Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KOD PENAL (Kod Kelakuan & Peraturan Disiplin)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KOD PENAL (Kod Kelakuan & Peraturan Disiplin)"— Transcript presentasi:

1 KOD PENAL (Kod Kelakuan & Peraturan Disiplin)
MODULE 5: KOD PENAL (Kod Kelakuan & Peraturan Disiplin) Versi 1 April 2011 ~ KUMPULAN PERUBATAN PENAWAR

2 KOD KELAKUAN (TINGKAH LAKU) DAN PERATURAN DISIPLIN
OBJEKTIF Objektif polisi ini adalah untuk menerangkan kod kelakuan bagi tujuan menjaga dan mengawal disiplin pekerja-pekerja. Objektif polisi ini juga adalah untuk menyediakan peraturan bagi menjaga aktiviti-aktiviti syarikat agar berjalan lancar dan memastikan pentadbiran polisi dilaksanakan secara seragam dan adil.

3 DEFINISI 1 Disiplin ialah latihan yang boleh membantu memperbetulkan, membentuk, menguat dan mengimbangkan tingkah laku pekerja. 2 Tindakan disiplin perlu dilaksanakan apabila pekerja menentang Kod Kelakuan syarikat atau kerapkali kurang menepati kadar yang ditetapkan oleh Syarikat dalam aspek kualiti, produktiviti, kehadiran, disiplin dan sebagainya. Syarikat berhak untuk mengenakan tindakan disiplin dalam apa jua kes terhadap tingkahlaku pekerja. Tujuan tindakan disiplin bukan sahaja untuk memperbetulkan tetapi juga untuk menggalakkan pekerja mengubah kelakuan, sikap dan tindakan individu. Sekiranya tindakan disiplin itu tidak berjaya membawa perubahan terhadap kelakuan, sikap dan tindakan pekerja, langkah yang terakhir di dalam peraturan disiplin adalah dengan penggantungan kerja tanpa gaji bagi tempoh tidak lebih daripada dua (2) minggu, tidak layak menerima bonus atau mendapat kenaikan gaji. Penurunan pangkat atau pemberhentian adalah keputusan yang terakhir akan diambil oleh pihak pengurusan.

4 5. Tindakan disiplin adalah bertujuan untuk:
a)      Memberi panduan kepada pekerja untuk menanam kembali sikap positif pekerja terhadap tugas, penyelianya dan syarikat serta untuk memperolehi semangat untuk berubah. b)      Untuk mengingatkan pekerja bahawa tindakan yang diambil terhadap mereka adalah mencegah perkara-perkara yang menyalahi undang-undang syarikat daripada berlaku lagi. c) Sebagai amaran kepada pekerja bahawa salahlaku yang dilakukan berulang kali akan menyebabkan tindakan disiplin yang lebih serius dan tegas akan diambil.

5 JENIS-JENIS TINDAKAN DISIPLIN
Pekerja yang didapati telah melanggar mana-mana Kod Kelakuan syarikat akan diambil tindakan di bawah Peraturan Disiplin syarikat mengikut kategori-kategori kesalahan yang dilakukan. POLISI Melanggar mana-mana kod kelakuan di bawah adalah ditegah sama sekali dan akan menyebabkan Syarikat mengambil tindakan disiplin atau pemberhentian serta merta.

6 1) Salahlaku I : (Berat) Jenayah, Pecah Amanah & Penipuan
KATEGORI SALAHLAKU 1)       Salahlaku I : (Berat) Jenayah, Pecah Amanah & Penipuan 2)       Salahlaku II : (Sederhana Berat) Disiplin 3)       Salahlaku III : (Sederhana) Tatakerja 4)       Salahlaku IV : (Ketara) Tidak Mengikut Prosidur 5)       Salahlaku V : (Umum) Pelbagai 6) Salahlaku VI : (Kecil) Penyelenggaraan & Operasi RUJUKAN PENUH KOD PENAL:

7 TAMBAHAN Mana-mana kesalahan atau salahlaku yang tidak diklasifikasikan di bawah kategori-kategori yang tersebut di atas hendaklah dirujuk kepada Bahagian HR untuk rundingan dengan pihak Pengurusan.

8 TAMBAHAN () SALAHLAKU I : (BERAT) JENAYAH, PECAH AMANAH & PENIPUAN
1-40. Kesalahan : Melayari laman web Social Network, ie Facebook, Twitter, MySpace, YahooMassager, Youtube dan selain daripada yang dibenaarkan HUKUMAN : Tindakan maksima – Denda pemotongan gaji – RM50.00 1-41. Kesalahan : Tidak melaporkan kepada pihak atasan tentang pecah amanah yang di lihat dan berlaku di klinik. HUKUMAN : Tindakan maksima – Ditamatkan perkhidmatan, laporan kepada pihak Polis atau kedua-duanya. 1-42. Kesalahan : Tidak membuat audit harian untuk stok ubatan penting yang telah diwartakan. HUKUMAN : Tindakan maksima – RM50 bagi setiap ubat

9 TAMBAHAN () SALAHLAKU I : (BERAT) JENAYAH, PECAH AMANAH & PENIPUAN
1-43. Kesalahan : Membuat kenyataan palsu tentang kehilangan stok ubat-ubatan atau aset syarikat yang di audit atau dipulangkan HUKUMAN : Tindakan maksima – Ditamatkan perkhidmatan, laporan kepada pihak Polis atau kedua-duanya 1-44. Kesalahan : Menyembunyikan kehilangan aset termasuk ubat-ubatan. HUKUMAN : Tindakan maksima – Ditamatkan perkhidmatan, laporan kepada pihak Polis atau kedua-duanya.

