Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KONSEP HARTA DALAM ISLAM & ASAS HARTA PERNIAGAAN DIZAKATKAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KONSEP HARTA DALAM ISLAM & ASAS HARTA PERNIAGAAN DIZAKATKAN"— Transcript presentasi:

1 KONSEP HARTA DALAM ISLAM & ASAS HARTA PERNIAGAAN DIZAKATKAN
BAHAGIAN 1 KONSEP HARTA DALAM ISLAM & ASAS HARTA PERNIAGAAN DIZAKATKAN

2 HARTA Definisi: Dari segi bahasa – setiap barang yang benar-benar dimiliki dan dikawal. Dari segi istilah – terdapat dua pendapat: Pendapat Golongan Hanafi Harta adalah benda atau barang yang: a. boleh dikawal, dan b. kebiasaan nya boleh diambil faedah daripadanya.

3 HARTA Pendapat Jumhur Ulama’ (selain Hanafi)
Harta adalah setiap perkara (barang) yang ada harga (nilai). Maka ini termasuk Hak dan Manfaat. Hak – sesuatu perkara yang diakui oleh syara’ untuk seseorang yang membolehkan dia menjalankan kuasa tertentu atau mengenakan kewajipan dengan sesuatu. Manfaat – faedah daripada benda-benda.

4 PEMBAHAGIAN HARTA Harta al-mutaqawwam (bernilai) dan harta ghair al-mutaqawwam (tidak bernilai). Harta al-manqul (alih) dan harta al-’aqar (tak alih). Harta mithly (ada bandingan) dan harta qimiy (tiada bandingan). Harta istihlak (pakai habis/tidak kekal) dan harta isti’mal (guna/kekal)

5 JENIS-JENIS PEMILIKAN
MILIK SEMPURNA Memiliki zat sesuatu benda bersama dengan manfaatnya. Ciri-Ciri Milik Sempurna: Milik yang bersifat mutlak yang tidak terhad kepada masa. Diberi kuasa dan kebebasan mengguna, menanam modal, menjual, menghibah, mewakaf, memaju atau melabur, dan mentadbir harta yang dimiliki sesuka hatinya.

6 SEBAB-SEBAB MILIK SEMPURNA
Penguasaan keatas barang yang harus Kontrak yang berpindah milik Penggantian Lahir daripada barang atau binatang yang dimiliki

7 JENIS-JENIS PEMILIKAN
MILIK TAK SEMPURNA Memiliki zat harta sahaja atau pun memiliki manfaatnya sahaja (haq al-intifa’). Jenis-Jenis Milik Tidak Sempurna Milik Zat Harta Sahaja - zat milik orang lain sedangkan manfaatnya diberikan kepada orang lain. Milik Manfaat Individu Atau Hak Menerima Manfaat iaitu 

8 Adapun milik manfaat individu atau hak menerima manfaat boleh disebabkan oleh:
Pinjam barangan Sewaan Wakaf Wasiat Manfaat Sahaja Kebenaran (Ibahah) mengguna

9 ISU MILIK SEMPURNA Milik Pengurusan (milk al- Tasarruf)
Terdapat perbezaan pandangan dari segi: Milik Tangan (al-Hiyazah) Milik Pengurusan (milk al- Tasarruf) Pemilik asal (asl al-Milk)

10 HANAFI – Syarat Pemilik Asal dan Milik Tangan.
MALIKI – Syarat Milik Tangan dan Keupayaan untuk Mengurus pada perkara yang dimiliki. HANBALI – Milik Tangan dan Keupayaan Mengurus. SYAFI’I – Milik Tangan dan Keupayaan Mengurus.

