Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang"— Transcript presentasi:

1 Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang
(Bahagian Pendahuluan) BERIMAN, BERILMU DAN BERWAWASAN

2 Kandungan Pengenalan Karangan Menganalisis soalan Pendahuluan karangan
Fungsi Pendahuluan Ciri-ciri pendahuluan yang baik Teknik FACLK Kesimpulan

3 Apa dia karangan? Konteks bilik darjah Rumusan
Penceritaan sesuatu tajuk dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang dimulakan dengan pengenalan, isi dan kesimpulan. Konteks bilik darjah Latihan untuk melahirkan fikiran, perasaan dan idea secara bebas tetapi dikawal oleh arahan, peraturan dan tajuk yang telah disediakan guru. Rumusan

4 Mengapa guru mengajar karangan?
Tujuan Menguji kefahaman murid tentang sesuatu tajuk yang diberi Menilai kebolehan, kemahiran dan keupayaan murid menghasilkan karangan yang menarik dan berkesan Menguji kematangan murid dalam melahirkan pendapat dan idea mengenai sesuatu tajuk dalam bentuk penulisan.

5 Binaan Karangan Karangan Intro/ Pendahuluan Isi Kesimpulan/ Penutup
Menggambarkan tajuk dan hala tuju karangan Isi karangan berdasarkan tajuk/arahan soalan Memperkatakan tajuk dan menjelaskan pendirian tentang tajuk karangan

6 Perenggan Pendahuluan
Struktur Karangan Perenggan Pendahuluan Perenggan Isi Perenggan Isi Perenggan Isi Perenggan Isi Perenggan Isi Perenggan Penutup

7 Strategi Penulisan Cari kunci tajuk Menyenaraikan Karangan & format
SEBELUM MENULIS Menyenaraikan isi-isi penting Baca, fahami, pilih tajuk yang sesuai menyediakan rangka karangan Mengembangkan Idea-idea Pendahuluan berkaitan tajuk Pastikan ada penutup (merumus idea-idea utama) SEMASA MENULIS Satu idea satu perenggan Gunakan penanda wacana Semak aspek bahasa Semak aspek isi SELEPAS MENULIS Pastikan idea tidak tertinggal Semak format

8 Menganalisis soalan Setiap soalan yang dikemukakan mempunyai kehendak yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Sekiranya pelajar gagal membuat tafsiran yang tepat akan menyebabkan karangan pelajar terpesong daripada yang dikehendaki.

9 Menganalisis soalan Setelah mengambil keputusan memilih soalan ialah:
Mengenal pasti format soalan Mengeluarkan kata kunci soalan Mengenal pasti isu/tema Kehendak keseluruhan soalan Menganalisis soalan ini amat penting kerana jawapan karangan yang baik perlu menepati kehendak soalan. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.

10 Kata Kunci Kata atau rangkaian kata tertentu.
Antara kata atau rangkai kata (kata kunci) soalan adalah seperti berikut: Bincangkan Gambarkan Cadangkan Andaikan Berikan pendapat anda Ceritakan Bahaskan

11 Analisis soalan/ tajuk
Buruh asing banyak yang bekerja di negara kita. Mereka ini banyak bekerja di sektor perladangan, pembinaan, dan pusat-pusat perniagaan. Kemasukan mereka banyak menimbulkan kesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah kesan daripada kemasukan buruh asing ini kepada negara kita. Format Pendapat Kata kunci Berikan pendapat Isu/Tema Kemasukan buruh asing Kehendak keseluruhan Memberikan pendapat tentang kesan kemasukan buruh asing kepada negara

12 PENDAHULUAN KARANGAN Menggambarkan kematangan pemikiran pelajar dalam menulis karangan. Gambaran awal bahawa pelajar cukup bersedia untuk menulis karangan dengan baik dan menarik. Permulaan yang hebat tentunya akan membuat si pembaca ingin terus membaca.

13 Fungsi Pendahuluan Menarik perhatian dan minat pembaca.
Menunjuk arah kepada pembaca tentang persoalan yang akan disentuh dalam isi karangan. Menjelaskan tema karangan secara ringkas bertepatan dengan kehendak soalan.

14 Mengapa Pendahuluan Penting?
Bahagian pertama yang dibaca oleh pembaca Menentukan gambaran keseluruhan tentang tajuk karangan yang ditulis atau mood cerita (sedih, seram, gembira dan sebagainya) Jika pelajar dapat menulis ayat yang ada pertalian rapat antara satu ayat dengan ayat yang lain, sudah pasti pendahuluan itu menjadi satu pendahuluan yang menarik dan mantap serta menepati kehendak skema pemeriksa.

15 Ciri-ciri pendahuluan yang baik
tepat jelas satu perenggan Ciri-ciri pendahuluan yang baik Jangan masukkan isi Kaitkan dengan isu-isu semasa 50/60 patah perkataan

16 Teknik FACLK F Fokus A Akibat C Contoh L Langkah K Kepentingannya

17 Teknik FACLK A – iaitu akibat daripada ayat pertama
F - merujuk kepada fokus pernyataan/isu A – iaitu akibat daripada ayat pertama C – contoh, dikaitkan dengan pernyataan soalan. L - dikaitkan dengan pernyataan akibat K - berdasarkan langkah yang telah diambil tadi.

18 Contoh soalan: Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung. Kebelakangan ini, kes rasuah semakin menjadi-jadi dan nampaknya sukar untuk dibanteras. Hal ini kerana kes tersebut melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik dan orang awam (F). Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api dalam sekam. Fenomena ini juga sekaligus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti (A). Contohnya, jika seseorang pegawai menawarkan rasuah utnuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya (C). Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar dapat melahirkan masyarakat yang amanah dan berintegriti (L). Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit (K).

19 Kini kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat
Kini kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat. Bincangkan apakah punca-punca berlakunya kemalangan di jalan raya. Kadar kemalangan jalan raya semakin meningkat dari tahun ke setahun (F). Kemalangan jalan raya boleh mengakibatkan banyak nyawa yang terkorban dan kerosakan harta benda (A). Contohnya, kes kemalangan yang berlaku baru-baru ini di Sabah hingga mengakibatkan ramai jiwa yang terkorban (C). Bagi mengurangkan kemalangan jalan raya, pengguna perlu bekerjasama dan mengambil inisiatif dengan sentiasa bertolak ansur ketika berada di jalan raya (L). Oleh yang demikian, semua pihak perlu mengamalkan sikap berwaspada bak kata pepatah pandu cermat jiwa selamat (K).

20 Kesimpulan Perenggan pendahuluan sama pentingnya dengan perenggan isi dan perenggan penutup. Perenggan pendahuluan juga akan memberikan gambaran atau impression awal tentang keseluruhan karangan Pelajar Kelemahan perenggan pendahuluan sudah pasti akan menjejaskan markah aspek relevan dan juga mempengaruhi markah pengolahan.


Download ppt "Strategi Meningkatkan Pengajaran Kemahiran Mengarang"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google