Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PEMAHAMAN"— Transcript presentasi:

1 PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG KLINIK UPSR INFO BESTARI BIMBINGAN KERTAS 011 LATIHAN PENGUKUHAN BANK ITEM E-BUKU UPSR EXIT

2 Yang Kurik itu Kundi Yang Merah itu Saga Yang Baik itu Budi Yang Indah
itu Bahasa HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

3 Apakah info ejaan ini betul atau salah?
durhaka kraftangan sabjektif engkar pendita benteras sertamerta matalamat CUBA FIKIRKAN SEJENAK Apakah info ejaan ini betul atau salah? HAJJAH MAZANA BT ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

4 ingkar derhaka kraf tangan subjektif pendeta banteras serta-merta
matlamat INFO EJAAN YANG BETUL HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

5 PILIH AYAT YANG GRAMATIS KLIK PADA PILIHAN JAWAPAN
MENILAI PRESTASI ANDA PILIH AYAT YANG GRAMATIS KLIK PADA PILIHAN JAWAPAN PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG PENGUKUHAN PENGUKUHAN KERTAS 011 HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

6 SOALAN 1 Dia ________ kejayaan dalam pertandingan itu kerana usaha gigihnya yang tidak pernah mengenal jemu. A perolehi B berolehkan C memperoleh SALAH BAGUS D memperolehi HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

7 SOALAN 2 Encik Rashid ________ isterinya sepasang anting-anting berlian sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima. A hadiahi B menghadiahi C berhadiahkan SALAH BAGUS D menghadiahkan HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

8 SOALAN 3 Para pekerja Majlis Perbandaran Teluk Intan sedang ________ jalan menuju ke kawasan taman rekreasi itu. A melebar B memperlebar C memperlebari SALAH BAGUS D memperlebarkan HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

9 SOALAN 4 Pak Malek sedang ________ besi pemegang kereta sorong itu supaya selesa dan senang untuk digunakan. A mengikir B mengikis C mengukir SALAH BAGUS D mengorek HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

10 SOALAN 5 Hidung dan tapak tangan kiri budak itu luka sedikit apabila dia jatuh ________ semasa berlari di padang pagi tadi. A telentang B tejelepak C terperosok SALAH BAGUS D tersembam HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

11 SOALAN 6 Abd. Rahim tenang duduk di dalam sampan sambil menunggu __________ dimakan oleh ikan di sungai itu. A kailnya B jorannya C umpannya D pancingnya BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

12 SOALAN 7 Hakim telah ________ pencuri itu hukuman penjara selama setahun sembilan bulan dan denda sepuluh ribu ringgit. A menjatuhi B dijatuhkan C berjatuhan D menjatuhkan BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

13 SOALAN 8 ________ Putera Sultan Terengganu telah melawat hospital yang baru siap dibina itu pagi tadi. A Yang Mulia B Yang Berusaha C Yang Berhormat D Yang Berbahagia BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

14 SOALAN 9 “Kerja-kerja ________ ini harus dilakukan dengan berhati-hati,” pesan Cikgu Suhaimi kepada Murad. A memaku B memahat C mengetam D menggerudi BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

15 SOALAN 10 Mak Cik Odah sedang menanam beberapa ________ anak padi di bendangnya petang semalam. A gemal B pokok C batang D rumpun BAGUS SALAH HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

16 PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PENULISAN
PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG KLINIK UPSR INFO BESTARI BIMBINGAN KERTAS 012 LATIHAN PENGUKUHAN BANK ITEM E-BUKU UPSR EXIT

17 Ss Pp Mm Ii Oo Kk KELEMAHAN DALAM MENULIS KARANGAN Penulisan Abjad
HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

18 BABASBDM Bagaimana Berapa Siapa Bila Apa Adakah Di mana Mengapa
HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

