Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
kaum ke arah kemerdekaan
kerjasama antara kaum ke arah kemerdekaan bab 4
2
Pengenalan: Membina sesebuah negara yang merdeka dan
berdaulat bukanlah perkara mudah. Latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui untuk memastikan rakyat tempatan mampu mentadbir negara mereka sendiri. Rakyat pelbagai kaum juga perlu bekerjasama dan bermuafakat untuk memastikan kemerdekaan dapat dicapai. Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjaya mencapai kemerdekaan negara melalui perundingan tanpa pertumpahan darah sewajanya kita hargai.
3
4.1 Ke arah Mencapai Perpaduan Kaum
British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin mendapatkan kemerdekaan. Tujuannya adalah untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat. 2. Bagi British, hal ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya di Tanah Melayu. 3. Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu bermula sejak 1949 apabila timbul kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum berbincang untuk kepentingan bersama
4
LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN
5
A. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949. 2) CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu. 3) Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum. 4) Peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orang Melayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock. 5) Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah. 6) CLC telah mengadakan beberapa rundingan .
6
7) UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu
dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui, seperti: Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diwujudkan Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan
7
8) Hasil rundingan dilaksanakan selepas tahun 1951.
9) Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasama kaum untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
8
B. Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum
Menjelang pertengahan tahun 1940-an hingga ke ambang kemerdekaan, parti-parti politik di Tanah Melayu memperlihatkan usaha-usaha ke arah kerjasama antara kaum. 2) Parti-parti politik yang terlibat dalam usaha menjalinkan kerjasama kaum ialah: UMNO – pimpinan Dato’Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman MIC 1946 – Pimpinan K.L. Devaser MCA 1949 – Pimpinan Tan Cheng Lock IMP 1951 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar PAS 1951 – Pimpinan Hj. Ahmad Fuad Parti Negara 1954 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar
9
Tan Cheng Lock, pemimpin parti AMCJA dan kemudiannya mengetuai MCA
10
3) Semasa di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, UMNO
telah bersetuju menerima cadangan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum untuk melonggarkan syarat kerakyatan kepada orang asing. 4) Dato’ Onn juga mencadangkan supaya UMNO dibuka keahliannya kepada semua kaum, tetapi mendapat tentangan daripada ahli-ahli UMNO. 5) Dato’ Onn turut mencadangkan Sistem Ahli yang memberi peluang pentadbiran kepada penduduk pelbagai kaum. 6) Apabila UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau telah menubuhkan Parti Perikatan yang menggabungkan parti pelbagai kaum untuk menghadapi Pilihan Raya Majlis Perundangan 1955.
11
7) UMNO pernah membentuk pakatan dengan MCA untuk
menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur 1952. 8) MIC memberi sokongan terhadap perjuangan Dato’Onn dan IMP yang mengasaskan kerjasama pelbagai kaum dalam sebuah parti politik. 9) MIC akhirnya menganggotai Parti Perikatan pada tahun 1955. 10) MCA telah mewujudkan pakatan MCA-UMNO pada tahun 1952 dan menyertai Perikatan UMNO-MCA 1954 dan kemudiannya Parti Perikatan 1955.
12
11) Independence For Malaya Party (IMP), PAS dan Parti Negara
merupakan parti-parti yang menegakkan kerjasama kaum dalam satu parti politik . Walau bagaimanapun PAS hanya menerima keanggotaan pelbagai kaum yang beragama Islam.
13
Dato' Onn menubuhkan IMP sebuah parti pelbagai kaum selepas keluar UMNO
14
Pendidikan Alat Pperpaduan
Sistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum, khususnya di kalangan generasi muda. 2) Melalui sistem pendidikan yang sama, penduduk Tanah Melayu akan dapat disatukan dengan perasaan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Tanah Melayu. 3) Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu mewujudkan perpaduan kaum kerana pada masa itu terhadap lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu:
15
Sekolah Agama Islam: (a) Terdiri daripada sekolah agama, sekolah pondok dan madrasah (b) Bahasa Melayu atau bahasa arab digunakan sebagai bahasa pengantar (c) Mengajar terutamanya pelajaran agama (d) Dibiayai rakyat dan orang perseorangan (e) Bebas daripada kawalan British (f) Menyediakan pengajaran peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah (g) Lepasan pelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan Mesir.
16
ii. Sekolah Vernakular:
(a) Didirikan oleh Kerajaan British (b) Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar (c) Hanya di peringkat sekolah rendah (d) terletak di luar bandar (e) Suasana pembelajaran yang serba kekurangan (f) Awalnya kurang mendapat sambutan kerana tiada pelajaran Quran. (g) Lepasan pelajarnya hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) (h) Lepasan pelajar tiada peluang menjawat jawatan tinggi.
17
iii. Sekolah Vernakular Cina:
(a) Ditubuhkan sejak akhir kurun ke-19 oleh pihak persendirian dan parti-parti politik. (b) Menggunakan bahasa Cina khususnya bahasa Mandarin sebagai pengantar. (c) Sukatan pelajaran, guru, buku teks di bawa dari China. (d) Tujuannya untuk mengekalkan identiti Cina di Tanah Melayu. (e) Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina. (g) Mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina. (h) Menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah. (i) Lepasan sekolah berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat Pengajian Tinggi di China.