10 TAMBAHAN () SALAHLAKU II : (SEDERHANA BERAT) DISIPLIN
2-14. Kesalahan : Tidak menghormati dan bekerjasama dengan doktor dalam perkhidmatan. HUKUMAN : Tindakan maksima – Denda pemotongan gaji – 1 (hari) bekerja dan arahan tukar tempat bertugas SALAHLAKU IV : (KETARA) PROSIDUR 2-14. Kesalahan : Memulangkan ubat-ubatan tanpa menyertakan Borang pemulanagn ubat-ubatan. HUKUMAN : Tindakan maksima – Denda RM50.00

11 TAMBAHAN () SALAHLAKU V : (UMUM) PELBAGAI
5-10. Kesalahan : Gagal menjaga kebersihan di Hostel HUKUMAN : Tindakan maksima –RM50.00 dan arahan keluar daripada Hostel 5-11. Kesalahan : Membawa masuk tetamu luar termasuk Ibubapa dan saudara terdekat tanpa memberitahu pihak pengurusan ke Hostel SALAHLAKU VI : (KECIL) PENYELENGGARAAN DAN OPERASI 6-56. Kesalahan : Tidak melaporkan kerosakan yang berlaku dan merekod di dalam Online system HUKUMAN : Tindakan maksima – Denda pemotongan gaji – RM50.00 dan Dua kali kos ganti rugi

12 CONTOH KESALAHAN KOD PENAL (Kod Kelakuan & Peraturan Disiplin)
5) SALAHLAKU V: (UMUM) PELBAGAI 5-07. Kesalahan : Menjaja, meminta atau mengutip wang atau barangan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada pihak Pengurusan. HUKUMAN :Tindakan maksima - RM DAN PASTIKAN SEMUA CAWANGAN AKAN MEMPAMERKAN GAMBAR SEPERTI INI SAHAJA..

13 CONTOH KESALAHAN KESALAHAN MELETAKAN NOTA KETIADAAN DOKTOR DAN DR DIDAPATI KELUAR UNTUK MAKAN (REHAT) TAMPAL NOTA KLINIK DITUTUP ADALAH SATU KESALAHAN. MENGUNCI PINTU DENGAN KAYU PENGHADANG DAN STAFF DIDAPATI DUDUK DI BAHAGIAN DISPENSARY (MENUNJUKAN SEPERTI KLINIK TIADA STAFF) SALAHLAKU I iaitu 1-09 Kesalahan – Menutup operasi klinik dengan sengaja tanpa kebenaran. Ini termasuk meninggalkan tempat kerja atau berkomplot mengadakan keadaan di mana operasi klinik ditutup dimana hukuman yang boleh dikenakan adalah tindakan maksima – ditamatkan perkhidmatan. SALAHLAKU I iaitu Kesalahan - Tidak melaporkan ketiadaan doktor di klinik di mana hukuman yang boleh dikenakan adalah tindakan maksima – Denda RM200 atau ditamatkan perkhidmatan

14 SURAT PANGGILAN Memo Ruj.Fail : KPP/HR/ID/TMN UNIVERSITI
Tarikh : 5 Oktober 2011 Kepada : Semua staff PP Tmn Universiti Perkara : “QC COURT” Adalah dengan ini, saudari-saudari telah didapati melakukan kesalahan di dalam perkhidmatan Syarikat di Poliklinik Penawar Tmn Universiti, seperti berikut :- Menutup operasi klinik dengan sengaja. Tidak melaporkan ketiadaan doktor. Dengan ini saudari-saudari di tuduh atas kod penal SALAHLAKU I iaitu 1-09 Kesalahan – Menutup operasi klinik dengan sengaja tanpa kebenaran. Ini termasuk meninggalkan tempat kerja atau berkomplot mengadakan keadaan di mana operasi klinik ditutup dimana hukuman yang boleh dikenakan adalah tindakan maksima – ditamatkan perkhidmatan. Tuduhan kedua atas kod penal SALAHLAKU I iaitu Kesalahan - Tidak melaporkan ketiadaan doktor di klinik di mana hukuman yang boleh dikenakan adalah tindakan maksima – Denda RM200 atau ditamatkan perkhidmatan. Saudari-saudari dikehendaki hadir bagi menjawab dan menghadapi tuduhan seperti di atas di dalam “QC Court” seperti berikut :- Tarikh : 7 Oktober 2011 Hari : Jumaat Masa : 10.00pg Tempat : Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd No Jalan Sena 1 Taman Rinting 81750 Masai Johor. Sekian, terima kasih.


Download ppt "KOD PENAL (Kod Kelakuan & Peraturan Disiplin)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google