Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSudirman Wibowo Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Bab 3 Tamadun Melayu : Asas tamadun malaysia
2
ISI KANDUNGAN : Pengenalan. Alam Melayu.
Konsep Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Asas-asas Tamadun Melayu. Tamadun Melayu Sblm Kedatangan Islam. Pembinaan Tamadun Melayu Slps Kedatangan Islam. Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu.
3
Kesan & Pengaruh Islam kpd Tamadun Melayu. Pandangan Semesta Melayu.
Samb… Kesan & Pengaruh Islam kpd Tamadun Melayu. Pandangan Semesta Melayu. Konsep Kebudayaan Islam di Malaysia. Cabaran Tamadun Melayu Pada Masa Kini. Kesimpulan.
4
PENGENALAN: -Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yg sgt unik jika dibandingkan dgn tamadun lain dari segi perkembangannya. -terdpt 3 fasa yg utama dlm proses perkembangan tamadun Melayu iaitu: i-masy Melayu sblm kedatangan Islam. ii-masy Melayu semasa menerima pengaruh agama Hindu-Buddha. iii-masy Melayu slps kedatangan agama Islam.
5
Alam Melayu: Merujuk kpd satu kws yg luas merangkumi wilayah Asia Tenggara sehingga ke kepulauan pasifik. Dikenali dgn pelbagai nama seperti gugusan kepulauan Melayu, kepulauan melayu-indonesia,nusantara, alam melayu dsbg. 2 perkara penting yg melingkari wilayah Alam Melayu ini ialah: i-bahasa Melayu yg menjd Lingua Franca dlm kehidupan masyarakat.
6
Samb… ii-kedatangan agama Islam yg menjadi pelengkap kpd ketamadunan Melayu. -Melayu merujuk kpd 3 perkara utama iaitu ras, kebudayaan & bahasa.
7
KONSEP MELAYU DLM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagaan merupakan undang2 agung sesebuah negara bg melicinkan pemerintahan & pentadbiran sesebuah negara. Antara isi penting dlm sesebuah perlembagaan seperti kebebasan & hak asasi seseorg, kehakiman, kewarganegaraan, undang2, kewangan, perkhidmatan awam dsbgnya.
8
ii-secara lazimnya berbahasa Melayu
Samb… Pembentukan perlembagaan persekutuan byk dipengaruhi oleh perkembangan tamadun Melayu. Perkara 160 perlembagaan persekutuan menyatakan bhw seseorang itu dipanggil org Melayu bila mencapai 3 perkara iaitu: i-beragama Islam ii-secara lazimnya berbahasa Melayu iii-secara lazimnya mengamalkan adat istiadat melayu.
9
ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu pd awalnya dijejaki sejak zmn Paleolitik iaitu zmn batu awal kira-kira 35,000 thn yg lalu. Selepas itu diikuti dgn zmn batu tengah kira-kira 11,000 thn dahulu, zmn Neolitik ataupun zmn Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan Zmn Logam iaitu Zmn Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu. Cth penempatan manusia yg dijumpai pd zmn itu seperti Kota Tampan (Perak), Gua Niah (Sarawak) & Tingkayu (Sabah).
10
Rajah: Struktur sosial masy melayu tradisional:
Samb… Umumnya asas Tamadun Melayu byk merujuk kpd struktur sosial masyarakat yg berlapis seperti sistem kasta, krn byk dipengaruhi oleh peradaban india. Rajah: Struktur sosial masy melayu tradisional: raja pembesar Orang asing, pedagang rakyat Hamba berhutang, hamba abdi
11
Samb… Selain drp sturktur sosial, kemunculan kerajaan awal Melayu juga memainkan peranan dlm pembentukan tamadun Melayu. Umumnya kerajaan pra-Islam di Alam Melayu dibahagikan kpd 2 bhg iaitu kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim.