18
iv. Sekolah Vernakular Tamil:
(a) Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab sosial (b) Menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar (c) Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan India (d) Guru dibawa dari India (e) Persekitaran belajar serba kekurangan (f) Hanya menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah. (g) Kurang mendapat sambutan kerana lebih suka anak-anak membantu di ladang. (h) Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.
19
v. Sekolah Vernakular Inggeris
(a) Ditubuhkan sejak kurun ke-19 oleh mubaligh Kristian (b) Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar. (c) Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja rendah di sektor kerajaan dan swasta. (d) Didirikan di bandar-bandar (e) Pelajar lepasannya berpeluang melanjutkan pelajaran Ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negara. (f) Pelajar lepasan sekolah ini juga berpeluang menjawat tinggi (g) Dipandang tinggi oleh masyarakat.
20
4) Perbezaan tersebut menyebabkan perbezaan politik,
ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga menghalang perpaduan kaum. 5) Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan mengamalkan budaya serta kepercayaan masing-masing. Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh memudahkan komunikasi. 6) Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabila berlaku penyusupan fahaman komunis melalui sekolah-sekolah Cina.
21
7) Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana
semangat perpaduan, beberapa laporan pelajaran telah diadakan. 8) Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untuk melahirkan satu system pendidikan kebangsaan supaya pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu.
22
CADANGAN LAPORAN-LAPORAN PELAJARAN DI TANAH MELAYU
23
Laporan Barnes 1951 (a) Sekolah adalah wajib (b) Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar (c) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (d) Bahasa Ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon (e) Sistem latihan perguruan yang sama (f) Sistem peperiksaan dan sistem nazir yang sama
24
ii) Laporan Fenn-Wu 1951 (a) Menolak cadangan Penyata Barnes kerana mahu terus mengekalkan identiti sistem pendidikan Vernakular Cina.
25
iii) Ordinan Pelajaran 1952
(a) Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu (b) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (c) Sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan perguruan, dan sistem nazir adalah sama (d) Pendidikan sekolah rendah adalah wajib.
26
iv) Laporan Razak 1956 (a) Mengadakan sistem sekolah umum dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar di sekolah rendah dan sekolah menengah. (b) Pendidikan rendah adalah wajib (c) Sukatan pelajaran, sistem peperiksaan , latihan perguruan, dan sistem nazir adalah sama. (d) Pentadbiran pendidikan adalah berpusat. (e) Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.
27
Keempat-empat laporan pendidikan itu mempunyai
satu hubungan yang jelas antara satu sama lain. 2. Penyata Barnes telah menjadi asas laporan-laporan pelajaran yang lain, dan telah diperakui oleh Ordinan Pendidikan 1952. 3. Walau bagaimanapun, Laporan Fenn-Wu telah menolak menolak penggunaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar , dan menuntut bahasa mandarin menjadi pengantar di sekolah Cina. Dengan itu, Laporan Fenn-Wu telah mengekalkan sekolah aliran Cina sebagai satu sistem pendidikan yang tersendiri.
28
4. Keadaan ini menyebabkan matlamat memupuk
perpaduan melalui sistem pendidikan tidak terlaksana. 5. Penyata Razak 1956 telah menerima Penyata Barnes tetapi demi tolak ansur politik, penyata ini membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernakular sepuluh tahun selepas merdeka. 6. Sekolah vernakular akan beransur-ansur menjadi sekolah umum yang akan menggunakan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu.
29
7. Dengan pelaksanaan Penyata Razak mulai tahun
1961, sistem pelajaran kebangsaan semakin menjadi realiti. 8. Ciri-ciri perpaduan melalui pendidikan dapat dilihat melalui: a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi melahirkan perpaduan di kalangan rakyat b) Mengadakan bahasa pengantar yang seragam bagi sekolah rendah, menengah dan universiti. c) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem pentadbiran yang sama dan berpusat.
30
4.2 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri
Kerajaan British menetapkan perpaduan kaum sebagai prasyarat bagi Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri. 2) Kerjasama kaum akan menjamin perpaduan rakyat dan seterusnya menjamin kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu tidak terjejas. 3) Justeru sejak 1951, British menekankan kerjasama kaum dalam setiap langkah ke arah berkerajaan sendiri.
31
Langkah-langkah ke arah Berkerajaan Sendiri.
Sistem Ahli 1951 Sistem Ahli merupakan suatu sistem pentadbiran yang melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu. Diperkenalkan pada Januari 1951, hasil idea Dato’ Onn bin Jaafar yang mendapat sokongan daripada kerajaan British dan Raja-raja Melayu. Cadangan tersebut selaras dengan hasrat British untuk menjalankan satu dasar yang dikenali sebagai ’dekolonisasi’.
32
Kerajaan British berpendapat Sistem Ahli akan
dapat mengurangkan tekanan parti Komunis Malaya yang sedang berusaha meluaskan pengaruhnya di kalangan penduduk Tanah Melayu. Sistem Ahli dilaksanakan selama 5 tahun setengah dan tamat pada Jun 1955.
