Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PENULISAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PENULISAN"— Transcript presentasi:

1 PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PENULISAN
PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG KLINIK UPSR INFO BESTARI BIMBINGAN KERTAS 012 LATIHAN PENGUKUHAN BANK ITEM E-BUKU UPSR EXIT

2 Yang Kurik itu Kundi Yang Merah itu Saga Yang Baik itu Budi Yang Indah
itu Bahasa Rozana bt Mohd Yusof EXIT MENU TERUSKAN

3 BIMBINGAN AYAT YANG GRAMATIS PENGGUNAAN BAHASA YANG BETUL
PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG BIMBINGAN Emak menghidangi kami sepinggan goreng pisang yang masih panas petang itu. (salah) Emak menghidangi kami sepinggan pisang goreng yang masih panas petang itu. (betul) {Hukum D-M yang betul, pisang goreng sebab yang diterang ialah pisang dan yang menerang ialah goreng} Rozana bt Mohd Yusof EXIT MENU TERUSKAN

4 INFO PERKONGSIAN PINTAR
Maulidul Rasul ______ hari perayaan bagi masyarakat yang beragama Islam. ialah adalah JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA CUBA TEKA ialah HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

5 INFO PERKONGSIAN PINTAR
Pengantin perempuan itu ______ saudara kembar Dayang Suhana. ialah adalah JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA CUBA TEKA ialah PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

6 INFO PERKONGSIAN PINTAR
Hadiah dalam kotak biru muda ini ______ untuk Encik Raziman. ialah adalah JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA CUBA TEKA adalah PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

7 INFO PERKONGSIAN PINTAR
Keterangan yang diberi oleh saksi utama kes itu______ rekaan semata-mata. ialah adalah JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA CUBA TEKA adalah PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

8 INFO PERKONGSIAN PINTAR
Jalur Gemilang ______ antara lambang kebesaran negara Malaysia. ialah adalah JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA CUBA TEKA ialah PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

9 SUNTIKAN IDEA INFO KATA YANG TEPAT
Terima kasih di atas ucapan tuan Guru Besar itu tadi. sepatutnya Terima kasih atas ucapan tuan Guru Besar itu tadi. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

10 SUNTIKAN IDEA KATA SENDI YANG TEPAT
Abdul Samad dan kawan-kawannya menunggu bas sejak dari pagi. sepatutnya Abdul Samad dan kawan-kawannya menunggu bas sejak pagi. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

11 SUNTIKAN IDEA KATA PEMERI YANG TEPAT
Hadiah dalam kotak biru muda ini ialah untuk Cik Suraya. sepatutnya Hadiah dalam kotak biru muda ini adalah untuk Cik Suraya. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

12 SUNTIKAN IDEA HUKUM D-M YANG TEPAT
Encik Maniam bekerja di Mini Estet Ulu Bernam sejak tahun 1970. sepatutnya Encik Maniam bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun 1970. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

13 SUNTIKAN IDEA KATA PENEGAS YANG TEPAT
Hanya Ali sahaja yang mendapat 5A dalam Ujian Percubaan UPSR. sepatutnya Hanya Ali yang mendapat 5A dalam Ujian Percubaan UPSR. {gugurka sahaja} PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

14 SUNTIKAN IDEA KATA GANDA YANG TEPAT
Ayah sedang menebas semak-samun di belakang rumah. sepatutnya Ayah sedang menebas semak samun di belakang rumah. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

15 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
“Saya sayangkan kucing siam itu,” kata Wan Amirah kepada kakaknya. SEPATUTNYA “Saya sayang akan kucing siam itu,” kata Wan Amirah kepada kakaknya. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

16 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Oleh kerana terlalu letih bekerja, Abdul Halim tertidur di sofa itu. SEPATUTNYA Oleh sebab terlalu letih bekerja, Abdul Halim tertidur di sofa itu. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