12
TAMADUN MELAYU SEBELUM KEDATANGAN ISLAM
Kehidupan masy melayu dipengaruhi oleh kebudayaan yg dinamakan sbg adat kepercayaan berdasarkan kpd pandangan semesta tradisional org Melayu tersebut. Kebudayaan sesebuah masy adalah berbeza antara satu sama lain. Pandangan semesta Melayu berpusat kpd manusia yg mana ia mempunyai tanggapan terhadap alam iaitu alam nyata & alam ghaib dlm kehidupan mereka.
13
Umumnya pandangan semesta masy melayu terbahagi kpd 3 bhg iaitu:
Samb… Kepercayaan ini telah membawa kpd lahirnya adat dan kebudayaan dlm kehidupan masyarakat Melayu. Umumnya pandangan semesta masy melayu terbahagi kpd 3 bhg iaitu: i. zaman pra-Islam: -bertunjangkan kepada kepercayaan ‘animisme’ dan kepercayaan ‘dinamisme’.
14
ii. Zaman kedatangan Hindu-Buddha:
Samb… ii. Zaman kedatangan Hindu-Buddha: -kedatangan agama Hindu-Buddha tlh menjadikan amalan penyembahan & upacara keagamaan menjadi lebih tersusun. -telah menyerap kedalam kehidupan & kebudayaan Melayu, terutama dikalangan golongan pemerintah & bangsawan. -memberi kesan mendalam dlm sistem sosial masy melayu seperti sistem kasta yang mana ianya memisahkan golongan raja, para bangsawan, golongan agama dan juga rakyat jelata.
15
iii. Zaman kedatangan Islam:
Samb… iii. Zaman kedatangan Islam: -Kedatangan Islam ke Alam Melayu telah memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Lantaran itu, pandangan semesta Melayu memfokuskan dan terarah kepada Tuhan. -Oleh itu, masyarakat Melayu menyedari dan meyakini bahawa Allah s.w.t. Maha Berkuasa dan Maha Mengasihi. -Justeru itu, pandangan semesta melayu juga turut dibentuk berasaskan hablumminallah (hubungan dengan Pencipta) dan hablumminannas (hubungan sesama manusia).
16
PEMBINAAN TAMADUN MELAYU SELEPAS KEDATANGAN ISLAM
Islam dtg ke wilayah Nusantara pd abad pertama hijrah atau antara kurun ke 7 & ke 8 masihi. Proses Islamisasi tlh berlaku dgn pesat & antara kerajaan Islam yg berjaya dibentuk ialah seperti kerajaan Acheh, Terengganu, Melaka, Patani, Brunei, Sulu dsbgnya. Agama islam dikatakan tlh dtg ke nusantara melalui tiga jalan utama berdasarkan kpd teori yg dikemukakan oleh para sarjana iaitu:
17
Samb… Islam datang dari Tanah Arab: -dikemukakan oleh John Crawford dan Niemann serta de Holender dan disokong oleh Syed Mohd Naquib al-Attas, menyatakan bhw Islam dibawa dtg pada kurun ke- 7 masihi. -ini berdasarkan kpd bukti yg ditemui seperti wujudnya perkampungan Islam di Sumatera utara yang diberi nama “Tashih” telah ditemui pada tahun 650 M bersamaan 30 Hijrah. Perkampungan ini dihuni oleh orang-orang Arab yang datang ke Sumatera pada abad ke-7 Masihi.
18
Samb… Islam Datang Dari India: -teori ini dikemukakan oleh Pijnappel iaitu seorang sarjana Belanda, dan disokong oleh Snouk Hurgronje & J.P Moquette. - Berdasarkan kpd bukti yg ditemui iaitu penemuan batu nisan Sultan Malikul Salleh dan Raja Samudera yang bertarikh 1297 M. Batu nisan ini didakwa dibawa dari Gujerat berdasarkan persamaan dari segi reka bentuk batu nisan di kedua-dua tempat tersebut.
