Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa."— Transcript presentasi:

1 Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya. Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang memperlihatkan ciri-ciri individu penulisanya. MINGGU 11

2 Ciri-ciri Gaya Bahasa Sesuatu gaya bahasa yang baik mengandungi tiga unsur, iaitu: Kejujuran Kesantunan Menarik Kejujuran bermaksud: Sanggup melakukan pengorbanan demi menyatakan sesuatu secara ikhlas dan jujur. Mematuhi peraturan dan kaedah yang betul dalam berbahasa. Menggunakan bahasa yang jelas dan mengelakkan kekaburan. Menyatakan sesuatu dengan tepat.

3 Dari segi gaya bahasa, kesantunan bermaksud:
Memberi penghargaan atau menghormati pihak yang terlibat, misalnya pendengar dan pembaca. Mewujudkan rasa nikmat melalui penggunaan kata-kata. Menyampaikan sesuatu dengan jelas dari segi: Kejelasan: - ketatabahasaan - hubungan dengan fakta yang diungkapkan - urutan idea secara logis - penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan: - menggunakan kata secara efisien. - mengelakkan penggunaan kata yang sinonim. - menghindari tautologi. 33

4 Menarik Sesuatu gaya bahasa yang dikatakan menarik itu dapat diukur dari segi kewujudan unsur-unsur yang berikut: Bervariasi 2. Mengandungi humor yang sihat 3. Mempunyai pengertian yang baik 4. Mempunyai kekuatan (vitalitas) 5. Penuh dengan daya khayal atau imaginasi

5 Jenis-jenis Gaya Bahasa
Gaya bahasa boleh dibahagikan kepada: Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan bahasa. 2. Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa. 3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat. 4. Gaya bahasa retorik. 5. Gaya bahasa kiasan.

6 Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bukan Bahasa
Berdasarkan pengarang 2 Berdasarkan masa 3. Berdasarkan medium atau wahana 4. Berdasarkan subjek atau perkara 5. Berdasarkan tempat 6. Berdasarkan khalayak 7. Berdasarkan tujuan

7 Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bahasa
Gaya bahasa berdasarkan pilihan kata Gaya bahasa berdasarkan nada Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat Gaya bahasa berdasarkan makna (langsung atau tidak langsung) Gaya Bahasa Berdasarkan Pilihan Kata Gaya bahasa rasmi Gaya bahasa tidak rasmi Gaya bahasa percakapan atau lisan

8 Gaya Bahasa Berdasarkan Nada
Gaya yang sederhana 2. Gaya mulia dan bertenaga 3. Gaya menengah

9 Gaya Bahasa Berdasarkan Struktur Kalimat
Klimaks 2. Antiklimaks 3. Paralelisme 4. Antitesis 5. Repitisi (perulangan): epizeuksis, tautotes, anafora, epistrofa, simplok, mesodiplosis, epanalepsis, dan anadiplosis.

10 Gaya Bahasa Klimaks Gaya bahasa yang mengandungi urutan idea atau fikiran yang semakin penting dan meningkat jika dibandingkan dengan gagasan sebelumnya. Contohnya: Kita berdoa agar pada suatu waktu mereka dapat berdiri sendiri yang bukan bermakna mereka tidak akur dengan perjuangan kita tetapi justeru inilah keadilan sosial yang selam ini kita perjuangkan. 2. Kesengsaraan membuahkan kesabaran, kesabaran pengalaman, dan pengalaman harapan.

11 Gaya Bahasa Antiklimaks
Dihasilkan melalui penggunaan ayat yang berstruktur mengendur. Gagasan yang penting diolah kepada yang kurang penting secara berurutan. Gaya ini kurang efektif kerana gagasan yang penting ditempatkan pada awal kalimat sehingga pembaca atau pendengar tidak lagi memberi perhatian kepada bahagian-bahagian lain atau yang berikutnya dalam ayat: Contohnya: Dalam dunia pendidikan tinggi yang dicengkam rasa takut dan rendah diri, pembaharuan, kebanggaan terhadap hasil pemikiran yang objektif atau keharusan mengungkapkan pendapat secara bebas tidak mungkin wujud.

