikirkan itu menjadi kenyataan. Stereotaip menjadi realiti akibat daripada tindakan yang diasaskan oleh stereotaip itu.

53 Kesan Pigmalion Orang yang mengukir patung,d an akhirnya patung itu menjadi hidup. Stereotaip/kepercayaan kita terhadap seseorang/kumpulan mempengaruhi tindakan kita terhadap orang tersebut, yang akhirnya stereotaip itu menjadi kenyataan, Kajian Rosenthal et. al dalam bidang pendidikan. Bagaimana kesan pigmalion ini berlaku pada orang Melayu di zaman penjajahan dahulu? Bagaimana prasangka dan stereotaip mengenai orang Melayu menjadi kenyataan?

54 Prasangka hasil daripada sosialisasi
Diperolehi melalui proses pembelajaran. Pentingnya peranan agen-agen sosialisasi seperti ibu-bapa, sekolah (kurikulum dan guru), komuniti, kelompok-kelompok sosial dan masyarakat. Proses pembelajaran: peneguhan, perkaitan, pemerhatian / pemodelan / peniruan.

55 Faktor Biologi Walaupun belum diterima dengan meluas namun ahli biologi mendakwa faktor genetik adalah berperanan. Rushton’s Teori kesamaan gen: gen boleh diteruskan dariapda generasi ke generasi dengan cara berkahwin dengan mereka yang punyai gen yang sama. Dan dengan demikian, prasangka ini akan akan terus kekal dalam kumpulan manusia berkenaan. Atas dasar ini sesuatu kumpulan etnik mempunyai perasaan prasangka yang sama terhadap kumpulan lain. Kelompok yang berlain gen cenderung untuk bermusuhan dan bersaing terhadap sumber yang terbatas, dan ini tentunya mewujdukan prasangka. Sebab itu manusia biasanya curiga dan khuatir terhadap orang yang tidak dikenali, dan berprasangka buruk terhadap orang lain. Emosi ini adalah diwarisi melalui baka. Teori ini masih di peringkat awal untuk diterima.

56 CARA MENGATASI PRASANGKA
Berbagai cara telah diusahakan untuk mengubah prasangka. Prasangka daripada kumpulan lain menyebabkan sesuatu kumpulan itu mengalami kehidupan yang sengsara: ditindas, didiskriminasi, dibunuh, diseksa, lebih-lebih lagi diskriminasi ras dan etnik.

57 Sosialisasi Melalui proses pembelajaran PERANAN IBU-BAPA:
agen sosialisasi yang penting dalam menyalurkan perasaan positif di kalangan diri anak-anak. AMALAN PEMILIHARAAN ANAK Cara pendidikan anak-anak yang tidak autokratik Mengelakkan anak daripada mempunyai personaliti autokratik. PERANAN GURU DI SEKOLAH Kurikulum dan kokurikulum Mensosialisasikan anak-anak dengan kelompok lain.

58 Interaksi Antara Kelompok
Teori “hanya kesan pendedahan” Mengapa di taman-taman wajib di sediakan taman permainan kanak-kanak. Hipotesis kontak: Kontak yang kerap menjadikan manusia biasa antara satu dengan lain, dan saling menyukai. Interaksi yang berulang-ulang mewujudkan perasamaan dari pelbagai aspek – sikap fahaman etc Interaksi kerap membawa kepada persefahaman dan ini membawa kepada hilang stereotaip negatif. Kesan positif interaksi terjadi apabila: Interaksi berlaku apabila kelompok-kelompok punyai persamaan status sosial dan ekonomi yang sama. Interaksi yang terlibat adalah tidak formal. Kelompok-kelompok berinteraksi demi mencapai matlamat yang sama dan dalam keadaan bekerjasama.

59

60 Mengubah Stereotaip Menerangkan tentang fungsi negatif prasangka.
Melatih mereka yang diprasangkakan mempunyai sifat-sifat positif, iaitu lawan sifat-sifat yang diprasangkakan. BELAJAR TENTANG PRASANGKA. Boleh dilakukan melalui role-play (main peranan) – seseorang akan dapat menghayati dan merasai sendiri pedihnya orang yang diprasangkakan dan didiskriminasi. KURANGKAN BIAS KELOMPOK-DALAM DAN KELOMPK-LUAR Layan manusia bukan berdasarkan asal kelompok yang diprasangkakan. Setiap individu tidak semestinya mempunyai ciri kelompok yang distereotaipkan. Setiap individu perlu dilayan berbeza-beza.

61 PENUTUP Prasangka adalah perasaan dan diskriminasi adalah tindakan yang biasanya adalah negatif terhadap kelompok lain. Prasangka dan diskriminasi ini menyebabkan hubungan antara manusia dan antara kelompok dalam keadaan berkonflik. Untuk menyatupadukan kelompok-kelompok maka prasangka dan diskriminasi ini perlu dihapuskan. Bagaimana caranya membentuk perpaduan kaum di negara ini?


Download ppt "PRASANGKA DAN DISKRIMINASI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google