19
Samb… Islam Datang Dari China: -menurut teori ini, Islam dbawa dr China melalui Kanton & Hainan pd kurun ke-9 masihi. -teori yg dikemukakan oleh sarjana Sepanyol iaitu Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan kpd penemuan Batu-batu bersurat disekitar wilayah Nusantara seperti batu bersurat di Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048 M, di Laren Jawa bertarikh 1082 M dan Batu Bersurat di Terengganu bertarikh 1303 M.
20
Samb… Semua bukti sejarah ini mencatatkan adanya masyarakat Islam dan mencadangkan arah kedatangan Islam ke rantau ini melalui Negara China. Ini diperkukuhkan lagi dengan hujah bahawa wujudnya hubungan perdagangan di antara Tanah Arab dengan Negara China yang membawa kemasukan agama Islam ke China.
21
Kesan & Pengaruh Islam kepada Tamadun Melayu:
1.Agama dan Kepercayaan: -memberi kesan yg mendlm dr segi akidah & kepercayaan masy. Melayu ketika itu. -meninggalkan kepercayaan animisme & dinamisme serta perlahan-lahan meninggalkan pengaruh yg dibawa oleh agama Hindu-Buddha. -mengamalkan kepercayaan terhadap konsep ketuhanan, hormat-menghormati antara manusia dan menitik beratkan soal persamaan taraf. Tidak ada lagi sistem kasta sepertimana yang diamalkan sejak menerima pengaruh agama Hindu suatu ketika dahulu.
22
Samb… 2. Pendidikan: -kedatangan Islam tlh byk merubah sistem pendidikan yg diamalkan oleh masy sebelum itu. -selepas kedatangan Islam, golongan bawahan berpeluang menerima pendidikan sama seperti golongan atasan. -banyak sekolah pondok didirikan supaya aktiviti pembelajaran menjadi lebih bebas disebarkan kpd golongan bawahan.
23
Samb… Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih komprehansif dan tersusun. Kesan perkembangan ilmu pendidikan ini telah melahirkan ramai para cendekiawan dan ulama’-ulama’ Melayu yang menjadi pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama seperti Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hassan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu.
24
Samb… 3.Bahasa dan Kesusasteraan: -menerima pengaruh yg besar dgn kedatangan agama Islam. Perkembangan bahasa Melayu bertambah teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara bermula pada abad ke-14 M sehingga akhir abad ke-18 M. -penggunaan tulisan jawi telah diperkenalkan dan digunakan oleh orang-orang Melayu ketika itu. Sementara itu, tulisan Arab telah diperkenalkan.
25
Samb… Perubahan dr segi bhs boleh dilihat apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubah suai dan dikenali sebagai tulisan jawi. Melalui sistem tulisan ini, bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila ianya digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat-hikayat, undang-undang dan pentadbiran.
26
Samb… 4.Perundangan: -hukum-hukum yg tidak bercanggah dengan Islam dikekalkan. Ini tlh disebut dlm hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka & juga Adat Perpatih Adat Temenggung. Antara contoh yang dapat dilihat ialah dalam bidang kuasa kehakiman yang mana hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada menjatuhkan hukuman potong tangan bagi kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja.
27
Samb… Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Manakala diperingkat negeri pula, terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain.
28
Samb… 5.Politik & Pentadbiran: -sistem pemerintahan tlh bertukar kpd sistem pemerintahan yang berlandaskan ajaran Islam. Antara contoh yang boleh dilihat ialah agama Islam telah diisytiharkan sebagai rasmi di Melaka. Sementara itu, beberapa institusi Islam telah didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara Institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah.
29
Samb… 6.Sistem Kekeluargaan: -kedatangan Islam tlh memantapkan lg institusi kekluargaan dlm masy Melayu malah ianya menjadi lebih teratur. -Islam telah menentukan garis panduan dalam membina keluarga berasaskan ajaran Islam. Sebagai contoh, dalam pemilihan jodoh, tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa.
30
Samb… Selain itu, pelbagai adat dan budaya Islam perlu dihayati oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak seperti meletakkan nama yang baik kepada anak mereka, mendidik anak-anak supaya menjadi manusia beriman, bertaqwa, berakhlak mulia dan menghormati kedua ibu bapa mereka.