19 BAHAGIAN A : 10 MARKAH HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

20 BAHAGIAN A : 10 MARKAH Sebatang daripada gigi budak itu sudah berlubang, pada pagi itu giginya sakit. Budak itu tidak ke sekolah pada pagi itu kerana dia mengalami kesakitan yang amat sangat. Ayah budak itu bergegas membawanya ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan. Setelah lima belas minit perjalanan, mereka pun sampai di sebuah klinik gigi. Doktor gigi sedang memeriksa gigi budak itu, giginya yang berlubang itu perlu dicabut. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

21 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nordin ialah seorang pegawai kesihatan. Beliau sudah berkeluarga, mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak. Beliau juga turut memelihara ibunya yang sudah tua. Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan sehariannya menjadi lebih sibuk. Setiap hari, awal-awal pagi lagi Nordin sudah pun menghidupkan enjin keretanya untuk menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Pulang daripada menghantar anaknya, dia akan memandikan ibunya yang sakit. Isterinya pula membantu Nordin menyediakan makanan dan minuman untuk ibu mentuanya itu. Selepas itu, Nordin segera ke tempat kerja. Beliau sentiasa awal sampai di tempat kerja dan terus memulakan kerja dengan mengumpulkan tabung uji yang berisi darah para pesakit. Beliau akan menguji darah-darah tersebut mengikut label yang telah ditentukan oleh doktor. Di pejabatnya pula, Nordin sangat menghormati ketua dan rakan sebayanya. Bulan lepas genaplah sepuluh tahun beliau berkhidmat. Beliau juga telah dicalonkan untuk menerima anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kesihatan Malaysia. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

22 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nordin ialah seorang ketua keluarga yang penyayang dan bertanggungjawab. Di samping itu, beliau juga sanggup berkorban untuk menjaga ibunya yang sudah tua dan sedang sakit pula. Isterinya juga memberi sokongan yang penuh dalam menguruskan hal ehwal keluarga mereka. Nordin seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Beliau juga merupakan seorang pegawai yang berdisiplin dan komited terhadap kerjayanya. Beliau juga seorang yang rajin bekerja dan menghormati orang lain. Sikapnya yang bertanggungjawab sungguh disenangi oleh majikan dan rakan-rakannya. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

23 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nilai murni yang pertama ialah sikap penyayang, Nordin sanggup memelihara ibunya yang sudah tua. Nilai murni kedua ialah bertanggungjawab kerana dia menghantar anak-anaknya ke sekolah. Nilai murni seterusnya ialah sanggup berkorban, menjaga dan memandikan ibunya yang sedang sakit. Nilai murni yang keempat ialah berdisiplin kerana beliau sentiasa tiba awal di tempat kerjanya. Nilai murni kelima pula ialah sikap menghormati orang lain, menghormati majikan dan rakan-rakan sekerjanya. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

24 BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 2 4 3 5 HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU
TERUSKAN

25 BAHAGIAN A : 10 MARKAH Di kampung saya ada sebuah gerai, di gerai tersebut ada menjual (berbagai jenis buah-buahan). Anggur merah dijual dengan harga RM12.00 sekilo, harga anggur itu agak mahal. Peniaga itu menjual sebiji betik dan sebiji nanas dengan harga RM1.20 sahaja. Harga sekilo mangga RM7.00 manakala harga sekilo pisang nangka RM3.00 sahaja. Harga sebiji buah epal merah murah 10 sen jika dibandingkan dengan harga sebiji buah oren. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

26 BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 2 4 3 5 HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU
TERUSKAN

27 BAHAGIAN A : 10 MARKAH Pada waktu itu banyak kenderaan yang lalu-lalang di atas jalan raya, keadaannya sangat sibuk. Kenderaan yang menggunakan jalan raya terdiri daripada kereta, bas, motosikal, dan lori. Satu kemalangan ngeri telah berlaku di jalan raya antara sebuah lori dengan dua buah kereta. Orang ramai memberi dan meghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya tersebut. Dalam kemalangan ini sebuah kereta terbalik dan sebuah lagi mengalami remuk yang amat dasyat. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