17 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
“Adik sangat sukakan anak patung itu,” kata kakak kepada emak. SEPATUTNYA “Adik sangat suka kepada/akan anak patung itu,” kata kakak kepada emak. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

18 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Mohd Kamarul pergi kedai Pak Ali untuk membeli sebuku roti dan sebotol kicap. SEPATUTNYA Mohd Kamarul pergi ke kedai Pak Ali untuk membeli sebuku roti dan sebotol kicap. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

19 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Kami sering bersiar-siar ke Tasik Titiwangsa pada hujung minggu. SEPATUTNYA Kami sering bersiar-siar di Tasik Titiwangsa pada hujung minggu. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

20 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Novel yang dibaca oleh kakak itu berkisar pergolakan jiwa remaja masa kini. SEPATUTNYA Novel yang dibaca oleh kakak itu berkisar tentang pergolakan jiwa remaja masa kini. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

21 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Adik tidur dalam biliknya sendiri semenjak dia berumur tujuh tahun. SEPATUTNYA Adik tidur di dalam biliknya sendiri semenjak dia berumur tujuh tahun. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

22 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
“Cikgu Abdul Jalil hendak berjumpa kamu,” kata Rahim kepada Daud. SEPATUTNYA “Cikgu Abdul Jalil hendak berjumpa dengan kamu,” kata Rahim kepada Daud. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

23 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
“Saya datang daripada Kuala Terengganu,” kata pemuda itu memperkenalkan diri. SEPATUTNYA “Saya datang dari Kuala Terengganu,” kata pemuda itu memperkenalkan diri. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

24 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Prestasi Bahasa Melayu Penulisan Padmini lebih baik dari Ranjini. SEPATUTNYA Prestasi Bahasa Melayu Penulisan Padmini lebih baik daripada Ranjini. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

25 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Pasu seramik berwarna unggu yang cantik itu dibuat dari tanah liat. SEPATUTNYA Pasu seramik berwarna unggu yang cantik itu dibuat daripada tanah liat. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

26 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Di masa kejadian itu, Intan masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi. SEPATUTNYA Pada masa kejadian itu, Intan masih kecil dan tidak tahu apa-apa lagi. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

27 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Lukisan potret wajah artis terkenal itu ada dengan Encik Raisudin. SEPATUTNYA Lukisan potret wajah artis terkenal itu ada pada Encik Raisudin. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

28 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Tiang telefon itu tumbang di tanah kerana dilanggar oleh sebuah lori. SEPATUTNYA Tiang telefon itu tumbang ke tanah kerana dilanggar oleh sebuah lori. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

29 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Minuman itu sudah dihidangkan pada para tetamu yang hadir dalam majlis itu. SEPATUTNYA Minuman itu sudah dihidangkan kepada para tetamu yang hadir dalam majlis itu. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

30 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Jangan mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang negatif itu. SEPATUTNYA Jangan mudah terpengaruh oleh budaya kuning yang negatif itu. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

31 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Sabariah berterima kasih di atas pertolongan yang diberikan oleh pemuda itu. SEPATUTNYA Sabariah berterima kasih atas pertolongan yang diberikan oleh pemuda itu. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

32 BIASAKAN YANG BETUL BETULKAN YANG BIASA
Di dalam pengetahuan saya, Cik Siti Rohani masih belajar di Universiti Putra Malaysia. SEPATUTNYA Dalam pengetahuan saya, Cik Siti Rohani masih belajar di Universiti Putra Malaysia. BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

33 PANDUAN MENULIS Gunakan bahasa Melayu baku. Gunakan bahasa rasmi.
Tidak menggunakan bahasa basahan (slanga), bahasa daerah, bahasa pasar, dan bahasa lama yang sudah tidak digunakan lagi. Tidak menggunakan kata-kata yang tidak perlu. Gunakan satu perkataan yang tepat. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 012 EXIT MENU TERUSKAN

