Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah di IPTA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah di IPTA"— Transcript presentasi:

1 Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah di IPTA
OLEH: BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KPT

2 SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH DI UNIVERSITI
Skim perkhidmatan yang terbaik. Kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan. Kenaikan pangkat sehingga ke Gred Turus I. Kenaikan pangkat dalam keadaan istimewa (melangkau gred) (dari Gred DS 45/52 ke Gred Khas C, Gred Khas C ke Gred Khas A). Membenarkan lantikan lateral di Gred DS 51, Gred DS 53 dan Gred Khas C (untuk mendapat calon yang terbaik).

3 SYARAT KENAIKAN PANGKAT PENSYARAH UNIVERSITI
Disahkan dalam perkhidmatan. Melepasi semua Penilaian Tahap Kecekapan. Mencapai tahap kecemerlangan akademik yang ditetapkan oleh IPTA : Pengajaran dan pembelajaran Penyelidikan Penerbitan Sumbangan Diperaku Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

4 CADANGAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH UNIVERSITI (DS)
Mengasingkan gelaran jawatan Profesor Madya daripada kenaikan pangkat ke Gred DS 54. Rasionalnya untuk mempermudahkan kenaikan pangkat ke Gred DS 54. Bagi mendapat status Profesor Madya, pensyarah perlu memenuhi kriteria lain yang ditetapkan.

5 CADANGAN PINDAAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH PERUBATAN (DU) DAN PENSYARAH PERGIGIAN (DUG)
Gred lantikan dipinda daripada gred 45 ke gred 49. Rasionalnya supaya skim perkhidmatan ini tidak kurang baik daripada skim perkhidmatan Pegawai Perubatan dan skim perkhidmatan Pegawai Pergigian di Kementerian Kesihatan. Kenaikan pangkat ke gred 54 tanpa gelaran Profesor Madya sama seperti skim perkhidmatan Pensyarah Universiti (DS).

6 CADANGAN PEWUJUDAN SKIM PERKHIDMATAN PENSYARAH FARMASI (DUF)
Pada masa ini, pensyarah bidang Farmasi menggunapakai skim perkhidmatan Pensyarah Universiti (DS). KPT mencadangkan satu skim perkhidmatan baru diwujudkan untuk Pensyarah Farmasi (DUF). Bentuk skim perkhidmatan Pensyarah Farmasi adalah sama seperti skim perkhidmatan Pensyarah Universiti (DS).

7 ISU OLEH MAJLIS PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK MALAYSIA (MAAC)
ULASAN Cadangan perubahan gred gaji iaitu Gred 52 ke Gred 54, Gred 54 ke Gred VK7 dan Gred VK7 ke Gred VK6. Jadual gaji perkhidmatan awam adalah dibawah bidang kuasa Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKK-MPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Pada masa ini Kerajaan sedang menyemak keseluruhan sistem saraan termasuk gaji bagi Perkhidmatan Awam dan dijangka akan dimuktamadkan pada bulan Jun 2011.

8 ISU OLEH MAJLIS PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK MALAYSIA (MAAC) samb..
ULASAN Kemasukan ke skim perkhidmatan pensyarah yang berkelulusan Sarjana melalui gred 45 dan mempunyai Ph.D ke gred 51. Semua skim perkhidmatan pensyarah di IPTA yang sedia ada telah pun membenarkan lantikan terus ke gred 51 bagi pensyarah yang mempunyai kelayakan Ph.D. Malah boleh dilantik sehingga ke Gred Khas C walaupun tidak memiliki kelayakan Ph.D.

9 ISU OLEH MAJLIS PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK MALAYSIA (MAAC) samb..
ULASAN Kenaikan pangkat melalui 2 saluran iaitu berdasarkan merit/kriteria kecemerlangan dan melalui time-based. dan Kenaikan pangkat melalui pelbagai saluran – Prof. Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Pengajaran dan Pembelajaran dan Prof. Jalinan Komuniti Skim perkhidmatan pensyarah di IPTA menetapkan kenaikan pangkat tanpa kekosongan jawatan setelah memenuhi kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh IPTA. IPTA boleh menentukan apa-apa kriteria kecemerlangan yang sesuai dengan keperluan IPTA masing-masing. IPTA boleh menetapkan kriteria kecemerlangan bagi tujuan pelaksanaan kenaikan pangkat secara time-based atau melalui pelbagai saluran seperti yang dicadangkan.

10 ISU OLEH MAJLIS PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK MALAYSIA (MAAC) samb..
ULASAN Menambah baik skim perkhidmatan tutor. Pada masa ini, tidak wujud skim perkhidmatan tutor maka tidak timbul isu untuk menambah baik skim perkhidmatan ini. Jawatan tutor diwujudkan bagi membolehkan IPTA menghantar bakal pensyarah mengikuti pengajian peringkat Sarjana atau Ph.D. Bagi tujuan memudahkan penyelarasan dan pengurusan, telah dicadangkan jawatan tutor dijadikan jawatan ‘pool’ di KPT.

11 ISU OLEH MAJLIS PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK MALAYSIA (MAAC) samb..
ULASAN Bayaran insentif kritikal sebanyak 5% untuk semua staf akademik. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) diberikan kepada skim perkhidmatan yang memenuhi empat kriteria berikut: Bidang-bidang yang diberikan keutamaan di bawah rancangan pembangunan negara; Persaingan dalam pasaran buruh; Kelayakan dan kebolehan yang perlu ada pada perkhidmatan; dan Keadaan persekitaran tempat kerja. Kajian keperluan BIPK dilaksanakan setiap 5 tahun sekali (terakhir tahun 2007). Jika ada keperluan, IPTA boleh mengemukakan cadangan ke KPT untuk diteliti.

