Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSuhendra Tanuwidjaja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
KPT 6044 Ulasan Jurnal KESEDIAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK (E-LEARNING) DI KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRIK DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (IPTA) Pensyarah : Prof. Abd Latif Bin Haji Gapor Oleh SHANGEETHA A/P MANY M
2
Pengenalan Perkembangan dalam ICT telah mewujudkan persekitaran pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah dan bahan pembelajaran mewujudkan lebih peluang untuk proses kolaborasi yang lebih meluas dalam proses pendidikan. Media elektronik digunakan sebagai penyebar sumber maklumat membolehkan pelajar belajar dengan sendiri secara interaktif.
3
Pernyataan Masalah Berdasarkan kajian-kajian yang lepas (Rohayu, 2001; Yusof, 2000; Hisham, 1998) , kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik adalah masih kurang di kalangan pelajar-pelajar IPTA. Dengan kajian ini, pihak Universiti dapat mengenal pasti tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengenalpastian terhadap tahap persediaan pelajar terhadap pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran akan dapat membantu pihak pengurusan universiti untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pembelajaran elektronik supaya lebih berkesan dan efektif.
4
OBJEKTIF KAJIAN Mengenal pasti tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik (e- learning) di kalangan pelajar. PERSOALAN KAJIAN Sejauh manakah tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik (e- learning) di kalangan pelajar ?
5
Metadologi Kajian Reka bentuk kajian Kuantitatif Tinjauan
Instrumen kajian Soal selidik 3 dimensi 28 item Jenis likert 5 sub skala Sampel Rawak 123 orang pelajar Ijazah SM Kejuruteraan Elektrik (UTHM)
6
Metadologi Kajian Analisis data
Data akan diproses dan dianalisa dengan perisian SPSS Alat statistik yang digunakan statistik deskriptif
7
Dapatan Kajian Secara keseluruhan, tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik dikalangan pelajar sarjana muda kejuruteraan elektrik - sederhana (skor min purata = 3.58). Aspek kesedaran, Pernyataan ke-2 (berkaitan dengan pembelajaran elektronik mempunyai banyak kelebihan) – min tertinggi - pelajar sedar bahawa pembelajaran elektronik banyak memberikan faedah dan kelebihan kepada mereka dalam hal pembelajaran.
8
Dapatan Kajian Kebanyakan responden sedar bahawa dengan menggunakan pembelajaran elektronik, mereka dapat memperolehi banyak nota-nota dan bahan-bahan pembelajaran sebagai tambahan kepada nota kuliah yang didapati di dalam bilik kuliah Pelajar sentiasa bersikap positif terhadap penggunaan pembelajaran elektronik - pelajar dapat menerima pembelajaran elektronik sebagai alternatif untuk mendapatkan bahan-bahan tambahan dalam proses pembelajaran.
9
Dapatan Kajian Aspek kesediaan, pelajar bersedia
Untuk menggunakan pembelajaran elektronik pada bila-bila masa Untuk mencuba kaedah pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran mereka. Untuk menghadapi cabaran dalam penggunaan pembelajaran elektronik. Pelajar bersikap positif terhadap penggunaan pembelajaran elektronik. Mereka boleh menggunakan pembelajaran elektronik dengan berkesan dan menggunakan pembelajaran elektronik untuk mendapatkan nota dan bahan-bahan pembelajaran lain.
10
Kritikan Tidak menunjukkan item-item dalam borang soal selidik bagi analisis tahap penggunaan pembelajaran elektronik - kurang jelas tentang analisis tahap penggunaan pembelajaran elektronik di kalangan pelajar. Kurang cadangan lanjutan bagi meningkatkan tahap kesediaan pelajar Kejuruteraan Elektrik terhadap penggunaan pembelajaran elektronik dalam pembelajaran di UTHM. Lebih memfokuskan kepada kajian-kajian lepas mengenai tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik dalam proses pembelajaran di kalangan pelajar.
11
Kritikan Keputusan kajian dianalisis dengan baik kerana min dan sisihan piawai ditunjukkan dengan jelas mengikut item-item bagi ketiga-tiga aspek yang dikaji dalam kajian ini iaitu tahap kesedaran, kesediaan dan penggunaan pembelajaran elektronik melalui kaedah deskriptif. Sepatutnya mengunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan data yang lebih jelas dan terperinci.
12
Cadangan Kajian ini boleh dilanjutkan dengan menggunakan pelajar-pelajar dari fakulti-fakulti lain di UTHM sebagai sampel dan seterusnya diperluaskan dengan pelajar-pelajar universiti-universiti lain. Pengaruh faktor-faktor seperti jantina, tahun pengajian dan aliran pengajian terhadap kesediaan pembelajaran berasaskan elektronik (e-learning) di kalangan pelajar universiti boleh dikaji.
13
Kesimpulan Pembelajaran elektronik merupakan satu elemen yang penting bagi pelajar-pelajar IPTA dan ia memberikan impak dalam kejayaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT. Usaha membangunkan sistem pembelajaran elektronik yang lengkap lagi sempurna memerlukan kajian mendalam serta meluas untuk memahami kesediaan pengguna serta memerlukan perancangan yang rapi. Pihak Universiti perlu mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk mengalakkan pelajar ke arah penggunaan pembelajaran elektronik sejajar dengan perkembangan teknologi pada masa kini.
14
Tamat Terima Kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.