34 PANDUAN MENULIS Gunakan ayat aktif - maksud lebih tepat.
Gunakan penggabung kata yang sesuai. Perkataan yang spesifik / membawa konotasi (maksud) yang sesuai. Bahasa kiasan yang terpilih/sederhana. Gunakan ayat yang pelbagai/sesuai. Variasi (kepelbagaian) dalam pola (bentuk) dan susunan ayat. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 012 EXIT MENU TERUSKAN

35 MASALAH PEMBELAJARAN Tidak boleh membina ayat. Salah penggunaan kata.
Kemahiran menggunakan tanda baca. Kemahiran membina ayat. Kemahiran mengeja perkataan. Lemah aspek SPITE. Kemahiran mencari isi penting. Kemahiran membaca. Lemah aspek tatabahasa. Tiada kerangka karangan. Kemahiran membina ayat gramatis. Penggunaan masa. Tulisan tidak kemas/tidak betul. MASALAH PEMBELAJARAN PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 012 EXIT MENU TERUSKAN

36 KELEMAHAN DALAM MENULIS KARANGAN
Tulisan yang tidak kemas. Penulisan abjad – Ss Pp Mm Ii Oo Kk Pemerengganan yang tidak kemas. Penggunaan tanda baca yang tidak tepat. Tiada/kurang isi utama. Huraian yang tidak mantap/tidak tepat. Tiada isi sampingan. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 012 EXIT MENU TERUSKAN

37 Ss Pp Mm Ii Oo Kk KELEMAHAN DALAM MENULIS KARANGAN Penulisan Abjad
BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

38 Sambungan ... Isi yang kurang bernas/mantap.
Isi tidak mengikut keutamaan. Gaya penulisan yang tidak sepadan. Kesalahan aspek tatabahasa. Aspek SPITE. Karangan terpesong. (seluruh/sebahagian) Pengulangan isi atau idea. Pemilihan tajuk/jenis tidak tepat. Kesalahan format karangan. PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 012 EXIT MENU TERUSKAN

39 BABASBDM Bagaimana Berapa Siapa Bila Apa Adakah Di mana Mengapa
PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 012 EXIT MENU TERUSKAN

40 BAHAGIAN A : 10 MARKAH BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005
ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

41 BAHAGIAN A : 10 MARKAH Sebatang daripada gigi budak itu sudah berlubang, pada pagi itu giginya sakit. Budak itu tidak ke sekolah pada pagi itu kerana dia mengalami kesakitan yang amat sangat. Ayah budak itu bergegas membawanya ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan. Setelah lima belas minit perjalanan, mereka pun sampai di sebuah klinik gigi. Doktor gigi sedang memeriksa gigi budak itu, giginya yang berlubang itu perlu dicabut. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

42 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nordin ialah seorang pegawai kesihatan. Beliau sudah berkeluarga, mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau juga turut memelihara ibunya yang sudah tua. Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan sehariannya menjadi lebih sibuk. Setiap hari, awal-awal pagi lagi Nordin sudah pun menghidupkan enjin keretanya untuk menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Pulang daripada menghantar anaknya, dia akan memandikan ibunya yang sakit. Isterinya pula membantu Nordin menyediakan makanan dan minuman untuk ibu mentuanya itu. Selepas itu, Nordin segera ke tempat kerja. Beliau sentiasa awal sampai di tempat kerja dan terus memulakan kerja dengan mengumpulkan tabung uji yang berisi darah para pesakit. Beliau akan menguji darah-darah tersebut mengikut label yang telah ditentukan oleh doktor. Di pejabatnya pula, Nordin sangat menghormati ketua dan rakan sebayanya. Bulan lepas genaplah sepuluh tahun beliau berkhidmat. Beliau juga telah dicalonkan untuk menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kesihatan Malaysia. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