11 Jelas disini bahawa Maliki, Hanbali dan Syafi’i mempunyai pandangan sama akan syarat harta milik sempurna iaitu: Milik Tangan (al-Hiyazah) Milik Pengurusan (milk al-Tasarruf)

12 Hutang Pinjaman Wang Pada pendapat al-asah, hutang tidak menghalang wajibnya zakat sebab zakat bergantung pada diri harta sedang hutang bergantung kepada tanggungjawab. Orang yang berhutang wajib membayar zakat harta (wang) yang dipinjamnya apabila cukup hawl dalam keadaan wang (hutang) itu dibawah miliknya. Ini adalah kerana pemilikan (wang) melalui pinjaman adalah dikira pemilikan sempurna.

13 HARTA YANG DIZAKATKAN Disyaratkan harta hendaklah yang berkembang kerana makna zakat ialah al-nama (berkembang). Harta yang disediakan untuk pengembangan dengan cara perniagaan (keuntungan) atau ternakan (Jumhur). Ternakan menghasilkan susu, anak dan minyak.

14 KEDUDUKAN HUTANG HANAFI – Tidak ada hutang bagi zakat yang lain daripada tanam-tanaman dan buah-buahan; hutang tuntutan manusia. HANBALI – Tidak ada hutang bagi semua harta. MALIKI – Tidak ada hutang pada emas dan perak tetapi tidak pada zakat tanaman dan buah-buahan, binatang dan galian. SYAFI’I – Tidak disyaratkannya – hutang yang menghabisi harta zakat atau yang mengurangkan nisab tidak menghalang kewajipan zakat.

15 LIABILITI OPERASI Liabiliti Operasi adalah liabiliti perniagaan yang lahir daripada aktiviti operasi dan yang telah dimanfaatkan tetapi belum dijelaskan bayarannya. Contoh: Pemiutang perdagangan, gaji belum bayar, sewa belum bayar, letrik, telefon, air, cukai harta, cukai perniagaan dan seumpamanya yang telah terakru. Liabiliti operasi dibenarkan sebagai tolakan dalam taksiran zakat perniagaan.

16 PENGHUTANG PERDAGANGAN
Apabila perniagaan menjual barangan secara kredit, maka akan lahirlah Penghutang Perdagangan (Akaun Belum Terima). Barang telah diberikan kepada pelanggan dan pelanggan diberi kemudahan untuk bayar lewat dan diyakini boleh menjelaskan hutangnya. Penghutang Perdagangan yang diyakini dapat dikutip bayarannya akan dikenakan taksiran zakat. Barang dagangan bertukar bentuk kepada ABT.

17 PEMIUTANG PERDAGANGAN
Apabila perniagaan membeli barang niaga secara kredit, maka akan lahirlah Pemiutang Perdagangan (Akaun Belum Bayar). Barang telah diperolehi dan pembekal memberi kemudahan untuk bayar lewat dan kita boleh menjelaskan hutang ini. Pemiutang Perdagangan dibenarkan sebagai tolakan operasi. Apabila ABT pada Penjual dikenakan zakat maka ABB pada pembeli tidak akan dikenakan zakat atas asas keadilan dimana zakat hanya sekali saja.

18 LIABILITI KEWANGAN Liabiliti Kewangan dalam perniagaan adalah bersumberkan dari urusniaga pinjaman kewangan atau yang melahirkan hutang kewangan – sama da jangka panjang, sederhana atau jangka pendek. Hutang kewangan memenuhi syarat Milik Sempurna. Contoh: Pinjaman kewangan, bon, overdraf, pajakan modal, hutang dari ABBA, Al-’Inah, dan lain-lain yang seumpamanya.

19 HARTA TETAP Harta tak alih (rumah) atau harta alih (perabut) tetapi bukan diniatkan sebagai barang dagangan. Harta ini membantu perniagaan. Ia boleh bersifat “produktif” atau sebaliknya. Harta tetap produktif – al-mustaghallat seperti bangunan yang boleh disewakan; kenderaan yang boleh disewakan; ayam telur yang boleh menghasilkan telur dan seumpamanya. Hasil dari al-mustaghallat termasuk dalam taksiran zakat. Harta tetap yang dijual kelak, akan dikira dalam taksiran zakat.

