Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehYenny Hermanto Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
PEMBENTANGAN PROJEK ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) KOLEJ UNGKU OMAR NOOR ATIKAH BINTI SAMSUL BAHAR A AJK POST CENDERAMATA
2
TARIKH 14 – 16 FEBRUARI 2014 TEMPAT KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN. ANJURAN SEKRETARIAT KESELAMATAN DAN KELAB XTREME-C, KOLEJ UNGKU OMAR TEMA “MAHASISWA ASPIRASI KEHARMONIAN”
3
JENIS PROGRAM : Program kepimpinan mahasiswa, khidmat masyarakat, bimbingandan motivasi pelajar sekolah. BILANGAN PERSERTA : 75 orang Ajk Program Pelajar sekolah , orang kampung, golongan gelandangan. OBJEKTIF PROGRAM 1. Melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan mampu untuk mengadaptasi keadaan mengikut arus pemodenan semasa. 2. Memupuk semangat sayang akan masyarakat di samping memberi perhatian untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. 3. Untuk memupuk semangat cintakan ilmu kepada masyarakat terutamanya golongan pelajar menengah untuk mereka mengetahui serta berminat untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. 4. Memberi peluang kepada mahasiswa dalam membantu masyarakat dalam pembangunan mental dan fizikal serta mempelajari kehidupan dalam sesebuah masyarakat . 5. Mendekatkan golongan mahasiswa dengan masyarakat.
4
1. Aktiviti ‘ice-breaking’ AJK program akan mengendalikan aktiviti ‘ice- breaking’ serta pembahagian anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing. Tujuan aktiviti ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada peserta dan keluarga angkat untuk mengenali diri masing-masing dengan lebih rapat dan merapatkan ukhwah silaturrahim sesama insan. 2. Taklimat UKM Taklimat ini akan menerangkan sedikit sebanyak tentang Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain itu, penerangan tentang ‘campus life’ akan diberikan kepada pelajar. Terdapat juga sesi soal jawab dan latihan dalam kumpulan (LDK) bersama pelajar sekolah tersebut 3. Senamrobik Merupakan salah satu acara sukan yang menggabungkan semua penduduk kampung dan masyarakat setempat serta peserta. Menjadi medium ke arah perpaduan dan gaya hidup sihat. 4. Keluarga Angkat Dalam memperkukuhkan semangat ukhuwah dan mengeratkan silaturahim sesama peserta dan masyarakat, mengenali penduduk kampung dengan lebih dekat dan mengenalpasti masalahmasalah yang dihadapi oleh penduduk kampung. 5. Sukan Tradisional Sekretariat Keselamatan akan mengendalikan sukaneka bersama penduduk kampung. Antara permainan yang dijalankan ialah permainan tradisional seperti lari dalam guni, pertandingan tarik tali, dan sebagainya. 6. Aktiviti Kemasyarakatan Membantu penduduk-penduduk kampung yang kurang bernasib baik dengan memberi sumbangan berbentuk hamper serta bergotong- royong dalam membersihkan dan memperbaiki tempat kediaman mereka.
5
PEMBUKTIAN Di sini saya sertakan pembuktian-pembuktian dimana saya telah mempraktikkan kemahiran komunikasi secara verbal mahupun non-verbal dalam program ini. Dalam program ini, saya memegang jawatan sebagai AJK cnderamata.
6
Perancangan Sebelum Perlaksanaan Program Semasa
Semasa perancangan dan perlaksanaan, saya adalah ajk cenderamata. Saya diberi tugas oleh ketua untuk berhubung dengan kakitangan pejabat dan kakitangan JPPel untuk memohon sijil bagi memudahkan untuk membuat sijil kepada peserta dan ahli jaeatan kuasa yang lain. Disini memerlukan saya untuk berhubung juga denga pengetua kolej bagi memperoleh tandatangan beliau. Dalam pada masa yang sama , saya dapat belajar kemahiran komunikasi dengan berkesan di mana perlu berkomunikasi secara formal. Selain itu, semasa perancangan, kami turut melaksanakan beberapa kali mesyuarat perdaan dan mesyuarat mengikut tugas setiap post. Setiap kali mesyuarat diadakan, turut diadakan laporan setiap post. Ia melatih diri saya untuk belajar cara berkomunikasi dalam penulisan . Selain itu, post cenderamata jugak turut memohon dana dari pihak IM4U dan Gempak Star. Dalam setiap mesyuarat, saya turut dapat mempraktikkan kemahiran komunikasi untuk berkongsi pendapat dan pandangan.
7
Sebelum program berlangsung
Perjumpaan bersama ajk post yang lain
8
Pengumpulan baju baju terpakai untuk orang geladangan
Menyiapkan hamper dan sijil serta raptai majlis
9
Semasa program berlangsung
Hari pertama Program di sekolah
10
Program di kampung
11
Program membantu Geladangan
12
Pemasalahan yang berlaku
1. pengurusan masa yang kurang cekap dalam program . 2. Terdapat AJK yang tidak memberi komitmen dan kerjasama yang sepenuhnya.
13
KESIMPULAN Secara keseluruhannya aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Program NADI ini telah mengeratkan lagi hubungan antara ahli jawatankuasa yang terlibat. Aktiviti ini banyak mengajar pelajar ilmu baru dalam pengurusan sesuatu program. Program ini berjaya mencapai objektif program. Kemahiran komunikasi sangat diperlukan dalam sesuatu program dalam berhubung dengan banyak pihak. Saya daapt belajar banayk perkara dalam program ini dimana saya mempraktiskan kemahiran komunikasi dengan orang kampung, geladangan dan pelajar sekolah.
14
The end
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.