Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

NUR HAFIZAH BINTI HABIDEEN A144114 PERKHEMAHAN TAHUNAN 2013/2014 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "NUR HAFIZAH BINTI HABIDEEN A144114 PERKHEMAHAN TAHUNAN 2013/2014 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM."— Transcript presentasi:

1 NUR HAFIZAH BINTI HABIDEEN A PERKHEMAHAN TAHUNAN 2013/2014 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM

2 TARIKH November 2013   TEMPAT Impian Country Resort , Jalan Taman Agroteknologi SG Semungkis , Batu 14 ½, Hulu Langat , Selangor   ANJURAN Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia  

3 objektif Menyemai sikap dalam diri peserta untuk mencurahkan bakti dengan berkhidmat kepada masyarakat khususnya dalam aspek pertolongan cemas. Melahirkan ahli BSMM yang berpendidikan dan berkeyakinan serta berfikiran kritis dan kreatif dalam mengendali situasi kecemasan dan kritikal. Mengukuhkan pengetahuan dan pendedahan ahli-ahli BSMM tentang kepimpinan dan cara pengurusan sesebuah organisasi. Mendidik ahli BSMM untuk pantas berfikir apabila menghadapi kes-kes kecemasan

4 jawatan Sebagai peserta perkhemahan tahunan BSMM.
Bergerak sebagai ahli aktif BSMM Detachment F Kolej Rahim Kajai. Dalam program tersebut, saya di bawah unit kebajikan sewaktu simulasi bencana dijalankan.

5 Perancangan projek Sebelum program dijalankan, kami telah melalui latihan setiap minggu atau duty slot. Kami diberi pendedahan awal tentang balutan, teknik pertolongan cemas ikatan dan segala yang berkaitan dengan kesihatan dan rawatan. Kami turut bersama dengan tenaga pengajar Detachment F bagi mempelajari ilmu baru.

6 pelaksanaan projek Tentatif program day 1
Pada hari pertama, program dimulakan dengan Sesi Suai Kenal/Ice Breaking. Kami dibahagikan kepada kumpulan kecil. Nama, logo, bendera dan sorakan kumpulan akan disediakan oleh kumpulan. Kemudian, program diteruskan dengan station game. Kami diberi pendedahan untuk menjadi pemikir yang kritis dan kreatif melalui halangan yang disediakan. Kami dilatih untuk memikirkan cara yang terbaik untuk menyelamatkan mangsa semasa kecemasan.

7 Pada sebelam malam, kami didedahkan dengan aktiviti burung pungguk
Pada sebelam malam, kami didedahkan dengan aktiviti burung pungguk. Kami diminta berjalan dalam hutan pada waktu malam untuk merasai, menghargai, mempelajari persekitaran alam sekitar. Aktiviti ini menyemaikan semangat cintakan alam sekitar di samping menguji ketahanan mental untuk berjalan dalam keadaan mata tertutup.

8 Saya yang bertudung hitam berbaju ungu
Saya yang bertudung hitam berbaju ungu. Gambar ini sewaktu ice breaking semasa membuat cheers group 10. Gambar sewaktu saya dan rakan menyertai station game.

9 Saya dan rakan sewaktu menyertai aktiviti burung pungguk.

10 Day 2 Kami mengikuti ceramah tentang balutan dan kawad usungan.Peserta diajar bagaimana menggunakan bandage dan selimut membuat strecher dan cara mengusung pesakit semasa menghadapi halangan. Selain itu, kami turut mempelajari teknik CPR dan jenis perubatan dimana kami diajar teknik CPR yang betul dalam penyelamat dan kegunaan pelbagai jenis ubat-perubatan bagi setiap jenis penyakit.

11 Kemudian, diikuti dengan Komuniti base dan sistem berkomunikasi
Kemudian, diikuti dengan Komuniti base dan sistem berkomunikasi. Kami dididik dan diberitahu kemalangan yang akan berlaku di rimba dan cara menyelamatkan dan merawat diri sendiri. Perserta juga diajar bagaimana pengunaan sistem walkie – talkie dalam operasi menyelamat. Pada sebelah malam, kami diraikan dalam malam kebudayaan. Semua kumpulan dikehendaki membuat persembahan pada malam kedua mengenai tajuk yang telah dipilih. Setiap tajuk adalah mengenai unsur-unsur BSMM (Kemanusiaan, Kesaksamaan, Berkecuali, Kebebasan, Khidmat Sukarela, Bersatu dan Kesejagatan).

12 Kemuncak perkhemahan ini apabila kami menjalani latihan bencana alam & operasi menyalamat secara praktikal. Kami didedahkan dengan operasi menyelamat dan bantuan bencana alam. Aktiviti ini memberi suatu pendedahan kepada para peserta tentang cara mengadapi bencena alam sebenar. Peserta- peserta diagihkan kepada beberapa kumpulan( First Responder, First Aider, Logistic). Saya ditempatkan di bawah unit kebajikan. Mereka dikehendaki menyelamat mangsa dari tempat kejadian, menempat dan mengubati mangsa. Tema Latihan Bencana Alan dan Operasi Menyelamat ialah: Tsunami

13 Saya yang bertudung hitam berbaju biru
Saya yang bertudung hitam berbaju biru. Gambar ini sewaktu malam kebudayaan dimana saya berlakon sebagai mangsa bencana alam.

14 Gambar ini sewaktu latihan balutan dan pertolongan cemas.

15 Day 3 Kami memulakan hari dengan jungle trekking dan aktiviti air.
Program ditamatkan dengan majlis penutupan.

16 Dapatan program Melalui program ini, saya dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan mengenai cara rawatan dan persediaan semasa bencana. Selain itu, saya menjadi lebih berkeyakinan serta berfikiran kritis dalam mengendali situasi kecemasan dan kritikal. Di samping itu, saya dapat didedahkan dengan kepimpinan dan cara pengurusan sesebuah organisasi.

17 harapan Melalui program ini, saya berharap agar mahasiswa dan mahasiswi UKM terutamanya dapat melibatkan diri dalam dalam program sukarelawan diperingkat cawangan, induk dan detachment. Saya juga berharap agar program seperti ini akan terus dijalankan pada masa akan datang.


Download ppt "NUR HAFIZAH BINTI HABIDEEN A144114 PERKHEMAHAN TAHUNAN 2013/2014 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google