12 ISU OLEH MAJLIS PERSATUAN PEGAWAI AKADEMIK MALAYSIA (MAAC) samb..
ULASAN Skim Guru Bahasa di IPTA mengikut skim guru di KPM (time-based). Urusan kenaikan pangkat bagi Skim Perkhidmatan Guru Bahasa di IPTA adalah lebih baik daripada skim perkhidmatan guru di KPM, berdasarkan perjawatannya telah pun dijadikan jawatan fleksi. Bagi pelaksanaannya, IPTA hanya perlu menyediakan kriteria kenaikan pangkat bagi setiap gred yang berkenaan. Mengambil premium insurans kesihatan untuk semua staf IPTA. Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1986, Kerajaan telah mengeluarkan arahan bahawa majikan tidak dibenarkan mengambil perlindungan insurans kesihatan untuk pegawainya. Rasionalnya kerana telah disediakan kemudahan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan dan panel serta faedah ex-gratia sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja. Sekiranya ada keperluan, pegawai boleh mengambil insurans kesihatan sendiri.

13 ISU OLEH MITASA (UiTM) ISU ULASAN
Cadangan kenaikan gaji dari 70% ke 100% mengikut gred. Jadual gaji perkhidmatan awam adalah dibawah bidang kuasa Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor Awam (JKKMPGSA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Pada masa ini kerajaan sedang menyemak keseluruhan sistem saraan termasuk gaji bagi perkhidmatan awam dan dijangka akan dimuktamadkan pada bulan Jun 2011. Pemberian elaun rekreasi. Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2007 telah memperuntukkan Skim Pembiayaan Keahlian Kelab Rekreasi dan Sukan bagi kumpulan pengurusan tertinggi serta kumpulan pengurusan dan profesional. Dari segi pelaksanaan, kemudahan ini perlu mendapat kelulusan Pegawai Pengawal.

14 ISU OLEH MITASA (UiTM) samb..
ULASAN Perlindungan Insurans Kesihatan. Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1986, Kerajaan telah mengeluarkan arahan bahawa majikan tidak dibenarkan mengambil perlindungan insurans kesihatan untuk pegawainya. Rasionalnya kerana telah disediakan kemudahan perubatan percuma di hospital / klinik kerajaan dan panel serta faedah ex-gratia sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja atau dalam perjalanan ke tempat kerja. Sekiranya ada keperluan, pegawai boleh mengambil insurans kesihatan sendiri.

15 ISU OLEH MITASA (UiTM) samb..
ULASAN Panel kesihatan untuk kakitangan dan keluarga selepas bersara. Pegawai awam dan ahli keluarga terdekat layak mendapat kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik kerajaan. Sekiranya kemudahan panel kesihatan di UiTM ingin dipanjangkan kepada kakitangan dan keluarga selepas bersara, ianya perlu mendapat persetujuan pihak UiTM.

16 ISU OLEH MITASA (UiTM) samb..
ULASAN Pewujudan skim DM 44 untuk pensyarah berkelulusan Sarjana Muda tetapi telah berkhidmat di UITM lebih 15 tahun dan berumur 50 tahun ke atas. Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM bermula di Gred DM 41 dan dinaikkan pangkat ke Gred DM 45/46 dengan syarat memiliki Sarjana. Cadangan untuk mewujudkan Gred DM 44 dilihat tidak praktikal kerana ia hanya melibatkan sebilangan pensyarah, serta dasar UiTM yang menetapkan pelantikan pensyarah hanya di kalangan mereka yang berkelayakan Sarjana dan Ph.D yang boleh dilantik terus ke Gred DM 45. Bagi isu pensyarah Gred DM 41 yang tidak dinaikkan pangkat, pihak KPT sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi membantu menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan cara memperakukan kenaikan pangkat secara KUP (tertakluk kepada kelulusan JPA).

17 ISU OLEH MITASA (UiTM) samb..
ULASAN Cuti bergaji penuh untuk pelajar Ph.D yang berumur 50 tahun dan ke atas. Dasar cuti belajar bergaji penuh untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D pada masa ini menetapkan had umur 44 tahun. Rasionalnya supaya pegawai boleh menyumbangkan kepakarannya selepas tamat pengajian dengan mengambil kira tempoh pengajian (4 tahun) dan tempoh kontrak yang ditetapkan (8 tahun).

18 ISU OLEH GAKUM ISU ULASAN
Terdapat 173 Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N22 dengan kelayakan SPM masih belum dinaikkan pangkat ke Gred N28 di IPTA. Skim perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat menetapkan bahawa kenaikan pangkat dari Gred N22 ke Gred N28 perlu mempunyai jawatan kosong dan lulus Ujian Kemahiran Tahap Pertengahan Pemprosesan Perkataan. 173 Pembantu Setiausaha Pejabat ini belum dinaikkan pangkat disebabkan IPTA tidak mempunyai jawatan kosong dan pegawai belum lulus Ujian Kemahiran Tahap Pertengahan Pemprosesan Perkataan. samb../

19 ISU OLEH GAKUM samb.. ISU ULASAN
Isu berbangkit apabila JPA melaksanakan kenaikan pangkat dengan kelonggaran syarat kekosongan jawatan dan lulus Ujian Kemahiran Tahap Pertengahan Pemprosesan Perkataan kepada Pembantu Setiausaha Pejabat di perkhidmatan gunasama. Bagi membantu 173 Pembantu Setiausaha Pejabat ini dinaikkan pangkat, KPT sedang mendapat kelulusan kelonggaran syarat yang diperlukan daripada JPA. Arahan akan dikeluarkan kepada IPTA untuk melaksanakan kenaikan pangkat ini apabila mendapat kelulusan kelonggaran syarat.

20 SEKIAN TERIMA KASIH.


Download ppt "Cadangan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Pensyarah di IPTA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google