31
Samb… 7. Adat dan Cara Hidup: Budaya animisme dan Hinduisme yang diamalkan oleh masyarakat sejak sekian lama telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam. Adat yg selama ini menjadi darah daging dan sebati dgn kehidupan mereka tlh diperkukuhkan lg dengan ajaran Islam. W/bagaimanapun mereka masih lg mengamalkan adat2 yg tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Islam telah mengangkat taraf manusia dan menyamakan kedudukan mereka di sisi Allah s.w.t.. Ia membentuk suatu sistem masyarakat yang saling mengasihi dan menghormati.
32
Samb… Kedatangan Islam tlh menjadikan golongan bawahan mula mendapat perhatian & penghormatan. Tidak ada lg sistem kasta sebagaimana yg diamalkan dlm ajaran agama Hindu.
33
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN MELAYU
Selepas kedatangan Islam, pandangan semesta Melayu telah berubah berteraskan unsur-unsur akidah. w/bagaimanapun, masih byk lg unsur-unsur pandangan semesta sebelum Islam yang diwarisi dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Perubahan pandangan semesta Melayu terhadap agama Islam boleh dilihat terutama sekali dalam aspek ketauhidan dan penerapan nilai-nilai murni yang diamalkan oleh masyarakat Melayu.
34
Samb… Aspek Tauhid: Kedatangan Islam tlh memantapkan lg pandangan semesta org Melayu, krn Islam melalui kitab suci Al-Quran mengandungi segala rahsia tersembunyi dalam kejadian alam semesta, bahkan juga telah mengukuhkan keyakinan, ketakwaan dan ketauhidan kepada Allah s.w.t. Konsep tauhid mengandungi tauhid uluhiyyah iaitu penyembahan, pemujaan, pengharapan dan permohonan hanya kepada Allah Tuhan yang satu.
35
Samb… Disamping itu juga, terdapat tauhid rububiyyah iaitu mempercayai Allah sebagai Pencipta, pemilik dan pentadbir tunggal bagi alam ini. konsep tauhid juga ialah prinsip tentang kejadian alam semesta sebagai ciptaan Tuhan untuk dimanfaatkan oleh manusia di dunia ini dan untuk menjadi satu tanda atau bukti bagi wujudnya Rabb al-Alamin (Tuhan semesta alam).
36
Nilai-nilai Murni Masyarakat Melayu:
Samb… Nilai-nilai Murni Masyarakat Melayu: Kehadiran Islam juga tlh mengubah corak kehidupan masyarakat Melayu di mana mereka lbh byk mengamalkan nilai-nilai murni yg tlh diterapkan dlm ajaran Islam. Cth: struktur masyarakat menjadi lebih tersusun & kepatuhan serta ketaatan kpd ketua lbh diperkukuhkan lg. Begitu jg dgn adat & pantang larang yg diamalkan sjk dahulu. Kedatangan Islam juga telah berjaya mengatur perjalanan kehidupan masyarakat Melayu dari segi pergaulan dan juga hubungan sesama manusia.
37
Samb… Ajaran Islam sangat menitik beratkan berkaitan dengan hal-hal kekeluargaan dan juga hubungan sesame manusia. Antara nilai-nilai mulia yang diajar adalah seperti memberi keutamaan kepada yang tua atau berusia. Dalam kehidupan masyarakat Melayu juga sangat mementingkan ikatan kekeluargaan dan silaturrahim. Ini dapat dilihat daripada amalan gelaran dalam keluarga seperti datuk, nenek, along, angah, pakcik, makcik dan sebagainya.
38
PENCAPAIAN TAMADUN MELAYU DALAM PELBAGAI BIDANG:
1.Bidang Persuratan: -Suatu ketika dahulu, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa lingua franca bagi wilayah kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan juga India. Penggunaannya dalam bidang penulisan bermula dengan skrip Sanskrit (pahlawi), seterusnya bertukar kepada penulisan dalam skrip Arab (jawi), dan akhirnya kepada penulisan dalam skrip Roman (rumi).