28 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Aktiviti gotong-royong merupakan amalan hidup yang baik dan memberi pelbagai faedah kepada masyarakat. Namun begitu, di bandar-bandar besar sikap bergotong-royong ini sudah kurang diamalkan. Malah ada juga sesetengah orang yang tidak mengenali jiran sebelah rumahnya walaupun sudah hidup berjiran selama berpuluh-puluh tahun. Perkara ini terjadi kerana segelintir daripada mereka terlalu sibuk mengejar kemajuan dan kemewahan hidup. Sekiranya mereka menghayati kebaikan amalan bergotong-royong ini, nescaya mereka akan meluangkan masa untuk kegiatan seperti ini. Sebagai contoh, amalan bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal dapat mengatasi masalah pembiakan nyamuk Aedes dan pencemaran alam sekitar. Begitulah juga apabila kita bekerjasama membina jambatan yang telah runtuh. Cara ini akan mengurangkan kos untuk membina jambatan baru. Justeru itu, kos dan upah pembinaan tidak perlu dikeluarkan dan peruntukan tersebut boleh digunakan untuk tujuan yang lain. Sesuatu kerja yang dilakukan secara bergotong-royong juga dapat dilaksanakan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Amalan gotong-royong juga dapat menjalin semangat kejiranan di kalangan penduduk setempat. Amalan ini juga dapat merealisasikan kemesraan dan semangat muhibah. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

29 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Gotong-royong ialah satu daripada aktiviti yang boleh menyatukan masyarakat setempat. Aktiviti ini perlu dihidupkan semula bagi membina suasana yang harmoni di kalangan jiran tetangga. Orang ramai perlu meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti murni ini. Aktiviti gotong-royong juga mampu menangani masalah masyarakat dan meringankan sesuatu kerja. Ketika melaksanakan program gotong-royong, orang ramai dapat beramah mesra, saling mengenali antara satu sama lain. Hal ini juga boleh serta mampu membawa kepada wujudnya semangat muhibah dan perpaduan antara kaum. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

30 BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 4 3 2 5 HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU
TERUSKAN

31 BAHAGIAN A : 10 MARKAH Murid-murid Tahun Enam Amanah telah menjalankan aktiviti membersihkan kelas mereka. Guru kelas mereka telah menyediakan minuman dan kuih-muih pada hari itu. Dua orang murid lelaki sedang asyik mengelap dan membersihkan papan tulis. Murid perempuan itu sedang mengelap habuk-habuk yang melekat pada cermin tingkap di kelasnya. Dua orang murid sedang menyusun meja supaya kelihatan lebih teratur dan tampak kemas. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

32 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Normah sedang membaca buku sambil menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba, dia dihampiri oleh seorang perempuan. Perempuan itu bertanyakan sesuatu kepadanya. Dia telah membantu perempuan itu dengan memberikan maklumat yang jelas dan tepat. Atas pertolongannya perempuan itu dapat mencari tempat yang hendak dikunjunginya. Apabila bas sekolahnya tiba, Normah beratur sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang murid membuang sampah melalui tingkap bas. Normah telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan pelbagai kesan. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

33 NILAI MURNI/ PENGAJARAN
Menghargai masa Tolong-menolong Berdisiplin Prihatin Sopan dan berhemah tinggi HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

34 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Nilai murni yang pertama ialah menghargai masa. Masa adalah sesuatu yang amat berharga. Nilai murni yang kedua ialah tolong-menolong, kita hendaklah tolong-menolong antara satu sama lain terutamanya kepada orang yang memerlukan pertolongan. Nilai murni yang seterusnya ialah berdisiplin, kita perlu berdisiplin semasa menaiki bas. Nilai murni yang keempat ialah prihatin, terutamanya kepada murid yang lebih kecil semasa menaiki bas. Nilai murni yang kelima ialah berhemah, kita hendaklah senantiasa menegur, memberi nasihat, dan tunjuk ajar secara sopan kepada rakan-rakan kita. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