20 HARTA PELABURAN Harta pelaburan boleh sebagai Aset Semasa atau bukan aset semasa. Kalau aset semasa, maka dizakatkan. Keputusan Al-Mujma’ Islami ke 2 di Al-Azhar: Niat “main saham” – maka ia sebagai urud tijarah dan dikenakan zakat. Niat terima dividen sahaja: Saham bukan al-mustaghallat, maka pelaburan dan dividen dizakatkan. Sebagai al-mustaghallat, maka hanya dividen dizakatkan.

21 PERNIAGAAN BERASASKAN BARANGAN
Zakat perniagaan bagi barangan muhtakir (spekulator) - peniaga membeli barang dan menunggu masa harga tinggi sebelum menjualnya. Jumhur (kecuali pengikut Maliki) menyatakan bahawa peniaga ini hendaklah mengeluarkan zakat setiap tahun walaupun dia tidak menjual barangan berkenaan. Berkaitan hutang barang perniagaan yang diberikan oleh muhtakir kepada seseorang, fuqaha’ Maliki menegaskan bahawa ia tidak perlu dikeluarkan zakatnya kecuali dia menerima pembayaran hutang itu.

22 Zakat perniagaan bagi barangan mudir - peniaga runcitan :Jumhur (kecuali Maliki) tidak di zakat. Fuqaha’ Maliki, peniaga ini tidak ditetapkan syarat hawl ke atas barangannya. Hawl peniaga dikira berasaskan hawl modal harta asal ia mula berniat untuk menjalankan perniagaan atau tarikh ia mula membeli barang perniagaan. Mudir hendaklah menetapkan satu bulan yang khusus dalam setahun untuk mengira wang-wangnya dan membuat penilaian barang-barang perniagaannya (tidak termasuk harta tetap). Nilai barangan itu dicampurkan kepada wang dan ditolak hutang-piutang yang ada, maka setelah dikira bakinya dan ia cukup nisab, zakat wajib ditunaikan.

23 Perniagaan Tidak Berasaskan Barangan
 a. Zakat perniagaan bagi harta mustaghallat - Harta mustaghallat tidak diwajibkan zakat kerana ia tidak diniatkan untuk perniagaan, tetapi pemiliknya mendapat manfaat daripadanya seperti hasil sewaan, caj-caj pengangkutan, pendapatan projek-projek ternakan dan pengeluaran serta lain-lain lagi. Fizikal (`ayn ) barangan tidak dikenakan zakat tetapi ke atas hasil atau keuntungannya. Jumhur fuqaha’ tidak mewajibkan zakat ke atas jenis-jenis harta ini sekiranya ia digunakan untuk tujuan persendirian.

24 b. Zakat perniagaan bagi perkhidmatan & perundingan – biasanya terdiri daripada golongan profesional dan berkemahiran. Hasil pendapatan ini boleh didapati dalam bentuk imbuhan bulanan atau perolehan. Sarjana fiqh menamakan bentuk pendapatan sebegini sebagai al-mal al-mustafad. Keempat-empat mazhab telah menetapkan bahawa zakat terhadap al-mal al-mustafad wajib dikeluarkan setelah cukup nisab dan hawlnya. Fuqaha’ Hanafi, Maliki dan Hanbali tidak mensyaratkan hawl dalam zakat pendapatan bebas; zakat wajib dikeluarkan setelah cukup nisab walaupun tidak cukup hawl. Namun, jika pendapatan bebas berkenaan tidak cukup nisab, maka boleh dikumpulkan hingga akhir hawl untuk mencukupkan nisabnya.

25 Perhatian! Pembelian sesuatu aset tetap atau aset bukan semasa pada hujung hawl dengan menggunakan dana modal kerja akan ditaksirkan zakat. Begitu juga penggunaan aset semasa perniagaan pada hujung hawl untuk derma-derma atau yang bersifat bukan operasi akan ditaksirkan zakat.

26 ALLAHU ‘A’LAM


Download ppt "KONSEP HARTA DALAM ISLAM & ASAS HARTA PERNIAGAAN DIZAKATKAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google