33
Ciri-ciri Sistem Ahli:
Satu Sistem kabinet bayangan ( seakan-akan kabinet menteri di negara merdeka tetapi tidak dipilih secara pilihan raya ) yang mengandungi beberapa orang pegawai tadbir atau tokoh masyarakat. Anggotanya dikenali sebagai Ahli. Misalnya, Ahli Pelajaran ( Menteri Pelajaran) Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
34
Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota,
iaitu: 5 penduduk Tanah Melayu 3 Melayu 1 Cina 1 India 4 pegawai British Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruh Jaya Tinggi British.
35
Ahli-ahlinya : Nama Portfolio Dato’Onn bin Jaafar
Ahli Hal-Ehwal Dalam Negeri Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah dan Perlombongan Tunku Yaacob Almarhum Sult.Abdul Halim Shah Ahli Pertanian dan Perhutanan E.E.C. Thuraisingham Ahli Pelajaran Dr. Lee Ting Keng Ahli Kesihatan
36
Pada tahun 1955, Wakil UMNO, Tun Dr. Ismail,
Abdul Rahman dan wakil MCA, H.S.Lee telah menganggotai Sistem Ahli. Sistem Ahli menggambarkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Tanah Melayu. Ini adalah kerana ahli-ahli yang dilantik adalah gabungan pemimpin - pemimpin pelbagai kaum di negara ini. Sistem Ahli merupakan unsur penting dalam menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai dapat diperjuangkan oleh semua penduduk pelbagai kaum.
37
Sistem Ahli juga memberi pendedahan kepada
penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui sebuah kerajaan walaupun Tanah Melayu masih dikuasai British.
38
b. Kelonggaran Kerakyatan Persekutuan
Jawatankuasa Hubungan Antara kaum telah mencadangkan agar syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dilonggarkan. Cadangan ini bertujuan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya mencurah taat setia sepenuhnya kepada Tanah Melayu di samping mengelakkan golongan imigran daripada terus terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya. Cadangan ini dipersetujui UMNO, Raja-raja Melayu dan kerajaan British. Kelonggaran syarat kerakyatan ini dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan peringkat negeri.
39
v. Di peringkat persekutuan, kerakyatan dilonggarkan
dengan tiga cara, iaitu: secara kuat kuasa undang-undang ( operation of law) secara permohonan (application) Secara naturalisasi ( naturalization)
40
KELONGGARAN SYARAT KERAKYATAN PERSEKUTUAN.
Secara Kuat Kuasa Undang-Undang (Operation of law) Seorang rakyat raja di negeri Melayu Seorang warganegara British dan koloni-koloninya (Hong Kong, Australia, New Zealand, India dan Burma ) yang lahir di Negeri-negeri Selat. Secara Permohonan ( Application) Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik, dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan. Kerakyatan ini diberi oleh Pesuruhjaya Tinggi kerana telah berjasa dengan Tanah Melayu. Secara Naturalisasi (Naturalization) Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun berturut-turut.
41
Kerakyatan di peringkat negeri yang telah
dilonggarkan dikenal sebagai Kerakyatan Negeri 1951. Tujuannya bagi melahirkan perpaduan di kalangan penduduk negeri-negeri Melayu. vii. Kelonggaran bertujuan mengiktiraf golongan imigran sebagai rakyat raja Melayu.
42
Syarat Kuat Kuasa Undang-Undang
viii. Syarat-Syarat Kerakyatan Negeri 1951 Syarat Kuat Kuasa Undang-Undang Secara Permohonan Orang asli di negeri-negeri Melayu Seorang melayu dilahirkan di negeri Melayu Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapanya dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu. Seorang yang telah berumur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik, mengangkat sumpah setia kepada raja, dan melepaskan kewarganegaraan asal.
43
ix. Perubahan syarat kerakyatan ini menyebabkan
rakyat Raja Melayu bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu dan orang asli, bahkan juga golongan imigran. Inilah asas penting sebuah kerakyatan kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. x. Sebagai tukar ganti kepada persetujuan orang-orang Melayu terhadap kelonggaran kerakyatan persekutuan dan negeri itu, Kerajaan British telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA)
44
xi. Penubuhan RIDA adalah untuk membantu
meningkatkan taraf sosioekonomi orang-orang Melayu di luar bandar. xii. Dato’Onn telah dipertanggungjawabkan menjadi pengerusi RIDA yang pertama. xiii. RIDA kemudiannya digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 1966 dan berkekalan sehingga kini.
45
c) Pembentukan Parti Perikatan
Pembentukan parti perikatan merupakan satu usaha parti-parti politik pelbagai kaum bekerjasama untuk mendapatkan kemerdekaan. ii. Pemimpin UMNO, MCA, MIC berpendapat penubuhan Perikatan akan mewujudakn perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum. iii. Prinsip kerjasama antara parti politik lebih diterima umum berbanding kerjasama pelbagai kaum dalam satu parti yang pernah diperjuangkan oleh Dato’ Onn melalui IMP dan Parti Negara.
46
SEKIAN. Semoga beroleh keberkatan-Nya
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.