12 Gaya Bahasa Paralelisme
Gaya bahasa yang berorientasikan kesejajaran dalam penggunaan kata atau frasa yang mempunyai fungsi yang sama dalam bentuk gramatikal yang sama. Kesejajaran boleh juga wujud dalam bentuk anak ayat yang terhasil daripada induk ayat, contohnya: 1. Bukan sahaja perbuatannya itu harus dikutuk tetapi juga harus dibanteras. 2. Baik golongan kaya mahupun golongan miskin, harus dihukum jika bersalah.

13 Gaya Bahasa Antitesis Gaya yang mengandungi gagasan yang bertentangan dengan menggunakan kata atau golongan kata yang berlawanan, contohnya: Kaya-miskin, tua-muda, besar-kecil semuanya mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dan kemajuan negara. 2. Manusia merancang, tuhan yang menentukan.

14 Gaya Bahasa Perulangan Epizeuksis
Perulangan yang bersifat langsung, iaitu kata yang dipentingkan diulang beberapa kali secara berturut-turut, contohnya: 1. Kita harus belajar, belajar dan terus belajar untuk mencapai kejayaan. 2. Sesuatu yang baru biasanya mencerminkan keharuan, dan keharuan pula selalunya pula memercikkan inspirasi, dan tidakkah itu akan memercikkan pula berbagai bahan, fikirnya. Tidaklah memadai dengan hanya menyatakan keharuan kerana melihat laut dan nelayan.

15 Gaya Bahasa Tautotes (Tautologi)
Perulangan pengucapan kata yang sama secara berulang-ulang dalam susunan biasa (konstruksi) tanpa menjejaskan maknanya. Yang diulang ialah idea tanpa sebarang penekanan atau penjelasan terhadap pengucapan itu, contohnya: Ia termenung, termenung mengenangkan orang yang jauh. 2. Dia menulis sebuah autobiografi tentang sejarah hidupnya.

16 Gaya Bahasa Anafora Anafora ialah perulangan perkataan pada awal baris atau kalimat, contohnya: 1. Kalau tidak Johar, Johari Kalau tidak Johari, Hamid Kalau tidak, Badariah dan Khamsiah 2. Senang-senang pinjam Senang-senang kata hutang Senang-senang pula serah pada orang

17 Gaya Bahasa Epistrofa (Epipora)
Perulangan kata atau frasa pada akhir baris atau ayat secara berurutan, contohnya: bumi yang kaudiami, itulah kediaman udara yang kauhirup, itulah kehidupan kasih yang kausirami, itulah kehidupan Ketuaan emak keuzuran emak keletihan emak

18 Gaya Bahasa Simplok Perulangan pada awal dan akhir beberapa baris atau kalimat secara berturut-turut, contohnya: saya tidak pandai menyanyi sebarang nyanyi saya nyanyikan saya tidak pandai menari sebarang tari saya tarikan bukan hidup tanpa cubaan bukan dunia tanpa penderitaan

19 Gaya Bahasa Epanalepsis
Perulangan pada kata terakhir daripada baris, klausa, dan ayat dengan ulangan kata pertama, contohnya: Kita gunakan fikiran dan perasaan kita berceritalah padaku, berceritalah kuberikan semuanya apa yang harus kuberikan

20 Gaya Bahasa Mesodiplosis
Perulangan di tengah baris atau beberapa ayat secara berturutan, contohnya: buruh kontrak jangan mencuri masa pegawai tinggi jangan mencuri masa

21 Gaya Bahasa Anadiplosis
Perulangan kata atau frasa terakhir dalam klausa atau ayat menjadi kata atau frasa pertama dalam klausa ayat yang berikutnya, contohnya: dalam air ada wajah dalam wajah ada kenangan dalam kenangan ada ……. dalam syair ada kata dalam kata ada makna dalam makna ada …………..