39
Samb… Perkembangan ini amat berkait rapat dengan perkembangan tamadun Melayu sehingga ke hari ini. Perkembangan bidang persuratan Melayu ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti sastera rakyat, sastera pengaruh Hindu dan juga sastera pengaruh Islam.
40
Samb… 2.Bidang Kesenian: -Perkembangan tamadun Melayu dapat dilihat melalui manifestasi kesenian orang Melayu. Kesenian halus yang dihasilkan oleh orang Melayu memainkan peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi sejak beribu-ribu tahun. -kehidupan orang Melayu sangat dipengaruhi oleh kesenian yg bersumberkan alam semula jadi, sama ada dr segi hubungan masyarakat Melayu dgn manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan dan agama mereka.
41
Samb… -Oleh sebab itu, tamadun Melayu sangat kaya dengan hasil seni yang dibina dan merangkumi pelbagai bentuk kesenian seperti seni tari, seni muzik, seni ukir dank hat, seni bela diri, seni pertukangan, seni tenun dan sulam, seni kulinari dan lain-lain. 3.Bidang Sains dan Teknologi: -kegemilangan sains & teknologi yg dicapai oleh org Melayu sangat unik kerana ia mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu.
42
Samb… -Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu dahulu ialah dalam bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga sistem saliran air yang digunakan dalam proses pengairan pertanian seperti penanaman padi dan sebagainya. -Dalam bidang teknologi alam bina juga, orang-orang Melayu tidak ketinggalan, di mana kemahiran ini dapat dilihat dalam pembinaan rumah dan masjid, contohnya Rumah Kutai, rumah panjang, kubah dan juga masjid Kampong Laut, yang mempunyai keunikan yang tersendiri.
43
Samb… 4. Bidang Pendidikan: -diawal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima pendidikan tradisional sahaja seperti kelas mengaji Al-Quran dan bahasa Arab. -perkembangan pendidikan ini sgt perlahan yg mana ia diusahakan oleh guru-guru agama. -sebagai kemudahan utk aktiviti pembelajaran ini, byk pondok-pondok didirikan disekitar sekolah agama ini. -sekolah jenis ini terkenal di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang & Perlis.
44
Samb… Sekitar abad ke-19, sekolah Melayu mula dibuka. Sekolah Melayu yang pertama dibuka pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor. ciri-ciri utama sekolah Melayu ini ialah pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan rendah tahapnya, menyediakan para pelajar menguasai “3M” iaitu membaca, menulis dan mengira. Bertitik tolak daripada inilah, perkembangan pendidikan tlh berkembang & mengalami byk perubahan dari semasa ke semasa kepada pendidikan yg lebih moden sebagaimana pendidikan yg ada sekarang ini.
45
KONSEP KEBUDAYAAN ISLAM DI MALAYSIA
Kebudayaan Melayu-Islam saling melengkapi dalam kesatuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Oleh itu, kebudayaan Islam di sesebuah negara bangsa merupakan ilmu yang tersendiri yang boleh dilihat dalam pelbagai disiplin, contohnya di Malaysia sendiri di mana kedudukannya boleh ditinjau dari sudut sejarah, psikologi, hukum , arkeologi, sosiologi dan sebagainya.
46
Samb… Kebudayaan Melayu-Islam juga boleh dilihat dlm tradisi pengajian, bahasa, keilmuan, kesenian, kesusasteraan, falsafah dan pemikiran serta kemampuannya menyerapkan unsur asal, dipengaruhi dan mempengaruhi selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip tauhid. Kebudayaan Islam Malaysia banyak memberi sumbangan kepada kehidupan keagamaan dan kemasyarakatan. Kehidupan keagamaan boleh dilihat dengan kemunculan ulama’ dan cendekiawan Islam serta peranan pendidikan, hukum dan adat istiadat dalam masyarakat.