43 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nordin ialah seorang ketua keluarga yang penyayang dan bertanggungjawab. Di samping itu, beliau juga sanggup berkorban untuk menjaga ibunya yang sudah tua dan sedang sakit pula. Isterinya juga memberi sokongan yang penuh dalam menguruskan hal ehwal keluarga mereka. Nordin seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Beliau juga merupakan seorang pegawai yang berdisiplin dan komited terhadap kerjayanya. Beliau juga seorang yang rajin bekerja dan menghormati orang lain. Sikapnya yang bertanggungjawab sungguh disenangi oleh majikan dan rakan-rakannya. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

44 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nilai murni yang pertama ialah sikap penyayang, Nordin sanggup memelihara ibunya yang sudah tua. Nilai murni yang kedua ialah bertanggungjawab kerana dia menghantar anak-anaknya ke sekolah. Nilai murni seterusnya ialah sanggup berkorban, menjaga dan memandikan ibunya yang sedang sakit. Nilai murni yang keempat ialah berdisiplin kerana beliau sentiasa tiba awal di tempat kerjanya. Nilai murni kelima pula ialah sikap menghormati orang lain, menghormati majikan dan rakan-rakan sekerjanya. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

45 BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 2 4 3 5 BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

46 BAHAGIAN A : 10 MARKAH Di kampung saya ada sebuah gerai, di gerai tersebut ada menjual (berbagai jenis buah-buahan). Anggur merah dijual dengan harga RM12.00 sekilo, harga anggur itu agak mahal. Peniaga itu menjual sebiji betik dan sebiji nanas dengan harga RM1.20 sahaja. Harga sekilo mangga RM7.00 manakala harga sekilo pisang nangka RM3.00 sahaja. Harga sebiji buah epal merah murah 10 sen jika dibandingkan dengan harga sebiji buah oren. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

47 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Aktiviti gotong-royong merupakan amalan hidup yang baik dan memberi pelbagai faedah kepada masyarakat. Namun begitu, di bandar-bandar besar sikap bergotong-royong ini sudah kurang diamalkan. Malah ada juga sesetengah orang yang tidak mengenali jiran sebelah rumahnya walaupun sudah hidup berjiran selama berpuluh-puluh tahun. Perkara ini terjadi kerana segelintir daripada mereka terlalu sibuk mengejar kemajuan dan kemewahan hidup. Sekiranya mereka menghayati kebaikan amalan bergotong-royong ini, nescaya mereka akan meluangkan masa untuk kegiatan seperti ini. Sebagai contoh, amalan bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal dapat mengatasi masalah pembiakan nyamuk Aedes dan pencemaran alam sekitar. Begitulah juga apabila kita bekerjasama membina jambatan yang telah runtuh. Cara ini akan mengurangkan kos untuk membina jambatan baru. Justeru itu, kos dan upah pembinaan tidak perlu dikeluarkan dan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Sesuatu kerja yang dilakukan secara bergotong-royong juga dapat dilaksanakan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Amalan gotong-royong juga dapat menjalin semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat. Amalan ini juga dapat merealisasikan kemesraan dan semangat muhibah. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

48 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Gotong-royong ialah satu daripada aktiviti yang boleh menyatukan masyarakat setempat. Aktiviti ini perlu dihidupkan semula bagi membina suasana yang harmoni di kalangan jiran tetangga. Orang ramai perlu meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti murni ini. Aktiviti gotong-royong juga mampu menangani masalah masyarakat dan meringankan sesuatu kerja. Ketika melaksanakan program gotong-royong, orang ramai dapat beramah mesra, saling mengenali antara satu sama lain. Hal ini juga boleh serta mampu membawa kepada wujudnya semangat muhibah dan perpaduan antara kaum. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

49 BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 4 3 2 5 BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

50 BAHAGIAN A : 10 MARKAH Murid-murid Tahun Enam Amanah telah menjalankan aktiviti membersihkan kelas mereka. Guru kelas mereka telah menyediakan minuman dan kuih-muih pada hari itu. Dua orang murid lelaki sedang asyik mengelap dan membersihkan papan tulis. Murid perempuan itu sedang mengelap habuk-habuk yang melekat pada cermin tingkap di kelasnya. Dua orang murid sedang menyusun meja supaya kelihatan lebih teratur dan tampak kemas. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