22 Gaya Bahasa Retorik Gaya bahasa yang menggunakan bahasa yang jelas dan padat. Maknanya diwujudkan secara tersurat bukan tersirat, iaitu secara langsung berdasarkan lapisan luar makna bahasa. Gaya bahasa retorik boleh dibahagikan kepada: Aliterasi Asonansi Susunan songsang Elipsis Eufimisme Litotes

23 Aliterasi Gaya yang menggunakan kata-kata yang dimulai dengan perulangan bunyi konsonan awal secara berturut-turut dalam rentetan kata atau suku kata. Unsur ini sering terdapat pada puisi, contohnya: kan kubenamkan dadaku kaki kananku ke bulan kaki kiriku ke matahari kan kuhanyutkan hatiku dalam memberi dan menerima momen semanis semulia ini

24 Asonansi Gaya bahasa yang menggunakan perulangan bunyi vokal yang sama. Unsur ini sering juga terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya: Melangkah gadis menahan denyutan pandangan terakhir terlempar ke nisan setangkai kemboja gugur perlahan merangkaklah senja menutup pandangan Dari darah, dari nanah yang punah di tanah rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata hasil manusia gila perang membunuh mesra bunga merah berkembang indah minta disembah

25 Susunan Songsang (inversi)
Susunan songsang atau inversi ialah gaya bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat atau rangkai kata dengan tujuan untuk menimbulkan kesan tertentu. Dari segi susunan ayat, susunan songsang ialah gaya yang menterbalikkan susunan biasa ayat, iaitu S + P kepada P + S, contohnya: Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di telingaku. Sesudah dibelek beberapa kali, dia menyarungkan kembali parang itu. Terkenang dia akan mimpi semalam.

26 Elipsis Terdapat penghilangan satu kata atau lebih dalam ayat yang lengkap. Namun, melalui intuisi, orang dapat mengisi tempat yang dikosongkan itu dengan maklumat atau pengertian yang tepat dengan mudah, contohnya: Siakap senohong, gelama ikan duri ……………………………………… Pinggan tak retak, nasi tak dingin Ada ubi, ada batas …………………….

27 Litotes Gaya yang digunakan untuk menyatakan sesuatu dengan tujuan untuk merendahkan diri, contohnya: Teratak inilah yang mampu kami peroleh bertahun-tahun lamanya. Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun kurang. Kedudukan saya ini tiada ertinya sama sekali

28 Eufimisme Sejenis gaya kiasan halus yang biasanya berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa yang mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan. Dengan cara ini, pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil hati, contohnya: Mati : meninggal dunia atau menghembuskan nafas yang akhir. Bini : isteri atau orang rumah Berak : ke sungai besar Bunting : berbadan dua, hamil Haid : datang bulan, uzur

29 Gaya Bahasa Kiasan Sejenis gaya bahasa perbandingan. Gaya bahasa ini dibentuk berdasarkan perbandingan atau persamaan. Maksudnya dilihat dari segi yang tersirat bukan yang tersurat. Jenis-jenis gaya bahasa kiasan ialah seperti simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, dan kiasan berpindah.

30 Simile Sejenis gaya bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara satu objek atau konsep lain secara langsung. Perbandingan ini bersifat imaginatif dan eksplisit. Kata-kata perbandingan yang digunakan ialah seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat, laksana, dan lain-lain, contohnya: Beningnya laksana bulan di langit. Seminggu tinggal di rumah mentua bagaikan mimpi ngeri kepada Fatin. Mukanya merah seperti udang kena bakar.

31 Metafora Sejenis bahasa figuratif, iaitu bentuk kiasan atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain. Gaya bahasa ini juga dianggap paling singkat, padat, dan tersusun. Metafora biasanya dihasilkan daripada imej dan idea tanpa kata perbandingan secara langsung seperti dalam simile, contohnya: Matahari yang beransur turun di ufuk kelihatan indah merah merona. Ia sebagai tanda layar malam akan dilepaskan tak lama lagi….. Kata-kata bapa memukul habis kelakianku sebagai anaknya. Jauh di lubuk hatinya, terpendam satu harapan menggunung.


Download ppt "Gaya Bahasa Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’. Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google