35 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Normah ialah seorang murid yang sangat menghargai masa, mudah menghulurkan bantuan, dan berdisiplin. Atas pertolongannya, seorang wanita berjaya menemui tempat yang hendak dikunjungi setelah menerima maklumat yang jelas daripada Normah. Dia juga seorang yang bertimbang rasa, sedia memberi peluang kepada murid-murid yang lebih muda menaiki bas terlebih dahulu. Normah juga seorang murid yang tegas, berani menegur kesalahan kawannya. Dia juga sedia memberi bimbingan kepada rakan-rakannya . Sikap yang ditunjukkan oleh Normah perlu dicontohi oleh rakan-rakan. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

36 BAHAGIAN A : 10 MARKAH 1 2 5 3 4 HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU
TERUSKAN

37 BAHAGIAN A : 10 MARKAH Budak lelaki itu menyambut hari lahirnya yang kesebelas petang semalam. Banyak kawan-kawannya yang hadir bagi meraikan sambutan hari lahirnya pada petang itu. Makanan yang disediakan oleh emak budak lelaki itu sungguh sedap dan menyelerakan. Budak lelaki itu berasa amat gembira kerana dia banyak menerima hadiah daripada kawan-kawannya. Budak lelaki itu sedang memotong kek. Dalam pada itu, mereka menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir”. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

38 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Seluruh anggota masyarakat telah mengiktiraf dan menghargai jasa serta pengorbanan seorang ibu dalam sesebuah keluarga. Tanpa ibu, kita tidak akan wujud di dunia ini. Ibu juga sanggup mempertaruhkan nyawanya semasa melahirkan kita. Setelah itu, ibu akan membelai kita dengan penuh kasih sayang. Ibu sentiasa memastikan bahawa kita dalam keadaan sihat dan selamat. Sejak kecil, ibu memberi sepenuh kasih sayang dan belaian supaya kita mendapat pendidikan yang sempurna. Tidak ada ibu yang sanggup melihat anaknya hidup menderita. Barangkali, tanpa kasih sayang dan didikan daripada ibu, kita tidak akan dapat mengecap nikmat kehidupan seperti pada hari ini. Segala pengorbanan ibu tidak ternilai dan tidak mungkin dapat kita balas dengan harta mahupun wang ringgit. Oleh sebab itu, kita mestilah menghormati ibu dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menggores perasaannya. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

39 BAHAGIAN C : 20 MARKAH Pengorbanan ibu terlalu tinggi nilainya dalam sesebuah keluarga. Ibu memiliki sifat penyayang dan pengasih semasa menjaga dan mengasuh anak-anaknya. Ibu juga sanggup berkorban masa untuk menjaga anak-anaknya sejak dari lahir lagi. Ibu juga sanggup mengadai nyawa semasa melahirkan anaknya. Pengorbanan ibulah yang telah menjadikan kita lebih dewasa, berpelajaran, berilmu, dan berbudi pekerti mulia. Pengorbanan ibu terlalu agung, tidak mampu dibalas oleh anak-anak sekalipun dengan harta yang bertimbun. Oleh itu, jagalah hati ibu supaya ceria dan gembira di usia emasnya itu. HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

40 SEKIAN SEKIRANYA ADA KEMUSYKILAN, INSYALLAH AKAN SAYA PERJELAS SETAKAT YANG TERMAMPU. HARAP MAAF HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

41 PENEROKAAN GLOBAL DI INTERNET
MELAYARI LAMAN WEB AKADEMIK KLIK PADA ALAMAT WEB YANG TERSEDIA E-BUKU UPSR hhtp://myschoolnet.ppk.kpm.my/ hhtp:// hhtp://tatabahasabm.tripod.com/ PENDIDIKAN CEMERLANG PERAK GEMILANG HAJJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

42 SEKIAN ADANYA ... HAJJAH MAZANA ISMAIL EXIT MENU TERUSKAN

43 KERTAS O11 / 012 PEMANTAPAN DIBANGUNKAN OLEH MD. RAMLI BIN SABRAN
GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU KERTAS O11 / 012 MD. RAMLI BIN SABRAN S. K. SUNGAI TUNGKU ICT EXIT


Download ppt "PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PEMAHAMAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google