51 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid membuang sampah melalui tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

52 NILAI MURNI/ PENGAJARAN
Menghargai masa Tolong-menolong Berdisiplin Prihatin Sopan dan berhemah tinggi BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

53 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nilai murni yang pertama ialah menghargai masa. Masa adalah sesuatu yang amat berharga. Nilai murni yang kedua ialah tolong-menolong, kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya kepada orang yang memerlukan pertolongan. Nilai murni yang seterusnya ialah berdisiplin, kita perlu berdisiplin semasa menaiki bas. Nilai murni yang keempat ialah prihatin, terutamanya kepada murid yang lebih kecil semasa menaiki bas. Nilai murni yang kelima ialah berhemah, kita hendaklah senantiasa menegur, memberi nasihat, dan tunjuk ajar secara sopan kepada rakan-rakan kita. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

54 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Normah ialah seorang murid yang sangat menghargai masa, mudah menghulurkan bantuan, dan berdisiplin. Atas pertolongannya, seorang wanita berjaya menemui tempat yang hendak dikunjungi setelah menerima maklumat yang jelas daripada Normah. Dia juga seorang yang bertimbang rasa, sedia memberi peluang kepada murid-murid yang lebih muda menaiki bas terlebih dahulu. Normah juga seorang murid yang tegas, berani menegur kesalahan kawannya. Dia juga sedia memberi bimbingan kepada rakan-rakannya . Sikap yang ditunjukkan oleh Normah perlu dicontohi oleh rakan-rakan. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

55 BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 2 5 3 4 BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

56 BAHAGIAN A : 10 MARKAH Budak lelaki itu menyambut hari lahirnya yang kesebelas petang semalam. Banyak kawan-kawannya yang hadir bagi meraikan sambutan hari lahirnya pada petang itu. Makanan yang disediakan oleh emak budak lelaki itu sungguh sedap dan menyelerakan. Budak lelaki itu berasa amat gembira kerana dia banyak menerima hadiah daripada kawan-kawannya. Budak lelaki itu sedang memotong kek. Dalam pada itu, mereka menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir”. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

57 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam keadaan sihat dan selamat. Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita. Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

58 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Pengorbanan ibu terlalu tinggi nilainya dalam sesebuah keluarga. Ibu memiliki sifat penyayang dan pengasih semasa menjaga dan mengasuh anak-anaknya. Ibu juga sanggup berkorban masa untuk menjaga anak-anaknya sejak dari lahir lagi. Ibu juga sanggup mengadai nyawa semasa melahirkan anaknya. Pengorbanan ibulah yang telah menjadikan kita lebih dewasa, berpelajaran, berilmu, dan berbudi pekerti mulia. Pengorbanan ibu terlalu agung, tidak mampu dibalas oleh anak-anak sekalipun dengan harta yang bertimbun. Oleh itu, jagalah hati ibu supaya ceria dan gembira di usia emasnya itu. BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

59 SEKIAN SEKIRANYA ADA KEMUSYKILAN, INSYALLAH AKAN SAYA PERJELAS SETAKAT YANG TERMAMPU. HARAP MAAF BAHASA MELAYU FORMAT BAHARU MULAI 2005 ITEM UPSR – KERTAS 011 DAN KERTAS 012 EXIT MENU TERUSKAN

60 PENEROKAAN GLOBAL DI INTERNET
MELAYARI LAMAN WEB AKADEMIK KLIK PADA ALAMAT WEB YANG TERSEDIA PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG E-BUKU UPSR hhtp://myschoolnet.ppk.kpm.my/ hhtp:// hhtp://tatabahasabm.tripod.com/ PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN

61 SEKIAN ADANYA ... PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK
BAHASA MELAYU KERTAS UPSR 011 EXIT MENU TERUSKAN


Download ppt "PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PENULISAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google