Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehIrwan Salim Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Proses penyelidikan dan proses pembentukan teori
Penyelidikan adalah suatu susunan pengalaman secara sistematik, yang digunakan oleh para sarjana untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan tentang komunikasi atau fenomena-fenomena lain yang berkaitan. Seseorang yang ingin menjalankan penyelidikan perlu bertanya soalan-soalan seperti: apakah fenomena tersebut? Bagaimanakah harus kita panggil fenomena itu? Atau soalan berbentuk fakta seperti: apakah ciri-ciri dan hubungan fenomena tadi dengan fenomena lain? Atau bertanya soalan-soalan yang berkaitan dengan nilai estetik tentang perkara yang kita perhatikan seperti: adakah fenomena memberi kesan? Adakah perkara tadi tepat? Kenapa proses pembentukan hubungan bermula dengan komunikasi luaran? Apa hubungan pendedahan kendiri dengan pembentukan hubungan?
2
Peringkat kedua proses penyelidikan ialah membuat pemerhatian-iaitu melihat secara objektif perkara yang dikaji. Ada yang berminat mengkaji/meneliti rekod dan artifak; ada yang melibatkan diri dalam pemerhatian (participant-observer); ada yang menggunakan peralatan dan ujikaji yang terkawal; dan ada yang membuat kajian tinjauan menggunakan borang soalselidik atau borang temubual. Semua kaedah yang digunakan adalah dirancang bertujuan mendapatkan jawapan kepada persoalan yang dibentuk pada tahap pertama. Peringkat ketiga ialah membentuk jawapan. Pada peringkat ini para sarjana mencuba memberi definisi, menerang dan menjelaskan untuk membuat pertimbangan. Peringkat inilah disebut sebagai Teori. Kaitan antara persoalan, pemerhatian dan Teori dapat dilihat dalam Rajah berikut:
3
Terdapat beberapa Kaedah Penyelidikan sp berikut:
Eksperimen Tinjaun Analisis Tekstual Etnografi
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.