47
Samb… Penghayatan terhadap kebudayaan Islam juga boleh dilihat dari sudut cara berpakaian, makan minum, pengembangan ilmu pengetahuan, kesenian, falsafah dan peningkatan bahasa Melayu dan juga kesusasteraan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam hikayat, syair dan pantun ditulis berdasarkan unsur-unsur keislaman. Dari sudut kesenian muzik pula, nasyid, syair, zikir, qasidah dan lain-lain menunjukkan unsur-unsur Islam banyak diterapkan.
48
Samb… Jika dilihat kepada perkembangan Tanah Melayu sehingga mencapai kemerdekaan dan mampu mendirikan sebuah negara sendiri iaitu Malaysia, perkembangan ini banyak dibantu oleh penerimaan ajaran Islam oleh hampir keseluruhan masyarakat di sini. Oleh itu, pada hari ini, dapat dilihat bahawa Islam di Malaysia bukan sahaja memberi nilai baru yang berasaskan akidah dan tauhid, malah dalam sejarah Islam juga memperkukuhkan nilai serta institusi sosial positif budaya Melayu seperti sifat gotong royong, sikap bertanggungjawab, berani, pengorbanan, cintakan tanah air dan sebagainya.
49
CABARAN TAMADUN MELAYU PADA MASA KINI:
Cabaran yg diterima oleh tamadun Melayu kini terdiri daripada 2 cabang iaitu cabaran dari dalam & cabaran dari luar. Cabaran dari dalam yang kelihatan sangat ketara ialah cabaran sosio-budaya kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami. Golongan yg paling berisiko tinggi utk menghadapi cabaran tersebut adalah golongan remaja & belia.
50
Samb… Ini kerana golongan ini mempunyai tanggungjawab yg sangat besar yg diharapkan oleh kerajaan utk terus menyambung segala kecemerlangan yg tlh berjaya di capai. w/bagaimanapun, remaja sekarang khususnya remaja Melayu byk terbabit dgn gejala sosial yg sangat membimbangkan seperti penyalah gunaan dadah, kesalahan juvana dsbgnya.
51
Samb… Cabaran dalaman lain seperti pengaruh dan tekanan kebendaan dan kemewahan hidup yang membawa pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-lain. Nilai dan pegangan kehidupan mereka juga kini banyak dipengaruhi oleh sikap “cinta kepada keduniaan, kemegahan dan juga kebendaan”.(Zainal Abidin, Ahmad Hakimi dan Noor Hasnoor, 2006).
52
Samb… Manakala cabaran dari luar pula seperti kemasukan pengaruh asing, terutama sekali unsur-unsur dari Barat. Unsur-unsur ini adalah kesan daripada berlakunya globalisasi ataupun proses pengecilan dunia. Barat adalah merupakan satu kuasa yang sangat berpengaruh dan mampu menjejaskan kekuatan asasi orang Melayu, terutama sekali dari segi nilai dan amalan agamanya, adat resam dan juga proses sosialisasi dan pembudayaan.
53
Samb… Pengaruh Barat yg membawa ideologi seperti sekularisme, liberalisme, materialisme, rasionalisme, atiesme dan lain-lain menyebabkan banyak yang terpengaruh khususnya dari segi pemikiran orang-orang Melayu. Oleh itu pembersihan jiwa seperti menekankan akauntabiliti dan ketakwaan, kesederhanaan, pengorbanan diri, prinsip dan sebagainya sangat diperlukan untuk memastikan masyarakat Melayu tidak terpesong daripada ajaran Islam yang sebenarnya.
54
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, melalui perbincangan yg panjang, jelaslah bahawa tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yg unik, kerana tahap perkembangan yg mengambil masa yg lama & juga melalui pelbagai peringkat, yg mana setiap peringkat itu meninggalkan kesan yg mendalam terhadap negara bangsa dan generasi hari ini dan akan datang.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.